Salam Muhibah,
Pagi Sabtu - 20.04.2013 bermula jam 8.00 pagi, kami bersedia memulakan amanah dari SPR yang mempertanggungjawab SMV Seberang Perai akan menguruskan sepenuhnya PRU ke 13 bagi Parlimen Batu Kawan dan 3 DUN iaitu Bukit Tambun, Bukit Tengah dan Perai.
Tugas diberikan SPR Pulau Pinang kepada pihak pengurusan sekolah untuk mengendalikan pilihanraya ini merupakan satu beban amanah yang berat.
Doa adalah kekuatan umat Islam. Bagi melancarkan hari Penamaan Calon bagi PRU 13, kami memohon kepada Allah SWT agar dilindungi dan dengan harapan ianya berjalan lancar penuh adil.
Doa adalah kekuatan umat Islam. Bagi melancarkan hari Penamaan Calon bagi PRU 13, kami memohon kepada Allah SWT agar dilindungi dan dengan harapan ianya berjalan lancar penuh adil.
Bacaan doa agar majlis berjalan lancar di bawah lindungan Allah SWT bersama rahmat. |
Sebaik jam 10.00 pagi, Pegawai Pengurus En Hussain Marican bin Hassan mengumumkan calon yang bertanding bagi Parlimen Batu Kawan dan calon bagi DUN. |