15 November 2012

Sentuhan Terakhir SPM Pendidikan Islam (Bhg 2)

Sambungan:

Tip (4) Sekiranya soalan berbentuk nyatakan perbezaan para pelajar perlu membuat dua kolum bagi membezakan kedua isi yang dinyatakan. Sebagai contoh:
  1. Nyatakan perbezaan perkara fardu ain dengan fardu kifayah?
Jawapannya:
Fardu Ain
Fardu Kifayah
Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam
Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam

2. Berikan perbezaan antara gadaian secara Islam dengan gadaian secara bukan Islam
Gadaian secara Islam
Gadaian secara bukan Islam
Kos upah simpan yang rendah
Kos faedah yang tinggi
Barang yang disimpan tetap kekal hak milik penggadai
Barang yang disimpan akan lupus menjadi hak pemegang penggadai

  • Penggadai: orang yang menggadaikan barang berharga
  • Pemegang gadai: merujuk kepada orang atau syarikat yang menguruskan gadaian


 Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Ilham Awal Pagi Maal Hijrah Hari Pertama 1434H: Mengapa Perlu Perbesarkan Keaiban Orang Lain?

Salam 1bahasa buat warga pembaca,

Pagi ini - ramai yang mungkin tidak ambil peduli tentang kedatangan tahun baru Islam iaitu hari pertama dalam kalender Hijrah yang ke-1434. Nabi Muhammad SAW wafat pada tahun ke-11 Hijrah (1434-11= 1424), bermakna hampir 1424 tahun Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita semua bersama Islam sebagai agama yang menyucikan. Nabi utusan Allah SWT ini tidak lain antara sebab untuk pengutusan ke tengah kehidupan manusia adalah untuk memperbetulkan akhlak manusia selain mengajar cara beribadat kepada Allah yang tepat. 

Di hadapan akhbar utama di tanah air kita, terpampang berita khalwat yang melibatkan individu yang merupakan teknokrat penting dalam organisasi awam kerajaan. Memetik laporan akhbar Kosmo:

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, ____________________ yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Tertuduh didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, _______________________36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam. 
....................... pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut.(15.11.2012)
Kes ini sudah tersebar luas apabila diberikan publisiti oleh pihak akbar utama. Saya terfikir, adakah lebih baik jika ada undang-undang yang bersifat memberi pengajaran terlebih dahulu sebelum diberi raung untuk dibicarakan di khalayak awam. Kita juga bersimpati terhadap kaum keluarga .....................serta pasangan tertuduh yang akan berhadapan dengan tekanan dari masyarakat hasil dari hebahan umum kesalahan yang dilakukan. Ya! Sekalipun bersalah, sewajarnya ada hukuman bukannya diberi hak kepada media menyebarluaskan keaiban yang perlu ditutup.
Coretan: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU