Salam,
Ok, para pelajar sekalian, tolong baca petikan wawancara dari Harian Metro yang ustaz masukan ke blog ini - bagi memudahkan para pelajar mengenali ciri kesesatan yang diamalkan oleh Haji Kahar dan pengikutnya.
Ok, para pelajar sekalian, tolong baca petikan wawancara dari Harian Metro yang ustaz masukan ke blog ini - bagi memudahkan para pelajar mengenali ciri kesesatan yang diamalkan oleh Haji Kahar dan pengikutnya.
________________________________
Ketua kumpulan ajaran sesat Haji Kahar Ahmad, Abdul Kahar Ahmad Jalal, 55, bukan saja mendakwa dilantik Tuhan sebagai rasul khusus untuk orang Melayu, malah memberi jaminan pengikutnya pasti masuk syurga berkat daripada syafaatnya.
Malah, dia tidak gentar menghantar surat kepada ahli politik, pembesar negeri dan menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengaku dirinya sebagai rasul.Abdul Kahar juga mengeluarkan pelbagai dakyah yang boleh menjejaskan akidah seperti solat lima waktu tidak wajib, al-Quran sekadar catatan, hadis hanya rekaan manusia malah mendakwa dia mempunyai mukjizat sama seperti nabi dan rasul lain.ABDUL KAHAR...dakwa jadi rasul.
Beberapa perkara lain yang jelas bertentangan dengan akidah juga dinyatakan Abdul Kahar ketika dia disoal kira-kira 30 minit oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selain wartawan selepas ditahan di kediamannya di Kampung Kemensah, Hulu Klang, di sini, semalam.
Soalan (S) : Macam mana haji dilantik (sebagai rasul)?
Jawapan (J): Itu urusan Tuhan. Tuhan tidak bagi tahu kepada manusia biasa, bagaimana ditiupkan roh itu kepada Adam (Nabi Adam as). Kalau roh Tuhan itu tidak ditiup kepada seorang rasul dia tidak layak digelar rasul tetapi pendusta.
Saolan : Umat Islam diwajibkan menunaikan sembahyang lima waktu tetapi haji (Kahar) mengatakan sembahyang lima waktu itu tidak perlu?
J : Awak tunjukkan ayat mana, surah mana yang mengatakan Tuhan suruh sembahyang lima waktu.
S: Kalau macam itu, haji tunjukkan surah mana dan ayat mana yang menunjukkan haji dilantik sebagai rasul?
J : Surah Yasin dan Surah Ibrahim, ayat empat. (Abdul Kahar bagaimanapun tidak menghuraikan makna ayat berkenaan)
S: Adakah haji dilantik (sebagai rasul) untuk mewakili Malaysia?
J: Bagi kaum Melayu saja. Untuk yang faham bahasa saya.
S: Adakah haji boleh memberi syafaat sama seperti Nabi Muhammad saw?
J: Ya. Sebab saya boleh mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan.
S: Jadi adakah pengikut haji dijamin masuk syurga?
J: Pasti. Tuhan yang menjanjikan. Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, pasti Tuhan akan memasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar. (Sambil merujuk surah An-Nisa’)
S: Apa perbezaan antara ajaran haji dengan Islam sekarang?
J: Sekarang orang Islam di negara ini membuat dusta dengan Tuhan. (Abdul Kahar diminta memberi contoh) Ayat yang diucapkan ketika sembahyang lima waktu tidak sama dengan apa ayang dibuat untuk Tuhan.(Ketika itu Abdul Kahar diminta memberi contoh sekali lagi) Masa tuan-tuan sembahyang itu berkata dengan Tuhan. Tetapi apabila kata ‘Ya aiyuhal kafirun’ (Abdul Kahar merujuk kepada ayat pertama surah Al-Kafirun tetapi tidak lengkap) tuan-tuan mengkafirkan Allah kerana maknanya ‘hai orang kafir’, kamu berkata kepada Allah. Tuhan yang memberi petunjuk, kamu boleh kafirkan Dia. Ayat itu kita sepatutnya berkata kepada orang kafir, tetapi ia mesti dikatakan oleh rasul dan orang yang beriman kepada rasul.S: Haji pernah buat sembahyang lima waktu?J: Dulu saya buat, tetapi selepas Tuhan katakan itu tidak betul saya tidak buat lagi... saya buat ikut sunnah dan al-Quran.S: Macam mana haji sembahyang?J: Saya buat macam mana Nabi Ibrahim sembahyang iaitu mencegah benda keji mungkar. Macam mana ibu bapanya yang menyembah berhala dan dia cegah.
S: Rasulullah saw sendiri solat lima waktu, bagaimana haji boleh katakan ia tidak wajib?
J: Can you prove to me (Boleh awak buktikan pada saya) awak pernah jumpa dia (Nabi Muhammad), tengok sendiri dia sembahyang? Jika hanya secara lisan, itu tidak boleh.
S: Dalam hadis perkara itu disebut. (Pegawai Jais kemudian membaca hadis dalam bahasa Arab tetapi, Abdul Kahar meminta dijelaskan dalam bahasa Melayu). Maksudnya, sembahyang kamu sebagaimana kamu melihat aku (Rasulullah saw) sembahyang.
J: Hadis itu siapa yang buat? Siapa yang mengarangnya, siapa perawinya? (Pegawai Jais menjawab hadis itu diriwayatkan al-Bukhari.) Adakah awak kenal dia. Awak tahu biodata dia. Awak pernah lihat dia. Adakah awak dengar sendiri dia cerita dengan awak. Jika tidak, benda itu tidak benar. Itu bukan daripada Tuhan.
Dipetik dari Harian Metro Edisi KL: Jamin masuk syurga
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharinam
Dipetik dari Harian Metro Edisi KL: Jamin masuk syurga
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharinam
No comments:
Post a Comment