27 July 2014

Kepulangan Ramadan dan Esok Kemenangan Kepada Ahli Ibadat, Sia-Sia Ahli Biasa

Salam

Maghrib ini (27.7.2014), bakal tertutup sudah peluang 29 hari promosi berlipat kali ganda ditawarkan Allah SWT kepada umat manusia. Kemenangan kepada ahli ibadat dan kerugian besar kepada golongan yang hanya melihat ramadan dengan sebelah mata sahaja.

Esok, golongan yang tidak sabar dengan kedatangan fajar pertama syawal pasti akan melaram dengan baju raya yang dilihat lebih utama dari melaksanakan amal ibadat secara berterusan setidaknya memohon keampunan agar sebenar suci sebaik tiba syawal ini.

Alhamdulillah, ramadan yang ditatang - pasti akan pergi. Kita merasa sayu dengan pemergian ramadan dek tiada lagi limpahan pahala berganda seperti bulan ramadan ini. Orang yang beriman dan yakin dengan janji-janji Allah akan limpahan rahmat ramadan pasti berdoa tahun hadapan kita masih berpeluang berada di dalamnya.

Esok, 1 syawal yang murni - saya ingin mengambil peluang kepada semua kenalan, rakan karib, para sahabat yang mengenali, guru sejawatan, para pembaca, dan semua yang mengenali; dengan sepuluh jari saya memohon maaf atas salah dan silap yang berlaku.

Mohon maaf zahir dan batin.

Muhd Shatar


SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU