Sek. Men Teknik Seberang Perai Pulau Pinang, turut meraikan Maulidur Rasul dengan agenda tersendiri. Seawal pagi 7.30 para pelajar telah berbaris mengikut rumah sukan yang diketuai guru rumah sukan masing-masing.
Perarakan yang diadakan pada hari sabtu (11.02.2012) di sekitar perkarangan sekolah melewati taman perumahan dan deretan kedai sekitar pekan Bukit Minyak.
Barisan kompang memulakan perarakan disusuli pasukan dari rumah hijau diketuai Yang Mulia, RAP Iskandar berbaju melayu hijau lengkap
Kesemua guru termasuk guru wanita turut terlibat dalam perarakan gilang gemilang ini bagi menanamkan penghayatan kepada para pelajar tentang kewujudan manusia suci utusan Allah yang bernama Nabi Muhammad SAW.
Kesemua guru termasuk guru wanita turut terlibat dalam perarakan gilang gemilang ini bagi menanamkan penghayatan kepada para pelajar tentang kewujudan manusia suci utusan Allah yang bernama Nabi Muhammad SAW.
Pasukan rumah kuning dengan spanduk paling menarik telah dibuat mengikut kreativiti pelajar beberapa hari sebelum perarakan dilaksanakan.
Mengiringi rumah kuning, kelihatan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zainiah Bt Mohd Ali turut menyertai perarakan ini.
Pengetua SMTSPPP, En Husain Marican bin Hassan diiringi para guru turut menyertai perarakan ini.
Rumah biru dengan sepanduk berwarna biru diiringi guru rumah sukan turut berbaju melayu berwarna biru.
Rumah hijau diwakili cikgu Yang Mulia RAP Iskandar kelihatan cukup bersemangat dan bertenaga mengetuai bacaan selawat.
Rumah hijau dalam kepenatan setelah jauh melangkah dan berselawat.
Sebaik tamat perarakan, majlis ceramah sempena Maulidur Rasul menjadi agenda kemuncak bagi menanamkan minat pelajar terhadap kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW yang dipenuhi suka, derita, tangis sebelum sempurna menyampaikan Islam kepada seluruh manusia di dunia di Surau Al-Amin, SMT Seberang Perai.
Tuan Pengetua SMTSPPP, En Husain Marican bin Hassan memberikan ucapan aluan kepada pelajar menekankan agar pelajar menghayati kisah junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian .
No comments:
Post a Comment