12 July 2010

Mengenali Syeikh Ahmad Yassin Yang Kurang Dikenali Generasi Umat Islam Berbanding Ronaldo

Diolah dari sessi dialog terbuka dengan salah seorang anak perempuannya, Ummu Hummam www. Islam-online.net.

Kata Ummu Hammam (anak Syeikh Ahmad Yassin):
1. Bapaku merupakan seorang yang mewakafkan hidupnya untuk islam. Baginya seluruh detik dalam kehidupannya adalah untuk Islam dan pembebasan bumi Palestin. Tidak hairanlah jika mereka yang mengenalinya akan mendapati beliau tidak pernah berkurung di rumah walaupun nyawanya sentiasa berada di dalam bahaya. Beliau bersolat di 5 mesjid berlainan di dalam satu hari. Tidak ada satu masjid di Gaza pun kecuali ayahku telah berkunjung ke sana untuk berdakwah dan menyampaikan kuliah ? kuliah pengajian, mengingatkan manusia kepada akhirat dan juga memberikan kesedaran tentang tanggung jawab mereka untuk berjihad membebas kan bumi Palestin.


2. Semangat Syeikh Ahmad Yassin dikagumi semua orang. Keadaannya yang lumpuh dan berkerusi roda tidak menghalangnya untuk bergerak ke sana dan ke mari. Saudaraku Abdul Ghani (yang telah cedera parah kerana mengingiringi Syeikh Ahmad Yassin lewat serangan yang telah meragut nyawa Syeikh) sentiasa mengiringi beliau. Kami pernah mengingatkan beliau tentang keselamatannya dan keadaannya yang terdedah kepada bahaya, beliau lantas menjawab : ?Itu adalah tugasku...?

3. Bagi kami sekeluarga, ayahku adalah lambang bagi mereka yang hidup untuk Islam dan kemenangan Islam. Waktunya, usahanya, hartanya kesemuanya adalah untuk Islam. Beliau yang amat sering berpuasa tidak pernah menjadikan puasa sebagai halangan untuknya daripada berdakwah. Cita ? citanya ialah dia tidak mahukan seorang pun daripada penduduk Gaza ketinggalan di dalam menjalankan kerja ? kerja dakwah, Islam dan jihad. Melalui khutbah ? khutbahnya jugalah dia menyampaikan mesejnya kepada rakyat Gaza agar terus berjuang demi kemerdekaan Palestin dan kedaulatan Syariat Islam di muka bumi Allah ini. Rehat di dalam kamus hidupnya adalah dengan melakukan aktiviti ? aktiviti dakwah dan jihad!

4. Zuhudnya bapaku
Sebagai seorang pemimpin gerakan Islam yang setanding dengan pemimpin ? pemimpin Arab yang lain, boleh sahaja bapaku memiliki villa, malah istana yang besar. Boleh sahaja dia menggunakan duit yang mengalir dari dana gerakan HAMAS untuk perbelanjaan dan kemewahan dirinya. Boleh sahaja dia memilih kehidupan yang mewah dan kaya, namun itu bukanlah sifat ayahku. Dia seorang yang amat zuhud.

5. Rumah yang didiami oleh ayahku amat dhaif. Hatta orang yang hidupnya sederhana pun tidak akan memlilih untuk hidup di rumah seperti rumahnya. Pernah kami dan rakan ? rakan di dalam gerakan HAMAS menawarkan untuk dia berpindah ke ruamah yang lebih selesa. Dia menjawab : ?Aku lebih memilih untuk memiliki rumah yang mewah di syurga?. Baginya apalah erti rumah yang mewah di dunia jika di akhirat nanti kita tidak berupaya memiliki rumah yang mewah yang kekal abadi.

6. Jika sesiapa yang pernah berkunjung menziarahi bapaku, mereka akan lihat rumahnya amat sempit. Rumahnya hanya mempunyai 3 bilik untuk dirinya dan ibuku, untuk tetamu dan untuk anak ? anaknya. Lantainya tidak bermamar dan hanya simen biasa sahaja. Ruang dapurnya amat hampir dengan ruang tamu dan amat kecil sekali. Di musim sejuk, suasana di rumah amat sejuk sekali, dan di musim panas suasananya amat sejuk sekali. Bila ditawarkan untuk pembaikan rumah tersebut, dia menolaknya dan mengatakan dia sibuk untuk menyediakan rumahnya di syurga. Itulah Syeikh Ahmad Yassin yang ku kenali.

7. Pakaiannya pun ringkas dan amat sedikit. Jika anda melihat dia hanya berpakaian sederhana dan sentiada memilih untuk tidak sibuk berbelanja untuk pekaian ? pekaian yang baru apatah lagi yang mahal ? mahal. Kesibukannya dengan urusan perjuangan, dakwah dan jihad memaksanya untuk tidak memikirkan perkara ? perkara yang remeh.

8. Syeikh Ahmad Yassin dan keluarga. Dalam kesibukan dan keseriusannya dalam urusan perjuangan, Syeikh merupakan seorang bapa dan datuk yang penyayang. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk bersama anak ? anak jika beliau mempunyai waktu. Dia amat mengambil berat perihal pembelajaran kami semejak kami kecil sehinggalah sekolah menengah. Kebanyakan dari adik beradik kami hanya belajar sehingga sekolah menengah sahaja kerana bapaku tidak mampu untuk menanggung pembelajaran kami ke universiti walaupun kami layak untuk masuk ke universiti.

9. Beliau amat menyukai kanak-kanak. Dia amat suka bergurau dengan anak ? anak dan cucu ? cucunya. Dia amat disayangi oleh cucu ? cucunya kerana sifat lucunya dan kemesraanya bersama mereka. Syeikh tidak pernah ketinggalan untuk bersama anak ? anak dan cucu ? cucunya dalam keraian ? keraian yang melibatkan keluarga. Walau bagaiamana sibuk didirnya, dia akan mencari ruang untuk bersama dengan kami semua, hatta untuk menghadiri majlis kesyukuran ulang tahun kelahiran cucu ? cucunya. Di bulan Ramadhan pula, dia akan memastikan supaya sentiasa dapat berbuka bersama kami semua di rumah ? rumah kami. Bagi kami sebagai anak ? anak, Syeikh Ahmad Yassin, bapa kami adalah bapa mithali dan bapa yang paling penyayang yang kami pernah temui. Yang lebih menarik lagi sikap kebapaan dan kelembutan beliau bukan hanya dirasai oleh kami, malah anak ? anak jiran pun amat menyayangi beliau dan amat manja dengannya. Jika dia mempunyai kelapangan beliau akan meluangkan masa bermain dengan anak ? anak jiran yang amat menyayanginya seprti bapa dan datuk mereka sendiri.
10. Satu perkara yang kami amat bersyukur menjadi anak kepada Syeikh Ahmad Yassin ialah sifat beliau sebagai pendidik yang tegas dengan anak ? anak. Beliau amat mengambil berat persoalan ibadat, aqidah dan ilmu keagamaan kami. Dia sentiasa memastikan hubungan kami dengan Allah adalah berterusan dan kuat sebagaimana beliau sendiri mempunyai hubungan yang amat intim dengan Allah S.W.T melalui ibadat ? ibadatnya dan juga keteguhan keimanannya dan tawakkalnya kepada Allah. Kesemua adik beradik kami terlibat dalam gerakan HAMAS dan usaha ? usaha dakwah dan jihad. Abdul Hamid dan Abdul Ghani, saudara lelaki kami juga sentiasa bersama bapaku dalam segala aktiviti ? aktivit yang dihadiri oleh beliau. Kami semua sentiasa dididik agar cintakan akhirat dan mati syahid.

11. Bapaku dan ujian dalam perjuangan . Ujian dalam perjuangan adalah sebahagian daripada perjuangan. Ianya adalah asam garam kepada perjuangan tersebut demi menapis keaslian para pejuang dan juga memastikan hanya mereka yang ikhlas sahaja yang akan tetap berada di atas landasan perjuangan Islam. Itu jugalah prinsip bapaku. Dia telah menerima ujian semenjak di awal kehidupannya apabila keluarganya diusir dari kampung halaman mereka di Kufr Yunus ke Gaza pada tahun 1948. Di Gaza dia telah melibatkan diri dengan perjuangan pembebasan Palestin.

12. Sewaktu beliau sedang menuntut di Mesir, beliau sekali lagi menerima ujian apabila telah ditangkap dan dibuang dari Universitinya kerana penglibatannya dengan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir. Itu semua tidak menjadi alasan buatnya untuk tidak terus berada di dalam arus gerakan jihad dan dakwah demi membebaskan bumi Palestin yang dijajah oleh rejim Zionis.

13. Di Gaza sendiri, dari dulu sehinggalah zaman Intifadah 1987, beliau sering keluar masuk penjara kerana usaha jihadnya. Lebih menyedihkan keadaan lumpuhnya menjadi semakin parah ketika beliau berada di dalam penjara. Kesihatannya juga semakin teruk sehingga menyebabkan mata sebelahnya buta dan telinganya kirinya hampir ? hampir pekak. Itu semua tidak menjadi halangan untuk dia terus berjuang.

14. Kali terakhir dia berada di dalam penjara ialah sebelum beliau dibebaskan pada tahun 1997. Penjara menjadi rumah keduanya, dan dia tidak pula menjadikan keadaannya dalam penjara sebagai ruang untuknya menyesali apa yang beliau telah lakukan, jauh sekali untuk meninggalkan perjuangan yang sucinya. Penjaralah menjadi tempat untuknya menghafal al-Quran, menambahkan ilmu, memberi kesedaran kepada pemuda ? pemuda lain yang bersama dengannya, beruzlah kepada tuhannya dan juga sebagai medan untuknya menajamkan lagi pemikirannya.

15. Tubuhnya yang lemah tidak menghalang untuk bergiat aktif dalam membebaskan Palestin malah beliau cukup digeruni Israel. Lewat pembebasannya pada tahun 1997, ianya adalah sesuatu yang amat memeranjatkan dirinya. Semenjak dia dipenjarakan, dia tidak pernah bercita ? cita untuk dibebaskan. Dia rela dipenajarakan dari tunduk dan sujud kepada penjajah rejim Zionis Israel. Dia menceritakan bagaimana pada satu hari beliau telah diperintahkan untuk mengemaskan pakaian dan peralatannya oleh pegawai penjara berbangsa Yahudi. Dia menyangkakan bahawa dia akan dipindahkan ke penjara yang lain seperti kebiasaan yang dilakuakn kepada banduan ? banduan politik HAMAS. Seterusnya beliau dibawa di dalam van yang beliau pun tidak ketahui ke arah mana beliau akan dibawa, yang amat memeranjatkan apabila pintu van dibuka dia telah disambut oleh mendiang Raja Hussein yang terus memeluknya dan mencium dahinya...di a terkejut. Selepas diberitahu, barulah beliau mengetahui bahawa dia telah dibebaskan dalam proses penukaran di antara beliau dengan tahanan agen Mossad yang telah ditangkap oleh polis Jordan kerana percubaan membunuh Khaled Mishaal. Beliau pernah ditanya samada beliau mengaharapkan waktu pembebasan itu ataupun tidak, beliausegera menolaknya. Padanya, beliau tidak akan bertolak ansur dengan pihak penjajah semata ? mata untuk beliau dibebaskan dari penjara. Antara kata ? katanya yang masyhur : ?Jikalaulah mereka (rejim Zionis) menawarkan untuk aku dibebaskan dari penjara hanya dengan memakan buah tembikai pun, aku tidak akan melakukannya!? ini kerana beliau amat menyukai buah tembikai, namun untuk tunduk dan menerima tawaran dari penjajah Zionis, itu tidak pernah terdapat dalam kamus hidup Syeikh Ahmad Yassin.
16.Syeikh dan jihad. Bapaku adalah ikon jihad Palestin di zaman moden ini. Walaupun keadaan dirinya yang lumpuh dan tidak membenarkan beliau untuk turut serta bersama para mujahidin, ianya tidak menjadi alasan baginya untuk tidak menyertai usaha jihad untuk memerdekan bumi Palestin sekadar yang beliau mampu. Beliau menyerahkan hartanya, dirinya dan juga pemikirannya untuk gerakan jihad di Palestin. Baginya jika beliau tidak mampu untuk menyertai para pemuda Palestin bertempur dengan tentera ? tentera rejim Israel, ianya bukan alasan baginya untuk tidak memikirkan dan mengusahakan proses jihad dan pembinaan para mujahid.

17. Seawal tahun 1948 lagi beliau telah terlibat dengan penubuhan kumpulan bersenjata rakyat Palestin yang berpusat di Gaza dalam usaha memerangi para pengganas Zionis. Beliau jugalah yang telah terlibat dalam memberikan khutbah ? khutbah dan usaha ? usaha pendidikan kepada rakyat Gaza demi menghasilkan para mujahidin di awal kembalinya dari Mesir. Beliau jugalah yang telah mencetuskan gelombang Intifadah yang pertama pada tahun 1987, dan juga bersama ? sama dengan Dr Abdul Aziz al-Rantisi dalam menubuhkan gerakan HAMAS yang merupakan bayang ? bayang yang menghantui kerajaan dan tentera rejim Zionis Israel. Beliau jugalah yang telah meniupkan semangat dengan khutbah ? khutbahnya dan juga perbuatannya ke dalam jiwa anak ? anak muda P alestin untuk terus bangkit dan berjuang menentang musuh ? musuh Zionis.

18.Demi menyampaikan mesej jihadnya jugalah dia kelihatan seperti tidak menghiraukan keselamatannya dan juga nyawanya. Bila beliau ditanyakan mengapa beliau tidak bersembunyi, mempunyai pengawal peribadi yang ramai dan memilih untuk ke sana dan ke mari dalam keadaan terbuka, beliau lantas menjawab : ?Agar anak ? anak muda Palestin yang lain mengambil pelajaran daripada akau untuk tidak takut pada kematian dan menyerahkan diri mereka kepada Allah S.W.T?.

19. Dia amat gembira mendengar jika ada di antara pemuda ? pemuda Palestin yang berjaya menyerang tentera ? tentera rejim Zionis samada melalui serangn ? serangan mahupun melalui aksi bom syahid. Dia amat kagum dengan keberanian mereka dan juga keazaman mereka untuk mati sebagai para syuhada. Hanya sekali sahaja beliau menangisi kematian para mujahid Palestin yang syahid, iaitu kematian Syeikh Salah Syahadah, salah seorang pemimpin HAMAS yang telah dibunuh dengan bedilan roket dari helikopter Apache milik tentera rejim Israel. Beliau amat sedih lagi bila Syeikh Salah yang sentiasa berpesan kepada anggota HAMAS agar tidak mengadakan upacara memperingatinya dengan mengadakan demonstrasi jika beliau syahid dan juga tidak mengangkat gambar ? gambarnya. Dia atas sebab inilah Syeikh menghadiri pengkebumiannya hanya dengan duduk di atas kerusi rodanya sahaja dan bu kan di atas kereta seperti kebiasaannya.
20. Harapan. Apa yang diceritakan di sini bukanlah untuk berbangga dengan bapaku dan jauh sekali untuk memuji ? muji dirinya. Harapan kami agar para pemuda Islam, para pendokong gerakan Islam dan umat Islam keseluruhannya mengambil pengajaran dari kehidupan dan kematian Syeikh Ahmad Yassin. Harapan kami juga adalah untuk melihat bumi Palestin dan masjid al-Aqsa bebas kembali dan syariat Allah didaulatkan sekali lagi di muka bumi ini.
Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU