25 August 2011

Pasar Malam Dan Waktu Maghrib Ada Syaitan Berpesta



Sebagai wasiat yang penting daripada Nabi SAW seperti yang diriwayatkan al-Imam al-Bukhari dan Muslim.
Baginda bersabda:
"Apabila kegelapan malam tiba, iaitu waktu petang, tahan anakmu, sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mereka, tetapi tutup pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT, sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya."
INFO: Elak gangguan syaitan
* Membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
* Membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan di atas sebanyak tiga kali atau lebih.
* Zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan.
* Larang anak keluar ketika Maghrib dan tutup pintu rumah kerana syaitan bertebaran pada waktu itu.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

23 August 2011

AIDIL FITRI YANG MULIA DALAM AKHLAK TERPELIHARA

Para pelajar yang dihormati sekalian, bulan ramadan menghampiri penghujung. Promosi pahala masih terbuka untuk kita semua mencari peluang menebus dosa dan meraih keampunan menghampiri saat-saat akhir.
Tentunya 1 Syawal akan menjelma yang amat dinantikan kerana inilah hari yang paling bahagia perlu disambut dan kita telah lalui sejak kecil lagi.
Panorama kasut, seluar baju, dan semuanya baru menanti di pintu pagi aidilfitri. Dalam kemeriahan sambutan di pagi raya janganlah lupa mencium tangan kedua ibu bapa kita yang amat menantikan sentuhan cium hormat seorang anak yang amat dikasihi.

Jangan sesekali, cemari kesucian aidilfitri dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Apatah lagi memakai pakaian yang tidak sopan, terbuka aurat ataupun terpampang susuk badan (bagi perempuan). Tudung di kepala untuk sebuah diri yang bermaruah.
Dalam keindahan 1 Syawal ada kubur ayah bonda, datuk dan nenek atau suadara mara yang telah meninggal dunia perlu dikunjungi dengan doa dan surah al-Quran. Perlu ingat, doa dari anak yang soleh boleh membahagiakan roh ayah bonda yang telah meninggal dunia.
Berhati-hati di jalan raya biarpun seronok di dada melimpah ruah hingga ke sana sini. Ziarah-menziarahi dilimpahi pahala berlipat kali ganda sekiranya disertai adab kesopanan seorang Islam atau diberi dosa jika berkelakuan sebaliknya. Salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin dari warga penerbitan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

17 August 2011

Mentega Haram: Maklumat Halal Dan Haram Mesti Disebarkan

Mentega Golden Churn Butter telah disahkan haram kerana mengandungi DNA Babi. Umat Islam mestilah perhatian dan peka. Semalam JAKIM telah mengesahkan ketidakhalalan mentega ini.

Para pengguna umat Islam. Di sini saya serta kod dalam ramuan sesuatu produk yang tertera di kandungan bahan. Kod mengandungi DNA babi ialah:

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT




1) E100 16) E 280 31) E434 46) E482

2) E110 17) E 300 32) E435 47) E483

3) E120 18) E301 33) E436 48) E491

4) E140 19) E325 34) E440 49) E492

5) E141 20) E326 35) E441 50) E493

6) E153 21) E327 36) E470 51) E494

7) E160 22) E334 37) E471 52) E495

8) E161 23) E335 38) E472 53) E542

9) E210 24) E336 39) E473 54) E570

10) E213 25) E337 40) E474 55) E572

11) E214 26) E422 41) E475 56) E631

12) E216 27) E430 42) E476 57) E635

13) E234 28) E431 43) E477 58) E904

14) E252 29) E432 44) E478 59) E920

15) E270 30) E433 45) E481

...............................................................

03 August 2011

AHMAD ZOON : KEMATIAN ADALAH PASTI, MILIK SEMUA MANUSIA, HARI INI KAU TELAH PERGI, AL-FATIHAH BUATMU

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”Cikgu Ahmad Zoon Bin Ismail, guru yang terbaik pernah saya ditemui dalam kerjayanya kini telah menghembuskan nafas terakhir jam 7.30 pagi (03.08.2011) di rumahnya Simpang Ampat.



Kesempatan bertemu dengannya sewaktu melawat di Hospital Besar Pulau Pinang 26 Julai lalu masih menggamit di ingatan.
Wajahnya tampak bertarung dengan derita kesakitan ketika anggota badannya membengkak kerana disebabkan penyakit (kerosakan hati)  
Mengambil iktibar dari keiklasan kata-katanya yang dalam pasrah kesakitan yang amat. "Ketika sakit kita semua akan lupa tentang malu, kemarahan akan cepat menguasai hanyalah kesabaran mampu mengatasi.
Kata-kata terakhir beliau akan sentiasa terdengar, kerana di hadapan kita ada kematian yang pasti. Milik semua manusia.
Kehilangan beliau pasti dirasakan oleh anak isteri, kaum kerabat dan sahabat terdekat. Sebaiknya mengambil iktibar ketabahan diri Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan kematian orang disayangi. Diriwayatkan daripada Anas bahawa apabila Rasulullah SAW melihat Ibrahim, putera kesayangan baginda menghembuskan nafas yang terakhir, air mata Rasulullah mengalir deras. Lalu Abdurrahman bin Auf pun bertanya: “Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah?”,
Baginda menjawab: “Wahai Ibnu Auf, ia adalah air mata rahmat”. Kemudian Rasulullah SAW menyambung: “Sesungguhnya mata itu dapat menitiskan air, hati dapat bersedih dan kami tidak mengatakan sesuatu kecuali yang diredai oleh Allah. Kami sangat bersedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim (Muttafaq ‘alaih).”

Pemergian Cikgu Ahmad Zoon Bin Ismail yang dilahirkan pada 1970 ke pangkuan Ilahi meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hati rakan sejawat dan para pelajar yang mengenali.
Bakat beliau dalam kejurulatihan bola sepak amat disegani di pelbagai peringkat. Kejayaan beliau membawa pasukan bola sepak SMTSPP menjadi Johan Kejohanan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan pada 2007 akan dikenang semua pelajar dan pihak sekolah.
Pemergian beliau dalam usia 41 tahun cukup dirasakan seperti kehilangan sebuah permata paling berharga.  

Pada jam 2.30 petang semalam, beliau bermukim di alam baru. Al-Fatihah kepada arwah dengan doa semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh.

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU