Salam Sabtu yang begitu lapang, Terima kasih kepada semua yang mengendalikan penerbitan buku
ini.
12.09.2013 - Penulis antara puncak kegembiraan adalah karya tersiar. Di
ruangan akhbar, majalah atau mana-mana penerbitan. Alhamdulillah dan terima
kasih tidak terhingga kepada pihak ITBM yang memberi peluang kepada saya dengan
menerbitkan sajak saya ke dalam sebuah buku yang dijudulkan Kalaulah Cermin
Sisi Bersuara. Terkandung di dalamnya 54 buah sajak. Mengkritik fenomena dalam
masyarakat bukanlah bererti kita maksum, cuma diharapkan peringatan kepada diri
sendiri serta ingin berkongsi dengan khalayak lain. Diharapkan pembaca berhak
mendapatkan manfaat. Terima kasih kepada MK Riza selaku orang dari pihak ITBM
yang menangani naskah sajak ini dengan baik serta semua editor yang pernah
berbudi memilih untuk menyiarkan sajak saya semasa di bawah kendalinya. Salam
budiman. Untuk maklumat lanjut boleh terus ke www.itbm.com.my (Institud Terjemahan Buku Malaysia).
Laluan ke Sebuah Buku
(sekadar berkongsi pengalaman menulis...)
Saya melalui beberapa episod yang manis, ada yang terlalu pahit dan kini sukar dilupakan. Laluan saya sebagai penulis banyak cabang dan berliku sebelum bertemu dalam arus yang memudahkan kelancaran sajak-sajak tersiar di media cetak. Menulis sajak bukan senang, ia bermula dari pertembungan emosi dan kekayaan perbendaharaan diksi yang dimiliki. Emosi mencetus rasa sedih, marah, kekacauan dalam jiwa dan rindu terangkum sepi yang berlebihan yang akhirnya dapat diilhamkan sebagai keluhan, luahan, nurkilan yang mungkin menepat sebuah sajak yang baik.
Syukur, sejak di bangku sekolah rendah (Zaman bersekolah rendah di Sek Keb Bukit Panau) saya sudahpun boleh membaca novel. Seingat saya di darjah 5 dan 6 saya sudahpun meminjam novel yang agak tebal dari perpustakaan sekolah. Minat membaca ketika itu cukup subur. Ditambah lambakan buku-buku abang sulung saya yang merupakan anak kampung yang berjaya ke universiti pada tahun 1990 an, telah menjadi santapan minda saya. Budak kampung yang dapat peluang belajar di universiti tahun 1990 an cukup istemewa dan bertuah. Jadi buku abang saya seperti Pepatah-Petitih Jilid 1 dab 2 yang lazimnya menjadi bahan bacaan budak u tahun 1980 an, sangat berkesan menghidupkan akal saya agar terasang berfikir tentang masyarakat dan survival bangsa. Kisah lucu berupa sindiran dan lukisan kartun yang terdapat dalam buku Pepatah-Petitih Jilid 1 dab 2 menambahkan kefahaman saya terhadap kritikan Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) terhadap individu tertentu ataupun bangsa sendiri.
Terus terang saya katakan, keberkesanan tulisan Pak Sako dalam Pepatah-Petitih Jilid 1 dab 2 yang menjadi bahan bacaan saya sejak di bangku sekolah lagi secara tidak langsung menjadikan saya insan berfikir dan kuat naluri sayangkan bangsa. Cerita Pak Sako membeli petai dari orang yang menjaja dari rumah ke rumah telah hidup dalam minda saya sehingga merasang saya mengemari petai sebagai ulaman malahan rajin menjeruknya. Begitu hebatnya tulisan mempengaruhi cara berfikir pembaca. Saya terfikir bagaimanalah kehidupan remaja dan kanak-kanak yang terbaca bahan-bahan cerita yang tidak bermutu, picisan dan kisah erotik nescaya mampu merosakkan akal mudanya.
Novel yang melatari pemikiran saya ketika itu seperti Badai Semalam (kuat berpengaruh tahun 90 an dalam keluarga saya), Seorang Tua di Kaki Gunung dan Tebaran Malam.
Laluan Sajak ke Media Cetak
Saya bernasib baik kerana menerima takdir bersajak di kampus Universiti Malaya. Peluangnya cukup terbuka. Saya melalui zaman menghantar kiriman melalui pos di mana sajak-sajak yang tersiar antara 2002-2003 adalah hasil dari kiriman secara pos. Saya masih ingat ketika mengitrimkan sajak dan cerpen ke majalah Tunas Cipta (terbitan DBP) saya akan membuat salinan lengkap bersama biodata dikepilkan bersama disket ke dalam sampul besar. Saya juga akan menyertakan buliten persatuan yang saya kendalikan yang mana tercatat nama saya sebagai editor untuk membuktikan saya adalah penulis kepada editor. Pada masa itu editor majalah Tunas Cipta, En Zulkifli Salleh amat perihatin dan memberikan peluang yang banyak kepada saya dengan menerbitkan karya saya dengan agak kerap. Antara tahun 2002-2003 karya saya antara terbanyak tersiar di majalah Tunas Cipta.
Laluan ke Sebuah Buku
Saya juga bertuah ada rakan-rakan penulis yang hebat seperti Muhd Lutfi Ishak, Jimadie Shah, Wan Azman Wan Mamat, Mohd Dahari Zaharia. Saudara Lutfi dibawa Jimadie ke rumah sewa kami di Pantai Indah, Pantai Dalam adalah merupakan medium saya kepada penulisan sajak yang baik. Melalui Amaruszati Nur Rahim yang membawa saya ke Rumah Gapena buat kali pertama menemukan semula saya dengan Lutfi sehingga berkawan akrab. Mengenali Amaruszati juga buat kali pertama sebaik mengikuti S.M Noor ke Jakarta pada tahun pertengahan 2002.
Saya sukar memulakan komunikasi apatah lagi untuk bertanya dengan ulama sastera yang hebat ketika itu seperti Zean Kasturi, Shamsuddin Othman, Zainal Rasyid Ahmad dan T. Alias Taib. Saya ada kelemahan untuk memulakan pertanyaan kepada orang hebat-hebat ini tentang karya yang baik. Jadi, Lutfi adalah medium dalam menyampaikan ilmu menulis sajak yang baik kepada saya. Lutfi jujur akan mengatakan itu, ini dan setiap apa yang diterima dari orang-orang hebat sastera tentang sajak yang baik bersama sanadnya. Mungkin apa yang disampaikan Lutfi menjadikan lebih berfikir dalam menulis sajak.
Saat yang masih terngiang di ingatan setiba hari Ahad. Kebiasaan Ahad hari indah dan bahagia buat penulis kerana pagi itu akan menerbitkan sajak yang dihantar di laman akhbar. Ucapan tahniah terpapar di skrin hanset nokia 3310 menandakan ada sajak kita tersiar. Sehingga petang sms akan diterima menandakan karya kita dibaca kawan-kawan. Kedatangan sms (tahniah) menandakan kita ramai kawan penulis. Mungkin kini (2013) suasana berbeza. Saya perlu berlari awal pagi Ahad untuk mengetahui sajak tersiar...
Terima kasih kepada para editor
Sehingga 2005 - Saya sejujurnya amat berterima kasih kepada para editor yang penuh budiman menyiarkan karya saya antara Ahmad Baei di Majalah Dewan Agama dan Falsafah, Zulkifli Salleh dan Zaharuddin Abdulrahman, Ritah Yahya di Tunas Cipta, (Ku Seman Ku Hussein, Lukman Hakim, Azman Ismail) di akhbar Mingguan Malaysia, editor Berita Minggu (Sutung Umar R.S) dan lain-lain lagi.
Coretan; Muhd Shatar