10 January 2014

Apa Lagi Tinggal Buat Warisan Bangsaku... Aduh Jawiku

Salam jumaat,

Musim persekolahan telah bermula, kesibukan mulai menyelubungi alam fikiran. Esok, sabtu yang sedikit lapang. Kelibat pelajar sudah tiada di perkarangan asrama. Lebih kurang 15 orang masih tinggal dan sempat menunaikan solat isyak berjemaah. Sunyi dan sepi. Petang tadi hujan begitu lebat. Membasahkan bumi Bukit Minyak, kawasan sekolah, juga kediaman hampir 8 tahun. Negeri Pulau Pinang adalah negeri air mata bangsaku.

Membaca kes Sisters of the Infant Jesus, diwakili Celina Wong secara biadap mahu menurunkan papan tanda bertuliskan kalimah jawi di SMK Convent Bukit Mertajam seperti menikam seluruh sendiku. Tersayat darah mengenangkan inikah hasil tolak ansur kami selaku tuan tanah pemilik asal Tanah Melayu kian dan makin dipersoalkan. Tulisan jawi adalah sebahagian pengenalan bahawa tanah ini bernama Tanah Melayu. Tidak bolehkan warisan tuan tanah ini terpacak sebagaimana tulisan lain tertera di tepi jalan. Berdosakan tulisan jawi dinaikkan. Lebih-lebih lagi sekolah adalah tempat belajar untuk anak-anak bangsa.

Tindakan biadap Celina Wong, seperti mengingatkanku tentang kejadian sama berlaku di SMK Penang Free di sebelah pulau sana beberapa tahun lalu.  Apabila pegetuanya menaikkan papan tanda bertulisan jawi, maka secara biadap ada usaha menjatuhkannya. Tindakan puak ini telah berjaya. Papan tanda bertulisan jawi akhirnya diturunkan. Ya, pengetuanya pun turut dipindahkan. Apa lagi kekuatan yang tinggal buat bangsaku.

Hari ini hujan, begitu lebat. Di hadapan mataku ada lopak air bertakung di permukaan saujana padang yang agak luas. Adakala tersirat darah, sayu yang berlebihan - mengenangkan nasib bangsaku.

Jika disoal kepadaku tentang sikap biadap orang cina kepada tulisan jawi.

Tulisan jawi adalah separuh pengenalan bahawa tanah air ini tempat asal bangsaku, makmur dan cukup tolak ansur.  Sebarang usaha menjenamakan semula bahawa tanah ini akan jadi kepunyaan orang lain. Pulau Pinang sepenuhnya direncanakan. Tulisan jawi sama sekali tidak boleh dinaikkan...

Coretan: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU