(Tersiar dalam Berita Harian: 04.09.2012)
Oleh: MUHD SHATAR (muhd@live.com.my)
Sejauh
manakah peranan persatuan sukan terhadap pemain-pemainnya dalam pembinaan
sahsiah, pengurusan kewangan atau lebih penting kehidupan berteraskan agama. Tidak
dapat dinafikan, kebanyakan pemain bola mula diserapkan ke akademi bola sepak
negeri ketika usia remaja hinggalah meningkat usia. Memasuki dunia sukan
terutamanya bola sepak memang teruja kerana diminati dan menjadi tumpuan,
selain kehadiran facebook, twitter dan pelbagai kaedah terkini dalam menemukan
peminat dengan pemain dengan lebih rapat.
Gaji
agak lumayan ketika masih di peringkat remaja atau pada awal usia muda
sekiranya tiada kesedaran menguruskan wang secara berhemah maka pendapatan
diraih sudah pasti dibelanja boros ataupun menjurus kepada pembaziran.
Pendapatan pemain bola umumnya terhad ketika usia remaja hinggalah mencapai
usia sekitar tiga puluhan. Pendapatan juga akan terhenti apabila kudrat tidak
diperlukan. Pendapat lumayan diraih sewaktu bertenaga dan diperlukan pasukan
perlu dikumpulkan dalam bentuk aset kekal seperti hartanah sebagai persediaan
apabila pemain beransur hilang tawaran dari mana-mana pasukan. Justeru persatuan
sukan ada kewajipan memastikan para pemain berupaya mengawal pendapatan dan
ilmu pengurusan kewangan perlu diberikan secara berkala. Selain berupaya
mebimbing pemain di bawah kontrak dan tanggungjawab dalam membuat pelaburan
masa hadapan.
Isu
pemain terlibat dengan gejala negatif seperti contoh terbaru dakwaan jurulatih
Peter Butler terhadap skandal pemainnya membawa masuk perempuan ke hotel perlu
dilihat sebagai satu perkara besar bersama adanya langkah pencegahan. Pemain
bola adalah idola remaja. Mendidik pemain melalui pembentukan akhlak serta
kefahaman agama yang mendalam akan membantu menghindari berlaku kerosakan
peribadi dan menjadi kritikan media yang akhirnya menyumbang kepada punca
kemerosotan prestasi. Pemain bola merupakan figure sering diperhatikan masyarakat
umum, maka perlunya pengisian seperti tazkirah agama, kuliah ilmu dan
sebagainya turut diterapkan kepada pemain. Paling penting, pemain remaja yang
dipilih ke peringkat akademi bola sepak turut disediakan modul pembangunan
insan dan kekuatan kehidupan beragama.
Peranan
persatuan dalam membangunkan tahap pengurusan kewangan dan pembinaan akar
keagamaan adalah mustahak dan perlu segera dilaksanakan. Pemain kuat agamanya
akan lebih berintegreti terhadap kecemerlangan pasukan. Jadi, salah satu cara
mencapai kemenangan dalam perlawanan adalah dari pembinaan kekuatan rohani dan
jasmani pemain. Di samping, kesedaran mereka terhadap amanah dari pucuk
pengurusan pasukan.