25 September 2011

Sembang Ahad: Keceluparan Hantu Bonceng Dan Akidah Umat Islam

Ketelanjuran Zizan menyebut separuh syahadah bersambung syaitan seolah-olah memberi gambaran generasi muda tidak faham maksud syahadah yang sebenar. Sekiranya faham, tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak tuan punya diri sudah pasti menolak untuk mengucapkan syahadah yang songsang itu. Tanpa menyalahkan Zizan kerana mengakui ketidaktahuan serta kegalakkan berlawak tanpa memikirkan batasan agama dan norma masyarakat umat Islam. Pengajaran yang utama, para pelawak atau sesiapa sahaja jangan terlalu celupar bila berdepan dengan soal agama apatah lagi ketuhanan mahupun para nabi atau para sahabat nabi.
Hari ini mungkin pelawak tersohor, Zizan yang mengakui silap, sesudahnya jangan ada lagi kontroversi menyentuh sentiviti hati umat Islam. Perlu ingat! Jika dulu  kes pelakon wanita yang menghina Siti Khatijah isteri Rasulullah SAW masih belum dimaafkan oleh umat Islam.
Penulis skrip sewajarnya merujuk kepada orang yang berautoriti dalam soal agama jika timbul kekeliruan dalam penulisan skrip. Malah di pihak Finas pula, mesti ada individu yang mempunyai autoriti dalam bidang agama bagi menapis filem-filem yang dikeluarkan oleh penerbit.
Industri perfileman perlu diwajahkan semula genre jalan cerita. Tutuplah kisah hantu dan seram. Janganlah merosakkan pemikiran generasi muda dengan filem berorentasikan keuntungan semata-mata. Pengarah dan penerbitkan bikinlah filem yang boleh membangunkan minda dan menyuluh ruang intelektual.  


Filem Hantu Kak Limah Balik Kampung mungkin lebih baik dari filem hantu yang lain kerana lebih menimbulkan unsur pemikiran dan ada mesej yang jelas ingin disampaikan. Tengok berulang kali pun segar dan menghiburkan.


 Watak Sofin Jikan yang lebih menjelma meskipun slotnya cukup singkat.



Dilarang menerbitkan semula tanpa kebenaran penulis blog.

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU