03 July 2013

Mat Yo Buang Pingat Kemenangan: Emosi Yang Perlu Distabilkan

Salam malam selasa nan permai.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(Surah Ibrahim: 7)


Sesudah final Piala FA 2013 pada sabtu lalu banyak meninggalkan kepingan ingatan yang tak terpadam. Bagi rakyat Kelantan - semangat kenegerian begitu menebal. Apa tidaknya, ramai sanggup datang ke Bukit Jalil semata ingin berada di stadiuam bagi menikmati, menyokong dan sama-sama bersorak jika ada jaringan.
..
Saya tidak ke stadium dan bertekad tidak menghabiskan wang semata minat bola melainkan ditukar niat ke Kuala Lumpur kerana menziarahi dua tiga orang adik beradik yang berada di Rawang, Klang dan Putrajaya.
Dek kerana minat, ada manusia akan habis-habisan berjuang melakukan - itulah yang terjadi kepada penyokong Red Warrior sekarang.

Ramai pemain bola di Malaysia tidak pernah menikmati perlawanan akhir ataupun memperolehi pingat Naib Johan Piala FA pun sudah bermakna. Ada pemain yang langsung tak berpeluang hingga ke final sesuatu piala. Bagi Mat Yo yang berpeluang ke final Piala FA, Piala Malaysia dan berbagai lagi sudah tentu kurang berminat dengan pingat Naib Johan.

Rakyat Kelantan sudah pasti mengenang jasa Mat Yo yang banyak menyumbang kepada pasukan Kelantan dalam usaha mendapatkan piala berprestig. Tindakan Mat Yo tak wajar kerana konsep bersyukur tidak diutamakan. Justeru mana-mana individu wajib bersyukur biarpun nikmat itu sedikit. Kita belajar dari kekhilafan yang berlaku masa kini untuk masa depan.

Coretan: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU