Meningitis atau radang otak boleh berlaku sekiranya penumpuan terlalu lama terhadap sesuatu objek. Mengadap skrin komputer terlalu lama boleh menjadikan sakit kepala berlebihan. Pabila terbaca dalam akhbar Kosmo hari ini (21.11.2013) kisah kanak-kanak 12 tahun mati akibat sakit kepala. Khabarnya dia mula masuk kafe internet sejak pukul 7.30 pagi dan akan balik jam 6.00 petang. Takdir memilih namanya sedangkan ramai kanak-kanak lain mula ketagih internet di setiap daerah.
Aku pernah masuk ke kafe internet di sekitar Bukit Minyak tidak jauh dari kediamanku.
Sebagai penulis yang ingin mengilhami sesuatu yang ingin ditulis berkaitan remaja dan kanak-kanak - maka kafe internet adalah medium terbaik. Di situ, aku dapat membaca apa isu dan bahasa percakapan mereka, permainan kegemaran dan aku juga dapat menganalisis isi hati mereka.
Sememangnya permainan video adalah tarikan utama bagi kanak-kanak selebihnya mereka akan menerokai laman-laman pornografi sama ada berbentuk cerita erotik dan gambar.
Kebebasan terhadap kanak-kanak dari kawalan ibu bapa akan menjadikan mereka begitu bebas berada di kafe internet sehingga ke pagi dan ada yang menghabiskan usia malam di kafe. Taukeh kafe sememangnya amat suka dengan peningkatan untung tanpa mengira nilai-nilai baik terhadap perkembangan kanak-kanak.
Pertumbuhan kafe internet di setiap daerah di negara kita seperti tumbuh bagai cendawan. Cubalah singgah di mana-mana pekan daerah siang atau malam nescaya anda tak kecewa kerana memang ada. game yang beraneka pilihan.
Di dalamnya remaja yang khusyuk mengadap skrin komputer. Sama ada dalam talian internet atau ralit dalam permainan video.
Penguatkuasaan terhadap larangan kanak-kanak bawah 12 tahun tidak terlalu ketat menjadikan taukeh kedai semakin berani menjadikan kanak-kanak sebagai bahan keuntungan mereka sedangkan bapa kepada kanak-kanak hanyalah buruh di kilang besi Cina atau operator pengeluaran di kilang.
Gejala tidak sihat seperti penularan tabiat merokok, mencabul dan menonton bahan lucah akan bermula di kafe internet.
Sekiranya tiada pengawalan ibu bapa - berlaku kepunahan sahsiah kanak-kanak di peringkat awal pembesaran.
Maka semua pihak perlu bertindak. Kasihanilah kanak-kanak yang masih muda akalnya. Kepada tuan pemilik premis, tolong nasihatkan anak-anak kecil ini sebagaimana anda melihat mereka seumpama anak anda.
Coretan; Muhd Shatar