Blog e-Pendidikan Islam ini dibangunkan bagi menyebarluaskan pembelajaran Pendidikan Islam dan penyemaian akar keagamaan di kalangan pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai, Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (dahulu dikenali SM Vokasional Seberang Perai) dan kepada semua pelajar lain. Segala pertanyaan, komen dan cadangan boleh diemelkan kepada muhd@live.com.my
05 November 2010
Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Isikan tempat kosong berikut?
1. Orang yang tidak beragama atau tidak bepegang kepada mana-mana agama disebut mulhid.
2. Solat yang khusuk dapat menghindari manusia dari perkara mungkar.
3. Taknik ialah upacara membelah mulut bayi dengan buah yang manis dan doa.
4. Neraka Wail untuk orang yang lalai ketika solat manakala neraka Saqar untuk orang yang tidak menunaikan solat.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
04 November 2010
Jalan-Jalan Ke Tempat Rekreasi: Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah Darul Aman
Tempat Peranginan Titi Hayun yang terletak lebih kurang 3.5 km dari pekan Yan, Kedah adalah antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Sudah banyak perbezaan berlaku berbanding kunjungan awal saya pada pertengahan tahun 2005 dahulu sewaktu menyertai perkemahan Unit Uniform Sekolah.
Baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi tempat peranginan ini buat kali kedua.
Pemandangan dari atas jambatan gantung untuk menuju ke Tangga Kenari 1000 Tahun dengan bilangan 1342 anak tangga untuk sampai ke puncak banjaran. Pengunjung boleh ke Peranginan Gunung Jerai melalui tangga ini dengan melalui denai di atas puncak yang jaraknya lebih kurang 5km untuk ke sana.
Chalet dua tingkat ini mempunyai 4 bilik amat selesa dan murah dengan kadar RM 70 semalam. Dari atas pengunjung boleh melihat suasana hutan yang begitu permai dengan kicauan ungas rimba.
Dari balkoni bilik, pengunjung boleh bersantai untuk menghirup udara pagi dengan penuh kenikmatan bersama udara segar.
Air di kawasan ini sememangnya amat sejuk dan bersih.
Inilah landskap hutan yang masih terpelihara kesucian dari pembalakan atau tangan-tangan manusia yang tamak menguat keuntungan.
Para pelajar,
Antara adab semasa berada di tempat rekreasi ialah:
- Membetulkan niat bukan tujuan maksiat
- Menjaga aurat dan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan
- Memelihara hak pengunjung yang lain seperti tidak melakukan perkara yang tidak senonoh dan bising
- Tidak membuang sampah di merata tempat
- Tidak merosakkan kemudahan yang disediakan
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan sebab pencemaran alam di negara kita?
Soalan: Jelaskan sebab pencemaran alam di negara kita?
Jawapan:
Jawapan:
- Kerakusan manusia mengejar keuntungan dengan jalan mudah seperti terdapat kilang yang menyalurkan sisa-sisa buangan ke sungai
- Ketamakan manusia mencari hasil hutan dengan menebang pokok-pokok bagi tujuan pembalakan haram dan pembukaan tanah pertanian tidak terancang
- Ketiadaan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar
- Ketiadaan kesedaran menghargai alam sekitar
- Menguatkuasakan udang-undang alam sekitar
- Memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar
- Menyediakan kemudahan bagi memudahkan masyarakat memelihara alam sekitar
- Pemantauan dari pihak berkuasa Jabatan Alam Sekitar dengan berkesan bagi menggelakkan berlaku pembuangan sisa toksin ke sungai dan kawasan hutan.
03 November 2010
Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Siapakah yang digelar Bapa Usul Fiqh?
Soalan: Siapakah yang digelar Bapa Usul Fiqh?
Jawapan: Imam Syafie
- Para pelajar perlu mengetahui fakta ini:
Makam Imam Syafie di Mesir yang sering diziarahi umat Islam.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Jawapan: Imam Syafie
- Para pelajar perlu mengetahui fakta ini:
- Nama asal beliau: Muhammad bin Idris bin al-Abbas
- Dilahirkan di Ghazzah, Palestain
- Pada 150 Hijrah
- Digelar al-Syafie bersempena dengan nama datuknya
- Mengasaskan mazhab Syafie
- Menghasilkan kitab al-Risalah, al-Umm dan banyak lagi
- Digelar Bapa Usul Fiqh kerana orang pertama menulis buku dalam bidang tersebut iaitu kitab al-Risalah.
Makam Imam Syafie di Mesir yang sering diziarahi umat Islam.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
02 November 2010
Ramalan Soalan Pend Islam SPM 2010: Siapakah tokoh yang digelar al-Falaki?
Soalan 1: Siapakah tokoh yang digelar al-Falaki?
Jawapan: Syeikh Tahir Jalaluddin
Selain itu antara cara beliau menyebarkan idea islah ialah:
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Jawapan: Syeikh Tahir Jalaluddin
Selain itu antara cara beliau menyebarkan idea islah ialah:
- Menerbitkan majalah al-Imam (majalah tertua di Malaysia) di Singapura pada tahun 1906 untuk menyampaikan idea islahnya.
- Melalui jawatan yang disandang seperti mufti di Perak dan Johor membolehkan beliau menyebarkan ajaran Islam
- Jawatan yang dipegang sebagai guru di Madrasah al-Mansor dan Madrasah Haji Taib Parit Jamil Johor beliau berpeluang menyebarkan islah.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
01 November 2010
Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan hukum bermusafir?
Soalan: Jelaskan hukum bermusafir?
- Haram: Mengunjungi tempat maksiat.
- Sunat: Menziarahi tiga buah masjid utama iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil al-Aqsa atau menziarahi saudara mara
- Wajib: Orang berkemampuan menunaikan ibadat haji
- Harus: Bermusafir dengan tujuan yang diharuskan syarak
- Makruh: Bermusafir tanpa ada tujuan atau matlamat
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
29 October 2010
Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010:Sebutkan dua sumbangan Imam Ahmad bin Hanbal kepada umat Islam?
1. Sebutkan dua sumbangan Imam Ahmad bin Hanbal kepada umat Islam?
Pelajar juga perlu mengetahui fakta ini:
- Mengasaskan mazhab Hanbali
- Menghasilkan kitab al-Musnad
Pelajar juga perlu mengetahui fakta ini:
- Kitab al-Musnad mengandungi 40 ribu hadis
- Digelar al-Hakim kerana menghafaz 700 ribu hadis
- Sebelum dijatuhkan hukuman penjara Imam Ahmad menunaikan solat 300 rakaat sehari
- Selepas dipenjarakan beliau masih menunaikan solat 150 rakaat sehari
28 October 2010
Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010:Siapakan tokoh yang memperkenalkan idea Islah?
Soalan 1. Siapakan tokoh yang memperkenalkan idea Islah?
Jawapan: Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Para pelajar juga perlu mengetahui fakta ini:
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Jawapan: Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Para pelajar juga perlu mengetahui fakta ini:
- Dilahirkan di Kabul, Afghanistan pada 1838 Masihi.
- Sasilahnya bersambung dengan Saidina Ali Karamallahu wajhah serta Imam Tirmizi
- Pengaruh besar terhadap umat Islam menjadikan beliau buruan pihak Perancis dan Inggeris.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
27 October 2010
Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Jelaskan keistimewaan Kota Baghdad yang telah memajukan ekonomi Kerajaan Bani Abbasiyah?
Soalan 1: Jelaskan keistimewaan Kota Baghdad yang telah memajukan ekonomi Kerajaan Bani Abbasiyah?
Jawapan:
1. Kedudukan strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat.
2. Terdapat Pasar Suq al-Baghdad yang menjadi tumpuan pedagang Parsi
3. Terdapat Pasar Suq al-Baqar
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Jawapan:
1. Kedudukan strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat.
2. Terdapat Pasar Suq al-Baghdad yang menjadi tumpuan pedagang Parsi
3. Terdapat Pasar Suq al-Baqar
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
26 October 2010
Soalan Ramalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Sebutkan dua anugerah yang diterima HAMKA?
Para pelajar, soalan berkenaan dijangka akan keluar dan banyak kertas percubaan dari sekolah negeri lain melibatkan tajuk HAMKA.
Soalan 1. Sebutkan dua anugerah yang diterima HAMKA?
Jawapan:
Buku bertajuk FALSAFAH HIDUP adalah karya HAMKA dalam bidang agama.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Soalan 1. Sebutkan dua anugerah yang diterima HAMKA?
Jawapan:
- Ijazah Doktor Kehormat dari UKM, Malaysia
- Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar, Mesir
Buku bertajuk FALSAFAH HIDUP adalah karya HAMKA dalam bidang agama.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
25 October 2010
Soalan Ramalan SPM Pendidikan Islam 2010: Senjata Yang Digunakan Untuk Merempuh Musuh Yang Ramai Pada Zaman Abbaisyah?
1. Senjata Yang Digunakan Untuk Merempuh Musuh Yang Ramai Pada Zaman Abbaisyah?
Jawapan: Dababah (Kayu Pelantak)
Salam, para pelajar sekelian.
Dalam tajuk ini kamu juga perlu mengetahui senjata moden lain yang digunakan pada zaman Abbasiyah yang moden seperti:
Gambar ini menunjukkan senjata Manjanik yang digunakan dalam peperangan dalam kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Manjanik (Meriam)
2. al-Barud (Senapang)
Selain itu strategi yang digunakan dalam peperangan oleh pihak tentera kerajaan Bani Abbasiyah ialah al-Karadis. Iaitu strategi memecahkan pasukan tentera kepada lima pasukan:

- al-Mukadimah (Tentera yang diletakkan di bahagian hadapan)
- al-Maimanah (Tentera yang diletakkan di bahagian kanan)
- al-Maisarah (Tentera yang diletakkan di bahagian kiri)
- Safatul al-Jaisi (Tentera yang diletakkan di belakang)
- Kalbu al-Jaisi (Tentera yang diletakkan di tengah)
23 October 2010
Coretan Perjalanan Dari Sabah: SMT Likas Melambaikan Selamat Tinggal
Catatan Hari Kelima Di Sabah
Tepat jam 11.00 pagi kami sampai ke SMT Likas yang berhampiran dengan Stadium Likas. Ketibaan bas kami disambut oleh pengetua dan para guru SMT Likas. Sekolah Menengah Teknik Likas terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Bersebelahan dengan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Terdapat beberapa buah sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Perempuan (SMP), Sekolah Menengah Kebangsaan Likas (SMKL), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shan Tao, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Lok Yuk dan juga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Lok Yuk.
Para guru SMT Seberang Perai mulai turun dari bas untuk berkenalan dengan staff SMT Likas. Kelihatan Cikgu Salim, Cikgu Ayub, Cikgu Hanim, Cikgu Rahmah dan Cikgu Zihana.
Pemandangan dari luar pagar kelihatan SMT Likas yang dikelilingi bangunan-bangunan lain yang padat kerana lokasi SMT Likas di kawasan bandar Kota Kinabalu.
Majlis suai kenal dan ramah mesra diadakan serta selingan pertukaran cenderahati. En. Zainal Abidin bin Jaffar sedang menyerahkan cenderahati SMT Seberang Perai Pulau Pinang kepada rakan sejawatnya En. Abd Hafidz Pg. Adnan, pengetua SMT Likas. Cikgu Salim menjadi wakil SMT Seberang Perai untuk memberikan ucapan penghargaan di atas sumbangan besar yang telah diberikan oleh SMT Likas seperti memberikan kemudahan pengangkutan sepanjang berada di Sabah.
Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMT Seberang Perai, En. Mohd Salim mengambil kenangan untuk bergambar di hadapan Khutubkhanah Nilam Sari SMT Likas sebagai tanda pernah menziarahi lawatan kerja ke sini
Pertemuan dua sekolah teknik semenanjung dengan kepulauan borneo. En. Zainal Abidin bin Jaffar, pengetua SMT Seberang Perai menerangkan sekitar perjalanan yang ditempuhi ketika berada di Sabah kepada pengetua SMT Likas, En. Abd Hafidz Pg. Adnan yang telah memberikan layanan yang istimewa kepada rombongan kami.
Sementara menanti waktu malam yang masih jauh kami mengunjungi bandar Tamparuli yang terkenal dengan jambatan gantung terpanjang dan pasar rakyat di tengah pekannya.
Jambatan yang merentasi sungai yang mengalir laju di bawahnya untuk ke pekan Tamparuli. Di atas jambatan ini para pelancong akan dapat melihat sekitar pekan dan menikmati udara sejuk yang bertiup kencang di atas jambatan ini sehinggakan terasa gonyangnya setelah benar-benar berada di pertengahannya. Penduduk di Tamparuli majoritinya dalah dari kaum Kadazan-Dusun.
Nama asal Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orangBrunei . Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat ‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli.
Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun. (Sumber Internet)
En. Zainal berkesempatan bergambar di atas jambatan Tamparuli sebagai kenangan hari terakhir berada di Sabah. Sebahagian besar misi lawatan telah berjaya dicapai.
Coretan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
Sementara menanti waktu malam yang masih jauh kami mengunjungi bandar Tamparuli yang terkenal dengan jambatan gantung terpanjang dan pasar rakyat di tengah pekannya.
Jambatan yang merentasi sungai yang mengalir laju di bawahnya untuk ke pekan Tamparuli. Di atas jambatan ini para pelancong akan dapat melihat sekitar pekan dan menikmati udara sejuk yang bertiup kencang di atas jambatan ini sehinggakan terasa gonyangnya setelah benar-benar berada di pertengahannya. Penduduk di Tamparuli majoritinya dalah dari kaum Kadazan-Dusun.
Nama asal Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang
Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun. (Sumber Internet)
En. Zainal berkesempatan bergambar di atas jambatan Tamparuli sebagai kenangan hari terakhir berada di Sabah. Sebahagian besar misi lawatan telah berjaya dicapai.
Coretan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
Coretan Perjalanan Dari Sabah: Menyaksikan Tengelamnya Matahari Di Tip Of Berneo, Kudat
Catatan Hari Keempat Di Sabah
Singgah Mengenali Rumah Panjang Kaum Runggus
Dalam perjalanan menuju ke bandar Kudat kami singgah di Rumah Panjang Kaum Iban di Bavanggazo, Kudat.
Rumah panjang ini didiami oleh kaum Runggus yang terletak lebih kurang 41 km dari Kudat atau 98 km dari bandar Kota Kinabalu.
Kami membayar sebanyak RM 2.00 bagi setiap orang untuk memasuki atau melihat rumah panjang ini.
Cikgu Shidi sedang bergambar di pintu hadapan Rumah Panjang.
Ust. Mud berada di tempat kaum ibu menghasilkan kraftangan seperti gelang yang diperbuat dari manik-manik.
Setelah bertanyakan para ibu, mereka dapat menyiapkan seutas gelang dalam masa 30 minit tanpa henti yang dapat dijual dengan harga RM 3.00 satu.
Pemandangan dari belakang rumah panjang.

Cikgu Ayub dan Shidi sedang menandai kedatangan mereka ke perkampungan Rumah Panjang Bavanggazo.
Akhirnya kami bertolak ke SMT Kudat untuk menginap di sana.
Menginap di bangunan asrama SMT Kudat yang jauh dari kedengaran bunyi bising adalah pengalaman yang permai. Kehidupan yang harmonis antara pelbagai kaum dan agama tidak mewujudkan sebarang permasalahan. Sewaktu kami berada di dalam bangunan asrama (bilik tetamu) sekitar jam 7 malam - 10 malam kelihatan semua pelajar tanpa diberi arahan berada di bilik prep untuk mengulangkaji dan menelaah pelajaran. Suasana sunyi tanpa kedengaran laungan, jeritan atau hilai tawa.
Tepat jam 3 petang kami bergerak ke destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu Tip Of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat yang terletak lebih kurang 30 km dari bandar Kudat. Kedudukan Tanjung Simpang Mengayau betul-betul menjadi pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan dengan Laut Sulu di Selatan Filipina.
Sebelum memulakan perjalanan ke sana kami singgah makan di bandar Kudat sambil menikmati udara panas hangat di bandar Kudat. Kebanyakan penduduknya adalah kaum Rungus (majoriti), Brunei, Bajau Laut dan Cina.
Pemandangan di sekitar Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Kelihatan Cikgu Zihana, Rahmah, dan Hanim sedang menyuntik saujana kebiruan alam.
Setelah bersusah payah menghadapi cabaran maka puncak Tip Of Borneo dapat ditawan.
Saat yang paling indah akan bermula - Matahari kian mahu bersarang dengan tengelamnya perlahan-lahan bersama warna kemerahan. Itulah saat yang paling digemari manusia kebanyakan
Tanjung Simpang Mengalau dikatakan pernah menjadi tempat pendaratan pengembara terkenal yang mengelilingi dunia Ferdinand Magellan yang berhenti untuk membaiki kerosakan kapalnya yang teruk dipukul ribut selama 42 hari.
Mengikut bahasa Rungus, Tanjung Simpang Mengayau bermaksud ‘benteng pertahanan’ kaum Rungus daripada pihak musuh (lanun dari kepulauan Filipina) yang menyerang perkampungan mereka. Manakala ‘Tanjung’ bermaksud penghujung, ‘Sampang’ pula bermaksud jambatan manakala ‘Mangazou’ membawa makna peperangan.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
Coretan Perjalanan Dari Sabah: Dari Kundasang Ke Kudat Yang Terbentang Di Tepi Lautan
Hari Ketiga Di Sabah
Perjalanan Dari Kundasang Ke Kudat memakan masa hampir 5 jam. Kami berhenti untuk bersarapan di Kota Belud, kemudiannya singgah di Rumah Panjang sebelum sampai di SMT Kudat.
Terdapat sebuah masjid yang agak besar di pekan Kota Belud. Kelihatan ramai kaum Melayu melata di daerah Kota Belud ini.
Mungkin harga makan di sini agak tinggi. Saya membayar RM 9.50 bagi sepinggan nasi goreng Patayya bersama kopi Radix.
Papan harga sudah ditulis dengan jelas harga setiap makanan bermaknanya bukanlah peniaga segaja menguat keuntungan terhadap pelanggan luar.
Cikgu Mansur sempat menelaah keindahan pekan Kota Belud bersama tafsiran dan kaca mata sebagai guru kaunselor SMT Seberang Perai
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Perjalanan Dari Kundasang Ke Kudat memakan masa hampir 5 jam. Kami berhenti untuk bersarapan di Kota Belud, kemudiannya singgah di Rumah Panjang sebelum sampai di SMT Kudat.
Terdapat sebuah masjid yang agak besar di pekan Kota Belud. Kelihatan ramai kaum Melayu melata di daerah Kota Belud ini.
Mungkin harga makan di sini agak tinggi. Saya membayar RM 9.50 bagi sepinggan nasi goreng Patayya bersama kopi Radix.
Papan harga sudah ditulis dengan jelas harga setiap makanan bermaknanya bukanlah peniaga segaja menguat keuntungan terhadap pelanggan luar.
Cikgu Mansur sempat menelaah keindahan pekan Kota Belud bersama tafsiran dan kaca mata sebagai guru kaunselor SMT Seberang Perai
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Coretan Perjalanan Dari Sabah: Dari Keningau Ke Ranau Yang Berkabus
Hari Kedua Di Sabah
Panorama gunung ganang daerah Ranau di sebalik masjid.
Awal pagi kami bertolak dari Keningau menuju ke Ranau bagi meninjau sekitar bandar kecil sambil menjamah makan tengah hari di pekan Ranau.
Selepas itu kami akan bermalam di Kundasang yang terkenal dengan kawasan pergunungan yang sejuk atau lebih hampir dengan Cameron Highland di Semenanjung Malaysia. Dari Ranau ke Kundasang lebih 15 km.
Sebelum ke Kundasang, kami terlebih dahulu akan menghabiskan masa untuk ke Tagal, Sungai Moroli yang terletak lebih kurang 25 km dari pekan Ranau. "Tagal, di Sungai Moroli bagi membuang sisa toksin di tapak kaki dan pergelangan kaki melalui kaedah gigitan manja ikan-ikan yang dibela di sungai tersebut.
Kelihatan Cikgu Salim, Shidi dan En. Ruzahan serta Cikgu Ayub (duduk) sedang memberikan kakinya untuk digigit ikan-ikan yang begitu jinak mengigit kaki.
Selepas itu kami ke Strawberry Garden Hotel untuk bermalam di kawasan pergunungan dalam daerah Ranau dan Kundasang yang begitu sejuk mengatasi kesejukan di Cameron Highlands di Semenanjung Malaysia

Subscribe to:
Posts (Atom)
SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU
- ► 2012 (108)
- ► 2010 (172)