31 July 2010

Info Hukum: Merokok - Amalan Yang Membazirkan?

Salam, para pelajar sekalian,

Merokok adalah tabiat yang perlu dihindari. Seseorang pelajar di alam persekolahan mendapat dosa yang berlipat kali ganda kerana merokok disebabkan:

1. Melanggar peraturan sekolah
2. Menyalahgunakan duit dari ibu bapa anda yang mengharapkan dibelanjakan bagi tujuan pembelajaran
3. Mendedahkan diri kepada gejala negatif dan bakal mendapat kawan-kawan perokok dan penagih
4. Melanggar fatwa ulama yang mengharamkan rokok

Lihat petikan ini:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaaan Kali Ke-37 pada 23 Mac 1995 membuat keputusan seperti berikut :
"Merokok adalah haram daripada pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan". .

Serta berita ini:

Iran dakwa rokok seludup ada darah babi

TEHERAN - Seorang pegawai Iran menyatakan rokok yang diseludup ke Iran telah dicemari dengan darah babi dan bahan nuklear sebagai sebahagian daripada satu konspirasi negara-negara Barat.
Agensi berita separa rasmi Iran, Mehr memetik jurucakap Persatuan Memerangi Perokok, Mohammad Reza Madani sebagai berkata, rokok seludup jenama Marlboro telah dicemari dengan hemoglobin babi dan bahan nuklear yang tidak dikenal pasti.
Dia mendakwa syarikat Philip Morris International yang menjual rokok jenama Marlboro di luar Amerika Syarikat (AS) diketuai rejim Zionis dan ia dengan sengaja mengeksport rokok yang telah dicemari.
Namun, dia tidak menyediakan bukti atau maklumat mengenai rokok yang tercemar itu. Laporan semalam turut tidak menjelaskan maklumat lengkap mengenai bagaimana rokok darah babi itu ditemui.
Pemerintah Iran yang kerap mendakwa negara-negara Barat melakukan beberapa konspirasi menyatakan, sebanyak 20 bilion rokok diseludup masuk ke Iran setiap tahun. - (Harian Kosmo 31.07.2010)


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

30 July 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan tugas rasmi dan bantuan angkatan ketenteraan pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah?

i. Tugas utama
- Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan luar
- Menentang musuh negara
- Menghadapi sebarang keadaan darurat
ii.Tugas bantuan
- Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti keganasan
- Membantu pihak berkuasa awam dalam bantuan malapetaka dan pembangunan negara.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan proses pembelajaran para pelajar)

29 July 2010

Info Kitab: Ihya Ulumudin Karangan Imam Ghazali

Isi kandungan Kitab Ihya Ulumuddin:
1. ILMU PENGETAHUAN.
2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
3. RAHSIA-RAHSIA THAHARAH (BERSUCI).
4. RAHSIA-RAHSIA SOLAT DAN KEUTAMAANNYA.
5. PENERANGAN SYARAT-SYARAT BATIN DARI PERBUATAN HATI.
6. RAHSIA ZAKAT.
7. RAHSIA BERPUASA.
8. RAHSIA HAJI.
9. ADAB MEMBACA AL-QURAN.
10. ZIKIR DAN DOA.
11. ADAB-ADAB MAKAN, UNDANGAN MAJLIS MAKAN DAN MENGHORMATI TETAMU.
12. ADAB-ADAB PERKAHWINAN.
13. ADAB-ADAB PEKERJAAN DAN SARA HIDUP.
14. HALAL DAN HARAM.
15. ADAB-ADAB BERGAUL DAN BERMASYARAKAT.
16. 'UZLAH (BERSENDIRIAN) DAN MUKHALATHAH (BERGAUL).
17. ADAT BERMUSAFIR.
18. AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.
19. ADAB KENABIAN DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W.
20. LATIHAN MENTAL, PENDIDIKAN AKHLAK DAN RAWATAN PENYAKIT HATI.
21. KEBURUKAN MARAH, DENDAM DAN HASAD (DENGKI).
22. KEBURUKAN DUNIA.
23. KEBURUKAN BAKHIL DAN HARTA.
24. BAHAYA PANGKAT DAN RIAK (MENUNJUK-NUNJUK).
25. BAHAYA TAKBUR DAN BANGGA DIRI26. BAHAYA GHURUR (TERTIPU)27. TAUBAT.
28. SABAR DAN SYUKUR29. HARAP DAN TAKUT.
30. FAKIR DAN ZUHUD31. NIAT, IKHLAS DAN BENAR.
32. PERHITUNGAN (MUHASABAH) DAN PENELITIAN (MURAQABAH).
33. BERFIKIR.
34. MENGINGATI MATI DAN PERKARA YANG TERJADI SESUDAH ITU.
35. PENUTUP KITAB.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Terangkan siapakah Lukman al-Hakim seperti yang tercatat dalam petikan ayat ini?

Jawapan:
Lukman al-Hakim ialah seorang hamba Allah yang soleh yang hidup pada zaman Nabi Daud a.s.
Beliau digelar al-Hakim kerana kata-kata hikmah beliau dan kisahnya menjadi teladan dan pengajaran kepada manusia.
Lukman al-Hakim sangat menitikberatkan soal mendidik anaknya agar dapat menjalani kehidupan berlandaskan syariat Allah.
Namanya tercatat dalam al-Quran dan telah dianugerahkan oleh Allah ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan kepentingan pembelajaran para pelajar)

28 July 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Apakah hukum melakukan sewa mengikut syarak?

1. Apakah hukum melakukan sewa mengikut syarak?

A. Harus
B. Wajib
C. Sunat
D. Makruh

Pengertian Sewa (al-Ijarah)
Sewa adalah merupakan satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.

Rukun Sewa
i. Penyewa dan pemberi sewa
ii. Barangan sewa
iii. Manfaat

Jawapan: A. Harus

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan kepentingan pembelajaran para pelajar)

27 July 2010

Sehari 1hadis: Senyum Itu Sedekah

Sedekah yang paling mudah diamalkan ialah membiasakan senyum.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

(Ahmad)



Ayat Seribu Dinar: Kelebihan Membacanya Kepada Sesiapa Yang Mengamalkannya

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Sebutkan Keistemewaan Kota Bahgdad Yang Dipilih Sebagai Pusat Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah?

1. Sebutkan Keistemewaan Kota Bahgdad Yang Dipilih Sebagai Pusat Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah?

Keistemewaan Baghdad ialah:

i. Kedudukan Baghdad yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat.

ii. Terdapat pasar yang dikenali Suq’ Baghdad yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi.

iii. Terdapat ladang pertanian dan penternakan serta sebuah pasar yang dikenali Suq al-Baqar.

Tindakan khalifah Abu Jaffar al-Mansur memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad telah berjaya menggiatkan aktiviti ekonomi kerana Baghdad memiliki banyak keistimewaan.

(Gambar di atas adalah pemandangan di Kota Bahgdad. Kelihatan Masjid al-Nida tersergam di tepi lebuh raya utama Iraq)

 
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan kepentingan pembelajaran para pelajar)

26 July 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Apakah yang dimaksudkan dengan sembelihan?

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sembelihan?

Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan / dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik / dengan menggunakan alat yang tajam berserta niat kerana Allah.
Perkara sunat ketika sembelihan ialah:
- Dihadapkan ke arah kiblat
- Membaca bismilah
- Menyembunyikan mata pisau kepada binatang yang disembelih
- Menyembelih di waktu siang

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan kepentingan pembelajaran para pelajar)

23 July 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Apa hukum melakukan fasakh?


1. Apakah hukum melakukan fasakh?

A. Haram
B. Harus
C. Wajib
D. Sunat

Fasakh adalah pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat tidak dipatuhi semasa akad nikah atau disebabkan masalah yang berlaku dalam rumahtangga.

Isteri berhak menuntut di Mahkamah Syariah lantaran ditinggalkan suami tanpa khabar berita atau dizalimi suami atau suami mengalami masalah mati pucuk atau berpenyakit kronik seperti gla, kusta dan sebagainya.

Hakim di Mahkamah Syariah berkuasa membatalkan ikatan perkahwinan pasangan yang mengadu setelah melakukan siasatan dan pembicaraan secara terperinci.

Jawapan: B. Harus


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting dan diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

22 July 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Bagaimana Mengatasi Nusyuz

1. Sebutkan  langkah yang boleh diambil oleh suami bagi menyelesaikan isteri yang melakukan nusyuz?


Langkah 1: Memberi nasihat kepada isteri yang melakukan nusyuz secara berhikmah dan mengingatkan kewajipan terhadap Allah, suami dan rumahtangga.

Langkah 2: Memisahkan tempat tidur dengan isteri sekiranya nasihat masih tidak diterima oleh isterinya dengan harapan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada isteri

Langkah 3: Memukul isteri dengan tujuan mendidik dan memberi keinsafan kepada isteri dengan pukulan yang tidak memudaratkan.

Buku Nusyuz Petaka Rumah Tangga perlu dihadiahkan oleh suami kepada isteri sebagai bahan bacaan di rumah dari membeli bahan-bahan lain yang tidak bermanfaat.
Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

21 July 2010

Soalan Ramalan SPM 2010 Hari ini: Membuang Ancak

1. Membuang ancak termasuk dalam perkara membatalkan iman iaitu _______________ .

A. Khurafat
B. Sihir
C. Syirik
D. Murtad




Ancak ialah sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan, dan secara biasanya terdiri daripada hidangan seperti bertih, pulut kuning, ayam panggang, telur, anak patung tradisional.  Terdapat juga acak yang merupakan darah sembelihan yang diletakkan dalam bekas.
Acak biasanya digunakan semasa memenuhi perjanjian dengan mahkluk halus, dengan memberi jamuan. Selain itu, acak juga digunakan dalam perubatan traditional apabila acak disediakan dan kemudiannya, jin yang mengganggu dipujuk agar mengikuti acak yang kemudiannya dihanyutkan ke sungai. Perkara yang sama juga dikatakan akan dilakukan ketika seseorang membuang ilmu kebatinan yang dipakainya seperti memakai susuk, atau makhluk belaan seperti toyol.
Selain itu, acak juga disediakan dalam upacara semah biasanya sebagai balasan apabila pesakit yang diubati menurut kaedah tradisional sembuh, sebagai memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun, ataupun melalui persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun.

Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan acak sekiranya sudi keluar dan tidak mengganggu pesakit. Tujuan lain ialah sebagai tanda berterima kasih kepada makhluk ini, yang sudi datang membantu manusia melakukan rawatan, membolehkan pesakit sembuh.

Upacara menyemah berbeza, bergantung kepada kelaziman yang dilakukan orang yang mengetuai sesuatu upacara, ataupun kehendak orang yang berkenaan atas permintaan jin-jin, yang diberitahu melalui mimpi ataupun lain-lain medium. Kerana itu maka bahan-bahan yang disediakan berbeza, selain daripada bergantung kepada bahan makanan yang boleh didapati dan digunakan oleh penduduk tempatan.

Upacara menyemah adakalanya melibatkan darah binatang yang disembelih, ditadah dalam satu bekas, organ dalaman binatang yang disembelih, seperti kambing, kerbau atau lembu. Bahan-bahan tadi diletakkan di satu tempat, sama ada di hujung kampung, di pinggir hutan, dihanyutkan di sungai ataupun di laut. Amalan ini dikenali sebagai menyemah kampung, menyemah pantai, bela kampung, buang ancak dan sebagainya.
Bagi mereka yang melakukan persembahan teater tradisional, bahan-bahan makanan, terutamanya ayam panggang diletakkan, adakalanya sebagai sajian di sepanjang persembahan, bagi memastikan persembahan berjalan dengan lancarnya tanpa ada apa-apa gangguan oleh makhluk halus.

Jawapan: A. Khurafat
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

20 July 2010

Soalan Ramalan SPM 2010: Tahnik: Upacara Membelah Mulut Bayi

1. _____________ ialah upacara membelah mulut bayi sewaktu bercukur.

A. Taknik
B. Mulhid
C. Marhaban
D. Zanji
Jawapan: A. Tahnik

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

16 July 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam: Khalifah Umar bin Abdul Aziz

1. Mengapakah Khalifah Umar bin Abdul Aziz dianggap sebagai khalifah al-Rasyidin yang kelima oleh sejarahwan Islam?

Jawapan: Pemerintahan Umar bin Abdul Aziz menyamai dengan corak pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas pemerintah serta berlaku adil dan menekankan keutamaan rakyat melebihi kepentingan peribadi.

* Umar Bin Abdul Aziz adalah salah seorang khalifah Bani Umaiyah. Beliau adalah khalifah yang kelapan dari empat belas orang khalifah Bani Umaiyah.


Kata-kata hikmah Umar bin Abdul Aziz:
Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

15 July 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam: Mengenal Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

Jelaskan peranan Mahkamah Syariah di Malaysia?  

Mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai kuasa dalam perkara mal dan jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri-Negeri.

Info Terbaru:
Pembaharuan Dalam Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Dua Hakim Syariah Wanita yang buat pertama kali dilantik dalam bidang kehakiman syariah di Malaysia.
Gambar menunjukkan Rafidah Abdul Razak (berbaju hitam) dan Surayah Ramlee (berbaju putih) pada sidang akhbar selepas pelantikan mereka diumumkan sebelum ini di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Putrajaya pada 14.07.2010

Disediakan oleh: En. Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

14 July 2010

Alangkah Ngerinya Mati Di Tempat Maksiat: Berdoalah Agar Mati Di Tempat Mulia

Salam,

Kematian adalah satu perkara yang cukup ditakuti. Kedatangannya tidak diketahui -
barangkali esok, lusa atau 20 tahun akan datang. Semua milik Allah Yang Maha Mengetahui. Malaikat Izrail hanyalah yang menjalankan tugas - malahan sampai masa dia terpaksa mencabutnya nyawa sendiri.

Rasulullah SAW di saat kematiannya turut merasai penderitaan.
Dari Aisyah r.a katanya:
"Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)". (Aishah r.a)


Bagaimanakah orang yang mati di tempat maksiat bersama dengan pra GRO dalam keadaan mabuk pastinya mendapat azab yang begitu dahysat.
Ramai pekerja di sektor awam, swasta atau perkilangan di kawasan bandar sanggup meluangkan masa waktu rehat pejabat untuk ke rumah urut, karoeka dan pub untuk mencari ketekanan atau melepaskan stress kerjaya. Adakah ini jalan yang benar?
Sanggupkah mati di tempat begini?

Lihat petikan Utusan Malaysia pada 14.07.2010 - Pusat refleksologi tawar urutan bogel
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 13 Julai - Seorang pelanggan lelaki yang sedang diurut dalam keadaan bogel tergamam setelah diserbu sepasukan polis dalam operasi di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Sungai Besi di sini malam tadi. Malah, ketika diserbu, tukang urut wanita warga asing yang dilanggan lelaki itu juga dalam keadaan tidak berpakaian. Serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam oleh polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

13 July 2010

Cadangan Buku: Permata Generasi Rabbani - Nik Nur Madihah

Para pelajar yang dikasihi Allah:

Memiliki buku Permata Generasi Rabbani - Nik Nur Madihah adalah sesuatu pelaburan yang sangat baik dalam memberikan contoh terbaik menaikkan semangat sebagai seorang pelajar dari aspek kemiskinan tidak menghalang kecemerlangan.

Nik Nur Madihah yang begitu daif kehidupan keluarganya mampu melakukan keputusan luar biasa biarpun dia dari seorang yang amat biasa dan daif seperti  prinsip Raja Shamri atau Abang Raja (seorang pakar motivasi terkenal masa ini).
Raja Shamri sudah dua kali mengunjungi SM Teknik Seberang Perai bagi memberikan ceramah bagi bengkel kecemerlangan akademik.

Jadi, berusahalah membeli buku ini di pasaran. Pahala dari Allah untuk orang yang membelanjakan harta ke jalan yang diredai-Nya daripada membeli majalah hiburan yang melalaikan.
Cetusan pengalaman membaca oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

12 July 2010

Mengenali Syeikh Ahmad Yassin Yang Kurang Dikenali Generasi Umat Islam Berbanding Ronaldo

Diolah dari sessi dialog terbuka dengan salah seorang anak perempuannya, Ummu Hummam www. Islam-online.net.

Kata Ummu Hammam (anak Syeikh Ahmad Yassin):
1. Bapaku merupakan seorang yang mewakafkan hidupnya untuk islam. Baginya seluruh detik dalam kehidupannya adalah untuk Islam dan pembebasan bumi Palestin. Tidak hairanlah jika mereka yang mengenalinya akan mendapati beliau tidak pernah berkurung di rumah walaupun nyawanya sentiasa berada di dalam bahaya. Beliau bersolat di 5 mesjid berlainan di dalam satu hari. Tidak ada satu masjid di Gaza pun kecuali ayahku telah berkunjung ke sana untuk berdakwah dan menyampaikan kuliah ? kuliah pengajian, mengingatkan manusia kepada akhirat dan juga memberikan kesedaran tentang tanggung jawab mereka untuk berjihad membebas kan bumi Palestin.

10 July 2010

Esq: Jalan Alternatif Memberi Kesedaran Keagungan Allah SWT

Sepanjang mengikut penggembaraan bersama modul ESQ 165 yang penuh dengan debaran dan bukti kebenaran Al-Quran yang diperlihatkan dengan penuh makna dan segar.

ESQ 165 bagi sesiapa yang pernah mengikuti akan mengakui betapa besar kesannya kepada kesedaran sebagai hamba Allah yang telah lama jauh dari bukti-bukti kebenaran Al-Quran.

ESQ 165 yang merujuk kepada penemuan Dr Ary Ginanjar dengan syarikatnya cukup berbeza dengan modul ESQ dari syarikat motivasi lain yang turut menghasilkan modul ESQ.

Kelainan inilah yang diperlukan kerana ESQ 165 mampu memulihkan kesedaran generasi muda untuk melihat Islam sebagai gaya hidup yang sebenar.

Kenyataan dari Mufti Wilayah Persekutuan yang mengharamkan ESQ 165 adalah satu pilihan yang sukar memandangkan di negara kita masih kekurangan program yang boleh memulihkan kesedaran untuk mentaati agama dan mengagungkan al-Quran.

Apapun, pandangan Mufti Wilayah Persekutuan perlu diambil kira untuk menjadikan pihak Management ESQ 165 akan berhati-hati dalam menguruskan modul yang sedia ada.


Cetusan pendapat oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Mencari Solat Yang Sempurna

DIRIWAYATKAN pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat.
Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.
                  Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?” Lalu dijawab Hatim: “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: “Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?” Dijawab oleh Hatim: “Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak berharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki.” Seterusnya, Hatim berkata: “Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku.
                   “Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya.
“Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati. Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun,” katanya.

09 July 2010

Piala Dunia @ Solat Tahajjud

Firman Allah Taala dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah (SWT).”
(Surah az-Zariat ayat 15-18 )

Firman ALLAH Ta'ala:
"Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." -
(Al - Isra':79).



Pesta 4 tahun sekali ini melonjakkan semangat manusia di sebelah Asia untuk berjaga malam.
Kehebatan pertandingan bertaraf dunia ini menjadi penantian, debaran dan perhitungan masing-masing.
Apapun jangan lupa untuk bangun beribadat sebelum atau selepas menonton bola kerana di akhirat nanti kita akan menyesal melakukan perbuatan yang sia-sia. Alangkah bahagia ibadat malam bagi mereka yang mengerti akan kelebihannya.
Jadikan kekuatan menonton bola di tengah malam untuk melatih diri bangun untuk bertahajud.





Cetusan ilham oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

08 July 2010

Begini Kerjaya Yang Paling Tak Terfikir


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”

Riwayat Ibn Majah
Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

02 July 2010

AWAS: KERETA YANG BERADA DI TEPI JALAN

Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya.” (Muslim)


Sebagai contoh balasan kepada mereka yang melakukan maksiat di tepi jalan:

Pasangan kekasih maut di bahu jalan

SAO PAULO 2 Julai - Pasangan kekasih yang memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengadakan hubungan seks maut selepas kereta itu dilanggar sebuah trak, kata polis.
Jurucakap polis, Liliane Nascimento berkata, ketika melalui jalan berkenaan, pemandu trak itu tidak dapat melihat kereta pasangan itu di bahu jalan kerana kabus tebal.
Kedua-dua pasangan itu mati serta-merta di tempat kejadian. (02/07/2010)

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU