Salam Isnin yang agak tenang,
Sebaik 3 hari 2 malam berada di Langkawi kerana mengiring para pelajar terpilih untuk mengikuti lawatan asrama ke ke sana - saya kembali memasuki semula dunia saya. Yakni menulis blog.
Cerita dari pelajar
Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu yang mengalami keajaiban lantaran syahid dalam satu kebakaran di bangunan asrama pada hari Sabtu lalu (15 hb Jun 2013 pada jam 1.50 pagi) memang perlu dijadikan iktibar.
Jarak Tikam Batu dari kediaman saya tidaklah jauh dan tidaklah dekat - lebih kurang 50 km secara anggaran. Jadi peristiwa ini hampir sekali dengan pelajar sekalian di sini. Kalian para pelajar SMV Seberang Perai.
Kematian Aiman Nurhakim Yahya, 13 yang dikatakan pelajar sangat baik, berdisiplin dan rajin belajar lebih-lebih lagi menghafal al-Quran. Dia telahpun berjaya menghafal satu juzuk al-Quran dan kini mulai memasuki juzuk yang seterusnya.
Menurut
doktor pakar yang melakukan bedah siasat
ke atas jasad arwah Aiman dikatakan otaknya masih segar, seperti otak orang
masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
Ustaz Anuar sedang melihat barang arwah tidak terbakar meskipun semua perkakas lain hangus dalam kebakaran tersebut |
Kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri. “Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,”
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” tambahnya lagi.
Coretan: Muhd Shatar