Hari Kedua Di Sabah
Panorama gunung ganang daerah Ranau di sebalik masjid.
Awal pagi kami bertolak dari Keningau menuju ke Ranau bagi meninjau sekitar bandar kecil sambil menjamah makan tengah hari di pekan Ranau.
Selepas itu kami akan bermalam di Kundasang yang terkenal dengan kawasan pergunungan yang sejuk atau lebih hampir dengan Cameron Highland di Semenanjung Malaysia. Dari Ranau ke Kundasang lebih 15 km.
Sebelum ke Kundasang, kami terlebih dahulu akan menghabiskan masa untuk ke Tagal, Sungai Moroli yang terletak lebih kurang 25 km dari pekan Ranau. "Tagal, di Sungai Moroli bagi membuang sisa toksin di tapak kaki dan pergelangan kaki melalui kaedah gigitan manja ikan-ikan yang dibela di sungai tersebut.
Kelihatan Cikgu Salim, Shidi dan En. Ruzahan serta Cikgu Ayub (duduk) sedang memberikan kakinya untuk digigit ikan-ikan yang begitu jinak mengigit kaki.
Selepas itu kami ke Strawberry Garden Hotel untuk bermalam di kawasan pergunungan dalam daerah Ranau dan Kundasang yang begitu sejuk mengatasi kesejukan di Cameron Highlands di Semenanjung Malaysia
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Blog e-Pendidikan Islam ini dibangunkan bagi menyebarluaskan pembelajaran Pendidikan Islam dan penyemaian akar keagamaan di kalangan pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai, Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (dahulu dikenali SM Vokasional Seberang Perai) dan kepada semua pelajar lain. Segala pertanyaan, komen dan cadangan boleh diemelkan kepada muhd@live.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU
- ► 2012 (108)
- ▼ 2010 (172)
No comments:
Post a Comment