19 May 2013

Doa Rabitah; Tip kekuatan jiwa dalam kehidupan pelajar cemerlang

Salam Ahad yang lapang,
Hari ini, sehabis bersenam dan berbasikal sebagai cara menyihatkan badan untuk mencari stamina buat esok - meneruskan kerjaya dengan semangat dan jiwa yang segar. Ianya bermula dengan keadaan badan yang sihat. Berbasikal dan bersenam adalah aktiviti rutin saya waktu cuti. Lebih manis apabila terlihat sebuah sajak saya berjudul Kuala Lumpur Pada Permukaan tersiar di ruangan puisi akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Para pelajar, doa adalah senjata, puncak pengharapan atau simbol penyerahan kepada Pencipta yakni Allah SWT. Bahkan pabila berdoa - kita sudahpun melaksanakan salah satu ibadat yang memberikan pahala selain turut menghilangan rasa ego, sombong dan megah dalam diri kerana di hati kita, masih ada pergantungan kepada kuasa maha besar yakni Allah SWT.

Para pelajar, mulakan usia muda anda untuk menghafal doa-doa yang membantu diri agar berada dalam laluan kejayaan hidup di dunia mahupun akhirat. Doa rabitah ini amat sesuai bagi menguatkan jiwa agar berada dalam hak dan kedudukan kemuliaan seseorang. Mudah kita semua diberkati..

Sama-sama kita amalkan doa ini.

Coretan: Muhd Shatar

16 May 2013

Senarai Penuh Kabinet Baru 2013: Tanggungjawab yang Perlu Dilaksanakan

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
          
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
  
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
  
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Sumber: Bernama

15 May 2013

Antara Rakan-Rakan & Kehidupan Berumahtangga

Salam malam,
Aku melihat kegelapan - di sana, di hadapan mata; bintang-bintang cantik mewarnai malamku di sini.

Seorang rakan sewaktu pengajian, membesar bersama di rumah sewa, bersama ke kuliah, selain sepanjang malam menghabiskan usia muda dengan aktiviti kemudaan di kampus kini semuanya berjauhan. Kerjaya memisahkan segala-gala menjadi jauh dan berbeza.

Nik Kus, rakanku paling baik berkongsi isi hati kini berada di Sabah. Madraouf, rakanku yang agak bijak dalam kampus sedang berada di Pulau Bangi, Sabah - juga di Sabah.
Rakan-rakan masih dalam ingatan kerana mulia budinya Nasrul, Hanafiah, Sukri, Hassan, Jimadie, Fahmi, Faris, dan Rahim, seumpama menyegar dalam sudut khas waktu mudaku untuk dikenang. Perkenalan dengan kalian menjadikan hidupku lebih bererti. Muhd Mydin kini di Teluk Intan, Perak tentunya rakan yang membuatkan aku mengenali dunia yang leper yang akhirnya kami akan ketawa sepanjang hayat.
Aku teringat akan gelagat mereka yang kininya bergelar guru. Sudah pasti Tarmimi di sabah lebih terserlah jiwa pendidiknya. Mudahan, meraikannya hari guru ini adalah besar pengertian yang mungkin pelajar tidak memahami hakikat yang tersembunyi di luhur hati. Pengorbanan hanyalah dimengertikan oleh guru yang benar-benar memahami falsafah tertanam di balik sebutannya.

Kehidupan kini kian berbeza dan semakin jauh, untuk isteri dikasihi dan anak-anak yang diharapkan tumbuh, membesar dan menyinarkan kewujudannya.
Coretan hati kecil: Muhd Shatar

Al-Fatihah Yang Perlu Diperbetulkan

Salam muhibbah,

Esok 16 Mei - hari perayaan buat semua guru, maka raikanlah sebagai tanda penghargaan buat semua bekas guru, guru sedang bertugas serta bakal guru di IPG atau mana-mana pusat pengajian.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memuatkan bahan tatapan berfaedah untuk dikongsi. Lantas, saya cuba menyampaikan bahan ini ke dalam blog saya. Mudah-mudahan pelajar di  SMV Seberang Perai dapat memanfaatkan dan kepada para pelajar lain diharapkan turut memberikan perhatian kerana bacaan al-Fatihah wajib diperbetulkan agar solat semakin sempurna.

Sila lihat penerangan ini:
1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ

21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang memuatkan bahan ini.

Muhd Shatar

08 May 2013

Bala Tak Terduga: Apakah Pengajaran Buat Kita

Salam penuh budiman,

Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan najis dadah
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan masalah disiplin sekolah
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan penguguran bayi
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan kemalangan maut kerana merempit
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan kes ragut
Hari ini kita terdengar, anak jiran kita terlibat dengan pembunuhan kejam mangsa atau pemangsa

Ataupun,
Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya dimasuki pencuri

Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya hangus dalam kebakaran

Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya dilimpahi air
Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya ditiup taufan
Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya dirempuh lori
Kelmarin kita terdengar, jiran kita rumahnya ditimpa dahan pokok

Adakah kerana?

Kita tanyalah pada hati - dari mana sumbernya halal atau haram.

Coretan: Muhd Shatar






24 April 2013

Sekitar Penamaan Calon Parlimen Batu Kawan: Pengalaman Berhadapan Dengan Orang Kepercayaan Parti


Salam Muhibah,

Pagi Sabtu - 20.04.2013 bermula jam 8.00 pagi, kami bersedia memulakan amanah dari SPR yang mempertanggungjawab SMV Seberang Perai akan menguruskan sepenuhnya PRU ke 13 bagi Parlimen Batu Kawan dan 3 DUN iaitu Bukit Tambun, Bukit Tengah dan Perai.


Tugas diberikan SPR Pulau Pinang kepada pihak pengurusan sekolah untuk mengendalikan pilihanraya  ini merupakan satu beban amanah yang berat.







Doa adalah kekuatan umat Islam. Bagi melancarkan hari Penamaan Calon bagi PRU 13, kami memohon kepada Allah SWT agar dilindungi dan dengan harapan ianya berjalan lancar penuh adil.
Bacaan doa agar majlis berjalan lancar di bawah lindungan Allah SWT bersama rahmat.

Sebaik jam 10.00 pagi, Pegawai Pengurus En Hussain Marican bin Hassan  mengumumkan calon yang bertanding bagi  Parlimen Batu Kawan dan calon bagi DUN.

20 April 2013

Saat Terbaik Membeli Emas: Pelaburan berbaloi

Salam hujung minggu,

Memetik tajuk akhbar:


KUALA LUMPUR 17 April - Harga emas dunia mencatat penurunan mendadak dalam tempoh enam bulan dengan kemerosotan harga lebih 20 peratus apabila didagangkan pada harga AS$44.3 (RM134) segram hari ini.

09 April 2013

Simbol Wakaf Dalam Bacaan Al-Quran

Salam para pelajar,

Alangkah baiknya kita sentiasa memperbaiki kefahaman terhadap al-Quran dan cuba meningkatkan kesedaran terhadap perkara-perkara yang bersangkutan dalam bacaan al-Quran.

Sila perhatikan gambar di sebelah. Apabila membaca naskah al-Quran kita sering dipertemukan dengan simbol-simbol wakaf yang berbeza. Justeru fahamilah hukumnya apabila anda bertemu saat membaca ayat suci al-Quran. Mudah-mudahan anda beroeh keberkatan dan pahala dari sisi Allah S.W.T.

Coretan: Muhd Shatar

29 March 2013

Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti: Menghidu Hari Kematian

Salam pagi jumaat.

Hari ini genaplah seminggu ulama besar di Syria, Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti meninggalkan dunia. Kata-kata terakhirnya kepada lama terkenal Yemen, Habib Ali al-Jufri yang menghubungi beliau melalui telefon kira-kira dua minggu sebelum kematiannya:
          "TIDAK tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."

Tanggal 22 Mac,hari jumaat Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti akibat serangan nekad pengebom berani mati sewaktu beliau sedang mengajar anak-anak muridnya di Masjid Eman yang terletak di Damsyik, Syria pada 22 Mac lalu yang turut mengakibatkan 42 jemaah terbunuh.


Siapa Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti?

Dilahirkan pada tahun 1929 di sebuah perkampungan Ayn Dewar di utara Syria, Sheikh Said Ramadhan merupakan ulama Ahlus Sunah Wal Jamaah (ASWJ) yang bermazhab Syafie terkemuka di negara tersebut.
Beliau berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1955. Sekitar tahun 1960-an, Sheikh Said Ramadhan pernah menjadi tenaga pengajar sebelum dilantik sebagai Dekan di Fakulti Syariah, Universiti Damascus, Syria.
Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Undang-Undang Islam juga di Universiti Al-Azhar.
Semasa hayatnya, beliau masih bergelar profesor di Universiti Damascus dan bergiat aktif dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah menulis tidak kurang daripada 40 buah buku dalam pelbagai bidang termasuk kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan.
Ketinggian ilmunya terserlah dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan penyelidik di Royal Society of the Islamic Civilisation yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah kitab Fiqh Sirah yang menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia.
Sementara itu, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, Haniff Abu Talib, 24, turut melahirkan rasa sedih di atas pemergian Syeikh Said Ramadhan.
"Kita membesar dengan kitab Fiqh Sirahnya. Takziah kepada seluruh umat Islam kerana kehilangan sebuah permata ummah. Beliau merupakan ulama yang telah mengarang banyak kitab dan kebanyakannya menjadi rujukan utama umat Islam," ungkap Haniff yang turut dipaparkan pada laman sosial Facebook miliknya.
Menurut Haniff, ulama bukanlah maksum dan mereka mempunyai ijtihad sendiri. Tetapi, inilah yang menyebabkan fitnah ke atas Sheikh Said Ramadhan apabila beliau membela rejim Bashar al-Assad.
(Sumber dirujuk: Harian Kosmo 26 Mac 2013)

22 March 2013

SM Vokasional Seberang Perai Menang Lagi Sebagai Johan MSSN Zon Bukit Mertajam

Para pemain dan pengetua SMV Seberang Perai merakamkan kemenangan

Jurulatih SMVSPP Cikgu Sam @ K. Rajagopal Penang sedang  memotivasikan para pemain

Saat dikalungkan sebaga pemenang kejohanan

Kehadiran pengetua menambahkan kekuatan mental pemain

Telatah cikgu-cikgu SMVSPP semasa menyaksikan perlawanan

Coretan: Muhd Shatar

18 March 2013

Benarkah Lelaki Dayus

Salam budiman,


Lelaki yang benar-benar beriman akan faham beban-beban syarak terhadap dirinya dan orang-orang di bawah pimpinannya. Lelaki-lelaki biasa yang (tidak sepenuhnya yakin dengan ajaran Islam) sudah pasti membiarkan anak-anak isterinya bebas mendedahkan aurat malah bangga melihat keterbukaan isterinya menjadi perhatian.

Justeru, pengertian dayus merujuk kepada lelaki yang tidak pernah menegur orang di bawah jagaannya supaya akur dengan cara berpakaian sopan menurut agama.
Pengalaman ke kedai kain pada masa sekarang cukup membuatkan saya tertanya-tanya. Banyak kain yang terjual dalam gulungan-gulungan sebenar cukup nipis dan boleh terlihat (tidak tebal). Ini fesyen yang cukup digemari wanita yang menginginkan agar ramai lelaki terlihat kepada susuk badannya. Suami perlu perihatin dan wajar menegur kerana di akhirat kelak akan dipersoalkan oleh Pencipta akan kesalahan besar orang di bawah jagaannya.

Coretan: Muhd Shatar

17 March 2013

Faham Bacaan Dalam Solat: Penghubungan Hamba kepada Pencipta

Salam,

Para pelajar, dari hari ke hari - solat kita perlu diperbaiki mutunya.

Sekurang-kurang kita mengetahui apa yang dilafazkan oleh bibir mulut. Setidaknya hati pun melekat pada Allah sebagai tuhan yang disembah...


Bersama kita tingkatkan kualiti ibadat...


Oleh: Muhd Shatar

16 March 2013

Pabila Dianugerahkan Seorang Sasterawan Maka Bergemalah Bahasa



Salam sastera buat semua. Tahniah kepada Baha Zain yang telah menyediakan sajak-sajak begitu tajam, sinis dan pesona makna dan bunyi. Bahasa kita lebih bererti ditangannya.
Orang yang layak - wajar dinobatkan kerana itu adalah tempatnya. Pemilihan Baha Zain sebagai Sasterawan Negara ke 12 adalah berita menggembirakan orang sastera khususnya. Selepas ini perlu dipercepatkan untuk dianugerahkan tokoh-tokoh yang berada di usia emas yang berhak dinobatkan...

Kenangan adalah peristiwa - yang merebut kesedaran... Baha Zain.

Coretan: Muhd Shatar

10 March 2013

Menunggu Keputusan SPM Tahun 2012

Salam petang Ahad,

Mungkin pada 21 hb Mac 2013 ini keputusan SPM bagu tahun 2012 akan diumumkan. Pastinya, para pelajar tidak sabar menantikan saat slip peperiksaan terjelma mata. Bagi pelajar yang sedang berada tingkatan, sebaik langkah-langkah pelajar senoir berebut-rebut dengan teriakan gembira kerana beroleh kejayaan, anda pasti akan melalui saat tersebut dengan gemilang jika bersiap siaga dari sekarang.

Semoga bakal mendapat keputusan cemerlang kepada semua bekas pelajar.... ingati guru anda yang pernah bersama sepanjang 2011-2012... apa salahnya datang menemui bekas guru-guru anda.

Coretan: Muhd Shatar

09 March 2013

Format Memohon Lawatan Sambil Belajar ke JPN

Prosedur Memohon Lawatan Sambil Belajar:

1. Kertas Kerja Dasar yang diluluskan Pengetua perlu dikepilkan bersama Borang Lawatan JPN lebih kurang 5 minggu sebelum dari tarikh lawatan sebenar jika lawatan bukan hanya dalam negeri. Contoh Kertas Kerja Dasar (KKD) boleh diklik di sini: Contoh Kertas Kerja Dasar

dan sila klik

Borang Lawatan JPN

Isi mengikut salinan diperlukan berbeza mengikut Jabatan Pelajaran Negeri tempat perkhidmatan masing-masing. Peraturan ini berdasarkan JPN Pulau Pinang:

Peraturan Lawatan:

1. Borang permohonan lawatan dalam negeri Pulau Pinang perlu sampai 2 minggu dari tarikh sebenar.

2. Borang permohonan lawatan luar Pulau Pinang perlu sampai 5 minggu dari tarikh sebenar.

01 March 2013

Pencerobohan Di Lahad Datu: Apabila Ada Ayah Terkorban

Salam,

Ya - satu perkara yang paling payah untukku menarik nafas yang sedang berdegup ialah apabila terlihat kanak-kanak yang sedang kehilangan ayah. Hati kecil lebih beremosi dengan kesakitan, kecederaan atau penderitaan kanak-kanak sebagaimana terjadi kepada kanak-kanak di Palestin dan lain-lain negara.

Seorang anak sukar hidup tanpa adanya ayah, tapi itulah takdir yang telah dipilih. Cuma cara kematian ini tidak dimahukan. Di pihak musuh juga adalah beragama Islam, apa kiranya ada jalan yang terbaik menyelamatkan kanak-kanak dari kehilangan ayah hanya kerana tindakan orang atasan yang ada kepentingan telah memilih keganasan sebagai keputusan. Malahan, apa kiranya rundingan secara aman. Musuh perlu dilawan, maka kematian ini adalah untuk bangsa dan negara. Sabarlah untuk orang-orang yang ditinggalkan. Al-Fatihah kepada pejuang ini yang telah terkorban:


1. Insp G/17992 Zulkifli bin Mamat 
2. Kpl 113088 Sabaruddin bin Daud

Coretan: Muhd Shatar

Informasi: Panggilan Menjerut Wang Dalam Bil: Sekadar Berkongsi Pengetahuan

Salam budiman,

Saya memperolehi maklumat ini dari Cikgu Fahrizal dan berkesempatan memuat masuk ke laman blog ini bagi memperolehi kebaikan dari tertipu dengan panggilan ini.

Mudah saya apabila mendapati nombor ini masuk ke   daftar panggilan tak terjawab, pastikan anda tidak membuat panggilan semula kepada nombor panggilan ini.

26 February 2013

Bila Masuk Ke Negara Orang

Salam muhibbah

Pengalaman memasuki sesebuah negara akan terasa bila membaca arahan yang tertera. Sebaik sampai atau memasuki gerbang sempadan negara asing, papan tanda memperlihatkan atau melambangkan negara yang sedang dijelajahi.

Kita berbangga kerana ada bahasa sendiri yang menjadi simbol kita ada bangsa. Bangsa kita melayu yang dituturkan di nusantara melayu dan kepulauannya.  
Apabila memasuki sesebuah negara, kita disambut dengan bahasanya. Apa akan jadi sekiranya sebaik sampai di mana-mana lapangan terbang, satupun tiada dinaikkan bahasa yang menjadi pakaian kepada bangsanya....

Siapakah lagi yang akan mempertahankan kesinambungan bahasa Melayu kalau bukan kita dan penerusnya anak muda kita di IPTA, di bangku sekolah dan tadika. Pupuklah agar mereka tidak rasa bodoh untuk menuturkannya dan jangan sesekali anggap apabila mahir berbahasa Inggeris lalu berhak mengkaguminya lantas membina kerangka pemikiran meletakkan bahasa Melayu luar dari pakaian bangsa yang terlilit di muka dan terpapar di wajahnya.



Coretan untuk anak bangsa: Muhd Shatar 

17 February 2013

Berusaha Mengenal Pasti Anasir Jahat Dalam Teknologi Digital





















Salam pagi Ahad,

Hari ini ada kelapangan yang mencukupi untuk menulis sedikit pandangan. Umat Islam sememangnya tidak wajar menolak kemudahan membaca al-Quran dalam pelbagai bentuk di mana-mana sahaja sebaik kemudahan ini boleh diperolehi melalui aplikasi internet, atau mana-mana perisian. Sikap berhati-hati dalam menggunakan adalah sangat perlu. Jika merasakan ada kemusykilan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diterjemahkan atau penyesongan kepada penterjemahan sebenar maka perkara ini perlu dirujuk kepada mana-mana ulama.
Ada banyak usaha dari pelbagai pertubuhan luar, perancangan jahat dan segala agenda ingin merosakkan pemikiran generasi Islam melalui pelbagai isu, gajet teknologi dan kemasukan budaya liar. Apa yang penting, umat Islam yang rata-ratanya melalui perlu memperkuatkan kefahaman agama. Caranya mudah, meluangkan masa setiap kali fardu solat di masjid, mengamalkan bacaan al-Quran setiap pagi, petang dan malam biarpun satu surah.
Hidup dalam berjemaah Islam merupakan asas kekuatan diri dari terlibat dalam penyelewangan moral. Sahabat yang baik akan menterjemahkan peribadi kita. Jadi - mulai esok marilah kita segerakan membina kekuatan umat Islam dengan menunaikan solat berjemaah di masjid untuk mengenali jiran-jiran, ahli masyarakat dan anak-anak Islam di tempat kita. Pasti sebarang isu atau usaha merosakkan Islam mampu dibendung secara berjemaah.

Coretan: Muhd Shatar




13 February 2013

Destinasi Meluaskan Pemerhatian Alam: Krabi, Thailand (9-12 Febuari 2013)

Salam budiman,

Syukurlah, perjalanan meluaskan pengalaman dengan niat meninjau kehidupan orang Melayu di Krabi selain menikmati keindahan laut dan pulau-pulau di Krabi, Thailand berjalan lancar.
Sebelum memasuki sempadan Malaysia - Thailand di Wang Kelian terasa juga kebimbangan memasuki wilayah selatan Thailand yang dikatakan bergolak. Tetapi apabila memasuki Satun salah sebuah daerah berhampiran sempadan dan terus ke Trang akhirnya sampai ke Krabi dilihat suasana selamat dan tidak seperti digambarkan. Mungkin di wilayah Naratiwat yang sering kali berlaku pergolakan. Perjalanan bermula jam 2 petang dari Pak Bara terus ke Pantai Pak Meng dan berhenti rehat dalam pukul 6 petang. sebelum meneruskan perjalanan ke Krabi. Bandar Krabi tersergam di hadapan mata hampir maghrib. Dalam pukul 9.00 malam akhirnya kami berjaya chek-in di Hotal Nangparat, Pantai Krabi yang diusahakan oleh orang melayu Krabi. 

Pulau ini kelihatan macam ayam, menurut Pak Ya (seorang pengendali bot )  pulau ini  sering diminta para pelancong untuk mengelilinginya bagi diperlihatkan wajah sebenar pulau bentuk seekor ayam.


laluan antara dua pulau ini sebenarnya terpisah, akan tetapi ketika air laut pasang maka terputuslah dua buah pulau ini. Kelihatan para pengunjung berjalan pada laluan sebenar akan dinaiki air laut.


Perahu-perahu yang memenuhi pantai di sekitar Krabi agak murah sewanya berbanding di Malaysia. Sebuah perahu disewa bersama pemandunya hanyalah sekitar 25000.00 baht (RM250.00) untuk sehari mengelilingi pulau-pulau sekitar pantai Krabi.

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU