26 February 2013

Bila Masuk Ke Negara Orang

Salam muhibbah

Pengalaman memasuki sesebuah negara akan terasa bila membaca arahan yang tertera. Sebaik sampai atau memasuki gerbang sempadan negara asing, papan tanda memperlihatkan atau melambangkan negara yang sedang dijelajahi.

Kita berbangga kerana ada bahasa sendiri yang menjadi simbol kita ada bangsa. Bangsa kita melayu yang dituturkan di nusantara melayu dan kepulauannya.  
Apabila memasuki sesebuah negara, kita disambut dengan bahasanya. Apa akan jadi sekiranya sebaik sampai di mana-mana lapangan terbang, satupun tiada dinaikkan bahasa yang menjadi pakaian kepada bangsanya....

Siapakah lagi yang akan mempertahankan kesinambungan bahasa Melayu kalau bukan kita dan penerusnya anak muda kita di IPTA, di bangku sekolah dan tadika. Pupuklah agar mereka tidak rasa bodoh untuk menuturkannya dan jangan sesekali anggap apabila mahir berbahasa Inggeris lalu berhak mengkaguminya lantas membina kerangka pemikiran meletakkan bahasa Melayu luar dari pakaian bangsa yang terlilit di muka dan terpapar di wajahnya.



Coretan untuk anak bangsa: Muhd Shatar 

17 February 2013

Berusaha Mengenal Pasti Anasir Jahat Dalam Teknologi Digital





















Salam pagi Ahad,

Hari ini ada kelapangan yang mencukupi untuk menulis sedikit pandangan. Umat Islam sememangnya tidak wajar menolak kemudahan membaca al-Quran dalam pelbagai bentuk di mana-mana sahaja sebaik kemudahan ini boleh diperolehi melalui aplikasi internet, atau mana-mana perisian. Sikap berhati-hati dalam menggunakan adalah sangat perlu. Jika merasakan ada kemusykilan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diterjemahkan atau penyesongan kepada penterjemahan sebenar maka perkara ini perlu dirujuk kepada mana-mana ulama.
Ada banyak usaha dari pelbagai pertubuhan luar, perancangan jahat dan segala agenda ingin merosakkan pemikiran generasi Islam melalui pelbagai isu, gajet teknologi dan kemasukan budaya liar. Apa yang penting, umat Islam yang rata-ratanya melalui perlu memperkuatkan kefahaman agama. Caranya mudah, meluangkan masa setiap kali fardu solat di masjid, mengamalkan bacaan al-Quran setiap pagi, petang dan malam biarpun satu surah.
Hidup dalam berjemaah Islam merupakan asas kekuatan diri dari terlibat dalam penyelewangan moral. Sahabat yang baik akan menterjemahkan peribadi kita. Jadi - mulai esok marilah kita segerakan membina kekuatan umat Islam dengan menunaikan solat berjemaah di masjid untuk mengenali jiran-jiran, ahli masyarakat dan anak-anak Islam di tempat kita. Pasti sebarang isu atau usaha merosakkan Islam mampu dibendung secara berjemaah.

Coretan: Muhd Shatar




13 February 2013

Destinasi Meluaskan Pemerhatian Alam: Krabi, Thailand (9-12 Febuari 2013)

Salam budiman,

Syukurlah, perjalanan meluaskan pengalaman dengan niat meninjau kehidupan orang Melayu di Krabi selain menikmati keindahan laut dan pulau-pulau di Krabi, Thailand berjalan lancar.
Sebelum memasuki sempadan Malaysia - Thailand di Wang Kelian terasa juga kebimbangan memasuki wilayah selatan Thailand yang dikatakan bergolak. Tetapi apabila memasuki Satun salah sebuah daerah berhampiran sempadan dan terus ke Trang akhirnya sampai ke Krabi dilihat suasana selamat dan tidak seperti digambarkan. Mungkin di wilayah Naratiwat yang sering kali berlaku pergolakan. Perjalanan bermula jam 2 petang dari Pak Bara terus ke Pantai Pak Meng dan berhenti rehat dalam pukul 6 petang. sebelum meneruskan perjalanan ke Krabi. Bandar Krabi tersergam di hadapan mata hampir maghrib. Dalam pukul 9.00 malam akhirnya kami berjaya chek-in di Hotal Nangparat, Pantai Krabi yang diusahakan oleh orang melayu Krabi. 

Pulau ini kelihatan macam ayam, menurut Pak Ya (seorang pengendali bot )  pulau ini  sering diminta para pelancong untuk mengelilinginya bagi diperlihatkan wajah sebenar pulau bentuk seekor ayam.


laluan antara dua pulau ini sebenarnya terpisah, akan tetapi ketika air laut pasang maka terputuslah dua buah pulau ini. Kelihatan para pengunjung berjalan pada laluan sebenar akan dinaiki air laut.


Perahu-perahu yang memenuhi pantai di sekitar Krabi agak murah sewanya berbanding di Malaysia. Sebuah perahu disewa bersama pemandunya hanyalah sekitar 25000.00 baht (RM250.00) untuk sehari mengelilingi pulau-pulau sekitar pantai Krabi.

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU