23 February 2016

Terkilan, Sayu dan Bersimpati, Pabila Jiran Setaman Rumahnya Sedang Dilelong

Salam budiman,

Bagaimana nak kutuliskan sedikit coretan ini mudahan akan ada hati bersimpati terutama di pihak pengurusan zakat atau unit bantuan majlis agama di setiap negeri.

Zaman kenaikan harga barang, dan tarif hidup yang meninggi bukanlah perkara baru untuk kubincangkan. Umumnya masyarakat di setiap lapisan memahaminya dan menerima dengan penuh tabah. Pekerja di sektor swasta, perkilangan atau bekerja sebagai kuli di mana-mana kedai, bengkel, perusahaan dan lain-lain sedang membicarakan kesukaran untuk hidup dengan kos yang meningkat. Bagi yang sudah membeli rumah bertahun-tahun tiba-tiba diberhentikan kerja maka ini sebuah episod yang melukakan hati. Bayangkan rumah yang bertahun didiami, disandarkan harapan untuk diwariskan kepada anak-anak atau rumah yang menjadi kediaman pada hari tua.

Episod pembuangan pekerja bukanlah cerita baru dalam negara kita. Kini - walau tiada data yang tepat untuk saya kemukakan jumlah sebenar tetapi melalui khabar terdekat dari rakan-rakan yang suami atau isterinya kerja di sektor perkilangan telahpun ada yang diberhentikan dari mana-mana bahagian pengeluaran kilang. Kehilangan kerja adalah satu dugaan maha hebat, ditambah tiada dibantu adanya ijazah, diploma atau sebarang kemahiran yang dimiliki. Hanya bermodalkan kudrat untuk menjadi kuli di mana-mana kedai itu pilihan yang ada. Bayaran rumah, kereta dan utiliti tetap akan berjalan seperti biasa.

Bersambung...
   

Trafik Sebuah Nyawa; Hanyalah kata-kata biasa yang kugemari

Salam Selasa yang lapang dan damai,

Trafik Sebuah Nyawa.

Sajak adalah nafas-nafas yang kuhirup tatkala sunyi. Di luar mungkin terlalu bingar, dalam seketul hati tetap melahirkan sunyi. Ia bermula dari diksi ke diksi. Lalu kupilih menjadi sebaris bunyi. Ia kugemari. Kunamakan ia puisi. Kukirim ke ruang seni di kolum akhbar. Masyarakat menerimanya atau tidak mempedulikannya.

Tetapi kuyakin ada yang menyimpan sebagai hobi, seperti lukisan yang kau beli untuk dipamerkan di sudut yang kau rasa perlu. Begitu juga sajak, ada yang menyimpan untuk bacaan ketika lapang, sunyi dan bersendiri.

Ia hanya kata-kata biasa. Aku adalah pengemar kepada alam kata-kata. 

Terima kasih editor kerana memilih sajakku untuk kau siarkan dalam ruangan di bawah kelolaanmu...

Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU