Salam,
Kepada semua pelajar, khamis ini anda semua akan balik ke kampung masing-masing. Pesanan saya pandai-pandailah jaga diri.
Jangan belok ke tempat lain kerana nak cari benda-benda yang tak berfaedah kerana sepanjang perjalanan pulang banyak simpang-siurnya.
Sesampai ke rumah, amalkan tanda hormat kepada kedua ibu bapa. Ciumlah kedua tangan ibu dan ayah kamu yang telah bersusah payah membesarkan kamu. Sejukkan hati mereka dengan peribadimu. Ingatlah syurga kita di bawah tapak kaki mereka.
Sebagaimana dalil dari sebuah hadis:
Maksudnya:
"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?.
Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
dan Sabda Nabi Muhammad SAW lagi:
"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."
"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."
Selain itu, ada satu kisah yakni seorang hamba Allah yang bernama Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafakan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang tergores di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.
No comments:
Post a Comment