10 September 2013

Esok Yang Tiada Cahaya, Hari Ini Yang Kehilangan


Salam simpati, hanya Allah SWT Maha Pelindung dan Maha Mengasihani.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi (9.9.2013) di Kilometer 8 Jalan Bangi-Kajang, berhampiran Jambatan Teras Jenang, ketika Rohaya yang memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya dalam perjalanan dari Bangi untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang. Rohaya Md Rabi, 35, yang terbunuh bersama tiga anaknya dalam kemalangan ngeri, di sini, semalam. (Petikan dari akhbar)

Pabila terlihat dan menyaksikan kes kematian akibat kemalangan, aku teringat akan arwah Ahmad Fauzan Madrikh yang agak baru meninggalkan dunia juga terlibat dalam kemalangan maut di tempat kejadian. Sebagai guru GPI, aku amat bersimpati dengan suami Ustazah Rohaya Md Rabi, kerana ujiannya kepadanya sangat besar. Kehilangan 4 orang yang sering berada di hadapan dan esok hari yang sukar digagahi. Moga Allah melimpahi kekuatan kepadanya. Inssak Allah. Mudah-mudahan dan kita sama berdoa. Aku sememangnya tidak mengenali ustazah ini, dan bila didapati dia adalah bekas pelajar di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan telah membuatkan aku ingin mencatatkan sesuatu.
Alhamdulillah, pabila kita juga seorang bapa - jika meletakkan kita dalam keadaan suaminya pasti sukar untuk menceritakan saat-saat sukar ini. Seperti Jimadie Shah yang baru sahaja kehilangan anak sulung Adam Azfar. Dia juga berada dalam situasi getir ini. Aku juga teringat Nabi Muhammad SAW yang lebih dahulu berada dalam suasana getir ini. Kehilangan Qasim dan Abdullah  saat Nabi Muhammad ingin putera lelaki telah hilang bersama dengungan sahara padang pasir.

Coretan: Muhd Shatar

04 September 2013

Beranikah Kita Menutup Kasino-Kasino di Genting Highlands

Salam budiman dan muhibbah,

Pabila terdengar Datuk Wira Ali Rustam nak tutup Genting Highlands, hati saya cukup teruja. Ya, sebagai umat Islam - amat baguslah kalau terdengar benda maksiat nak dihalang dan ditamatkan.

Sememangnya pusat perjudian ini amat baik tidak diwujudkan dari awal sebab ini negara Islam. Pabila sebut Genting sahaja, sudah terjelma sebagai tempat yang kurang elok bagi orang yang pergi buat benda terkutuk dalam agama.

Pusat permainan, taman tema air dan segala bentuk hiburan di puncak Genting Highlands akan menjadikan pengunjungnya akan takjub dan lupa diri (lagha) dengan suasana di situ.

Maka, arakian kalau nak tutup, tutuplah dengan jujur. Yang mana elok jadikanlah tempat percutian yang baik. Persidangan atau tempat kursus kakitangan kerajaan atau swasta. Peserta pun sihat kerana udara sejuk yang asli.

Coretan; Muhd Shatar
,

31 August 2013

Isu Penghinaan Agama Islam dan Melayu: Sikap Berdiam Orang Melayu Sudah Pasti Membuka Seluasnya Pintu Penghinaan

Salam Merdeka,


















Pabila ingin memperkatakan isu ini, saya merenung sepuas-puas terhadap lukisan ini. Terbit beberapa soalan di hati saya. Yang pertama mengapa bendera Malaysia dibuang anak bulan digantikan dengan simbol lanun. Kedua, mengapa tulisan menyerupai Bismillah diterbalikkan. Anak bulan dan tulisan Bismilah adalah lambang agama Islam kerana anak bulan selalunya dikaitkan dengan kemunculan bulan berpuasa dan tarikh beraya. Bacaan Bismillah adalah permulaan tingkah laku umat Islam untuk mengutamakan Pencipta. Yang lain saya tidak mahir membaca secara tersirat dan tersurat dari lukisan ini. Cukuplah dua perkara ini melambangkan niat jahat pelukisnya.
                    Terbit dari hati kecil saya, sikap orang Melayu terhadap penghinaan ini. Sewajarnya kesemua parti politik Islam dan Melayu sekiranya timbul apa sahaja isu melibatkan soal syiar agama bersatu dalam nada yang sama. Kalau perlu berpakat untuk demostrasi secara aman pun wajar...


Oleh: Muhd Shatar

30 August 2013

Kongsi Gelap: India -1, Cina-2 dan Melayu-3

Salam merdeka untuk semua,

Esok 31 Ogos, malam ini rakyat Malaysia akan menantikan detik 12.00 malam menandakan kita merdeka. Tetapi apabila melihat petikan dari akhbar ini - adakah kita berhak meraikan kemerdekaan kerana tanah air kita diselubungi sarang kongsi gelap.

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri mendedahkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara memiliki 40,313 ahli berdaftar.
Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).
Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Senarai kumpulan kongsi gelap:

1. Geng 04
2. Geng 08
3. Double 7
4. Tiga Line
5. Geng 30
6. Geng 38
7. Geng 24
8. Geng 18
9. Geng 36
10. Geng 21
11. Ang Soon Thong
12. Wah Kee
13. Sio Sam Ong
14. PNEH
15. Hong Hong San
16. Hai San
17. Siang Ang Bin
18. New Cell 20
19. Jit It Hai
20. Sio Koon Tong
21. Gee Lam Kor
22. Gee Leng Hor
23. Loh Kuan
24. Tiang Yee Tong
25. Geng Leng Hor
26. Geng 35
27. Geng 303
28. Geng Satu Hati
29. ATAP
30. Hung Ann
31. Sui Yuk
32. Otai
33. Borneo Red EMP
34. Ah Ngau
35. Bati Tiga
36. Ah Feng
37. Batu 10
38. Sibu Ti
39. Ah Seng
40. Ah Chin
41. Lee Lung
42. Lo Han
43. Sg Merah
44. Sg Badut
45. Ting Ching Lee
46. Tua Cak Lee
47. Teksi Station
48. Pintu Merah
49. Krokop

18 August 2013

Tontonan Terbaik Aidilfitri: Bukan Filem Hantu

Salam Aidilfitri,

Rasa kecewa dengan sebilangan sikap penerbit di rangkaian tv kerana masih memilih cerita hantu sebagai bahan tayangan sepanjang aidilfitri. Budak-budak, remaja dan orang dewasa memang pun seronok tengok filem hantu kerana itulah sebahagian sekolah paling kuat mempengaruhi akal.
Pun begitu, saya jarang berminat dengan cerita ditayangkan dalam televisyen. Sebaik, berpeluang terlihat cerita bertajuk PULANG di astro Oasis, membuatkan saya terpaku dan tertarik untuk menyaksikannya. Paling berkesan, dialog sepanjang cerita ini sangat mengujakan untuk menghayatinya sehingga tamat. Bahkan, tak sabar menyaksikan bagaimana berlaku pada babak akhir.  
Sudah lama saya ternanti kemunculan pelakon Sulaiman Yasin atau mungkin para pembaca lebih akrab dengan nama Mat Over dalam drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang cukup popular suatu ketika dahulu. Lakonan cukup bermutu, bukan seperti dibuat-buat untuk melakonkan. Setiap perkata keluar dari mulutnya berbisa menikam. Gambaran seorang ayah yang tegas dan berprinsip kadang kala lebih kasihnya kepada anaknya. Ceritanya agak biasa tetapi cara lakonan dan penciptaan dialog antara pelakon cukup berbeza dengan filem lain. Kehebatan pengarahnya menyelami dua cinta yang terpisah masa lalu dan berpeluang berjumpa dalam keadaan sopan mencerminkan itulah realiti dimahukan berlaku di kampung. Kita tidak boleh menolak soal cinta di kalangan anak muda sebaliknya mendidik mereka menilai cinta dengan  sopan dan tidak melanggar batas agama.
          Amran yang pulang dari perantauan bersama anak perempuan kecilnya Aisyah yang dilarikan dengan niat menyelamatkan akidah anaknya. Amran berpeluang bertemu bekas kekasihnya yang membuatkan dia meninggalkan kampungnya untuk beberapa tahun sehingga beroleh seorang anak perempuan. Rasanya inilah cerita yang bermutu berbanding filem lain yang ditayangkan untuk aidilfitri biarpun ianya sebuah rekaan dari pengalaman pengarahnya.

Coretan; Muhd Shatar

16 August 2013

Jurulatih Luar: Cerdik Atau Bagus

Salam buat pembaca sekalian.

Peter James Butler mungkin bagi rakyat Kelantan sangat popular. Satunya, kerana dia antara jurulatih yang berjaya membawa pasukan Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA 2009 tetapi saat itu telah menjadikan penyokong Kelantan benar-benar sebak dan menelan kesedihan atas kekalahan kepada pasukan Selangor dengan kekalahan sepakan penalti.

Tahun 2012, pasukan Terengganu yang berminat kepada Peter James Butler untuk menguruskan semusim penuh kontroversi. Peter James Butler dibawa masuk ke dalam skuad Terengganu bagi menggantikan  Mat Zan Aris yang ditamatkan terlebih awal dari kontrak sebenar. Walhal pada masa itu Mat Zan sudah cukup baik mengendalikan team dalam liga. Paling melucukan, awal tahun 2013 lalu pasukan terengganu terikat dengan kontrak perjanjian dengan tiga jurulatih dalam satu masa. Elavarasan dengan cepat diambil bagi mengantikan Peter James Butler. Sedangkan Peter James Butler masih belum selesai dengan kontrak perjanjian. Maka awal tahun lalu dia ditawarkan menguruskan T. Team sebagai pilihan terakhir perdamaian.  Mat Zan pula berhak mendapat pampasan atas alasan ditamatkan kontrak secara mengejut. PBSNT kehilangan banyak wang untuk menyelesaikan semuanya akibat terburu-buru.

Padahnya, Peter James Butler bukanlah pakar atau berkebolehan. Prestasinya lebih kurang sama atau terkebawah dari jurulatih tempatan. Hanya kerana namanya Peter James Butler dan datangnya dari negara Barat maka dia banyak diberikan peluang dan wang...

Oleh: Muhd Shatar

15 August 2013

Bolehkah Kita Memberi Maaf Untuk Mereka?

Salam Aidilfitri.
  
Saya ingin bertanya, adakah kita mampu memaafkan apa yang dilafazkan oleh Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake.  Dia  memohon maaf kepada penganut agama Islam atas tindakan kumpulan penganut fahaman Buddha tersebut. Jawapan...

Mereka dengan segaja ingin mencetuskan provokasi umat Islam di sini. 
Jika umat Islam Rohinya di Myanmar dengan sewenang-wenangnya dibakar, disembelih dan dibunuh secara kejam - siapakah sami-sami ini.   Aku teringat tulisan Dr. Mahathir dalam buku Dilema Melayu. Lebih kurang begini ayatnya;

Orang Cina hanya akan berbuat baik sekiranya komuniti mereka sedikit. Jika mereka adalah majoriti sikap mereka terhadap orang melayu akan berubah. 

Pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor perlu dipecat kerakyatan. Ini adalah sebahagian ketegasan yang sangat perlu.

Oleh: Muhd Shatar

06 August 2013

Alangkah Indahnya Doa

Salam Selasa. 
Pagi ini damai, ada sedikit kelapangan pada jiwa, hari ini dan esok kita berpeluang meningkatkan pahala di bulan ramadan tahun ini. Dua tinggal untuk berpuasa, selebihnya seperti biasa melebihkan tahajud, taubat, zikir dan tentunya al-Quran yang dilazimi menjadi bacaan umat Islam.

Doa ini dari al-Quran - samalah kita mengamalkannya. Terima kasih Ahmad Fadhil lantaran memaparkannya dalam fb anda.


Coretan; Muhd Shatar

21 July 2013

Tinggalkan Anak Dalam Kereta: Takdir Allah Yang Menimpa

Salam muhibbah..

Ternyata dugaan Allah menimpa buat sesiapa. Kita tidak sepatutnya menunding jari kepada orang yang tersilap atau bersalah lantaran sesiapa sahaja berkemungkinan diujinya dalam pelbagai keadaan dan rupa.

Iktibarnya, perlu dilekatkan dalam kepala kita bahawa anak kecil sama sekali jangan diletakkan bersendirian dalam kereta. Bila sudah kebiasaan akan membawa kepada hari yang tidak diduga. Paling tidak, amalkan sikap selalu membuka atau merendahkan sedikit cermin tingkap (bagi tujuan angin keluar masuk) kalau ada keperluan yang sekejap seperti kerana tergesa-gesa ingin ke tandas jika ada anak kecil di dalam kereta.

Kes yang berlaku pada hari Khamis (18.07.2013) lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya amat menyayat hati kita.  Arwah ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang ketika ibunya bersiap untuk pulang selepas sesi sekolah. Arwah yang dikatakan ditinggalkan dalam kereta sejak jam 11.00 pagi.

Lupa adalah sifat semulajadi manusia. Dek kerana itu banyak kes kemalangan berlaku kerananya. Kita wajib banyak berdoa kepada Allah agar dijauhkan bala dan kemalangan seperti itu. Sejauh mana kita berdoa kepada Allah untuk tujuan itu harus ditanya...

Moga Allah memberikan ketabahan kepada ibu dan bapa arwah.
Coretan: Muhd Shatar

19 July 2013

Kenapa Guru Jadi Pilihan Penembak Upahan?

Kulim, Kedah. Sudah masuk kali ketiga dalam bulan Julai guru menjadi sasaran penembak upahan.
Kes 1:
4 Julai, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas,

Kes 2:
7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan

Coretan; Muhd Shatar

14 July 2013

Kenapa Mereka Tidak Menghormati Kita?

Salam ramadan,
Pasangan ini - Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, bekas penuntut National University of Singapore, tanpa sedar atau tidak telah mempersendakan bulan Ramadan umat Islam dengan memuat naik gambar makanan tidak halal berlogo halal hanya ini menyentuh sensitiviti umat Islam. Apa tujuan mereka ini?

Saya berpendapat mereka berdua segaja ingin mencetuskan rasa tidak puas hati umat Islam di Malaysia. Maksudnya mereka mahu memusuhi kaum Melayu. Tan Jye Yee dan Vivian Lee adalah budak terpelajar yang sememangnya mengetahui budaya, larangan agama Islam terhadap makanan serta ayat-ayat yang mereka lemparkan di facebook adalah lahir dari niat yang jahat biarpun dilihat kata-kata manis diucapkan. Jadi - apa lagi yang boleh kita harapkan kepada kaum cina di Malaysia!

Di tengah keharmonian umat Islam mengerjakan ibadat puasa - sewajarnya dihormati hak dan sentiviti agama masing-masing.
Coretan; Muhd Shatar

03 July 2013

Soalan Persediaan Pendidikan Islam SPM 2013: (Set 1)



Soalan Persediaan SPM Pendidikan Islam 2012 (1)

1. Ahmad Muhaimi telah menceraikan isterinya dengan talak satu. Namakan jenis talak ini?
Jawapan: ............. Talak Sunni  (talak bersesuaian dengan hukum syarak)

2. Dalam tempoh iddah, Salehuddin telah merujuk isterinya tanpa persetujuan isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: ............. sah kerana dalam tempoh iddah isteri boleh dirujuk tanpa persetujuan isteri.

3. Nik Zakaria bin Nik Leh telah membuat sumpah li'an (laknat) terhadap isterinya. Beberapa bulan kemudian dia ingin mengahwini semula isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: ............. Haram kerana selepas melakukan sumpah laknat (li'an) pasangan tidak boleh berkahwin semula selamanya.

4. Kata Amiruddin kepada isterinya, sekiranya engkau keluar dari rumah ini melalui pintu hadapan - maka jatuhlah bagi engkau 1 talak. Nyatakan nama talak ini?
Jawapan: ............. Talak taklik (talak bersyarat)

5. Alif telah merujuk isteri yang diceraikan melalui khuluk (tebus talak). Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: ............. tidak sah kerana penceraian melalui tebus talak (khuluk) tidak boleh dirujuk semula walau dalam tempoh iddah. 

6. Elyana sanggup membayar RM20, 000 ribu bagi mendapatkan cerai daripada suaminya.  Sebutkan nama talak ini?
Jawapan: ............. talak khuluk (tebus talak)

7. Antara sebab iddah ialah bagi membersihkan rahim bekas isteri dari benih suami terdahulu. Selain memberi ruang kepada pasangan untuk berbaik semula. Nyatakan iddah di bawah:

a. Isteri diceraikan masih berhaid: iddahnya ialah ........3......... kali suci
b. Isteri diceraikan sudah mengalami putus haid; iddahnya ialah ...3.............. bulan
c. Isteri diceraikan belum disetubuhi: iddahnya ialah ..............tiada iddah.......
d. Isteri diceraikan ketika hamil: iddahnya ialah .........sehingga melahirkan anak............
e. Isteri kematian suami yang belum disetubuhi suami: iddahnya ialah ...........4 bulan 10 hari..........
f. Isteri kematian suami yang telah disetubuhi suami: iddahnya ialah ........4 bulan 10 hari.............

8. Siti Nurbaya telah ditinggalkan suami selama setahun tanpa khabar berita dan kiriman nafkah. Siti Nurbaya boleh ke mahkamah Syariah terdekat untuk mendapat cerai. Namakan jenis penceraian ini?
Jawapan...... fasakh

9. Nana diceraikan talak tiga sekaligus oleh suaminya. Namakan jenis talak ini?
Jawapan..... talak bid'in (talak menyalahi peraturan syarak kerana cerai talak 3 sekaligus)

10. Wan Kuddin Wan Muhaimin gagal membayar mas kahwin kepada isterinya selepas akad nikah. Adakah sah nikahnya?
Jawapan..... sah nikah tetapi isteri berhak menolak kemahuan suami (menolak bersertubuh sehingga dibayar mahar) 

11. Suami yang menziharkan isterinya haram melakukan persetubuhan dengan isterinya selagi tidak membayar ......................... kifarah.

12. Syafik Ramlan menyembelih seekor rusa untuk dijadikan ibadat akikah. Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............tidak sah kerana syarat sah akikah ialah binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kibas, unta. Haiwan liar walau diternak tidak sah hukumnya

13. Syafik Rahim menyembelihan seekor unta untuk dijadikan ibadat korban pada hari ke-14 Zulhijah.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............tidak sah kerana melebihi waktu korban (10-13 zulhijah)

14. Apakah hukum sembelihan lembu yang cacat? Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya .............. sah bagi sembelihan biasa bukan untuk ibadat korban atau akikah

15. Antara syarat sah ibadat korban dan akikah ialah binatang yang disembelih ialah:
i. cukup umur
ii. ternakan (al-an'am)
iii. tidak cacat
iv. mencukup syarat sembelihan seperti mati dengan sekali sembelihan
v............................ halal dimakan

16. Wan Hafiz Wan Hasan sedang melaksanakan ibadat haji di Mekah. Dia terlupa melakukan ibadat tawaf ifadah.

 Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............hajinya tidak sah kerana tawaf ifadah merupakan rukun haji yang wajib dilakukan

17. Nik Azuzair Nik Yakub sedang menjalani ibadat haji di Mekah. Dia gagal bermalam di Mudzalifah dan Mina pada waktu ditetapkan.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............hajinya sah tapi dia kena bayar dam

18. Tuan Ghadafi mengerjakan haji Qiran. Apakah jenis dam yang dikenakan kepadanya....... Tertib dan takdir

19. Hukum mencatat hutang ialah .......wajib

20. Ketika dalam ihram haji, apabila jemaah haji sudah selesai melakukan dua perkara dari perkara berikut iaitu:
1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah

Soalan: Sebutkan jenis tahalul ini?
Jawapan...................... Tahalul awal

21. Tahalul Thani berlaku apabila selesai melakukan .........kesemua..............  perkara ini:

1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah


22. Melakukan ibadat haji dan umrah secara serentak dinamakan haji ......Qiran...........

23. Musim haji bermula pada bulan ....Syawal............... hingga ke Zulhijah.

24. Miqat .....makani............ ialah sempadan tempat untuk memulakan niat mengerjakan haji.

25. Miqat ......zamani...........ialah sempadan masa untuk memulakan niat mengerjakan haji.

26. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Jeddah akan berniat di ...........Qarnul Manazil......

27. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Madinah akan berniat di ............Zulhulaifah.....

28. Nafar ialah .........berniat meninggalkan Baitullah dan tidak akan kembali semula..................

29. Tawaf ada empat jenis iaitu: Qudum, Widak, Sunat dan ........ifadah............. (rukun).

30. Sae ialah berlari anak-anak dari Bukit Safa ke ....Bukit Marwa.......... sebanyak 7 kali.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Mat Yo Buang Pingat Kemenangan: Emosi Yang Perlu Distabilkan

Salam malam selasa nan permai.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(Surah Ibrahim: 7)


Sesudah final Piala FA 2013 pada sabtu lalu banyak meninggalkan kepingan ingatan yang tak terpadam. Bagi rakyat Kelantan - semangat kenegerian begitu menebal. Apa tidaknya, ramai sanggup datang ke Bukit Jalil semata ingin berada di stadiuam bagi menikmati, menyokong dan sama-sama bersorak jika ada jaringan.
..
Saya tidak ke stadium dan bertekad tidak menghabiskan wang semata minat bola melainkan ditukar niat ke Kuala Lumpur kerana menziarahi dua tiga orang adik beradik yang berada di Rawang, Klang dan Putrajaya.
Dek kerana minat, ada manusia akan habis-habisan berjuang melakukan - itulah yang terjadi kepada penyokong Red Warrior sekarang.

Ramai pemain bola di Malaysia tidak pernah menikmati perlawanan akhir ataupun memperolehi pingat Naib Johan Piala FA pun sudah bermakna. Ada pemain yang langsung tak berpeluang hingga ke final sesuatu piala. Bagi Mat Yo yang berpeluang ke final Piala FA, Piala Malaysia dan berbagai lagi sudah tentu kurang berminat dengan pingat Naib Johan.

Rakyat Kelantan sudah pasti mengenang jasa Mat Yo yang banyak menyumbang kepada pasukan Kelantan dalam usaha mendapatkan piala berprestig. Tindakan Mat Yo tak wajar kerana konsep bersyukur tidak diutamakan. Justeru mana-mana individu wajib bersyukur biarpun nikmat itu sedikit. Kita belajar dari kekhilafan yang berlaku masa kini untuk masa depan.

Coretan: Muhd Shatar

02 July 2013

Fenomena Suka Bola; Boleh Jika Jaga Syarat dan Adab

Salam pagi Selasa,

Final Piala FA 2013 sudah berlalu. Gelombang merah tetap menguasai kuasa bola sepak. Pun begitu, peminat berbondong memenuhi ruang stadium. Ada yang bersolat di tengah keriuhan suara, ada yang langsung tak ambil peduli dan ada memang dah lama tak bersolat.
Apapun, masing-masing ada tanggungan sendiri di akhirat. Kubur masing-masing kata sahabatku dahulu di rumah sewa ketika mengikuti  sepanjang pengajian Universiti Malaya.
Sejuk hati apabila tengok umat Islam dari Kelantan dan Johor boleh sama-sama menunaikan solat berjemaah. Paling manis bendera Johor dijadikan sejadah. Samalah kita apabila tengok anak-anak rajin menunaikan solat.
Fenomena ini mencetuskan bahawa peminat boleh merapatkan hubungan silaturahim melalui ibadat solat. Sekiranya perpaduan sebegini boleh dipupuk nescaya akan menguatkan persaudaraan Islam yang dituntut dalam agama.

Coretan; Muhd Shatar
   

25 June 2013

KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI PULAU PINANG. ERA BARU BERMULA MENJELANG 2014

Salam perkongsian、
Akhirnya SM Vokasional Seberang Perai Pulau Pinang telah berubah nama. Kini akan dikenali Kolej Vokasional Seberang Perai Pulau Pinang (KVSPPP).
Menjelang tahun 2014 segalanya akan dirasmikan penubuhannya. Sejarahnya tetap dikenang. Sejak bermulanya sekolah ini pada tahun 2002 dengan nama SM Teknik Seberang Perai Pulau Pinang (SMTSPPP). Hampir 12 tahun beroperasi sebagai sekolah menengah teknik telah meyaksikan pelbagai pengalaman dan sejarahnya tersendiri. Hanya warganya lebih mengetahui dan menyimpan cerita manis dan pahitnya. 
Pandangan hadapan dari lobi bangunan Kolej Vokasional Seberang Perai Pulau Pinang yang baru disiapkan.

Idea penubuhan Kolej Vokasional (KV) tidak lain bagi membantu pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik. Seterusnya berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang lain.

20 June 2013

Usah Fanatik dengan Menjadikan Pemain Bola Antarabangsa Sebagai Idola

Salam Khamis yang membahagiakan,

Esok, hari jumaat yang dinantikan.Buat para pelajar dan seluruh remaja dan pembaca sekalian,
Bola sepak adalah sukan yang diharuskan jika tidak bersalahan dengan hukum agama. Berniat menjadi pemain bola tiada salahnya selagi tahu batas-batas sebagai pemain bola beragama Islam. Amat payah untuk melihat pemain bola dalam Liga Malaysia memakai seluar biarpun dua lapis yang menutup paha. Di Kelantan yang diketuai ulamak puntidak pernah menasihati pemain Kelantan agar menjadi contoh pasukan bola sepak yang beriman. Bermain dalam keadaan menutupi aurat. Ada caranya...

Bagi peminat bola, meminatinya pun tiada salahnya selagi tidak meninggalkan solat atau mengabaikan beban syariat yang lain. Cukup mengecewakan apabila ramai belia atau muda-mudi menonton bola sampai lewat malam atau hujung pagi lalu gagal menunaikan solat subuh. Inilah golongan yang rugi dan menyesal di akhirat kerana melakukan perkara sia-sia.

Karim Benzema dan Ribery akan dihukum kerana meniduri pelacur bawah umur.
Semua remaja akan menzikiri nama-nama besar seperti Ronaldo (Brazil), Cristino Ronaldo, Rooney, Ribery dan Karim Benzema serta lain-lain pemain lagi yang berbakat dan mengkagumkan. Alangkah rosaknya manusia ini dari segi akhlaknya. Buktinya saya petik dari akhbar Berita Harian (20.06.2013):

Dokumen mahkamah mendakwa Ribery membayar Zahia Dehar £600 (RM2,961) untuk mengadakan hubungan seks di sebuah hotel pada 2009, manakala Benzema disyaki membayarnya £400 (RM1,974) untuk tujuan sama pada 2008.



Inilah salah satu kerosakan sahsiah pemain bola. Adakah anda sanggup melihat idola anda ialah....


Coretan: Muhd Shatar

17 June 2013

Kebesaran Allah: Hafaz Al-Quran - Otak Tak Retung dan Jasad Masih Segar

Salam Isnin yang agak tenang,

Sebaik 3 hari 2 malam berada di Langkawi kerana mengiring para pelajar terpilih untuk mengikuti lawatan asrama ke ke sana - saya kembali memasuki semula dunia saya. Yakni menulis blog.

Cerita dari pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu yang mengalami keajaiban lantaran syahid dalam satu kebakaran di bangunan asrama pada hari Sabtu lalu (15 hb Jun 2013 pada jam 1.50 pagi) memang perlu dijadikan iktibar.

Jarak Tikam Batu dari kediaman saya tidaklah jauh dan tidaklah dekat - lebih kurang 50 km secara anggaran. Jadi peristiwa ini hampir sekali dengan pelajar sekalian di sini. Kalian para pelajar SMV Seberang Perai.

Kematian Aiman Nurhakim Yahya, 13 yang dikatakan pelajar sangat baik, berdisiplin dan rajin belajar lebih-lebih lagi menghafal al-Quran. Dia telahpun berjaya menghafal satu juzuk al-Quran dan kini mulai memasuki juzuk yang seterusnya. 

Menurut  doktor pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad arwah Aiman dikatakan otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
Ustaz Anuar sedang melihat barang arwah tidak terbakar meskipun semua perkakas lain hangus dalam kebakaran tersebut
Memetik kata-kata Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata seperti yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian;

Kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri. “Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,”

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,”
tambahnya lagi.

Coretan: Muhd Shatar

12 June 2013

Islam Agama Rasmi Di Malaysia

Salam Perpaduan Ummah Islam,

Salam 1 hati,  yang inginkan negara kita sentiasa dalam permai dan agama Islam terus ditegakkan seperti mana dipersetujui suatu masa dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan. Sikap bertolak ansur orang melayu untuk menerima golongan pendatang iaitu kaum cina, India, Bengali, Sikh dan lain-lain kaum adalah satu pengorbanan yang tiada tolok banding ikhlas di Tanah Melayu yang kini dikenali Malaysia.
Selain sikap orang melayu merelakan tanah seinci demi seinci dimiliki oleh kaum lain membuktikan orang melayu tiada sedikitpun ragu-ragu terhadap keinginan kaum lain (pendatang) yang menjadikan Tanah Melayu sebagai kediaman rasmi, mewah dan selesa.
Bahkan banyak bandar-bandar telahpun dikuasai oleh (pendatang) ini dan mereka bebas melakukan aktiviti meningkatkan ekonomi mereka dan membantu menyumbang kepada kemajuan negara.
Sebagai pemegang politik tanah air sejak merdeka pemimpin melayu sentiasa membenarkan kebebasan terhadap kaum Cina, dan India untuk mendapatkan hak mengamalkan budaya, agama dan sosio pendidikan secara terbuka melalui sekolah bercirikan kaum. Maka lahirlah SJK Tamil, Cina dan sebagainya.
Kebaikan ini telah menjadikan kaum Cina boleh mengamalkan kecinaan secara terbuka, bebas dan mandiri di Tanah Melayu . Memetik kata-kata Prof. Dr. Teo Kok Seong pada Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 di Kuantan yang tersiar dalam Mingguan Malaysia (9.6.2013).
`Beliau secara terbuka mengingatkan kaum Cina terutama Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum itu teruu s hidup sebagai Cina kecuali Malaysia.`
Justeru, keikhlasan orang melayu membuka ruang tolak ansur kepada semua kaum pendatang untuk sama-sama menikmati ruang di tanah air Malaysia ini harus disedari dan dihormati. Janganlah usik sentimen hak istimewa orang melayu yang sememangnya berhak ke atas Tanah Melayu warisan melayu turun temurun dan Islam agama rasmi tanah air yang telah lama berkumandang di corong pembesar suara surau dan masjid. Mengapa dulu boleh diterima sebagai kebiasaan dan kini mereka mula mempertikaikan segala secara beransur-ansur…

Coretan untuk bangsa: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU