Salam Oktober,
Lebih sejuta peminat Ustaz Azhar Idrus sedang menanti kemunculan lakonan pendakwah ini. Jangan pandang negatif dengan filem. Filem yang baik - ada cerita yang baik, kalau ingin berbentuk Islamik mestilah ada adab dan semuanya berpandukan syariat. Tentu pilihan Ustaz Azhar ada hujah dan kewajaran dalam usaha dakwah. Saya sangat berpositif bahawa tindakan ini biarpun mengejutkan! Siapa sangka Ustaz yang awalnya menjadikan surau-surau kecil di sekitar Terengganu dan kerap diundang ke masjid di Kelantan tiba-tiba ditawarkan berlakon dalam filem.
Fenomena Ustaz Azhar sangat mengujakan. Berbekalkan seraut wajah cukup bercahaya, mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dengan menyimpan janggut kelihatan Ustaz Azhar (UAI) digemari anak muda, hinggalah orang tua..
UAI dilihat bijak berhujah, kata-katanya secara mudah difahami dengan pelbagai perumpamaan diungkapkan menjadi fatwa beliau paling popular dihayati.
Semua orang berilmu diperlukan sumbangannya dalam menyebarkan dakwah. Tokoh kelihatan digemari orang muda ini wajar dijadikan contoh. Lebih baik, gerombolongan orang muda akan turut beribadat wajib solat fardu dan ibadat lain hasil cenderung dengan idola yang baik ini daripada terus hanyut dengan permainan dunia yang lain.
Coretan: Muhd Shatar