Salam
Catatan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser:
Sebaik tamat Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPNM), bagi memenuhi hasrat lama untuk menerokai kesejukan sebuah pusat peranginan yang sering didengari lebih baik dari Cameron Highland, aku menyusuri keluar ibu kota Kuala Lumpur melalui susur keluar Rawang.
Perjalanan ke Bukit Fraser bermula dari susur keluar ke Kuala Kubu Bharu dari Lebuhraya PLUS Utara Selatan. Bagi yang datang dari bandar Rawang boleh terus ke Kuala Kubu Bharu melalui Serendah, Antara Gapi dan Rasa lebih 40 minit perjalanan menaiki kereta.
Apabila sampai di pekan Kuala Kubu Bharu anda boleh siap-siap membeli makanan ringan dan apa-apa keperluan kerana apabila sampai di puncak Bukit Fraser semuanya akan menjadi mahal dan lebih dari biasa.
Anda juga boleh membeli makanan kerana Restoren Nasi Kandar banyak kelihatan di pekan ini selain beberapa buah bank seperti Maybank, BSN, Agro Bank dan Bank Islam.
Dari pekan Kuala Kubu Bharu anda perlu memilih papan arah Bukit Fraser yang senang dilihat. Jarak dari pekan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser lebih kurang 40 km. Setelah melalui jalan bengkang bengkuk dan melalui sebuah empangan lebih kurang 30 km anda akan bertemu satu pintu masuk untuk naik ke atas Bukit Fraser. Jarak dari pintu masuk ini ke puncak Bukit Fraser lebih kurang 10 km yang mana jalannya sehala dan sempit untuk muat sebuah kenderaan sahaja. Di tepinya sangat curam namun demikian banyak pokok yang menghalang penglihatan ke bawah.
Dalam kelajuan 30 km sejam anda perlu memandu dengan berhati-hati kerana tersilap mengendalikan streng menyebabkan anda terperusuk ke celah gaung.
Menara jam ini adalah mercu tanda pertama bagi setiap mata memandang dan membuat tafsiran Bukit Fraser. Di tepinya bangunan kecil berupa Pejabat Pos, Klinik Kesihatan, Balai Polis dan beberapa unit kedai cenderamata. Di hadapan Pejabat Pos tersergam bangunan unik binaannya, Puncak Inn yang menyediakan penginapan.
Pengunjung tidak perlu risau kerana banyak rumah rehat kerajaan di sini dengan harga berpatutan.
Sebaik sahaja menjelajahi pelusuk Bukit Fraser, terdetik di hati betapa luas ciptaan Allah di daratan khususnya gunung ganang. Terbina kekaguman kepada pencipta yang telah memahatkan gunung sebagai kekuatan kepada alam hamparan ini.
Dari tangan manusia, ada yang meruntuhkan bukit untuk diambil isinya terdiri dari tanah, pasir, dan sebagainya lalu hilanglah pasak bumi.
Aku terfikir, berlaku banjir tidak serata hari ini disebabkan kerana hilangnya gunung sebagai paku bumi.
Dahulu hanya di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia terbiasa dengan banjir kini, semua negeri di Malaysia terdedah kepada banjir.

Dicatat oleh: Muhdlive
No comments:
Post a Comment