Salam para pembaca budiman, siri kejahatan tentera Amerika bukanlah terlalu asing untuk diperkatakan. lihat sajalah kisah jahat tentera Amerika di Iraq, Afganistan dan di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo sering dihiasi penderaan luar sifat kemanusiaan. Orang Islam diperlakukan dengan pelbagai siksaan fizikal, psikologi dan mental. Penjara di Iraq pernah menyaksikan deraan yang tidak bertamadun dari askar Amerika laknatullah. Tindakan beberapa askar Amerika kencing ke atas pejuang Afganistan wajib diberikan perhatian dan turut dirasakan dalam hati umat Islam sejagat. Marilah kota sama-sama berdoa agar tentera Amerika diberikan balasan setimpal dengan kezaliman mereka... Muhdlive Blog e-Pendidikan Islam ini dibangunkan bagi menyebarluaskan pembelajaran Pendidikan Islam dan penyemaian akar keagamaan di kalangan pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai, Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (dahulu dikenali SM Vokasional Seberang Perai) dan kepada semua pelajar lain. Segala pertanyaan, komen dan cadangan boleh diemelkan kepada muhd@live.com.my
13 January 2012
Realiti Kejahatan Dan Kezaliman Tentera Amerika: Keji
Salam para pembaca budiman, siri kejahatan tentera Amerika bukanlah terlalu asing untuk diperkatakan. lihat sajalah kisah jahat tentera Amerika di Iraq, Afganistan dan di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo sering dihiasi penderaan luar sifat kemanusiaan. Orang Islam diperlakukan dengan pelbagai siksaan fizikal, psikologi dan mental. Penjara di Iraq pernah menyaksikan deraan yang tidak bertamadun dari askar Amerika laknatullah. Tindakan beberapa askar Amerika kencing ke atas pejuang Afganistan wajib diberikan perhatian dan turut dirasakan dalam hati umat Islam sejagat. Marilah kota sama-sama berdoa agar tentera Amerika diberikan balasan setimpal dengan kezaliman mereka... Muhdlive 10 January 2012
Kemalangan ragut nyawa boleh dielak jika pemandu waspada, patuhi peraturan
Takbur, penting diri sendiri di jalan raya bukan amalan Islam
Oleh Muhammad Abdullah @ Ab Shatar (Tersiar di Berita Harian 2012/01/09)
Kemalangan ragut nyawa boleh dielak jika pemandu waspada, patuhi peraturan
KEMALANGAN jalan raya yang membawa maut tidak dapat dielakkan jika itulah termaktub sebagai penyebab kembalinya hamba kepada Penciptanya. Namun, itu bukan alasan untuk terus menyerah kepada takdir kerana sebagai manusia kita perlu berusaha mencegah terbabit dalam kemalangan.
Pelbagai usaha hendaklah dilakukan seperti memastikan kenderaan diselenggara dengan baik, keadaan jalan raya bebas daripada unsur boleh menjurus berlakunya kemalangan seperti jalan berlubang selain sikap pemandu perlu berhemah ketika berada di jalan raya.
(Lukman berkata): Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkan (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui. - Surah Lukman, ayat 16
Sikap takbur sering kali dilihat pada pemandu terutama mereka yang membawa kenderaan besar menyebabkan kenderaan bersaiz kecil berasa kerdil. Tetapi ada juga pemandu kereta bersaiz kecil menggunakan kelebihan itu untuk mencuri peluang hingga menimbulkan masalah kepada pemandu lain.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk ke dalam syurga, seseorang dalam hatinya sifat takbur (sombong) sekalipun seberat debu. Kemudian salah seorang sahabat bertanya: Sesungguhnya ada seseorang suka akan pakaiannya itu baik dan kasutnya baik. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Takbur itu menolak yang benar dan menghina orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)
Laporan kemalangan yang memberi gambaran mengerikan menunjukkan sikap pemandu tidak sabar ketika berada di jalan raya terutama mereka yang suka memotong walaupun di kawasan tidak dibenarkan atau dalam posisi berbahaya.
Tindakan melulu yang diambil untuk membelok ke kiri dan kanan tanpa memberi isyarat awal sebenarnya akan mengundang padah bukan saja pada diri sendiri, juga pengguna lain terutama penunggang motosikal.
Kecuaian pemandu sesuka hati membelok tanpa memikirkan pemandu kenderaan sehinggakan ada orang lain teraniaya adalah berdosa dan pasti mendapat pembalasan nanti.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Lukman berkata): Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkan (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Lukman, ayat 16)
Oleh itu, sebagai ingatan kepada semua, jangan pentingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bertanggungjawab ketika memandu apa juga kenderaan di jalan raya kerana nyawa adalah amanah perlu dipelihara.
Meletakkan rasa ihsan dan simpati kepada penunggang motosikal dan kenderaan kecil perlu dipupuk. Masih terdapat lori yang membawa batu, pasir, bahan keras dan ternakan tanpa ditutup kemas kelihatan di jalan raya yang akhirnya membawa malapetaka kepada pengguna lain.
Jadi, dalam mengharapkan statistik kemalangan diturunkan, beberapa usaha perlu dilaksanakan termasuk memastikan keadaan jalan raya selesa untuk kenderaan dan pemandu mematuhi undang-udang ditetapkan.
Pastinya semua pengguna jalan raya mahu hak keselesaan memandu dan bagi tujuan itu semua pihak perlu sentiasa bersikap timbang rasa supaya keselamatan ketika memandu terjamin dan sebarang perkara tidak diingini dapat dielak.
Masih berlaku sikap menangguk di air keruh apabila pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal dianiaya apabila paku atau minyak ditabur di laluan mereka. Tindakan itu mungkin menguntungkan di dunia tetapi balasan tetap menanti di akhirat.
Kejadian kemalangan yang terus dilaporkan sewajarnya menyedarkan masyarakat untuk mengubah sikap dan sentiasa berwaspada kerana kemalangan boleh berpunca daripada kelalaian kita atau oleh pemandu lain.
Mari kita renungi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada seorangpun di antara manusia ini kecuali (pada hari kiamat nanti) akan dipercayai oleh Allah SWT (dihadapkan ke mahkamah Allah). Maka pada waktu itu tidak ada orang lain sanggup menjadi jurubicara antara keduanya (sebagai orang ketiga atau peguam). Lalu orang dipercayai oleh Allah tadi akan melihat ke sebelah kanannya, maka tidak kelihatan melainkan hanya pahala kebaikan yang pernah dilakukannya ketika berada di dunia dulu. Dan apabila dia cuba melihat ke sebelah kiri pula, maka dia tidak melihat kecuali balasan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya ketika berada di dunia dulu. Kemudian apabila dia melihat ke hadapan maka dia tidak melihat kecuali hanya api neraka. Maka tanamkanlah rasa takut terhadap api neraka dan jauhilah seksaannya walaupun kalau kamu hanya mampu bersedekah dengan sebelah buah kurma saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

08 January 2012
LUKA PANJANG YALA - NARATHIWAT DAN PATTANI: TIADA PENGHUJUNG
Salam semua pembaca budiman,
Membaca pergolakan di selatan Thailand yang melibatkan tiga wilayah majoriti umat Islam mendiami penuh dengan emosi. Sebagai warga melayu di bumi Malaysia, persaudaraan seagama dan keturunan yang sama amat dirasai. Sebagai mana hadis Rasulullah :
"Seorang mukmin bagi seorang mukmin itu satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian dan orang Islam itu seperti satu badan jika sakit matanya sakitlah sekaliannya dan jika sakit kepalanya sakitlah sekaliannya."
Lihat peta kedudukan tiga wilayah yang bersempadan dengan Malaysia melalui Kedah, Perlis dan Kelatan. Kebanyakan orang melayu di selatan Thai berbahasa melayu mirip loghat Kelantan dikatakan mempunyai rumpun dan kebudayaan yang hampir sama.

Masih anda ingat gambar di sebelah. Inilah Masjid Kerisik yang menyimpan sejarah darah tertumpah dan tangisan bonda tercinta terhadap anaknya. Tanggal 28 April 2004 di sinilah menyaksikan hampir 34 orang anak muda sekitar usia 16 - 34 tahun terbunuh dalam serangan berdarah tentera Thai ke atas sekumpulan pejuang Islam yang masuk berlindung di Masjid Kerisik. pada 28 April 2004
Gelimpangan mayat yang ditembak oleh segerombalan tentera terhadap sekelompok kecil yang daif dan lemah. Sadis dan menyayat hati. Manusia kadang kala terlalu kejam dengan kuasa dimiliki.
Tragedi paling besar berlaku di Tak Bai pada April 2004 kita umat Islam berada dalam bulan ramadan. Tragedi berlaku melibatkan 1,500 orang menyertai demontrasi secara aman di hadapan Balai Polis Tak Bai bagi menyuarakan hak pembebasan 6 sukarelawan pertahanan kampung yang ditahan kerana dituduh membuat laporan palsu kepada polis melibatkan rompakan senapang patah yang dikeluarkan oleh kerajaan.Tujuh orang telah terbunuh di tempat kejadian. Sewaktu diikat tangan ke belakang kemudian diarahkan berbaring ke tanah sehinggalah diangkut ke sebuah tempat yang jauh memakan masa berjam-jam. Dilaporkan seramai 1000 orang penunjuk perasaan disusun secara berlapis di atas lori. Dilaporkan seramai 78 orang mati semasa berada di atas lori yang disusun sehingga muak kesemua isipadu sebuah lori. Bayangkan suadara, bagaimana lapisan manusia terbawah terhimpit dan sukar bernafas dalam perjalanan memakan masa berjam-jam. Manusiakah apakah yang membuat arahan kejam sebegini?
Hak bersuara telah dinafikan oleh pihak berkuasa, persoalannya mengapa begitu kejam diperlakukan terhadap mereka yang cuma berhimpun untuk menyuarakan bantahan secara aman dan tidak berbahaya. Adakah kerana mereka penganut Islam?
Kita tinggalkan kisah tragis di Tak Bai untuk memperingati serangan ke atas sebuah masjid di Kampung Air Tempayan, Narathiwat. Tragedi pembunuhan berdarah di Masjid Al-Furqan berlaku pada 8 Jun 2009 jam 8.00 malam mengakibatkan 10 jemaah masjid terbunuh ketika menunaikan solat Isyak manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.
Selebihnya iaitu 12 orang lagi cedera dan telah dirawat di hospital.
Pemandangan sejadah berdarah di permukaan lantai. Hati manakah yang tidak tergores. Pasti, isteri yang ditinggalkan meratap hiba, apatah lagi kanak-kanak yang bertanya tentang ayah, abang dan kakak.Keesokkannya, kesemua mayat yang syahid dikebumikan secara beramai-ramai dalam kubur yang digali luas. Bahagialah sesiapa mati dalam keadaan beribadat kepada Allah.
Kematian kita bagaimana pula?
Disediakan oleh: Muhdlive
07 January 2012
Lukisan Pendamai Hati: Ilham Para Peyair
Kenangan Kecil
Rumahku
antara sungai mengalir dan denai kecil
menghubungkan rasa damai terpencil
akrab pepohon memberikan bahasa lain
milikku membesar dalam diam
Rumahku
antara usia kecil
menghubungkan rasa rindu
air mengalir perlahan mengusik sayu
membesarkan pengalaman kecil
di tengah kejauhan dan terasing.
Karya: Anjan Ahzana

Untuk mendapatkan buku Kumpulan Puisi TAMTAMA karya Anjan Ahzana sila klik di sini
01 January 2012
Catatan Puisi: Dari BuCu Langit
DARI BUCU LANGIT YANG DIBEDIL
Gelap langit dipecahkan butiran cahaya
berhamburai dan terburai
dalam sorakan, tawa dan nyayian
remaja teruja dalam dakapan, pelukan dan percintaan
lagha seorang anak semakin lupa kejauhan malam
pesta cahaya mesti dirai
jarum detik tahun hadapan dinanti
muzik rancak hiburkan hati dan perasaan
Semalam...
aku tidak pasti
berapa kos dibelanjakan untuk sebutir api
berapa kos dihabiskan untuk melangkah ke tempat nyanyi
berapa taman menjadi gelap, sunyi dan tersembunyi sedang menyaksi
berapa dara dikorbankan untuk semalam bermukah
dan berapa teruna dilenyapkan untuk jalan raya berdarah
dan berapa gelas arak kau teguk bersama pil dadah
Dari bucu langit yang dibedil
sekilas cahaya dan manusia berbondong
lupa dan alpa
soal agama, moral dan batasan sahsiah
dan berapa hayat masih ada untuk diperhitungkan...
Petikan sajak Anjan Ahzana bertajuk Dari Bucu Langit.
Untuk dapatkan buku Kumpulan Puisi Tamtama karya Anjan Ahzana sila klik di sisi
Semalam Daerahku Bagai Dibom: Tahun 2012 Hari Ini Bermula
Salam para pembaca budiman,
Tepat jam 11.59 menandakan hari pertama tahun 2012 akan bermula. Disertai letupan yang kuat dari segenap bucu langit hinggar binggar. Kalaulah ada mangsa rompakan, pencabulan atau kecemasan sudah pasti tidak didengari atau tidak diambil tahu sekejap oleh semua pihak.
Begitulah terjadi dalam letupan membakar Allahyarhamah Datuk Sosilawati bersama 3 rakan di sebuah ladang di Banting, Selangor.
Paling ditakuti ada mercun yang menerjah masuk ke mana-mana flat kediaman atau bangunan lalu terbakar, angkara siapa susah diketahui.Sudah terbiasa di minda, ada sambutan tahun baru, merdeka dan sebagai pasti diraikan dengan mercun. Pesta perayaan seperti makin menggalakkan pembelian mercun. Tidak meriahkan hari raya tanpa membedil, bunga api atau letupan.
Minda masyarakat semakin dirosakkan dengan peruntukkan khusus untuk membazair. Paling penting - jangan latih dan ajarkan anak-anak kecil dengan mercun.
Tahun 2012, wajar direnung untuk memperbaiki diri kepada Allah melalui hubungan (ibadat) secara berterusan dan meningkatkan kekuatan daya tahan peribadi terhadap cabaran untuk terus hidup.
Solat wajib diutamakan dalam rutin harian di samping, tidak melakukan perkara mungkar dan sebaiknya cuba bersederhana dalam pergaulan, perbelanjaan, percakapan dan gaya hidup.
Semoga tahun 2012 merupakan permulaan yang baik untuk semua. Bermuhasabahah dan saling memperingati semasa kita.

Catatan Pagi Tahun Baru
Muhdlive
Muhdlive
29 December 2011
Sumbangan Anda Diperlukan Untuk Jariah Ke Akhirat: Gaza Mapim perlu dana RM30 juta
Salam, para pembaca budiman.
Setiap sedekah yang kita salurkan dikira pahala yang beranak pinak. Sedekah juga seperti melepaskan pihak lain dari kesusahan dan pasti Allah melepaskan kita dari kesulitan. Jadi transfer sejumlah wang mengikut kadar kemampuan anda yang tidak dilihat oleh orang lain. Sila rujuk akaun bantuan di bawah rencana ini:
PETALING JAYA: Tabung Gaza Mapim memerlukan dana RM30 juta bagi menampung kos pembinaan Hospital Kanak-Kanak dan Materniti Gaza berikutan 27 hospital di wilayah Palestin itu rosak akibat dibedil termasuk ada yang musnah.

Pada awalnya, pembinaan hospital 10 tingkat dengan kapasiti 100 katil yang diterajui Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor itu menelan kos RM137 juta namun berikutan kesukaran mendapatkan dana, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terpaksa merombak kembali perancangan itu.
Setiausaha projek pembinaan hospital itu, Dr Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid berkata, dalam masa empat tahun ini pihaknya mensasarkan jumlah dana yang terkumpul hasil sumbangan rakyat Malaysia mencecah RM30 juta.
“Lokasi yang dipilih untuk pembinaan hospital 10 tingkat itu adalah kawasan yang paling jarang diserang tentera Israel yang mana serangan terakhir berlaku dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui pada majlis Bicara Rintihan Gaza di Yayasan Selangor, di sini, semalam.
Beliau berkata, selain itu Masjid An-Nasr berusia 500 tahun terletak di Beith Hanoun yang dibom pada 2006 sedang giat dibaik pulih sejak Mei lalu dan dijangka siap November ini namun masih kekurangan RM211,000 daripada jumlah keseluruhan kerja baik pulih itu sebanyak RM850,000.
Sementara itu, wartawan bebas, Nizal Mohamad yang menyertai pasukan sukarelawan Misi Ramadan di Gaza siri pertama dan kedua (RADIG) anjuran Mapim sebelum ini menyifatkan Gaza sebagai tempat paling aman meskipun negara itu sedang bergolak.
Nizal menyeru rakyat Malaysia supaya prihatin terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza dalam usaha menjayakan pembinaan Hospital Kanak-Kanak dan Materniti Gaza dengan menghulurkan sumbangan kepada Tabung Gaza Mapim menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 08013010075820.
Orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan menampung kerja baik pulih Masjid An-Nasr menerusi akaun sama atau menghubungi Ketua Pengurusan Dana Projek Masjid, Abdul Aziz Abu Bakar di talian 019-6011617.
27 December 2011
Sehari Selepas 25 Disember 2011: Banjir Besar Melanda di Sarawak dan Air Pasang Di Pantai Timur
Salam,
Seperti diduga, bencana telah datang untuk manusia berfikir apa kesalahannya kepada Pencipta. Di mana berlaku, untuk siapa dan siapa yang terkorban hanyalah milik Pencipta. Manusia diberikan akal untuk berfikir dan wahyu sebagai pedoman.
Berita dari akhbar tempatan melaporkan 35 ribu penduduk terputus hubungan jalan darat berlaku di Kuching, Sarawak dengan kenaikan air sungai yang menjadi tulang belakang negeri Sarawak.Semalam juga dikatakan di pesisir Bachok, Kelantan terdapat keanehan air pasang berlaku mengejutkan penduduk sekitarnya.
Manakala air pasang yang melanda sekitar Bachok dan Dunggun sejak seminggu lalu yakni kawasan permukaan dan pesisir pantai dilanda musibah fenomena mungkin agak kecil berbanding Tsunami 2004 lalu.
Kelihatan jalan yang terjejas teruk menghubungkan Pantai Teluk Lipat kampus UITM Dunggun.
Kita umat Islam wajar mengambil iktibar untuk kembali insaf dan sedar kewajipan sebagai hamba kepada Pencipta.
Kita umat Islam wajar mengambil iktibar untuk kembali insaf dan sedar kewajipan sebagai hamba kepada Pencipta.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
26 December 2011
IKTIBAR SETIAP 25 DISEMBER: KEKUATAN DOA DAN TAKDIR SEBUAH PERTEMUAN
Salam
Tarikh keramat 25hb Disember 2004 menjadi igauan kepada mangsa ombak besar dikenali tsunami di negara kita dan di negara jiran terdekat.
Berbeza di negara Indonesia yang dilanda tsunami mengakibatkan lebih kurang 168 000 ribu nyawa terkorban dan kehilangan berpuluh-puluh penempatan bersama kaum keturunannya menjadikan keseluruhan mangsa tsunami di seluruh dunia kepada 230 000 ribu.
Kita lupakan tragedi 2004 yang lalu. Tarikh 25 hb Disember perlu dijadikan keinsafan agar segala tindak tanduk tidak bercanggah dengan hukum dan peraturan Allah.
Sebagi umat Islam, kekuatan doa dan penggantungan kepada pencipta adalah sesuatu yang perlu diutamakan dalam rutin kehidupan harian. Wajar kita sentiasa berdoa agar dijauhkan bala dari Allah serta mengharapkan kematian dengan cara yang mulia dan di tempat yang mulia.
Catatan: Muhdlive
23 December 2011
Catatan Destinasi: Bukit Fraser Yang Berbeza Sentuhan Dalaman
Salam
Catatan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser:
Sebaik tamat Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPNM), bagi memenuhi hasrat lama untuk menerokai kesejukan sebuah pusat peranginan yang sering didengari lebih baik dari Cameron Highland, aku menyusuri keluar ibu kota Kuala Lumpur melalui susur keluar Rawang.
Perjalanan ke Bukit Fraser bermula dari susur keluar ke Kuala Kubu Bharu dari Lebuhraya PLUS Utara Selatan. Bagi yang datang dari bandar Rawang boleh terus ke Kuala Kubu Bharu melalui Serendah, Antara Gapi dan Rasa lebih 40 minit perjalanan menaiki kereta.
Apabila sampai di pekan Kuala Kubu Bharu anda boleh siap-siap membeli makanan ringan dan apa-apa keperluan kerana apabila sampai di puncak Bukit Fraser semuanya akan menjadi mahal dan lebih dari biasa.Anda juga boleh membeli makanan kerana Restoren Nasi Kandar banyak kelihatan di pekan ini selain beberapa buah bank seperti Maybank, BSN, Agro Bank dan Bank Islam.
Dari pekan Kuala Kubu Bharu anda perlu memilih papan arah Bukit Fraser yang senang dilihat. Jarak dari pekan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser lebih kurang 40 km. Setelah melalui jalan bengkang bengkuk dan melalui sebuah empangan lebih kurang 30 km anda akan bertemu satu pintu masuk untuk naik ke atas Bukit Fraser. Jarak dari pintu masuk ini ke puncak Bukit Fraser lebih kurang 10 km yang mana jalannya sehala dan sempit untuk muat sebuah kenderaan sahaja. Di tepinya sangat curam namun demikian banyak pokok yang menghalang penglihatan ke bawah.
Dalam kelajuan 30 km sejam anda perlu memandu dengan berhati-hati kerana tersilap mengendalikan streng menyebabkan anda terperusuk ke celah gaung.
Menara jam ini adalah mercu tanda pertama bagi setiap mata memandang dan membuat tafsiran Bukit Fraser. Di tepinya bangunan kecil berupa Pejabat Pos, Klinik Kesihatan, Balai Polis dan beberapa unit kedai cenderamata. Di hadapan Pejabat Pos tersergam bangunan unik binaannya, Puncak Inn yang menyediakan penginapan.
Pengunjung tidak perlu risau kerana banyak rumah rehat kerajaan di sini dengan harga berpatutan.
Sebaik sahaja menjelajahi pelusuk Bukit Fraser, terdetik di hati betapa luas ciptaan Allah di daratan khususnya gunung ganang. Terbina kekaguman kepada pencipta yang telah memahatkan gunung sebagai kekuatan kepada alam hamparan ini.
Dari tangan manusia, ada yang meruntuhkan bukit untuk diambil isinya terdiri dari tanah, pasir, dan sebagainya lalu hilanglah pasak bumi.
Aku terfikir, berlaku banjir tidak serata hari ini disebabkan kerana hilangnya gunung sebagai paku bumi.
Dahulu hanya di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia terbiasa dengan banjir kini, semua negeri di Malaysia terdedah kepada banjir.

Dicatat oleh: Muhdlive
Catatan Pengalaman: Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ke3
Salam,
Perhimpunan yang kali ketiga diadakan setelah kejayaan Persatuan Penulis Nasional (PENA) di Biro Penulis Muda menganjurkan beberapa siri perhimpunan seperti di Tanjung Pia, Johor 2005 dan di Melaka pada tahun 2008.
Perhimpunan kali ini dirasmikan buat kali pertamanya dalam sejarah penganjuran PENA oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak di Hotel Intercontinental, Ampang pada malam 16hb yang lalu menyaksikan banyak suntikan dana diberikan kepada PENA, ITBM dan PNB bagi tujuan penerbitan karya penulis muda. Hampir keseluruhan RM 5 juta telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut.
17 Disember 2011 (Sabtu)
8.30 - 10.00 pagi: Ucaptama "Pengarang Muda dan Makna Diri"
Oleh: Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar
Pengerusi: Dr Mohamad Saleeh Rahamad
10.00 - 10.20 pagi:
Jamuan pagi
10.20 pagi - 12.30 tgh hari:
Sesi Pembentangan Kertas Kerja I: "Pengarang Muda di Tengah Cabaran Intelektual, Kreativiti dan Pertembungan Pandangan Alam"
12.30 tgh hari - 2.30 petang:
Makan tengah hari

2.30 - 3.30 petang:
Sesi Pembentangan Kertas Kerja II: "Tradisi dan Pengalaman Kepengarangan Islam Sebagai Teras Pemikiran dan Pengucapan"
3.30 - 3.45 petang:
Minum petang
3.45 - 5.15 petang:
Sesi Pembentangan Kertas Kerja III:
Minum petang
3.45 - 5.15 petang:
Sesi Pembentangan Kertas Kerja III:
"Perkembangan Pengarang Muda Kontemporari:
Antara Tanggungjawab Sosial dan Individu"
8.30 - 11.00 malam:
Malam Genta Puisi ASWARA - PENA
18 Disember 2011 (Ahad)
8.30 - 10.00 pagi:
Sesi Pembentangan Kertas Kerja IV:
"Pengarang Muda dan Faham Dasar Kebudayaan Kebangsaan"
10.00 - 10.15 pagi:
Minum pagi
10.15 pagi - 11.45 tgh hari:
Sesi Pembentangan Kertas Kerja V:
"Perkembangan Pengarang Muda Mutakhir"
11.45 pagi - 12.30 tgh hari:
Pembentangan Resolusi dan Majlis Penutup
12.30 tgh hari - 1.30 petang:
Makan tengah hari
1.30 petang:
Penangguhan PPMN III
Perhimpunan Penulis Muda Nasional III atau PPMN III yang telah diadakan pada 16 hingga 18 Disember 2011 bertempat di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur mendapati aspek peribadi pengarang tidak dapat dipisahkan dengan tanggungjawab sosial. Sebuah negara yang maju dan stabil pada masa hadapan akan bergantung kepada generasi muda yang berakhlak mulia, berwawasan tinggi, positif menghadapi pelbagai cabaran masa hadapan serta mempunyai pandangan alam yang berteraskan Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Penulis muda pula, sebagai agen penting, harus memberikan peluang untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun. Untuk melaksanakan hal tersebut, pelbagai usaha perlu dilakukan agar cita-cita kita untuk melahirkan sebuah negara yang seimbang pencapaian material dan kerohaniannya, PPMN kali ketiga dengan ini membuat ketetapan seperti berikut:
1. Memanfaatkan nilai-nilai sejagat/universal sebagai teras pemikiran dan pengucapan dalam pengkaryaan selaras dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukunegara.
2. Kerajaan Malaysia mesti mewartakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai satu manifestasi kerangka kebudayaan yang jelas.
3. Menerima nilai-nilai asing yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan Rukunegara bagi tujuan memperkukuh perpaduan dalam masyarakat.
4. Kementerian Pelajaran perlu memartabatkan sastera kebangsaan dalam sistem pendidikan negara dengan menekankan aspek kesusasteraan dan saintifik secara seimbang agar para pelajar mendapat pendedahan kepada kedua-dua disiplin tersebebut.
5. Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara dan agensi kerajaan yang terbabit mesti menyediakan geran penyelidikan, zamalah, penerbitan dan memberi peluang kepada penulis muda yang berbakat untuk menyertai aktiviti peringkat serantau dan antarabangsa bagi mengukuhkan intelektualiti dan kreativiti.
6. Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara dan agensi kerajaan yang berkaitan perlu mewujudkan program pertemuan penulis muda peringkat Asean untuk mempertemukan penulis muda serantau bagi merapatkan hubungan kebudayaan serantau.
7. Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mesti memberikan biasiswa kepada penuntut cemerlang dan penulis lepasan sekolah untuk menuntut dalam bidang kesusasteraan sama ada di dalam negeri atau di luar negara.
8. Agensi-agensi kerajaan, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak perlu memperbanyak peruntukan untuk menyemarakkan aktiviti kesusasteraan, kebudayaan, pemikiran dan penerbitan penulis untuk mengukuhkan hubungan yang sedia ada antara penulis di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.
11.45 pagi - 12.30 tgh hari:
Pembentangan Resolusi dan Majlis Penutup
12.30 tgh hari - 1.30 petang:
Makan tengah hari
1.30 petang:
Penangguhan PPMN III
Berikut ialah teks Resolusi Perhimpunan Muda Nasional III:

15 December 2011
Kenduri Kahwin Bukan Medan Tunjuk Hebat
Kenduri Kahwin Bukan Medan Tunjuk Hebat
Tersiar dalam Berita Harian (2011/12/15)
Oleh Muhammad Abdullah @ Ab Shatar
MENGADAKAN majlis perkahwinan bertujuan meraikan pasangan yang bernikah dan menghebahkan berita gembira itu kepada saudara-mara serta masyarakat sekeliling. Makluman itu juga bagi mengelak fitnah serta prasangka dalam masyarakat.Namun, matlamat majlis perkahwinan kini sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal apabila wujud perasaan ingin memastikan kenduri yang diadakan lebih meriah daripada orang lain dan memiliki kelainan.
Menganjurkan majlis gilang-gemilang secara besar-besaran tidak dihalang tetapi sebaiknya niat hendaklah menepati kehendak syarak dan tidak menyebabkan timbul masalah kemudian hari seperti menanggung hutang.
Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya. Surah al-Isra, Ayat 27
Bahkan, digalakkan mereka yang berkemampuan untuk mengadakan majlis untuk meraikan serta menjamu tetamu tanpa mengira latar belakang serta pangkat bagi meluaskan pahala bersedekah.
Bagaimanapun, tidak dinafikan, masyarakat hari ini berlumba-lumba menganjurkan majlis kenduri walaupun sedar perancangan dibuat ada kalanya melampaui kemampuan semata-mata ingin menyaingi orang lain.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra, ayat 27)
Mengadakan majlis walimatul urus adalah sunat muakad kepada golongan yang mampu. Daripada Anas Malik, Rasulullah SAW melihat di kepala Abdul Rahman Auf kesan kuning, lalu Baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dengan mas kahwin satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)
Malangnya, majlis perkahwinan masa kini sudah bermula dengan bibit awal pembaziran melalui kad undangan yang dicetak eksklusif dan mahal harganya. Itu belum mengambil kira pakaian pengantin, pelamin, solekan, hantaran, tema, sistem bunyi dan cenderahati untuk tetamu.
Semua persediaan walaupun untuk barangan kecil akan membabitkan kos yang ada kalanya membebankan pengantin dan keluarga tetapi hendak juga disediakan kerana semua pasangan yang berkahwin melakukan perkara sama.
Fenomena majlis kenduri yang gah dan penuh pembaziran wajar dielak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Walimah pada hari pertama adalah suatu hal yang benar. Pada hari kedua adalah suatu perkenalan, sedangkan hari ketiga adalah pamer dan mencari kemasyhuran.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Sebaik perancangan untuk pengantin selain menganjurkan majlis perkahwinan secara besar-besaran ialah persediaan menempuh alam hidup berumah tangga. Ini termasuk merancang kewangan keluarga.
Jika semua simpanan dihabiskan untuk majlis perkahwinan, bagaimana dengan pelan membina kehidupan berkeluarga. Bebanan hutang hanya akan mendatangkan masalah kepada pasangan suami isteri yang baru mengenal alam rumah tangga. Adalah tidak wajar mereka dibebankan dengan masalah kewangan majlis kenduri.
Oleh itu, di sebalik keghairahan merancang majlis perkahwinan, sebaiknya bakal suami isteri mempersiapkan diri dengan memahami tugas serta tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan rumah tangga disinari kasih sayang dan persefahaman.
Pasangan bakal berkahwin jangan terlalu mengikut perasaan sebaliknya meneladani konsep perkahwinan yang sederhana dianjurkan Nabi Muhammad SAW.
Sikap bersederhana mengelak umat Islam terjerumus pembaziran yang hanya akan merugikan bukan saja dari aspek mengadakan majlis perkahwinan, juga dalam pelbagai tuntutan kehidupan yang lain.
Kemeriahan majlis perkahwinan bukan terletak pada mahalnya kos penganjuran kerana majlis yang sederhana juga boleh meninggalkan kesan mendalam kepada tetamu jika dilaksanakan mengikut syariat Islam melalui amalan gotong royong serta hubungan bermasyarakat.
Keberkatan dalam rumah tangga bermula dari majlis perkahwinan sederhana serta mas kahwin berpatutan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya.” (Hadis riwayat Ibn Hibban)

13 December 2011
Info Agama: Puasa hari Asyura peluang tingkat takwa
Dietik dari Ruangan Agama Berita Harian
(2011/12/06)
Oleh Hasliza Hassan
TARIKH 10 Muharam mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan bersama seperti dicatatkan Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mukasyafatul Qulub. Antara peristiwa dikaitkan dengan tarikh itu ialah dicipta Nabi Adam dan dimasukkan Adam ke dalam syurga.
Dicipta arasy, kursi, langit, matahari, bulan, bintang; dilahirkan Nabi Ibrahim; diselamatkan Nabi Ibrahim daripada api Namrud; selamatnya Musa dan pengikutnya; lemasnya Firaun; dilahirkan Nabi Isa dan mendaratnya kapal Nabi Nuh di atas bukit Judy.

Peristiwa lain ialah Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar; dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun; Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas buta; dikeluarkan Nabi Yusuf dari telaga buta; disembuhkan Nabi Ayub daripada penyakitnya dan hujan yang pertama dari langit membasahi bumi.
Peristiwa paling popular dan sering menjadi perbahasan menjelang 10 Muharam ialah terbunuhnya cucu Nabi SAW, Saidina Hussain di Karbala.
Selain memperingati peristiwa itu, kedatangan 10 Muharam turut dirai umat Islam dengan melakukan puasa sunat atau lebih dikenali sebagai hari Asyura. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berpuasa pada hari itu kerana ia mempunyai kelebihan.
Daripada Aisyah, katanya: “Biasanya orang Quraisy ketika jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi SAW pun berpuasa. Ketika tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga.” (Hadis riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan buatlah perbezaan padanya (daripada) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat Ahmad) Ulama menyebut, hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu’a (9 Muharam) untuk membezakan amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam).
Digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam sebagai langkah berhati-hati kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Dengan itu, hari 9 Muharam dalam pengiraan adalah hari ke-10 Muharam.
Bagi maksud menyambung puasa hari Asyura dengan satu hari puasa lain kerana tegahan Rasulullah SAW iaitu berpuasa satu hari saja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidak menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari pada hari Asyura.
Imam Syafie menyebutkan dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imlak disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu’a), ke-10 (Asyura) dan ke-11 Muharam.
Abu Qatadah al-Anshari berkata, Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab Baginda: “Semoga dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang. Kemudian Nabi ditanya pula puasa hari Asyura (10 Muharam). Jawab Baginda: “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun lalu.” (Hadis riwayat Muslim)
Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya termasuk peluang melakukan amal ibadat tertentu dengan pahala berlipat ganda berbanding amalan dilakukan pada waktu biasa. Contohnya, Allah memuliakan bulan Muharam dan menggalakkan kita berpuasa sunat.
Diriwayatkan daripada Mu’awiyah Abu Sufyan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ini adalah hari Asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka sesiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dan sesiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa).” (Hadis riwayat Bukhari)
Peluang ini mungkin dipandang remeh bagi orang yang tidak mengetahui kelebihannya tetapi hakikat itulah nilai yang menentukan sejauh manakah kepekaan seseorang Muslim mencari keredaan Allah SWT dengan tidak mensia-siakan nikmat sihat dan kelapangan waktu dikurniakan padanya.
Oleh itu, marilah bersama menyahut seruan Rasulullah SAW ini mudah-mudahan ketakwaan kita kepada Allah SWT semakin meningkat.

10 December 2011
Catatan Puisi:Permukaan Air
PERMUKAAN AIR
Pada permukaan air
terlukis wajah
kusimpan riak
jangan berkocak
aku takut kehilangan
tenang, di raut jiwa
hanya Tuhan mengetahui.
Di desa kurasa amat terpencil dan begini sunyi.
Petikan sajak Anjan Ahzana bertajuk Permukaan Air.

Untuk dapatkan buku Kumpulan Puisi Tamtama karya Anjan Ahzana sila klik di sisi
Sumbangan Kekal Anda Ke Akhirat Sebelum Meninggal Dunia
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
08 December 2011
Mendalami al-Quran bina kekuatan kepercayaan terhadap agama
Oleh Muhammad Abdullah @ Ab Shatar
MEMILIKI kekuatan kepercayaan terhadap Allah mampu membina asas kepatuhan tinggi dalam jiwa seseorang kepada pencipta seterusnya menjadikan dirinya terikat dengan sesuatu diyakini tepat dan benar.
Keyakinan terhadap Islam sebagai agama, ikutan dan pegangan sebagai pilihan kerana ia dari Tuhan melalui perutusan rasulnya telah dibuktikan melalui penurunan ayat suci al-Quran yang dipenuhi kebenaran. Bukti kebenaran al-Quran diperkatakan di serata dunia. Mengambil beberapa contoh seperti teori bumi dan semua planet lain berputar mengelilingi matahari, fenomena air laut dan air sungai tidak bercampur, antara bukti kebenaran mengagumkan dalam al-Quran ditemui saintis hari ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.” (Surah al-Rahman, ayat 37)
Sesetengahnya beriman kepada Allah kerana takjub kebenaran kandungan al-Quran dan sesetengahnya mencari hujah meremehkan dengan pelbagai alasan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah (tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda (kebesaran-Nya) kepada orang yang mengetahui.” (Surah Yunus, ayat 5)
Hasil pembacaan dan pengkajian maksud al-Quran, sudah pasti melahirkan keinsafan, kekaguman yang akhirnya perlahan-lahan membentuk kekuatan kepercayaan terhadap Islam. Kesedaran seperti ini mampu melahirkan rasa penyerahan, ketaatan serta kepatuhan terhadap hukum agama.
Membina asas kekuatan kepercayaan terhadap Islam, boleh dicapai melalui kefahaman mendalam ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah SAW kerana setiap orang Islam dituntut mencari ilmu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” (Hadis riwayat Abu ad-Darda)
Justeru, kehidupan harian perlu diisi benih keilmuan yang sekarang ini boleh diperoleh melalui pelbagai cara seperti pembacaan buku ilmiah, laman blog dakwah yang diketahui umum penulisnya selain mengikuti siaran di televisyen yang kian bertambah dengan program berunsur agama.
Perkembangan ini petanda baik ke arah menyebarluaskan kefahaman agama dan dakwah kepada masyarakat. Sistem pendidikan melalui sukatan mata pelajaran pendidikan Islam khususnya sekolah menengah wajar mengutamakan kesedaran pelajar mengenai kebenaran al-Quran disertakan bukti penemuan saintis. Usaha mendekatkan pelajar dengan kefahaman al-Quran bukan sekadar hanya boleh membaca al-Quran malah perlu lebih menjurus kepada pengkajian maksud al-Quran secara saintifik supaya kekuatan kepercayaan terhadap pencipta terbina kukuh.
Umat Islam di negara ini sama ada remaja, muda dan pertengahan usia seperti mengabaikan keinginan mengetahui maksud ayat suci al-Quran apatah lagi bertindak mengkaji untuk mengambil iktibar, ilmu dan mencari kebenaran dalam kehidupan mencabar masa.
Jelas, banyak kemungkaran terserlah di serata pelosok negara seperti buang bayi, zina, jenayah rogol, maksiat, pendedahan aurat, pergaulan bebas sehinggalah rasuah, penyelewengan kuasa, bermula dari kurangnya keyakinan terhadap agama.
Memisahkan diri dengan al-Quran ibarat memencilkan diri daripada berhubung dengan ilmu luas yang terkandung dalam kitab Allah itu. Jika kita menganggap mereka yang terkurung itu jumud, maka samalah dengan kita jika masih mengurungkan diri daripada al-Quran.
Selebihnya, hidup dalam belenggu kejumudan akal sering terikat dengan perkara negatif dan tidak bermanfaat sedangkan masa berlalu begitu pantas. Lalu, bagaimanakah persediaan untuk menghadapi alam akhirat tanpa kekuatan kepercayaan kepada Allah
07 December 2011
Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa
Oleh Muhammad Abdullah @ Ab Shatar
(Tersiar dalam iLuvIslam 23.09.2011)
Seorang anak kebiasaan akan lebih menghargai ibu bapanya setelah dia memiliki cahaya mata yang pertama. Betapa rumitnya membesarkan bayi yang baru dilahirkan hinggalah usia meningkat dari tahun ke tahun dipenuhi dengan pelbagai cabaran.
Saat itulah, baru menceritakan semula penat lelah ibu dan bapa yang membesarkannya suatu ketika dahulu. Selain, kepayahan ketika mengandung hinggalah tiba waktu melahirkan.
Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman ayat: 14)
Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.
Tahap sensitifnya akan cepat terasa sekiranya anak yang dijaga bersikap kurang menyenangkan, atau melakukan perbuatan yang mengguriskan hati. Kita sebagai anak harus sedar akan kewajipan mentaati dan membahagiakan hati kedua ibu bapa. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)
Maksud "berbuat baik kepada kedua ibu bapa" sebagai mana yang disebutkan dalam ayat suci al-Quran selain dari menjaga tingkah laku, perkataan dan perbuatan dari sebarang kekasaran yang boleh melukai hati keduanya, kita dituntut untuk menjaga ibu bapa setelah mereka berada di usia yang tua.
Menjelang saat-saat hari tua adalah penantian kehidupan yang menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam, anak lelaki yang paling berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan. Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.
Maka, antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." (Riawayat Muslim)
Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.
Ada sedikit perbezaan berbanding para ibu hari ini yang banyak bergantung kepada pembantu rumah serta penggunaan alat teknologi yang membantu meringankan beban atau tugas seorang ibu.
Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.
Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.
Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya kedua telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra' ayat : 24)
Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti.
Para isteri perlu menyedari hakikat kewajipan suami terhadap orang tuanya dengan merelakan suami menunaikan tugasnya terhadap kedua ibu bapanya dengan sempurna sekalipun memerlukan masa, wang dan pengorbanan lain. Menghalang suami dari berbakti kepada kedua ibu bapanya di hari tua adalah satu pilihan yang kejam.
Mengambil hak seorang ibunya yang benar-benar mengharapkan adanya anak yang akan mengingati jasa dan pengorbanan silam dengan menjaganya saat-saat tidak berkeupayaan adalah satu sifat yang tidak berperikemanusiaan. Alangkah baiknya sekiranya masih ada isteri akan mengingatkan suami akan kewajipan menjaga orang tuanya.
Kita perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, seorang pemuda yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Dia tidak dapat mengucap kalimah syahadah lantaran sikapnya yang mengutamakan isteri daripada ibunya. Sedangkan Alqamah merupakan seorang yang taat kepada perintah Allah, rajin menunaikan solat, suka bersedekah dan sering berpuasa.

Lantas, Rasululllah SAW memanggil ibunya bagi mendapatkan keampunan, sebaliknya ibunya menolak kerana masih berkecil hati dengan sikap Alqamah yang mengutamakan isterinya. Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya.
Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan seterusnya Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Sebaik sahaja Alqamah dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya."(Hadis riwayat Abu al-Laith)
Para isteri perlu lebih memahami hak-hak ibu ke atas anaknya yang diberi keutamaan dalam Islam. Lantaran, anak-anak kita juga akan bertindak dengan apa yang pernah kita perlakukan terhadap ibu bapa kerana kesaksamaan Allah yang maha adil. Justeru, isteri harus bersikap reda dengan ruang-ruang yang perlu dipenuhi oleh suami terhadap ibu bapanya.
Kehadiran anak adalah sesuatu yang berharga di hari tua. Nabi Ibrahim meluahkan kesyukuran kepada Allah kerana diberi anak yang bakal menemani di hari tua sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:
Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. (Surah Ibrahim, ayat 3
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
27 November 2011
Kecantikan Yang Tidak Dirasakan - Bila Lumrah Dalam Kehidupan
Salam, Kecantikan menjadi biasa bila lumrah mata memandang, kehidupan bersama lautan jauh berbeza kehidupan kita di dataran. Deretan rumah di pesisir Pulau Omadai, sebuah pulau kecil di Semporna, Sabah memberikan anak-anak kecil sejumlah pengalaman bersama air. Keriangan zaman kanak-kanak besar erti membenihkan ingatan yang tak terpadam. Mereka mengingatkan kita kepada kita di masa kecil. Mungkin sama latarnya berbeza. Cetusan ilham... pengendali blog)(Pulau Omadai antara pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadai merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau di Pulau Omadai merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam). Sedikit maklumat dan gambar dipetik dari internet.
25 November 2011
Catatan Destinasi: Orang Asli Bateq & Penghidupan Dipenuhi Patang Larang
Pengendali blog e-Pendidikan Islam
berpeluang mengkaji penempatan orang asli kaum Bateq di sekitar Taman Negara Kuala Tahan, Pahang sempena kursus kecergasaan fizikal Unit Ko-Kurikulum selama 3 hari di sana. Justeru di sini disertakan beberapa catatan perjalanan.

17.11.2011
Bas bertolak dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur pada jam 10.00 malam. Sampai di Hentian R&R Rawang terlebih dahulu sebelum terus membelok ke Lebuhraya Karak untuk memilih ke Jerantut. Bas selamat di masjid pekan Jerantut bagi membolehkan solat subuh ditunaikan. Surah sajdah kedengaran dengan merdu sebaik sahaja melangkah turun dari bas. Bagi sesetengah masjid sudah menjadi kelaziman bacaan surah sajdah setiap pagi jumaat (penghulu segala hari dalam Islam).
Pagi yang lembut, disertakan
angin berhempas membawa dingin
cerah tanah di Jerantut
mengembalikan wajah sebenar sebuah pekan
pendalaman,
agak tenang menyambut suasana pagi.
(Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut, Pahang Darul Makmur)
(Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut, Pahang Darul Makmur)
18. 11.2011
Dari pekan Jerantut bas meneruskan perjalanan tepat jam 8 pagi ke Jeti Kuala Tembeling melalui jarak lebih kurang 16 km. Di Jeti Kuala Tembeling pelancong boleh memilih untuk ke Taman Negara Kuala Tahan dengan menaiki bot dengan kadar bayaran RM35.00 seorang memakan masa hampir 3 jam untuk sampai. Pelancong juga boleh memilih meneruskan perjalanan melalui jalan darat sejauh 75 km memakan masa selama 2 jam kerana keadaan jalan yang sedikit berliku dan berbukit yang dikelilingi pokok-pokok dan tanaman kelapa sawit.
Bas kami sampai di Kuala Tahan pada jam 11.00 pagi untuk menginap di Hotel TRV yang berada tidak jauh dari jeti Kuala Tahan. Taman Negara Kuala Tahan hanya dipisahkan dengan sungai dengan tempat penginapan kami. Setengah dari kami telah menaiki bot dari jeti Kuala Tembeling agak lewat sampai ke Hotel TRV.
19.11.2011
Bermula seawal pukul 7 pagi kami mula menerokai Taman Negara Kuala Tahan dengan menjejaki Titian Konopi yang terpanjang di dunia (550m) tergantung lebih kurang 45 meter di atas tanah tanpa sebarang paku digunakan hanyalah menggunakan teknologi ikatan tempatan.
Sebaik selesai mengharungi pendakian Bukit Teresek barulah kami menaiki bot untuk ke penempatan orang asli kaum Bateq di pesisiran Sungai Tembeling. Hampir setengah jam dari jeti Kuala Tahan untuk sampai ke penempatan orang asli Bateq dengan menaiki bot. Menyusuri Sungai Tembeling agak berliku dan arus deras merupakan antara cabaran yang dinantikan.
Perkampungan orang asli Bateq boleh kelihatan di pesisir sungai. Tidak begitu ramai komunitinya. Anak-anak kecil kaum Bateq sekitar usia 3-6 tahun ada yang bermain di tepi sungai tanpa sebarang pengawasan. Barang kali mereka ini sudah serasi dan tidak bermain air hingga ke tengah sungai yang dalam.
Tok batin yang mewakili orang asli kaum Bateq, boleh memahami dan bertutur dalam bahasa melayu. Menurut jurupandu kami, tok batin orang asli Bateq telah lanjut usia mencapai 80 an. Dari pemerhatian kami, biarpun usianya lanjut namun kelihatan usianya sekitar 50 an. Bukan sesuatu yang menghairankan kerana mengikut pemakanan mereka yang jauh terhindar dari racun dan pelbagai bahan makanan yang mengandungi kimia seperti yang kita hadapi sekarang.
Ada beberapa perkara yang dapat dipelajari dari orang asli kaum Bateq ini. Demonstrasi membuat api dengan hanya menggunakan kayu diperbuat dari pokok meranti digeselkan dengan rotan sebesar jari telunjuk beberapa minit sudah cukup menghasilkan serbuk bara api kecil kemudian diletakkkan ke dalam sabut kering sebelum dihembus dengan perlahan-lahan maka keluarlah asap disusuli api. Semuanya memerlukan teknik dan kesabaran hanya dimiliki orang asli kaum Bateq.
Kematian Orang Asli Bateq
Cara pengkebumian mayat orang asli Bateq mengikut mitos dan tradisi kepercayaan tersendiri. Mayat akan dibalut dengan kulit pokok kayu dan akan diangkat ke atas pokok tertentu untuk diletakkan di antara celah dahan. Selang beberapa bulan (dikatakan 3 bulan) beberapa orang tua dari kalangan orang asli Bateq akan datang melihat di bawah pokok kayu yang diletakkan mayat di atasnya. Mengikut kepercayaan mereka kalaulah ada serpihan tulang, tengkorak atau kerangka badan jatuh ke bumi bermakna orang tersebut sewaktu hidup banyak melanggar peraturan hidup (banyak melakukan dosa).
(Gambar akan dimuat turun)
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Hadis Hari Ini: Petua Kemurahan Rezeki
Mencari Kemurahan Rezeki
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya,
maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”
(Riwayat Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)
SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU
- ► 2012 (108)
- ► 2010 (172)