10 September 2014

Medan Selera Padang Kota Lama: Pengunjung Perlu Berhati-Hati Membuat Pesanan

Salam muhibah buat pembaca budiman. 

Kunjungan kedua saya (dalam tempoh terdekat) ke Medan Selera Padang Kota Lama, Georgetown pada hari ahad lepas 7 September 2014 berbaur nada paling kecewa dan terbit rasa tidak puas hati yang mendalam. 
                    Apa tidaknya, dalam keseluruhan kedai makan khas buat pengunjung Islam bersama keyakinan orang Islam terhadap makanan dan minuman disediakan adalah semuanya halal adalah tinggi. Tapi apa yang menjadi ketidakpuasan hati saya ialah ada sebuah kedai minuman (Minuman Kopi) yang dikendalikan orang bukan Islam secara zahirnya boleh dikenalpasti dengan jelas kewujudan mereka di celah pemilik gerai Islam yang lain. Saya kebetulan singgah makan pada bulan lepas di sebuah meja di Medan Selera tersebut dan telah didatangi seorang lelaki melayu yang mengambil order minuman. Bila dihantar minuman, lalu saya bersama isteri minum hampir separuh gelas dari minuman yang dipesan tadi. 
                  Tiba-tiba barulah saya menyedari lelaki tadi menghantar pesanan itu kerap bergegas mengambil minuman dari arah kedai yang jelas dimiliki pemilik gerai dan orang yang menyediakan minuman pun dari orang bukan Islam. Saya terkedu dan menjadi sangat terkejut lalu terus membatalkan hasrat untuk menghabiskan minuman. Rasa sangat dukacita menyelubungi hati saya. Ini satu penipuan. 
Timbul pertanyaan mengapa pemilik gerai lain tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti JAINPP.                         
Justeru, kunjungan kedua saya ini lebih berniat untuk mengesahkan sama ada masih ada gerai tersebut atau tidak. Ternyata gerai ini masih beroperasi dan ramai pengunjung Islam tidak menyedari atau tidak mahu ambil peduli soal minuman yang disediakan dari kedai bukan Islam tersebut. Saya pesan kepada pekerja yang datang mengambil order di meja yang saya duduki supaya jangan hantar pesanan ke gerai bukan Islam tersebut dan saya sempat merakamkan beberapa keping gambar gerai tersebut.
                Timbul pertanyaan di hati saya mengapa masih diberikan gerai kepada pemilik bukan Islam di Medan Selera Padang Kota Lama yang keseluruhan halal sedangkan telahpun disediakan Medan Selera khas bukan Islam yang bersebelahan. Mungkin ada di kalangan umat Islam melihat perkara ini remeh kerana hanya melibatkan soal minunan sahaja tetapi kita tetap menyakini bahawa setiap penyediaan makanan dari orang bukan Islam tetap diragui penyediaan bahan dan perkakas digunakan. Sekiranya pembudayaan minuman yang disediakan orang bukan Islam semakin dibolehkan dan tiada sebarang perasaan syak nescaya pembenihan awal sikap tidak mengendahkan soal halal dan haram akan menjadi sebahagian pegangan masyarakat muda Islam. Pihak bukan Islam akan lebih sewenangnya mempermainkan pegangan agama orang Islam di tanah air ini. Bahkan akan lahir beberapa tindakan lain yang tidak menghormati soal halal dan haram dalam penyediaan makanan kepada orang Islam lantaran kurangnya reaksi atau bantahan dari orang Islam. Harap sesiapa yang membaca coretan ini dan ada  autoriti dalam bidang ini mohon ambil tindakan segera bagi menjamin kesucian makanan orang Islam di negara yang majoriti penduduk Islam.             


Petikan hadis:

•Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut.

• …Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati. Hadis riwayat Muslim dan Bukhari) 

Coretan: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU