Salam pembaca budiman,
Dalam bab menunaikan solat, umat Islam di Malaysia lebih terhad dengan pemikiran menunaikan solat di masjid atau surau berdekatan apa bila masuk waktu solat.
Dalam perjalanan di sekitar negara kita, jarang sekali terdapat pemandangan barisan manusia solat di tepi jalan. Mengikut dan ulasan dari seorang ustaz yang pernah mengikut pengajian agama di Timur Tengah seperti Mesir, Syria dan lain-lain lagi katanya untuk melihat orang Arab solat di atas tanah tidak begitu sukar. Petani di ladang kurma apabila masuk waktu zuhur atau asar akan terus menunaikan solat di atas tanah dengan meletakkan pelepah kurma sebagai tempat sujud. Orang yang berilmu dan menghayati sirah Rasulullah SAW tidak akan memberatkan dalam penunaian solat di mana-mana sahaja. Lihat bagaimana Nabi sering berada di padang pasir dalam beberapa siri perang jihad seperti Badar, Khandak dan sebagainya tidak perlu kepada masjid untuk menunaikan solat.
Justeru, teladan kepada kita agar tidak melengahkan solat atau meninggalkan solat semata kerana tiada masjid atau surau sama ada dalam perjalanan atau di dalam apa jua situasi.
Permukaan tanah bukannya termasuk dalam najis atau perkara menjejaskan hukum solat, bahkan debu tanah boleh digunakan sebagai alat bertayamun sekiranya tiada air. Lihat betapa mudahnya Islam dan janganlah memberatkan dengan akal yang terhad.

Coretan Ilham: Muhd Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).