Blog e-Pendidikan Islam ini dibangunkan bagi menyebarluaskan pembelajaran Pendidikan Islam dan penyemaian akar keagamaan di kalangan pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai, Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (dahulu dikenali SM Vokasional Seberang Perai) dan kepada semua pelajar lain. Segala pertanyaan, komen dan cadangan boleh diemelkan kepada muhd@live.com.my
26 September 2014
13 September 2014
Al-Fatihah Buat Khairi Suzali bin Abu Bakar
Salam Takziah. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Beberapa waktu yang lalu kita bertemu, berkenalan dan bergelak ketawa tiba-tiba terdengar khabar kematian. Ia sesuatu yang mengejutkan, sebagai kenalan, sahabat dan orang yang terdekat. Lebih kurang jam 4 petang, Khairi Suzali bin Abu Bakar meninggal dunia kerana kemalangan di Jambatan Kedua. Petang jumaat 12 hb 2014 akan menjadi sejarah buat orang yang ditinggalkan.
Pada usia 31 tahun, Ketua Bengkel Elektrik Kolej Vokasional Balik Pulau meninggalkan seorang balu dan 2 anak yang masih kecil. Beliau yang menetap di Parit Buntar terpaksa berulang alik ke tempat kerjanya di Balik Pulau. Jaraknya sangat jauh dan terpaksa menyeberangi Jambatan Kedua setiap hari. Saya mengenali beliau dalam beberapa siri kejohanan soffball yang dianjurkan pada peringkat antara kolej vokasional di Pulau Pinang. Beliau adalah antara tenaga penting menjayakan permainan soffball di negeri ini. Al-fatihah untuk arwah dan kita mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang yang soleh. Al-Fatihah.
Pada usia 31 tahun, Ketua Bengkel Elektrik Kolej Vokasional Balik Pulau meninggalkan seorang balu dan 2 anak yang masih kecil. Beliau yang menetap di Parit Buntar terpaksa berulang alik ke tempat kerjanya di Balik Pulau. Jaraknya sangat jauh dan terpaksa menyeberangi Jambatan Kedua setiap hari. Saya mengenali beliau dalam beberapa siri kejohanan soffball yang dianjurkan pada peringkat antara kolej vokasional di Pulau Pinang. Beliau adalah antara tenaga penting menjayakan permainan soffball di negeri ini. Al-fatihah untuk arwah dan kita mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang yang soleh. Al-Fatihah.
11 September 2014
10 September 2014
Medan Selera Padang Kota Lama: Pengunjung Perlu Berhati-Hati Membuat Pesanan
Salam muhibah buat pembaca budiman.
Kunjungan kedua saya (dalam tempoh terdekat) ke Medan Selera Padang Kota Lama, Georgetown pada hari ahad lepas 7 September 2014 berbaur nada paling kecewa dan terbit rasa tidak puas hati yang mendalam.
Apa tidaknya, dalam keseluruhan kedai makan khas buat pengunjung Islam bersama keyakinan orang Islam terhadap makanan dan minuman disediakan adalah semuanya halal adalah tinggi. Tapi apa yang menjadi ketidakpuasan hati saya ialah ada sebuah kedai minuman (Minuman Kopi) yang dikendalikan orang bukan Islam secara zahirnya boleh dikenalpasti dengan jelas kewujudan mereka di celah pemilik gerai Islam yang lain. Saya kebetulan singgah makan pada bulan lepas di sebuah meja di Medan Selera tersebut dan telah didatangi seorang lelaki melayu yang mengambil order minuman. Bila dihantar minuman, lalu saya bersama isteri minum hampir separuh gelas dari minuman yang dipesan tadi.
Tiba-tiba barulah saya menyedari lelaki tadi menghantar pesanan itu kerap bergegas mengambil minuman dari arah kedai yang jelas dimiliki pemilik gerai dan orang yang menyediakan minuman pun dari orang bukan Islam. Saya terkedu dan menjadi sangat terkejut lalu terus membatalkan hasrat untuk menghabiskan minuman. Rasa sangat dukacita menyelubungi hati saya. Ini satu penipuan.
Timbul pertanyaan mengapa pemilik gerai lain tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti JAINPP.
Justeru, kunjungan kedua saya ini lebih berniat untuk mengesahkan sama ada masih ada gerai tersebut atau tidak. Ternyata gerai ini masih beroperasi dan ramai pengunjung Islam tidak menyedari atau tidak mahu ambil peduli soal minuman yang disediakan dari kedai bukan Islam tersebut. Saya pesan kepada pekerja yang datang mengambil order di meja yang saya duduki supaya jangan hantar pesanan ke gerai bukan Islam tersebut dan saya sempat merakamkan beberapa keping gambar gerai tersebut.
Timbul pertanyaan di hati saya mengapa masih diberikan gerai kepada pemilik bukan Islam di Medan Selera Padang Kota Lama yang keseluruhan halal sedangkan telahpun disediakan Medan Selera khas bukan Islam yang bersebelahan. Mungkin ada di kalangan umat Islam melihat perkara ini remeh kerana hanya melibatkan soal minunan sahaja tetapi kita tetap menyakini bahawa setiap penyediaan makanan dari orang bukan Islam tetap diragui penyediaan bahan dan perkakas digunakan. Sekiranya pembudayaan minuman yang disediakan orang bukan Islam semakin dibolehkan dan tiada sebarang perasaan syak nescaya pembenihan awal sikap tidak mengendahkan soal halal dan haram akan menjadi sebahagian pegangan masyarakat muda Islam. Pihak bukan Islam akan lebih sewenangnya mempermainkan pegangan agama orang Islam di tanah air ini. Bahkan akan lahir beberapa tindakan lain yang tidak menghormati soal halal dan haram dalam penyediaan makanan kepada orang Islam lantaran kurangnya reaksi atau bantahan dari orang Islam. Harap sesiapa yang membaca coretan ini dan ada autoriti dalam bidang ini mohon ambil tindakan segera bagi menjamin kesucian makanan orang Islam di negara yang majoriti penduduk Islam.
Timbul pertanyaan di hati saya mengapa masih diberikan gerai kepada pemilik bukan Islam di Medan Selera Padang Kota Lama yang keseluruhan halal sedangkan telahpun disediakan Medan Selera khas bukan Islam yang bersebelahan. Mungkin ada di kalangan umat Islam melihat perkara ini remeh kerana hanya melibatkan soal minunan sahaja tetapi kita tetap menyakini bahawa setiap penyediaan makanan dari orang bukan Islam tetap diragui penyediaan bahan dan perkakas digunakan. Sekiranya pembudayaan minuman yang disediakan orang bukan Islam semakin dibolehkan dan tiada sebarang perasaan syak nescaya pembenihan awal sikap tidak mengendahkan soal halal dan haram akan menjadi sebahagian pegangan masyarakat muda Islam. Pihak bukan Islam akan lebih sewenangnya mempermainkan pegangan agama orang Islam di tanah air ini. Bahkan akan lahir beberapa tindakan lain yang tidak menghormati soal halal dan haram dalam penyediaan makanan kepada orang Islam lantaran kurangnya reaksi atau bantahan dari orang Islam. Harap sesiapa yang membaca coretan ini dan ada autoriti dalam bidang ini mohon ambil tindakan segera bagi menjamin kesucian makanan orang Islam di negara yang majoriti penduduk Islam.

•Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut.
• …Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati. Hadis riwayat Muslim dan Bukhari)
Coretan: Muhd Shatar
04 September 2014
KOLEKSI 100 SOALAN RAMALAN SPM PENDIDIKAN ISLAM 2014 Kerajaan Bani Umaiyah & Bani Abbasiyah
KOLEKSI 100 SOALAN RAMALAN SPM
PENDIDIKAN ISLAM 2014
Kerajaan Bani Umaiyah & Bani Abbasiyah
1.
……………………………….…………….. adalah khalifah
yang mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.
2.
Nama kerajan Bani
Umaiyah diambil sempena nama ……….................………………. Muawiyah bin Abu
Suffian
3.
Bilangan khalifah
kerajaan Bani Umaiyah ialah ................................... orang.
4.
Tempoh
pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah ialah ....................... tahun.
5.
Kerajaan Bani
Umaiyah bermula selepas kewafatan khalifah
......................................... yang merupakan salah satu Khulafa
al-Rasyidin.
6.
Pusat pemerintahan
kerajaan Bani Umaiyah terletak di .........................................
7.
.....................................................
adalah khalifah terakhir kerajaan Bani Umaiyah.
8.
........................................
adalah majlis rundingan antara Khalifah Ali bin Abi Thalib dan Muawiyah bin Abi
Suffian bagi menyelesaikan perang saudara antara kedua belah pihak mereka.
9.
..........................................................
adalah wakil kepada Muawiyah bin Abi Suffian dalam perundingan Majlis Tahkim
10.
Kerajaan Bani
Umaiyah telah menjadikan sistem ....................................... dalam
urusan pelantikan khalifah.
11.
Pada pemerintahan
khalifah .............................................................. telah
berlaku zaman kemajuan kerajaan Bani Umaiyah
12.
Kerajaan Islam
sebelum kerajaan Bani Umaiyah ialah kerajaan
.................................................
13.
Tahun terakhir
pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada ......................... Hijrah.
14.
Umar bin Abdul
Aziz merupakah khalifah ke .................. kerajaan Bani Umaiyah.
15.
Umar al-Khattab
merupakah salah seorang khalifah pada zaman kerajaan Islam yang berpusat di
................................................. .
16.
Perang saudara
yang berlaku di antara Saidina Ali bin Abu Thalib dan Muawiyah bin Abi Suffian
ialah perang Jamal dan perang ..........................................
17.
Pada tahun
......................... Hijrah bermula kerajaan Bani Umaiyah.
18.
Khalifah Umar bin
Abdul Aziz digelar Khulafa al-Rasyidin yang ke ........... oleh sejarahwan
Islam kerana corak kepimpinannya menyamai cara Khulafa al-Rasyidin.
19.
Kota
................................... adalah pusat pengetahuan di Eropah pada
zaman kerajaan Bani Umaiyah
20.
Terdapat
....................... buah perpustakaan di Andalusia, Sepanyol yang dibina
oleh kerajaan Islam.
21.
Saidina Hassan bin
Ali sanggup menyerahkan kuasa kepada Muawiyah bin Abi Suffian dengan syarat
memerintah kerajaan Islam dengan berpandukan al-Quran dan
.......................... .
22.
Sistem pelantikan
khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin berdasarkan
.............................................. berbeza pada zaman kerajaan Bani
Umaiyah.
23.
Golongan
...................................................... muncul kerana tidak
bersetuju dengan penubuhan Majlis Tahkim oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
24.
Khalil bin Ahmad
dan Sibawaih adalah tokoh ilmu ........................................... pada
zaman kerajaan Bani Umaiyah.
25.
Tokoh ilmu tafsir
al-Quran pada zaman kerajaan Bani Umaiyah ialah
.............................................. yang telah menghasil kitab
tafsir al-Tabari.
26.
Kerajaan Bani
Umaiyah mengalami kejatuhan akibat dari kelalaian
............................... dalam urusan pentadbiran berlandaskan agama.
27.
Angkatan tentera
pada zaman kerajaan Bani Umaiyah terdiri dari angkatan tentera berkuda,
angkatan tentera berkenderaan dan angkatan tentera
.......................................................
28.
Corak ketenteraan
zaman kerajaan Bani Umaiyah ditiru dari negara .......................
29.
....................................................
berperanan menguruskan semua pendapatan dan perbelanjaan negara pada zaman
kerajaan Bani Umaiyah.
30.
Hassan Basri dan
Wasil bin Atta’ adalah tokoh ilmu ...................................... pada
zaman kerajaan Bani Umaiyah.
31.
Kerajaan Bani
Umaiyah yang berpusat Gardova, Andalusia (Sepanyol) telah diasaskan oleh
...................................................................... pada
tahun 137 Hijrah.
32.
Pasukan yang
diletakkan di bahagian kiri dalam strategi peperangan angkatan tentera kerajaan
Bani Umaiyah dinamakan sebagai ................................
33.
Pada kerajaan Bani
Umaiyah bilangan kapal perang sebanyak ...................... buah.
34.
Pengkalan tentera
kerajaan Bani Umaiyah berpusat di ................................
35.
............................................
berperanan mentadbir dan menguruskan hal ehwal ketenteraan.
36.
Penglima perang
pada zaman kerajaan Bani Umaiyah iaitu Musa bin Nasir telah berjaya membuka
.................................
37.
.........................................................................
telah berjaya membuka Andalusia.
38.
Cara pemilihan
tentera kerajaan Bani Umaiyah berbentuk sukarela dan
...................................... .
39.
Tentera dilatih
pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada musim panas dan musim
............................... .
40.
................................................................
telah berjaya mencipta sistem baris dalam bacaan al-Quran.
41.
Al-Tadwin bermaksud
............................................ wujud pada zaman kerajaan
Umaiyah kerana kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan.
42.
Kharaj, Zakat,
Jizyah, Ushur, Fa’i dan ......................................... merupakan
sumber kewangan kerajaan Bani Umaiyah.
43.
..........................................
kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan syarat
tertentu.
44.
Orang kafir
............................. ialah orang kafir yang menetap di negara Islam
tetapi tidak mengikut perjanjian dengan kerajaan Islam.
45.
Contoh ilmu akli
yang berkembang pada zaman kerajaan Bani Umaiyah seperti
................................... .
46.
Al-Muqaddimah
ialah pasukan dalam angkatan tentera yang diletakkan di bahagian
...............................
47.
Penduduk di
.......................... dan golongan Syiah melantik Hasan bin Ali sebagai
khalifah selepas pembunuhan Khalifah Ali bin Abi Thalib.
48.
Pusat penyebaran
ilmu pada zaman kerajaan Bani Umaiyah berlaku di Kota
.................................
49.
Imam Abu Hanifah
dan Imam ............................... merupakan tokoh ilmu fekah dan hadis
pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
50.
Al-Farazdak, Jarir
Amru bin Abi Rabiah dan Jamil al-Azri antara ........................ di
istana khalifah.
51. Kerajaan Bani
Abbasiyah diasaskan oleh ………………………………............................ .
52. Kerajaan Bani
Abbasiyah terbina selama ……………………………….. tahun.
53. Cara
pelantikan khalifah kerajaan Bani Abbasiyah adalah secara
................................ .
54. Terdapat
seramai ........…. orang khalifah telah memerintah kerajaan Bani Abbasiyah.
55. Khalifah Harun
al-Rasyid telah membina perpustaakaan terbesar di Baghdad iaitu
……………………………….. .
56. Al-Dawawin
merupakan jabatan-jabatan kerajaan di bawah pengawasan sekrateri yang digelar
................................ .
57. Khalifah
………………………………... telah menjadikan sudut di istananya sebagai tempat penyampaian
ilmu oleh para sarjana dan ilmuan.
58. Kerajaan Bani
Abbasiyah ditubuhkan selepas kejatuhan kerajaan .............................................
.
59. Antara tempat
yang menjadi tempat penyebaran ilmu pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah
ialah masjid, …………………………, perpustakaan dan pusat pengajian.
60. ………………………………. antara pusat pengajian ilmu terkemuka pada masa
itu yang dibina oleh Perdana Menteri Nizam al-Mulk.
61. Khalifah ini terkenal di sifat warak dan telah menjadikan Baghdad
sebagai pusat penyebaran ilmu dan kebudayaan terkemuka.
62. Masjid ……………………………….. telah
dijadikan tempat penyebaran ilmu oleh tokoh-tokoh Islam.
63. Fungsi ……………………………… pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah adalah
menguruskan kewangan dan perbelanjaan negara.
64. Khalifah .................................................. telah
memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan beliau terkenal dalam usaha
menggiatkan aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bidang ilmu.
65. Al-Wazir dalam
pemerintahan Bani Abbasiyah bermaksud
............................................
66. Khalifah
..................................... telah menjadikan Baghdad sebagai
ibu kota dan menyediakan pasar-pasar di tempat strategik.
67. Khalifah al-Mahdi telah menubuhkan
...................................... untuk mengadili kes-kes rayuan.
68. Nama kerajaan Bani Abbasiyah diambil dari bapa saudara Rasulullah SAW
iaitu ........................................... .
69. Gelaran yang diberikan oleh sejarahwan Islam terhadap kerajaan Bani
Abbasiyah ialah ........................................................................................
.
70. Perpustakaan
Darul Hikmah terletak di .................................................. .
71. Ilmu ............................... adalah ilmu berasaskan akal manusia
seperti fizik, kimia dan astronomi.
72. Antara formula matematik yang ditemui pada zaman Kerajaan Bani
Abbasiyah ialah trigonometri, algebra, geomentri dan .......................
73. Imam Abu Daud
adalah penyusun kitab ................................................ .
74. Tokoh ilmuan Islam iaitu Imam ........................................
yang lahir pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah dalam bidang ilmu hadis
telah menghasilkan kitab Sahih Bukhari.
75. Imam
........................................ telah mengasaskan mazhab Hanbali.
76. Tokoh ilmu tauhid yang lahir pada zaman Kerajaan Bani
Abbasiyah ialah Imam Ghazali dan
........................................................ .
77.
………………………………….......... merupakan tokoh yang telah mencipta peta dunia yang
pertama di dunia dalam bentuk glob.
78. ...................................................... merupakan tokoh
yang telah terkemuka dalam bidang kimia pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.
79. .................................................. merupakan tokoh
pertama yang telah berjaya menyukat kelajuan bunyi dan cahaya serta mencipta
cermin mata.
80. Tokoh dalam
ilmu astronomi pada zaman Bani Abbasiyah ialah .................... .
81. Pusat
Penterjemahan Negara pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah
...............................................
82. Antara faktor perkembangan sains dan teknologi pada zaman Kerajaan Bani
Abbasiyah ialah kerana ....................................... .............
dan aktiviti penterjemahan yang giat djalankan serta kerana berlaku proses
globalisasi ilmu.
83. Yuhana bin Masawaih dan Hunain bin Ishak merupakan
................................. di Baitul Hikmah.
84. Khalifah al-Makmun telah membina
................................................. untuk membantu penyelidikan
dalam bidang astronomi.
85. Khalifah al-Muktasim telah membina
.................................................... di pelabuhan Sungai Dajlah
di bawah pengawasan Gabenor Nubia.
86. .................................. di Itali telah banyak menyimpan
khazanah ilmu terutama astronomi dan perubatan pada zaman Kerajaan Bani
Abbasiyah.
87. Pengasas ajaran
sesat Tasnim ialah .................................................. .
88. Mirza Ghulam
Ahmad merupakan pengasas ajaran sesat ............................... .
89. Acre, di
Palestain merupakan kiblat bagi kumpulan ajaran sesat .................... .
90. Solat hanya dengan niat ialah ciri-ciri kesesatan dalam kumpulan
...................
91. Kitab al-Muawatta dihasilkan oleh Imam ...................
92. Kitab Musnad karangan Imam Ahmad bin
Hanbal mengandungi ....................... hadis.
93. Kitab Sohih Bukhari disusun oleh Imam
..............................
94. Ibnu Sina digelar di Barat dengan
panggilan ..............................
95. Al-Mukadimah merupakan kitab karangan
...............................
96. Kitab Sohih Bukhari mengandungi
................................... hadis
97. Syeikh Muhammad Abdoh meneruskan idea
.................. yang diperkenalkan Sayyid Jamaludin al-Afgani.
98. Majalah al-Imam yang diterbitkan oleh
Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan majalah tertua di Tanah Melayu pada tahun
..............
99. Gelaran syeikh diberikan kepada Syeikh Tahir
Jalaluddin sewaktu beliau merupakan mufti di ......................
100. Gelaran bagi Syeikh Tahir
Jalaluddin ialah ...............................
Bagi mendapatkan jawapan:
1. Sila hantar emel bertajuk Skema Jawapan KOLEKSI 100 SOALAN RAMALAN 2014 ke emel : muhdlive50@gmail.com
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
1. Sila hantar emel bertajuk Skema Jawapan KOLEKSI 100 SOALAN RAMALAN 2014 ke emel : muhdlive50@gmail.com
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Subscribe to:
Posts (Atom)
SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU
- ► 2012 (108)
- ► 2010 (172)