31 August 2010

Perkongsian Minda: Sesampai Lailatul Qadar

Semalam terpercik buih-buih api di sekitar permukaan langit menandakan kemerdekaan bagi negara Malaysia yang tercinta selama 53 tahun berlangsung.

Di saat ini jualah 10 terakhir ramadan yang perlu digunakan untuk memohon keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan secara segaja atau tidak, yang lampau dan masa kini.

Pembacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dilipatkalikan dengan seribu pahala pada bulan ramadan ini hanya untuk orang yang melihat akan peluang keemasan ini.

Lafaz-lafaz zikir akan didengari oleh Allah dan diganjaran yang terlalu lumayan
.
Sebelah malam, tidak terhenti setakat ibadat tarawikh, kewujudan solat tahajud yang disebut dalam surah Isra adalah satu perintah yang mesti ditunaikan oleh orang yang memilih takwa sebagai gaya hidup.

Matlamat besar ramadan adalah kedatangan Lailatul Qadar.Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Justeri, tamat bulan ramadan, bersihlah kita dari segala dosa seumpama bayi dilahirkan. Itu yang kita harapkan.

Maksud hadis:
Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan tanggungjawab ibu bapa semasa mengandungkan anak?

1. Antara tanggungjawab ibu bapa semasa mengandungkan anak ialah:
i. Ibu bapa hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara maksiat.

ii. Ibu bapa wajib menunaikan kewajipan agama dan bersabar serta melazimi membaca al-Quran.

iii. Ibu bapa wajib menjaga akhlak dan sentiasa berdoa agar mendapatkan zuriat yang soleh.


Berwirid dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran mampu mempengaruhi jiwa dan naluri anak yang dikandung ke arah
nilai keislaman dan kewarakan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU