20 January 2013

Kalimah Allah Milik Esklusif Umat Islam

Salam muhibbah kepada semua pelajar.

Bulan Januari bagi tahun 2013 sudah berlalu hampir 20 hari. Keazaman yang dibuat di awal tahun saat mengira detik kedatangan 2013 agaknya sedikit sebanyak dapat direalisasikan. Banyak isu yang sangat dirisaukan hati dalam minggu lepas akhirnya dapat diselesaikan. Keputusan Majlis Syura Pas yang membuat ketetapan kalimat Allah hanya untuk orang Islam sangat melegakan. Ya, saya boleh lelapkan mata sebaik mengetahui khabar baik itu.

Saya berpandangan kalimat Allah secara esklusif milik umat Islam tanpa perlu dipertikaikan lagi. Mengapa perlu terjemahkan God dalam kitab Bible kepada nama Allah. Sememangnya berupaya mengelirukan orang Islam yang singkat kefahamannya tentang agama Islam dan ilmu tauhid dan sejarahnya. Mungkin kekeliruan ini tidak kepada yang seratus peratus faham Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan secara syumul.

Saya tidak faham mengapa Bible perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sedangkan pembaca lain berbangsa Cina, India dan lain-lain tidak pernah mengutamakan bahasa melayu. Buktinya golongan ini tidak akan melupuskan sekolah berasaskan aliran bahasa sendiri di negara kita sepada sekolah yang berteraskan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Di Malaysia, orang Melayu sangat bertolak ansur dengan sikap berkelapangan menerima pendatang dari negara China, India dan negara lain sejak sebelum merdeka hinggalah merdeka diistiharkan. Bahkan, bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris digunakan dalam sistem persekolahan selain mereka sebebasnya mengamalkan kebudayaan dan keagamaan. Malahan banyak tempat di negara kita terbina perkampungan Litle India, Chinatown dan bangunan yang menaikan bingkai nama tulisan cina seolah-olah ini bukan negara kepunyaan Melayu.

Kalimat Allah adalah maha suci perlu dipertahankan dari digugat dalam penyalahgunaan agama lain. Kita tidak mahu lihat adanya fenomena kedai buku yang menjual buku yang memaparkan nama Allah untuk Kristian dan di sebelahnya nama Allah untuk Islam. Fenomena ini telah berlaku dan wujud di Indonesia.

Akhirnya  kita perlu peka dengan ada anasir luar iaitu satu usaha memperkembangkan dakyah Kristian di Semenanjung Melayu terhadap anak-anak orang Islam yang singat akalnya. Justeru adanya minat untuk menterjemahkan Bible kepada bahasa Melayu sabagai cara mengelirukan akidah umat Islam yang ramai tetapi seperti buih-buih di laut.

Coretan: Muhd Shatar



08 January 2013

Hari Ke-8 Bagi Tahun 2013

Salam,

Hari ini 8 hb Januari bagi tahun 2013. Tiada petanda kekejaman ke atas rakyat Palestin akan berakhir. Hari demi hari ada mayat syahid di tanah Gaza. Umat Islam di Malaysia tetap mengambil tahu perkembangan di Gaza, Rafah ataupun Tebing Barat di atas nama persaudaraan Islam.

Di negara yang diulit kemewahan buat sebahagian rakyat, manakala di bahagian tertentu, daerah tertentu, dan kampung tertentu - masih ada yang terdera, dihimpit kemiskinan dan hidup serba serbi kekurangan. Masih ada seorang anak yang ke sekolah hanya berbekalkan air suam dan duit poket yang dihulur bapa yang bekerja dengan upah yang kecil sebagai tukang sapu, tukang kebun dan sebagainya di sebalik kesibukan pagi di perkarangan sekolah kelihatan kereta-kereta besar dan mahal menurunkan anak-anak yang berjenama pakaian dan kasutnya.  Kedaifan sesebuah keluarga kadang kala menjadi motivasi kepada pelajar. Pun begitu, kekurangan yang ada pada keluarga boleh menghalang kecemerlangan seseorang pelajar.

Golongan yang serba kekurangan sebenarnya perlu pembelaan dari masyarakat yang lain. Tidak semua pelajar mampu membayar yuran persekolahan secara sekaligus pada hari pertama persekolahan. Tiada salahnya ibu bapa yang sedang memandu Toyota Estima, Wish ataupun Honda Accord akan memperlahankan kenderaannya untuk berhenti bertanya khabar apa bila berhadapan ibu bapa yang menghantar anaknya dengan kapcai, basikal dan kenderaan yang kelihatan uzur dimamah usia. Lebih mulia, sekiranya duit yang tebal dalam poket terhulur sedikit kepada golongan yang daif serba memerlukan. Setidaknya, jurang rasa antara orang fakir terhadap kekayaan seseorang akan terhakis.

Saya tertarik untuk mengutarakan kisah kesukaran hidup yang dialami oleh sepasang suami isteri ini. Keluarga Andreas yang tinggal di Kg Panggi. Kampung sangat terpencil dan tidak dapat berhubung dengan dunia luar, bandar atau pekan berhampiran melainkan melalui jalan kereta api sahaja. Saat ini dikhabari perkhidmatan kereta api tergendala berbulan-bulan. Anak perempuan Andreas yang sedang menghidap asma perlu dikejarkan ke hospital untuk menerima peluang hidup.
Dikatakan perjalanan hampir 5 jam menaiki keretapi buatan sendiri dengan mengayuh kudrat kaki sebelah. Pengorbanan seorang bapa untuk anaknya tidak terbatas. Ibunya sentiasa menangis semasa dalam perjalanan dari Kg Pangi ke bandar Tenom hanya untuk ke hospital melihat suami sedang mengayup kudrat hampir lima jam.

Para pelajar sekalian, saya terguris dan perasaan hiba untuk menulis kisah terpencil buat kita tapi cukup derita buat mereka. Kita yakini tiap saat derita mereka, kita turut merasa seksa. Kalau hari ini kita merasa sukar, masih ada yang lebih diuji kesukarannya....

Wahai pelajar sekalian, kalau ada sedikit kepayahan untuk hidup di asrama pada masa ini, bayangkan bagaimana kudrat Andreas dengan sukar mengayup kereta api buatan selama lima jam tanpa lenguh dan beralah....
Gunalah peluang untuk belajar sementara kemudahan yang ada dan tersedia...

Coretan: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU