19 November 2013

Tiga hari di Kuala Lumpur, Ada Ilham dan Puisi Terhampar

Salam puisi buat pembaca budiman,

Jumaat hingga Ahad (15-17 November) yang lalu saya berada di Kuala Lumpur. Menghadiri Mesyuarat Agung PENA di Rumah Pena, yang terletak di tengah kosmopolitan Kuala Lumpur adalah satu tanggungjawab dan kewajipan saya. Berada di kelompok penulis yang berbagai rupa, idealisma, pemikiran dan cara berfikir adalah satu keinginan yang dicari bagi mencambahkan akal agar lebih kuat berfikir. Tercerna sempit pandangan.

Akhirnya saya dapat melihat buku kumpulan puisi saya diletakkan di rak buku Kinokunia KLCC, satu kepuasan bagi penulis melihat karyanya ada di kedai buku.
Mudahan inilah pembakar semangat untuk terus menulis. Kehidupan dalam sajak adalah satu keseronokan. Waktu sesekali lapang untuk menulis puisi buat diri atau dikirim ke ruang akhbar atau majalah. Bukankah ini satu jalan mencari kedamaian, menyimpan nostalgia atau menyatakan isi hati secara jujur.





Untuk mendapatkan buku ini secara online - bolehlah klik di sini ....











Coretan penulis blog: Muhd Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU