Salam simpati, hanya Allah SWT Maha Pelindung dan Maha Mengasihani.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi (9.9.2013) di Kilometer 8 Jalan
Bangi-Kajang, berhampiran Jambatan Teras Jenang, ketika Rohaya yang
memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya dalam perjalanan dari Bangi
untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang. Rohaya Md Rabi, 35, yang terbunuh bersama tiga anaknya dalam kemalangan ngeri, di sini, semalam. (Petikan dari akhbar)
Pabila terlihat dan menyaksikan kes kematian akibat kemalangan, aku teringat akan arwah Ahmad Fauzan Madrikh yang agak baru meninggalkan dunia juga terlibat dalam kemalangan maut di tempat kejadian. Sebagai guru GPI, aku amat bersimpati dengan suami Ustazah Rohaya Md Rabi, kerana ujiannya kepadanya sangat besar. Kehilangan 4 orang yang sering berada di hadapan dan esok hari yang sukar digagahi. Moga Allah melimpahi kekuatan kepadanya. Inssak Allah. Mudah-mudahan dan kita sama berdoa. Aku sememangnya tidak mengenali ustazah ini, dan bila didapati dia adalah bekas pelajar di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan telah membuatkan aku ingin mencatatkan sesuatu.
Alhamdulillah, pabila kita juga seorang bapa - jika meletakkan kita dalam keadaan suaminya pasti sukar untuk menceritakan saat-saat sukar ini. Seperti Jimadie Shah yang baru sahaja kehilangan anak sulung Adam Azfar. Dia juga berada dalam situasi getir ini. Aku juga teringat Nabi Muhammad SAW yang lebih dahulu berada dalam suasana getir ini. Kehilangan Qasim dan Abdullah saat Nabi Muhammad ingin putera lelaki telah hilang bersama dengungan sahara padang pasir.
Coretan: Muhd Shatar