Esok 16 Mei - hari perayaan buat semua guru, maka raikanlah sebagai tanda penghargaan buat semua bekas guru, guru sedang bertugas serta bakal guru di IPG atau mana-mana pusat pengajian.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang memuatkan bahan tatapan berfaedah untuk dikongsi. Lantas, saya cuba menyampaikan bahan ini ke dalam blog saya. Mudah-mudahan pelajar di SMV Seberang Perai dapat memanfaatkan dan kepada para pelajar lain diharapkan turut memberikan perhatian kerana bacaan al-Fatihah wajib diperbetulkan agar solat semakin sempurna.
Sila lihat penerangan ini:
1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."
2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".
4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahi
5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.
6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."
8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"
9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".
11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.
15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".
16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.
17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".
23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang memuatkan bahan ini.
Muhd Shatar