31 July 2010

Info Hukum: Merokok - Amalan Yang Membazirkan?

Salam, para pelajar sekalian,

Merokok adalah tabiat yang perlu dihindari. Seseorang pelajar di alam persekolahan mendapat dosa yang berlipat kali ganda kerana merokok disebabkan:

1. Melanggar peraturan sekolah
2. Menyalahgunakan duit dari ibu bapa anda yang mengharapkan dibelanjakan bagi tujuan pembelajaran
3. Mendedahkan diri kepada gejala negatif dan bakal mendapat kawan-kawan perokok dan penagih
4. Melanggar fatwa ulama yang mengharamkan rokok

Lihat petikan ini:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaaan Kali Ke-37 pada 23 Mac 1995 membuat keputusan seperti berikut :
"Merokok adalah haram daripada pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan". .

Serta berita ini:

Iran dakwa rokok seludup ada darah babi

TEHERAN - Seorang pegawai Iran menyatakan rokok yang diseludup ke Iran telah dicemari dengan darah babi dan bahan nuklear sebagai sebahagian daripada satu konspirasi negara-negara Barat.
Agensi berita separa rasmi Iran, Mehr memetik jurucakap Persatuan Memerangi Perokok, Mohammad Reza Madani sebagai berkata, rokok seludup jenama Marlboro telah dicemari dengan hemoglobin babi dan bahan nuklear yang tidak dikenal pasti.
Dia mendakwa syarikat Philip Morris International yang menjual rokok jenama Marlboro di luar Amerika Syarikat (AS) diketuai rejim Zionis dan ia dengan sengaja mengeksport rokok yang telah dicemari.
Namun, dia tidak menyediakan bukti atau maklumat mengenai rokok yang tercemar itu. Laporan semalam turut tidak menjelaskan maklumat lengkap mengenai bagaimana rokok darah babi itu ditemui.
Pemerintah Iran yang kerap mendakwa negara-negara Barat melakukan beberapa konspirasi menyatakan, sebanyak 20 bilion rokok diseludup masuk ke Iran setiap tahun. - (Harian Kosmo 31.07.2010)


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

No comments:

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU