23 May 2013

Akhirnya Lelaki Ini ke Tali Gantung


Salam Syukur,

Memetik keputusan Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini (23.05.2013) yang telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada peguam, N. Pathmanabhan dan tiga rakan (T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan) yang bersubahat membunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain tiga tahun lepas.



22 May 2013

Di Dalam Kelas Lain - Dalam FB Macam Orang Lain

Salam,

Malam terlalu lapang buat saya untuk coretkan sedikit pandangan terhadap aurat yang semakin tak terjaga dan tak dititikberatkan hukumnya. Para pelajar sekalian,
Dalam menghadapi zaman meletakkan teknologi dalam segenap sisi hidup telah menjadikan ramai manusia sibuk menguruskan dunia yang dirasakan serasi, seronok dan semakin taksub.

Seorang pelajar perempuan dalam kelas kelihatan pemalu, sopan dan beriman belum tentu jika dibuka laman sosial seperti facebook, twiter dan lain-lain lagi akan terdedah auratnya. Jangan terkejut apabila masuk dalam facebook pelajar perempuan yang sentiasa bertudung dalam kelas kelihatan amat berbeza. Paling tidak seperti wajah artis tanah air.

Hukumnya tetap haram apabila membiarkan aurat terdedah di facebook yang boleh dilihat semua lelaki dan berupaya menjatuhkan maruah ketinggian peribadi.

19 May 2013

Doa Rabitah; Tip kekuatan jiwa dalam kehidupan pelajar cemerlang

Salam Ahad yang lapang,
Hari ini, sehabis bersenam dan berbasikal sebagai cara menyihatkan badan untuk mencari stamina buat esok - meneruskan kerjaya dengan semangat dan jiwa yang segar. Ianya bermula dengan keadaan badan yang sihat. Berbasikal dan bersenam adalah aktiviti rutin saya waktu cuti. Lebih manis apabila terlihat sebuah sajak saya berjudul Kuala Lumpur Pada Permukaan tersiar di ruangan puisi akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Para pelajar, doa adalah senjata, puncak pengharapan atau simbol penyerahan kepada Pencipta yakni Allah SWT. Bahkan pabila berdoa - kita sudahpun melaksanakan salah satu ibadat yang memberikan pahala selain turut menghilangan rasa ego, sombong dan megah dalam diri kerana di hati kita, masih ada pergantungan kepada kuasa maha besar yakni Allah SWT.

Para pelajar, mulakan usia muda anda untuk menghafal doa-doa yang membantu diri agar berada dalam laluan kejayaan hidup di dunia mahupun akhirat. Doa rabitah ini amat sesuai bagi menguatkan jiwa agar berada dalam hak dan kedudukan kemuliaan seseorang. Mudah kita semua diberkati..

Sama-sama kita amalkan doa ini.

Coretan: Muhd Shatar

16 May 2013

Senarai Penuh Kabinet Baru 2013: Tanggungjawab yang Perlu Dilaksanakan

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
          
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
  
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
  
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Sumber: Bernama

15 May 2013

Antara Rakan-Rakan & Kehidupan Berumahtangga

Salam malam,
Aku melihat kegelapan - di sana, di hadapan mata; bintang-bintang cantik mewarnai malamku di sini.

Seorang rakan sewaktu pengajian, membesar bersama di rumah sewa, bersama ke kuliah, selain sepanjang malam menghabiskan usia muda dengan aktiviti kemudaan di kampus kini semuanya berjauhan. Kerjaya memisahkan segala-gala menjadi jauh dan berbeza.

Nik Kus, rakanku paling baik berkongsi isi hati kini berada di Sabah. Madraouf, rakanku yang agak bijak dalam kampus sedang berada di Pulau Bangi, Sabah - juga di Sabah.
Rakan-rakan masih dalam ingatan kerana mulia budinya Nasrul, Hanafiah, Sukri, Hassan, Jimadie, Fahmi, Faris, dan Rahim, seumpama menyegar dalam sudut khas waktu mudaku untuk dikenang. Perkenalan dengan kalian menjadikan hidupku lebih bererti. Muhd Mydin kini di Teluk Intan, Perak tentunya rakan yang membuatkan aku mengenali dunia yang leper yang akhirnya kami akan ketawa sepanjang hayat.
Aku teringat akan gelagat mereka yang kininya bergelar guru. Sudah pasti Tarmimi di sabah lebih terserlah jiwa pendidiknya. Mudahan, meraikannya hari guru ini adalah besar pengertian yang mungkin pelajar tidak memahami hakikat yang tersembunyi di luhur hati. Pengorbanan hanyalah dimengertikan oleh guru yang benar-benar memahami falsafah tertanam di balik sebutannya.

Kehidupan kini kian berbeza dan semakin jauh, untuk isteri dikasihi dan anak-anak yang diharapkan tumbuh, membesar dan menyinarkan kewujudannya.
Coretan hati kecil: Muhd Shatar

Al-Fatihah Yang Perlu Diperbetulkan

Salam muhibbah,

Esok 16 Mei - hari perayaan buat semua guru, maka raikanlah sebagai tanda penghargaan buat semua bekas guru, guru sedang bertugas serta bakal guru di IPG atau mana-mana pusat pengajian.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memuatkan bahan tatapan berfaedah untuk dikongsi. Lantas, saya cuba menyampaikan bahan ini ke dalam blog saya. Mudah-mudahan pelajar di  SMV Seberang Perai dapat memanfaatkan dan kepada para pelajar lain diharapkan turut memberikan perhatian kerana bacaan al-Fatihah wajib diperbetulkan agar solat semakin sempurna.

Sila lihat penerangan ini:
1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ

21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang memuatkan bahan ini.

Muhd Shatar

08 May 2013

Bala Tak Terduga: Apakah Pengajaran Buat Kita

Salam penuh budiman,

Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan najis dadah
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan masalah disiplin sekolah
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan penguguran bayi
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan kemalangan maut kerana merempit
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan kes ragut
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan pembunuhan kejam mangsa atau pemangsa

Ataupun,
Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya dimasuki pencuri

Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya hangus dalam kebakaran

Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya dilimpahi air
Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya ditiup taufan
Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya dirempuh lori
Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya ditimpa dahan pokok

Adakah kerana?

Kita tanyalah pada hati - dari mana sumbernya halal atau haram.

Coretan: Muhd Shatar






SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU