Peperiksaan bagi kertas Pendidikan Islam SPM berakhir semalam. Ada soalan ramalan dalam blog ini telah menepati ramalan dan ada yang tersasar.
Hakikat ramalan yang kadang kala tepat atau tidak menjadi. Insahnya malam tadi, enak sekali menyaksikan maruah Malaysia diterjemahkan dalam realiti sang pemenang yang sebenar. Kalau dalam perlawanan peringkat kumpulan apabila team Malaysia menang 1-0 ke atas team Indonesia, para media di sana sekadar mengatakan pasukan Indonesia yang skuad kedua sahaja. Itu adalah alasan untuk menjadi kalah.
Dalam banyak perlawanan bola sepak melibatkan pasukan negara - baru malam tadi terbersit kagum kepada pasukan negara kerana dalam kekuatan penyokong Indonesia sedikitpun tidak mempengaruhi minda para pemain negara.
Lebih bertuah, pengadil dari Jepun bijak memainkan peranan untuk mengawal keadaan dan segala tindakan beliau tepat dan tidak mencetuskan banyak provokasi atau mengundang ketidakpuasan hati melainkan orang yang buta dalam peraturan permainan atau golongan lebih bersifat fanatik.
Pada awalnya, melihat gol awal dari team Indonesia seperti ada kenduri besar akan berlaku getus hatiku ditambah sorakan kuat dan bersemangat peyokong di Stadium Bung Karno yang bergelora, namun gol awal telah menjadikan corak permainan team Indonesia lemah dan gagal menguasai padang. Harimau Malaya seperti bangkit dari tidur terus garang mencari gol penyamaan.

Aku percaya kelibat pemain baru seperti Zubir memberikan rangsangan yang berbeza dalam perlawanan akhir cukup berbeza dengan perlawanan sebelum ini. Pertama kali menyaksikan kelibat dan kelincahan beliau di sayap padang memberikan impak berbeza.
Sehingga gol penyamaan Asra cukup mendiamkan suasana penyokong Indonesia yang semakin gelisah dengan tekanan dari team Malaysia yang luar biasa corak dan kawalan di bahagian tengah.
Sebaik gol penyamaan, barulah terdetik team Malaysia ada harapan yang sebelum ini terasa suram. Di hadapan lebih seratus ribu penyokong, agak sukar pemain Malaysia mengharapkan kemenangan ditambah provokasi media Indonesia yang memandang rendah skuad Malaysia.
Tamat perlawanan sebenar, maka detik paling mencemaskan bagi jantung sesiapa yang inginkan pasukan pilihannya menang. Seperti kata Zainal Abidin Hassan yang sedang membuat ulasan di TV1 bersama Hafizal Ahmad meramalkan Khairul Fahmi akan menjadi wira penyelamat. Tepat sekali dan aku juga menyangkakan sedemikan memikirkan pengalaman Khairul Fahmi yang sudah begitu luas dalam pelbagai keadaan dan tekanan.

(Penyokong Indonesia diam saat-saat akhir gawang mereka terdedah kepada gol)
Ternyata Khairul Fahmi Che Mat membuktikan beliau pilihan pertama penjaga gawang paling selamat untuk team Malaysia sejak penalti pertama tangan dan tekaan beliau hampir tepat cuma gagal menepis kemas jaringan penalti pertama pemain Indonesia. Kegagalan penalti ketiga pemain Indonesia juga boleh dikatakan kepintaran aksi Khairul Fahmi seperti ingin menutup minda dan akhirnya kaki pemain tersebut tersasar ke tiang gol.
(Wira sebenar team Malaysia Khairul Fahmi Che Mat yang tangkas menepis penalti kelima pemain Indonesia)
Pemain kelima Indonesia yang mengambil penalti seperti sudah dijangka oleh Kahirul Fahmi yang seakan dapat meneka tepat arah mana bola akan dilencongkan dan akhirnya dia adalah wira pada perlawanan malam tadi.
Sudah pasti penyokong Indonesia masih dalam berantakan. Cuma media massa di Indonesia meskipun team mereka kalah pasti mereka tidak akan menambahkan lagi derita sebalik cuma memenangkan dengan laporan berita yang memihak kepada mereka cukup berbeza yang berlaku di Malaysia. Bila team kalah, keesokkannya siap dengan tajuk yang memburukkan lagi kekalahan. Fenomena sekarang mungkin sudah berubah. Kafe Sukan dan Formasi sudah terkedepan dalam menyuarakan penambahbaikan mutu bola sepak, dan dari sedia ulasan serta laporan. Pastinya facebook para peminat bola sepak tanah air telah membetulkan sedikit sebanyak.
Hafizal Ahmad, Zainal Abidin Rawop, pengacara Kafe Sukan (terlupa nama) begitu yakin dengan arena bola sepak ditambah kehadiran Rizal Hashim yang lantang dan berani serta bernas dalam menyuarakan pandangan dan ketidakpuasan hati. Masihku ingat pandangan keras beliau bertajuk Menjilat Luka Ciptaan Rajagobal (baca: blog beliau) sekurang-kurang boleh mengubah situasi dan masa depan bola sepak di negara kita.
Mengapa penyokong Indonesia benci kita - perlu dibincang dengan sejelasnya. Kemenangan malam tadi adalah kemenangan untuk maruah Malaysia yang sering diaibkan penyokong Indonesia. Tahniah team Malaysia. Anda layak digelar Harimau Malaya.

Cetusan hati:
Pengendali Blog...
No comments:
Post a Comment