Salam
Perkongsian 1
Pagi 31 Mei 2014 menjadi tarikh kenangan bernilai buat kami yang akan menawan Gunung Ledang sebagai mana yang telah dirancangkan berbulan-bulan.
Jam 8.00 pagi kami bergambar di hadapan pejabat pengurusan Taman Negara Gunung Ledang.
Semuanya teruja dan bersemangat untuk memulakan pendakian...
Terlebih dahulu - senaman ringkas yang penting untuk memanaskan anggota badan. Khabarnya tempoh pendakian akan memakan masa selama 5 jam untuk sampai ke puncak...
Secara keseluruhan para pendaki akan menghadapi 8 chek point (CP). Kami sudah berada di CP 6 di Gua Kambing. Khabarnya kami akan berdepan dengan cabaran paling getir di CP 7 iaitu Batu Hampar. Hampir 6 CP kami redah dengan pelbagai cara.
Antara cara pendakian dengan menggunakan tangga yang disediakan... Cara ini tidaklah begitu mencabar..
Ini boleh dikatakan sedikit mencabar... Kami banyak bergantung kepada tali yang disediakan sepanjang laluan...
Berehat seketika untuk mencari tenaga baru. Para pelajar lebih mendahului...
Sebaik hampir melepasi CP 6... kami semakin dengan dengan CP7. Berehat seketika di Taman Bongsai setelah benar-benar teruja dengan pendakian 90 darjah untuk sampai ke sini.
Inilah yang dikatakan paling sukar untuk sampai ke CP7. Batu Hampar ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental bagi melepasi pendakian dalam kedudukan 90 darjah sejauh lebih kurang 20-30 meter hanya menggunakan tali...
Kami benar-benar teruja yang terpaksa dihadapi dengan bertawakal kepada Allah SWT.
Akhirnya kami sampai ke kemuncaknya. Dikaburi kabus sejuk dingin menyebabkan kami gagal menikmati pemandangan sekitar Selat Melaka dan Tangkak...
Kami berada di CP 8... Puncak Mahligai pada ketinggian 1268 meter....
Blog e-Pendidikan Islam ini dibangunkan bagi menyebarluaskan pembelajaran Pendidikan Islam dan penyemaian akar keagamaan di kalangan pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai, Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (dahulu dikenali SM Vokasional Seberang Perai) dan kepada semua pelajar lain. Segala pertanyaan, komen dan cadangan boleh diemelkan kepada muhd@live.com.my
07 June 2014
17 May 2014
Salam Sabtu: Peranan Media Memartabatkan Kemuliaan Guru
Salam muhibah,
Sudah lama tidak meluangkan masa mencoret sesuatu di blog ini. Semalam hari guru. Semoga kemuliaan guru terus dijaga dan dijadikan perkara utama dalam minda seorang pendidik, pelajar, masyarakat dan khususnya media.
Banyak pendedahan dibuat oleh media berkaitan salah laku guru yang akhirnya sedikit sebanyak mengurungkan kemuliaan guru sebagai sebuah institusi penting kepada masyarakat. Tidak dinafikan ada segelintir permasalahan guru kepada ketidakakuran pekeliling kerajaan dan kanun undang-undang. Ya, guru manusia biasa dan tidak dapat lari dari mendedahkan diri kepada kesalahan.
Kedudukan guru dalam masyarakat sangat teruja. Mengambil kira apa yang berlaku kepada guru hari ini yang kebanyakan aktif dalam soal persekitaran kehidupan. Di taman perumahan ada guru yang memainkan peranan membimbing masyarakat dengan mengetuai, atau menggerakkan aktiviti pengimarahan kejiranan, keagamaan dan kebudayaan. Guru diketahui individu yang terlatih bercakap di khalayak mungkin membantu dalam memberikan idea, bertindak sebagai jurucakap atau salah seorang pembina kesatuan antara ahli komuniti.
Memetik sebaris sajak Usman Awang bertajuk Guru Oh! Guru;
semakin jauh guru di pendalaman semakin bererti kepada masyarakat.
Penelaaah Usman Awang terhadap martabat guru sangat tinggi kerana keberadaan guru di kawasan kampung sudah pasti mampu menjana pemikiran, perkembangan dan keharmonian dengan ilmu, tenaga dan kemahiran yang ada pada pendidik.
Semalam 16 mei, hari dikhaskan kepada semua guru. Cukup besar penghargaan ini daripada pihak pemerintah. Jiwa pendidik adalah antara cabaran utama kepada semua guru hari ini. Semua orang ingin jadi guru. Ditambah pula, pada masa ini gajinya agak berpatutan, atau berlebihan dan mungkin tidak mencukupi bagi pandangan seseorang guru. Pedulikan soal gaji. Apa sahaja kerja kalau dilakukan dengan penuh ikhlas akan mendapat keberkatan Allah.
Guru pada hari menghadapi segala kerumitan dalam berhadapan dengan telatah pelajar yang makin berbeza pada waktu dahulu. Sejauh mana penghormatan pelajar kepada guru hari ini boleh dilihat dengan kes-kes yang ditimbulkan di media cetak. Pelajar tendang guru, maki, mengumpat, memperlekehkan dan memandang rendah adalah antara cabaran utama. Saya pasti jika ada sedikit kebolehan guru menangani soal dengan berhikmah akan terbit hasilnya. Soalnya sejauh mana kesabaran guru terjawab.
Imej guru pada hari ini makin terhakis akibat media masa dengan sewenangnya menjadikan guru sebagai tajuk utama untuk melariskan jualan akhbar. Guru ada takrifnya. Bukan semuanya boleh dikaitkan dengan guru. Mensensasikan nama guru dengan kes salah laku secara terbuka tanpa ada batasan dan keinginan media menjadikan sebagai tajuk utama dengan jelas meruntuhkan martabat dan imej pendidik. Biarpun guru di sekolah swasta/tadika/pusat tuisyen dan sebagainya yang membuka peluang kepada sesiapa sahaja dengan tiba-tiba bergelar guru tetap akan diketengahkan oleh media dengan tajuk guru begitu atau begini. Tanyalah akhbar Metro yang menggungguli kerja-kerja cepat dan segera dalam meruntuhkan nama baik guru biarpun belum terbukti bersalah.
Pernah saya alami dalam tahun-tahun berkhidmat, kes kecuaian guru begitu cepat diketengahkan dalam akhbar sedangkan bila disiasat semuanya tidak berasas dan hanyalah tuduhan melulu. Ada baiknya orang media lebih berhati-hati dan mendengar kedua belah pihak sebelum ghairah menjadikan salah satu tajuk akhbar yang sensasi.
Salam perkongsian; Muhd Shatar
22 April 2014
Dari Kuala Lumpur ke Ipoh: Di Gopeng, Permukaan Malam Agak Kabur
Salam,
Dalam sebulan dua ini, banyak tragedi kedengaran. Tragedi pesawat MH370 belum terungkai, kemalangan bas sana sini, dan kapal tenggelam di Korea. Semua berakhir dengan kematian secara pukal.
Terbaru dan masih belum agak lewat untuk diperkatakan tentang kemalangan tokoh peguam,
Karpal Singh di lebuh raya PLUS Utara ke Selatan (di KM305). Aku masih terngiang-ngiang apabila kemalangan berlaku sejurus selepas aku baharu sahaja melalui laluan tersebut pada waktu malam sebaik tamat menjalani kursus Penataran Modul Akademik KVSK bagi Kolej Vokasional di Melaka.

Pada sebelah malam 10 hb April (malam jumaat) aku bersama seorang guru bertolak dari Pantai Dalam, KL sebaik maghrib. Lebih kurang pukul 10.30 malam aku menghampiri Gopeng, suasana agak gelap kerana tiada lampu di tepi jalan yang dipasang. Banyak percakapan kami berdua di atas kereta berkisar tentang kemalangan dan AES di km 336. Paling menakutkan kami ialah apabila di hadapan terdapat lori yang sukar dilihat.
Kebanyakan belakang lori hanya ada dua lampu merah yang agak rendah dan kurang menyinar. Aku hampir juga terpaksa menekan brek secara tiba-tiba dek kewujudan lori yang sukar dikesan mataku.
Pengalaman memandu kereta di waktu malam di atas lebuh raya sangat menakutkan. Acap kali kelihatan kebanyakan lori hanya dipasang lampu merah agak kecil dan terhad cahayanya. Paling berbahaya apabila lori menukar lorong kanan secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan di belakang yang sedang memecut akan hilang kawalan. Kiri dan kanan ada kenderaan maka, wujudlah kemalangan...
Saya merasakan perlu ada satu kajian mendalam berkaitan lori yang menggunakan lebuh raya pada waktu malam. Belakang lori perlu ada lampu merah yang lengkap di bawah dan di atas agar senang dicamkan oleh pemandu di belakang. Saya percaya sesiapa yang sering memandu di lebuh raya samada PLUS atau yang lain keupayaan mengecam lori di hadapan adalah pengalaman benar-benar menakutkan.
Coretan pendapat;
Muhd Shatar
17 April 2014
Sesuatu Yang Sukar Untuk Dilihat: Di Laluan Kota Melaka
Malam merayap dengan pantas ke dalam minda...
Di sini ada kubur-kubur tidak kesunyian dengan kenderaan...
Hanya tinggal berapa kaki persegi dengan bibir jalan...
Diharapkan pihak berkuasa dapat menyelamatkan tapak perkuburan ini dengan adanya tembok yang sesuai serta dilihat Tanah Perkuburan Islam terjaga dan dimuliakan...
Coretan jalan-jalan ke Melaka,

12 April 2014
PERJALANAN KURSUS PENATARAN KSKV MODUL AKADEMIK BAGI KOLEJ VOKASIONAL
Salam Sabtu
7-10 April 2014
Disediakan oleh:
LAPORAN MESYUARAT PENATARAN KSKV
MODUL AKADEMIK BAGI KOLEJ VOKASIONAL DAN ILP KOHORT 2014
7-10 April 2014
Mahkota Hotel Melaka, Kota Melaka.
MAKLUMAT UMUM
1. Kursus Pendidikan Islam
hanya berjalan dari Semester 1 hingga 4 sahaja. (dikendalikan pensyarah Pendidikan
Islam)
2. Semester 5 untuk Kursus Pendidikan
Islam dikhususkan untuk modul Insaniah. (dikendalikan pensyarah Pendidikan
Islam)
3. Semester 6 untuk Kursus Pendidikan
Islam dikhususkan untuk modul Bahasa Arab (*Tenaga pengajar akan dihantar pihak
BBTV atau calon tenaga pengajar yang berkebolehan ada di kolej).
4. Semester 7 untuk Kursus Pendidikan
Islam dikhususkan untuk Tamadun Islam (*dikendalikan pensyarah yang dipilih dari
bidang Sejarah).
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
-
Penerangan JU (Syed Syarim bin Shayid dari KV Seri Manjong, Perak)
-
Perbincangan DSKV P.I terkini
-
Cara pengisian markah Pentaksiran Berterusan (PB)
-
Cara pelaksanaan Ujian Lisan Hafazan/Tilawah/Amali Solat
-
Merangka soalan untuk setiap topik Modul Pendidikan Islam bagi Semester
1
-
Perbezaan Face To Face dengan Non
Face To Face sebagai
perkiraan jam kredit.
-
Pensyarah ada keperluan dan
boleh mengadakan kem/lawatan/program luar/kegiatan/kajian/kursus/ekplorasi/ekspedisi yang digabungjalin dengan bab dalam modul Pendidikan Islam sebagai satu Non Face To Face. Contoh Ekspedisi Menawan Gunung Ledang & Terapi
Solat, Ekplorasi Meredah Gua Tempurung & Aplikasi Solat Musafir.
JADUAL DAN TARIKH PENTING PENTAKSIRAN
Pentaksiran
Berterusan (PBS)
|
Pentaksiran
Berpusat
|
Latihan/Kuiz
( Minggu 1 – 14) (100%)
|
Ujian
1 (Bertulis) Minggu 15 (60%)
|
Ujian
Tilawah/Hafazan/Amali Solat/Sahsiah/Kehadiran/Penglibatan (100%)
(Tarikh
Siap - Minggu 14)
|
Ujian
2 (Lisan) Minggu 15 (20%)
|
Folio
(100%)
(Tarikh
Siap – Minggu 14)
|
|
Jumlah
Markah 300%
|
Jumlah
Markah (80%)
|
Dikecilkan
menjadi (30%)
Diserahkan
kepada SU peperiksaan pada Minggu 15.
|
Diserahkan
kepada SU peperiksaan dalam markah asal pada Minggu 16.
|
Disediakan oleh:
MUHAMMAD BIN ABDULLAH @ AB SHATAR
Wakil Pendidikan Islam
KV Seberang Perai Pulau Pinang
02 April 2014
27 March 2014
Laporan Mesyuarat Ketua Warden: Hotel Katerina Batu Pahat, Johor (25-27 Mac 2014)
Salam perkongsian maklumat,
Menghadiri mesyuarat ketika dalam waktu cuti persekolahan antara perkara yang tidak ingin berlaku. Pun begitu jika telah diarahkan maka tanggungjawab wajb dilaksanakan. Yang Menurut Perintah adalah prinsip asas penjawat awam.
Hasil dari mesyuarat yang dihadiri, saya telah perkemaskan untuk bacaan para warden lain.
Menjadi warden sangat perlu mengutamakan SOP kerana zaman ini

saman dari waris sangat ketara. Sedikit kecuaian/ketidakakuran pihak sekolah maka akan ada dorongan dari para peguam yang sangat melihat peluang mengambil keuntungan hasil kesilapan penjawat awam. Maka berwaspada dengan ancaman ini.
MAKLUMAT PENTING
ISU/MESEJ/SARANAN/INTIPATI UTAMA SEPANJANG
MESYUARAT KETUA-KETUA WARDEN
25-27MAC 2014
Hotel Katerina Batu
Pahat, Johor
1. Buku Laporan Harian Warden
- Wajib diisi oleh warden bertugas
mengikut hari (Kewajipan seperti mengisi buku RP)
- Disahkan Ketua Warden (Ketua Unit Pengurusan Asrama) setiap hari
- Disahkan TPSA KV seminggu sekali
- Disahkan Pengarah KV sebulan
sekali
2. Surat Kebenaran Waris
- Hanya layak ditandatangani oleh
warden jika melibatkan aktiviti dalam sekolah sahaja.
- Ibu bapa/waris yang berhak menandatangani Surat Kebenaran
Waris bagi setiap aktiviti yang akan disertai pelajar.
- Guru yang ingin membawa
pelajar mengikuti setiap aktiviti dijalankan di luar sekolah perlu menyerahkan
Surat Kebenaran Waris kepada pelajar 2 minggu lebih awal dari tarikh yang ingin
dijalankan.
- Warden boleh menolak untuk
menandatangani Surat Kebenaran Waris jika diminta berbuat demikian disebabkan faktor
beban tanggungjawab jika berlaku sebarang perkata tidak diingini.
3. Surat Kebenaran Pengarah KV untuk Warden Menggunakan Kenderaan Sendiri
Bagi Tujuan Menghantar Pelajar Dalam Kes Kecemasan/Disiplin/Salahlaku
- Warden tidak boleh membawa
pelajar dengan kenderaan sendiri tanpa Surat
Kebenaran Pengarah KV
-
Pengarah KV boleh keluarkan Surat Kebenaran
kepada Warden untuk membawa pelajar dengan kenderaan sendiri.
4. Jadual Bertugas Warden
- Warden wajib berada di kawasan sekolah
mengikut waktu yang dijadualkan. Kesalahan sangat besar jika warden bertugas
tiada di asrama sewaktu pelajar ada di asrama walaupun melibatkan hari cuti
persekolahan. Kewajipan ini akan terhapus sebaik semua pelajar meninggalkan
asrama.
- Warden perlu memaklumkan kepada
Ketua Warden jika ada hal yang menyebabkan ketidakbolehadaan di asrama bagi
membolehkan pengantian warden lain bertugas.
5. Buku Undang-Undang Peraturan Asrama
- Wajib diedarkan kepada semua
pelajar di asrama.
- Warden perlu perhalusi isi
kandungannya agar tidak melakukan ketidakakuran.
6. Prosedur Kes Salahlaku/Disiplin Pelajar
- Warden/Ketua Warden perlu siasat
kes dengan teliti mengikut SOP
- Serah hasil siasatan kepada
Lembaga Disiplin
- Ketua Warden hanya berhak
menyuarakan bentuk hukuman tetapi yang memutuskannya ialah Lembaga Disiplin.
7. Warden Wajib Melaksanakan Tugas
Ikut SOP/Rutin Harian
- Zaman waris/ibu bapa menyaman
penjawat awam yang tidak ikut prosedur dalam menjalankan tugas
- Perihatin dengan makanan pelajar
di Dewan Makan. Periksa dewan makan dan berhak merasai makanan yang disediakan
oleh pihak Dewan Makan.
- Warden berperananan menganjurkan
aktiviti mengikut biro masing-masing kerana itu adalah sebahagian hak pelajar
seperti sukan, riadah, lawatan, rekreasi, kesenian, kerohanian dan lain-lain
lagi.
-
Menghidupkan aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah di surau.
(Pesan En. Abdul Rahman Makbul; kemenjadian pelajar bermula di surau). Semua
warden berkewajipan menjaga solat berjemaah/sahsiah pelajar tanpa mengira
bidang tugas di sekolah. Bukan warden dari guru agama sahaja.
- Wajib berada di asrama pada
setiap hari ahad sebelum jam 6.00 petang dan berada di asrama setelah kesemua
pelajar pulang ke kampung.
- Merancang usaha ke arah mengawal
masalah disiplin pelajar seperti gejala menghisap rokok, buli, curi, ugut,
kongsi gelap dan lain-lain lagi.
8. Segala Aktiviti Pelajar Yang Dijalankan Tidak Boleh Melebihi Jam
10.00 Malam
- Sebarang aktiviti pelajar dihadkan sehingga jam 10.00 malam,
kesalahan besar jika apa-apa perkara tidak diingini sebaik selepas jam 10.00
malam terhadap pelajar.
9. Warden/Guru Tidak boleh
Merotan Tanpa Surat Kebenaran Merotan Dari Pengarah KV
- Hanya warden yang diberi surat
kebenaran dari Pengarah KV sahaja boleh merotan.
- Hak merotan masih terikat dengan
syarat-syarat. (Rujuk Unit Disiplin Sekolah)
10. Ketua Unit Pengurusan Asrama adalah
merangkumi tugas Ketua Warden Asrama
- (Diperjelaskan oleh En. Abdul Rahman Makbul
kerana banyak KV masih wujud dua jawatan berbeza antara Ketua Warden dan Ketua
Unit Pengurusan Asrama)
- Jawatan Ketua Warden untuk KV
dibubarkan dan hanya digunapakai di Sekolah Asrama bukan KV.
11. Ucapan tahniah dan terima kasih
dari semua BBTV atas kesudian para guru memegang jawatan Warden yang tidak
digemari guru lain dan sangat berisiko pada zaman ibu bapa mencari kecuaian kita para para warden.
Disediakan oleh:
Wakil KV SEBERANG PERAI: En Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
17 March 2014
Ahad Cuti: Ziarahi Pekan Buku Parit Buntar
Salam
Kelmarin, pagi ahad menjadi lebih bermakna. Acara Pekan Buku di Parit Buntar tersedia aktiviti hujung minggu yang dinanti-nanti.
Kelapangan menjadikan manusia tercari-cari apa yang perlu dihabiskan untuk bersama keluarga.
Baca buku satu pelayaran yang lebih jauh dari percutian biasa.
Kelmarin, di sekitar pingiran Sungai Kerian berlangsung Pekan Buku anjuran BANTU sebuah NGO yang mengumpulkan para pembaca buku, aktiviti keilmuan dan terselit acara kanak-kanak mewarna. Pastinya ibu bapa lebih berminat memerhatikan anak-anak melukis dengan sebuah harapan
Tiada saat lebih membahagiakan dengan meluangkan masa dengan anak yang dikasihi setelah lima hari sibuk dengan urusan kerja...
Buku-buku disusun untuk dibaca oleh semua pengunjung yang datang. Acara ini terbuka untuk semua tanpa bayaran. Bahkan ada jamuan disediakan oleh beberapa pihak yang mengambil bahagian.
Kelmarin, di pinggiran Sungai Kerian ada acara baca puisi. Meskipun tidak ramai pembaca sajak, cukuplah berkumandang suara nyaring memecahkan sunyi pekan Parit Buntar.
Kelihatan seorang guru sedang mendeklamasikan sajak...
Kelmarin, di sana para penduduk di sekitar Parit Buntar, Nibong Tebal dan yang berminat dapatlah menikmati satu acara yang bagus jika dibandingkan dengan pesta hiburan lain...
Sebuah pekan akan terasa maknanya jika acara sebegini wujud di tengahnya. Kelihatan presiden kepada bandan NGO BANTU memberikan ucapan.
Kelmarin, bahan bacaan yang tersedia percuma - membantu menggalakan minat membaca kepada semua golongan...
Coretan: Muhd Shatar

10 March 2014
Gundah Bulan Terselam Cinta Kepada Khaliq
Bulan Terasa Gundah Di Atas Kepala
Malam ini aku biarkan minda berkeliaran. Gundah apakah yang memburu jiwaku. Aku menyusun helaian lama kenangan satu persatu kerana setiap manusia akan mahu memilih suatu masa merenung sejarah dirinya.
Sejenak aku terbayang kehidupan kecil di kampung tercinta. Di sebuah rumah papan pasti jendela terkuak pada waktu malam. Kerana kipas masih belum ada, kalau ada di kedai sekalipun mana mungkin boleh jadi milik keluarga kami yang amat sederhana.
Ruang malam hanya berlegar di rumah hingga mata sukar terlelap. Aku belajar menjadi manusia berfikir dalam sunyi berlebihan.
Bagaimana hendak kembali menikmati kehidupan kampung kerana kini kebanyakan kampung sudah dipengaruhi cara hidup orang kota. Pun begitu, masih ada suasana seperti terakam dalam gambar. Saudara-saudaraku di pendalaman seperti Dabong, Manek Urai, Mengkebang, Laloh, Batu Melintang dan banyak lagi di sebelah Kelantan mungkin menikmati suasana malam indah begini.
Sunyi berlebihan membuatkan anak gadis teringin mencuba kehidupan kota. Tanpa bekalan ilmu dan sedikitnya kebolehan menguruskan ketahanan diri - maka meningkatlah gejala kurang sihat. Anak kampung yang baik pekerti sampai ke bandar seperti wajah lain menerpa; terpinga-pinga dalam kecantikan neon.
Sunyi berlebihan, aku teringat diriku di ibu kota sekitar tahun 2000. Dari situlah aku mula mengenal sunyi. Menikmati sunyi di tengah bingit kota. Mencari sunyi hingga lahir kalimah puisi.

09 March 2014
Jangan Mengharap Jawatan: Antara Amanah dan Cabaran Kerjaya
Salam Ahad,
Pagi yang kehausan embun, kakiku melangkah melepasi fajar subuh di permukaan padang. Di sini permukimanku sejak 8 tahun. Ya, sudah lebih 8 tahun aku bertugas di sini. 8 tahun juga aku bergelar warden. Alhamdulillah, pahit maung telah kutelan dalam menguruskan para pelajar dalam usia belasan tahun dengan pelbagai ragam dan gelagat. Banyak pengalaman yang kupelajari dari warden lain. Kes disiplin pelajar umapama rutin harian yang tidak perlu dibincangkan. Mungkin suatu hari akan kubukukan kes-kes disiplin yang pernah kutangani bersama para warden lain. Selama 8 tahun banyak aku belajar dari warden berpengalaman seperti Cikgu Rahman, Cikgu Rohaizat, Cikgu Azhar (sejak 2008 berpindah ke tempat lain), Cikgu Ahmad Zoon (sudah meninggal), dan warden lain yang agak sebaya.
Bercakap tentang jawatan warden yang tugasnya jarang diingini para guru lain dan isu melibatkan warden agak sensasi diutarakan di kolum surat pembaca media cetak. Beban tugasnya lebih berat dari guru. Ya, apabila memohon jawatan dari kerajaan dan layak memperolehinya - inilah yang disedari, kita yang meminta dan ramai di luar sana mengimpikan jawatan dalam kerajaan.

“Janganlah kamu meminta jawatan
kepimpinan (dalam politik). Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu
disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi
kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu,
maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
20/302, no. 6132)
Semoga taufik dan hidayah Allah Taala akan sentiasa menerangi tindakan dan keputusan yang dibuat. Kerja sebagai warden asrama, kita perlu bergerak secara berkumpulan. Sebarang keputusan dan tindakan akan lahir menghikmahkan natijah yang berkesan kepada pelajar. Kekuatan akan menjelma jika para warden bersatu hati, bergerak dengan kata sepakat dan seiring semangat dalam membasmi tiap-tiap racun yang merosakkan minda dan sahsiah pelajar. Benar kata pepatah melayu yang mengumpamakan sebatang lidi mudah dipatahkan jika dibandingkan dengan seikat lidi. Kita perlu bergerak bersama... Insak Allah tercapai hasrat Asrama Terbaik Yang Dirahmati Allah.

08 March 2014
Hari Ini Beijing Menangis: Kita Memohon Agar Terselamat
Salam Sabtu yang sangat mengharukan,
Tiba masa nahas tetap berlaku, sesiapa pun tak terduga tarikhnya.
Pihak MAS mengesahkan penumpang pesawat tersebut terdiri
daripada warganegara China 152 orang termasuk seorang bayi, Malaysia 38
orang, Indonesia 12 orang, Australia 7 orang, Perancis 3 orang, Amerika
Syarikat 3 orang termasuk seorang bayi, New Zealand 2 orang, Ukraine 2
orang, CKanada 2 orang, Russia 1 orang, Itali 1 orang, Taiwan 1 orang,
Belanda 1 orang dan Austria 1 orang. Memetik dari sumber (http://www.themalaysianinsider.com).
Orang yang menanti tetap mengharapkan batang tubuh yang disayangi kekal tiba. Takdir selalu memisahkan antara realiti dan sempadan ketentuan sebenar. Perkara yang paling tidak disukai manusia adalah perpisahan. Kini ia sedang terjadi... Mohon keajaiban menentukan ada takdir yang diingini. Kini Beijing menangis dan kita tetap mengharapkan ada jawapan yang positif untuk pesawat MH370.

27 February 2014
Di Hadapan Jalan Stulang Laut, Pulau Kita
Petikan sebuah sajak bertajuk Di hadapan Jalan Stulang Laut Pulau Kita di ruangan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24.11.2013.
Kembara di negeri Johor tidak sampai ke kemuncak kalau tidak sampai di persiaran yang terletak berhampiran Jalan Stulang Laut bagi menyaksikan Pulau Singapura yang tidak jauh kelihatan. Aku menghabiskan beberapa waktu untuk merenung Temasik yang merupakan sebahagian besar dari naungan Kerajaan Johor. Dari jalan Stulang Laut kelihatan mercu bangunan di Singapura terpacak agam.

04 February 2014
Febuari Dingin - Angin Sejuk Sekali
Salam selasa,
Memasuki febuari ini aku menyaksikan darjah kesejukan cukup berbeza. Ada nikmat ketika ditampar angin yang menjamah sum-sum tulang ketika menaiki motor di awal pagi. Tiada apa-apa yang dapat kukatakan waktu ini. Agaknya masih tidak terlambat untuk mengulas isu seorang guru di SKC Khai Meng, Sungkai, Perak yang
telah mengarahkan pelajar yang gagal menyiapkan kerja rumah bulan lalu agar menjadi seperti lembu. Bertindak mendenda pelajar agar melakonkan seperti lembu adalah satu pilihan tindakan yang agak bukan biasa maksudnya. Apa maksudnya - hanyalah guru tersebut mengetahui niatnya. Kita mentafsir dengan pelbagai andaian. Betul atau tidak, setiap manusia berbeza tafsiran. Guru berhak mendenda pelajar - tetapi masih ada cara lain yang wajar. Aku teringat kes pengetua mengarahkan beberapa pelajar agar makan di bilik persalinan.
Bukan tandas ya! Tindakan pengetua ini telah membangkitkan sejumlah demostrasi di luar pagar sekolah. Bangsaku sememangnya bertolak ansur. Meskipun 2 pelajar ini diarahkan menjadi lembu tetap dapat diterima secara hati terbuka. Tiada demostrasi di hadapan sekolah. Ini hakikat kemelayuan yang menjadi separuh budi budiman kita. Kita banyak berbicara di atas rasa kemanusian biarpun tindakan biadap datangnya secara dirancang oleh pihak tertentu.
Bayangkan kalaulah guru melayu bertindak demikian terhadap dua pelajar berbangsa cina. Barangkali seluruh persatuan cina bangkit mempersoalkan dengan segenap pertanyaan. Tunggu dan lihat isu yang akan timbul - dan lihatlah keegoannya...

26 January 2014
Bulan Putih, Cahaya Sangat Dingin Paginya
Salam malam Isnin,
Di negeri permukimanku, hujan agak lama tidak turun. Rumput di padang letaknya di hadapan kediamanku seakan kering, tandus kehausan air. Cuaca sememangnya berbeza. Esok pagi - sejuk menyusuk tulang, biarpun bukan kerana hujan. Negeriku ini tanah rantauan tempat mencari rezeki. Syukur tidak terhingga kepada Tuhan. Berbekalkan gaji seorang penjawat awam pada masa ini sudah lebih dari mencukupi jika dibandingkan dengan saudara-saudaraku yang berkerja di KFC, Mc Donalds, Tesco sebagai pembantu mahupun ada yang berkerja di kedai Cina berhampiran.
Di kilang-kilang, ada banyak berita kurang enak yang kudengar. Diskriminasi pemilihan jawatan untuk kaum sekulitku terus terang dipermainkan. Secara jelasnya pemilik kilangnya siapa? Bagaimana nasib pekerja kontrak di kilang-kilang yang dibayar gaji mengikut jumlah hari bekerja. Kalaulah tidak bekerja - tiadalah tercatat dalam kad perakam waktu.
Belum lagi dikira nasib kakak-kakak yang setiap awal pagi memakai baju biru menunggu van kilang. Di bahu mereka ada sejumlah nyawa yang tergantung. Selalu kulihat ketabahan mereka berdiri di tepi jalan untuk menantikan kehadiran van kilang. Sejumlah gaji akan dipotong untuk pengangkutan.
Mereka diisi penuh untuk dihantar ke kilang di Kulim Hi-tech, Perai, Juru Auto City, Batu Muang, Seagate, Bayan Lepas dan bermacam kawasan perkilangan. Selalu kulihat mata-mata kepenatan setelah 12 jam berkerja bagai robot. Inilah hakikat dan takdir bagi setiap insan.
Syukur Tuhan, aku terpilih untuk berada di zon sederhana sebagai penjawat awam, tetapi jiwaku masih berlegar tentang kisah para pekerja kelas bawahan. Seringku beritahu para pelajarku. Lihat tukang sapu yang sedang membersihkan longkang dari sampah sarap. Mereka seperti kedua orang tua kita. Justeru jangan susahkan mereka untuk mengutip sisa sarap dari tangan kita. Permudahkan urusan mereka. Sudah pasti Allah membalasnya biarpun sedikit jasa.
Coretan Malam: Muhd Shatar

12 January 2014
Ariel Sharon: Sang Penyembelih Susila
Salam Ahad yang lapang,
![]() |
| Wajah Cukup Penyayang, Hatinya Cukup Jahat |
11.01.2013, - Tarikh keramat ini pasti diingati penduduk Palestain. Apa tidaknya, persis binatang bernama Ariel Sharon akhirnya ditamatkan malaikat nyawanya selepas menderita sakit selama 8 tahun sejak 2006. Pabila memperkatakan tentang persis binatang ini - aku akan bercerita tentang pembunuhan paling kejam 800 orang di kem pelarian Sabra dan Shatilla pada tahun 1983. Sebenarnya banyak kekejaman dan kezaliman bersifat maha dilakukan oleh Sharon dan banyak yang tidak diketahui mata dunia.
Menurut pembacaan kisahnya, dia ternyata terlibat secara jelas dalam pembunuhan Yasseir Arafat. Maka kematiannya adalah perayaan bagi golongan teraniaya tetapi wira bagi kaum pengganas di Tel Aviv.
Menurut pembacaan kisahnya, dia ternyata terlibat secara jelas dalam pembunuhan Yasseir Arafat. Maka kematiannya adalah perayaan bagi golongan teraniaya tetapi wira bagi kaum pengganas di Tel Aviv.
Coretan; Muhd Shatar
10 January 2014
Apa Lagi Tinggal Buat Warisan Bangsaku... Aduh Jawiku
Salam jumaat,
Musim persekolahan telah bermula, kesibukan mulai menyelubungi alam fikiran. Esok, sabtu yang sedikit lapang. Kelibat pelajar sudah tiada di perkarangan asrama. Lebih kurang 15 orang masih tinggal dan sempat menunaikan solat isyak berjemaah. Sunyi dan sepi. Petang tadi hujan begitu lebat. Membasahkan bumi Bukit Minyak, kawasan sekolah, juga kediaman hampir 8 tahun. Negeri Pulau Pinang adalah negeri air mata bangsaku.
Membaca kes Sisters of the Infant Jesus, diwakili Celina Wong secara biadap mahu menurunkan papan tanda bertuliskan kalimah jawi di SMK Convent Bukit Mertajam seperti menikam seluruh sendiku. Tersayat darah mengenangkan inikah hasil tolak ansur kami selaku tuan tanah pemilik asal Tanah Melayu kian dan makin dipersoalkan. Tulisan jawi adalah sebahagian pengenalan bahawa tanah ini bernama Tanah Melayu. Tidak bolehkan warisan tuan tanah ini terpacak sebagaimana tulisan lain tertera di tepi jalan. Berdosakan tulisan jawi dinaikkan. Lebih-lebih lagi sekolah adalah tempat belajar untuk anak-anak bangsa.
Tindakan biadap Celina Wong, seperti mengingatkanku tentang kejadian sama berlaku di SMK Penang Free di sebelah pulau sana beberapa tahun lalu. Apabila pegetuanya menaikkan papan tanda bertulisan jawi, maka secara biadap ada usaha menjatuhkannya. Tindakan puak ini telah berjaya. Papan tanda bertulisan jawi akhirnya diturunkan. Ya, pengetuanya pun turut dipindahkan. Apa lagi kekuatan yang tinggal buat bangsaku.
Hari ini hujan, begitu lebat. Di hadapan mataku ada lopak air bertakung di permukaan saujana padang yang agak luas. Adakala tersirat darah, sayu yang berlebihan - mengenangkan nasib bangsaku.
Jika disoal kepadaku tentang sikap biadap orang cina kepada tulisan jawi.
Tulisan jawi adalah separuh pengenalan bahawa tanah air ini tempat asal bangsaku, makmur dan cukup tolak ansur. Sebarang usaha menjenamakan semula bahawa tanah ini akan jadi kepunyaan orang lain. Pulau Pinang sepenuhnya direncanakan. Tulisan jawi sama sekali tidak boleh dinaikkan...

28 December 2013
Jumaat Pertama di Johor: Tunggu Lembaran 2014
Salam pagi sabtu,
Ruang sekolah sunyi dan sepi, lenyap bayang-bayang pelajar dari kaca mataku. Rumah di kawasan sekolah menjadi terasing pabila ketiadaan pelajar. 5 hb januari tidak lama lagi pasti kawasan ini kembali bergempita. Di saujana padang sekolah, kelihatan rumput makin kering, kehausan air. Sudah lama bumi ini tidak menerima hujan.
Alhamdulillah, di Johor akan berlaku satu perubahan besar pada hari jumaat. Jemaah tidak akan tergesa-gesa untuk meninggalkan masjid semata kembali ke alam pekerjaan. Tiada lagi telatah manusia sibuk dengan urusan masing-masing sebaik tamat menunaikan solat Jumaat. Kalau ada pun tidak menunjukkan fenomena biasa pada tahun-tahun sebelum ini.
Syukur dan tahniah kepada pihak yang menjayakan penukaran cuti pada ahad kepada jumaat. Jasa kalian sangat diucapkan rasa lega dan syukur.
Diharapkan ada lagi anjakan perubahan. Sebaik solat jumaat kita ingin lihat ada fenomena budaya membaca al-Quran atau kemunculan aktiviti baru keagamaan yang sebelum ini ditiadakan. Apa salahnya dirancang program berunsur keagamaan yang boleh menarik minat remaja, belia dan orang tua. Inssak Allah semua diharapkan akan ada berlaku di bumi Johor...

25 December 2013
Sepagi Sekuliah di Masjid Tok Lebai Hashim; Pertemuan dengan Mantan Mudir
Salam penuh kelapangan.
Pagi tadi, Alhamdulillah aku beroleh nikmat menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Tok Lebai Hashim. Paling bertuah, penyampai kuliah subuh hari ini sangat tidak disangka Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat, mantap mudir Maahad Muhamadi Lelaki Kota Bharu sewaktu aku berada di tingkatan 4 dan 5 di sekolah tersebut.
Menatap wajah orang soleh lebih baik dan tersangat sejuk di jiwa. Wajah yang sama dilihat pada tahun 1997 di perkarangan sekolah Maahad Muhammadi.
Beliau memulakan kuliah dengan membacakan beberapa ayat al-Quran dengan lunak sebagai mukadimah.
Ada lima pesanan utama dari kuliah beliau;
1. Jangan lupa solat berjemaah di masjid
2. Mesti baca al-Quran setiap hari
3. Sebelum tidur solat witir terlebih dahulu
4. Kehidupan di dunia yang singkat.
Alhamdulillah, sepagi dengan permulaan kata-kata yang baik, sentuhan kalbu dari suara yang kadang kala menikam dan menjadikan kita sekejap bermuhasabah.
Syukur Allah, pagi tadi aku diundang menjadi tetamu-Mu di Masjid Tok Lebai Hashim.

03 December 2013
Pabila Anggur Berbuah: Buah-buahan Disebut Dalam al-Quran
Salam Selasa,
Dalam seminggu ini, banyak perkara yang baik, kontroversi dan sadis menyelubungi pemikiran kita di tanah air tercinta ini.
Ustaz Kazim dilantik MT UMNO, secara positifnya dapat memberikan nasihat berguna kepada pentadbiran kerajaan sedia ada. Diharapkan Ustaz Kazim ada kekuatan menegur dan memberikan cara terbaik kepada sistem pemerintaan sekarang. Pabila ada ulama bersuara, banyaklah hikmahnya. Kita tunggu dan lihat natijah dan kesan yang baik hasil pelantikan Ustaz Kazim Elias ini.
Tiga hari lepas, kematian serentak 3 adik beradik di Kedah perlu dijadikan titik tolak. Mengapa jenayah kejam ini dilakukan.
Pelbagai teori akan menjadi gambaran di minda kita. Persoalannya mengapa jenayah semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Pabila banyak kelonggaran wujud dalam masyarakat sememangnya titik tolak berlakunya bibit jenayah dan malapetaka.
Saya masih ingat akan pesan orang-orang tua dahulu, anak-anak mesti balik sebelum maghrib. Ibu bapa dahulu akan riuh sekampung kalau anak remaja belum pulang sebaik maghrib. Bahkan ada istilah lahir bagi mana-mana remaja atau orang dewasa yang balik selepas maghrib. Amat kurang manis kalaulah waktu azan maghrib masih kelihatan anak-anak berjalan pulang ke rumah. Jiran-jiran akan bertanya sebab apa, kenapa dan untuk apa?
Zaman sekarang, ramai yang tidak indahkan soal waktu maghrib yang perlu dijaga. Malahan berduyun-duyun manusia berkeliaran pada waktu maghrib untuk ke pasar malam, pesta dan mana-mana ada acara keraian.
Pabila maghrib sebenarnya lebih utama berada di rumah atau masjid untuk meluangkan masa beribadat, membaca al-quran ataupun mendengar kuliah. Pendapat saya kalaulah ada kesedaran di kalangan masyarakat untuk menjaga anak-anak balik sebelum maghrib untuk beribadat, dan menambahkan ilmu nescaya gejala maksiat, persundalan dan jenayah akan dapat dikurangkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu. (Surah al-Mukminum ayat 19)
Sekadar coretan: Muhd Shatar

Subscribe to:
Posts (Atom)
SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU
- ► 2012 (108)
- ► 2010 (172)