Blog e-Pendidikan Islam ini dibangunkan bagi menyebarluaskan pembelajaran Pendidikan Islam dan penyemaian akar keagamaan di kalangan pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai, Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (dahulu dikenali SM Vokasional Seberang Perai) dan kepada semua pelajar lain.
Segala pertanyaan, komen dan cadangan boleh diemelkan kepada muhd@live.com.my
1. Lelaki diharamkan memakai emas dan ______________ .
2. ______________ ukiran berbentuk kekal di mana-mana anggota badan.
3. Pembedahan plastik bagi tujuan perubatan dan mengembalikan fungsi asal adalah _____________ .
4. Hukum mencukur atau mencabut bulu kening adalah ________________ .
5. Antara amalan berhias diri dalam Islam ialah:
_____________________
_____________________
_____________________
6. Hikmah berhias diri secara Islam ialah
_____________________
_____________________
_____________________
7. Memakai pakaian melambangkan budaya bukan Islam adalah _____________ manakala memakai pakaian keagamaan selain Islam adalah ________________ .
Jawapan: Akan disiarkan ...
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Jeddah akan berniat di Qarnul Manazil.
Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Madinah akan berniat di Zulhulaifah.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Mohd Hatta telah merujuk isterinya dalam tempoh iddah setelah bercerai melalui fasakh. Nyatakan hukum serta alasan?
Nur Hidayah telah diceraikan talak 3 sekaligus. Nyatakan jenis talak ini dan apakah hukum sekiranya bekas suami merujuk kembali isterinya?
Aina Mardiah kematian suaminya. Jelas tempoh iddah baginya serta nyatakan dua perkara yang dilarang semasa dalam iddah.
Izzuddin telah merujuk isterinya Sarah tanpa persetujuan dari bekas isterinya dalam tempoh iddah talak rajie. Nyatakan hukum dan alasan?
Cik Izati telah diziharkan oleh suaminya dengan niat. Sebutkan hukum dan kesannya?
Halimah telah sanggup menyerah RM 10 ribu dan sebuah kereta Honda kepada suaminya untuk mndapatkan penceraian. Nyatakan jenis penceraian ini dan hukumnya?
Idgham telah melafazkan cerai kepada isterinya tanpa niat. Nyatakan hukum dan alasan?
Wan Ziadani Wan Razak sering melakukan kezaliman terhadap isterinya Fatihah. Nyatakan hak bagi Fatihah sebagai isteri dalam situasi ini?
Fakrul merupakan seorang yang tiada pendapatan tetapi ada keinginan hendak berkahwin. Nyatakan hukum berkahwin baginya serta alasan?
Dayangku Farizah telah diceraikan suami dengan talak satu sewaktu dalam haid. Nyatakan jenis penceraian ini dan hukumnya?
Nor Ayu Utami telah kematian suami sebelum disetubuhi. Nyatakan tempoh iddah dan alasan?
Pak Cik Haniff telah melakukan lian terhadap isterinya. Sekiranya isterinya menolak dari melakukan sumpah lian, apakah hukuman bagi isterinya?
Sekiranya perlukan jawapan sila emel Jawapan Masalah Fekah (1) ke muhd.live@yahoo.com
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Siapakah khalifah kerajaan Bani Umaiyah digelar Khulafa al-Rasyidin yang ke5?
Jawapan: Umar bin Abdul Aziz
Sedikit penerangan tentang Khalifah Umar Bin Abdul Aziz:
Khalifah ke-8 kerajaan Bani Abbasiyah
Antara khalifah yang warak dan alim memerintah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
Zaman pemerintah beliau kewangan negara melebihi keperluan negara kerana kecekapan dan kesederhanan sikap beliau.
Beliau segera memecat pegawai kerajaan yang kurang cekap
Menghapuskan cukai jizyah kepada golongan mawali
Mengarah agar menghentikan cacian terhadap Saidina Ali bin Abi Thalib dalam khutbah jumaat
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Jumaat (07.10.2011) lepas, terjawab segala teka teki bujet 2011. Putaran rezeki membezakan nasib beberapa golongan. Setiap kali bujet dibacakan saban tahun, ada yang menarik nafas lega dan ada yang mengerut dahi kerana memikirkan rutin kehidupan yang mendepani dengan kos kenaikan barang pasti berlaku dan sentiasa naik. Zaman harga gula RM1.40 sekilo sudah lama berlalu. Kini harga gula di paras RM2.30 sekilo menyamai sekilo beras yang paling murah.
Wang kertas sepuluh ringgit di dalam poket untuk (akhbar + makan pagi (roti canai/teh tarik) + makan tengah (nasi lauk ayam/sayur/teh o ais) = (RM1.50 + RM 2.00 + RM 5.50 = RM 9.00). Lebihan RM1 mungkin untuk membeli gula-gula kunyah sementara menanti bas atau putra LRT dan untuk menu malam lebih baik tidur awal atau memasak MAGGI.
Pasca Bujet 2011 menyaksikan ada golongan merasa lega untuk pekerja sebagai kaki tangan awam dengan kenaikan agak baik Pasti juga akan berlaku polemik ketidakpuasan hati di kalangan penjawat awam. Mungkin akan memenuhi surat pembaca akhbar utama atau ruang sms.
Giliran rezeki sentiasa berubah. Kali ini membuahkan rezeki kepada sesetengah golongan.
Apapun rezeki itu telah ditakdirkan oleh Allah maka meredai setiap pemberian sedikit atau banyak adalah lebih baik dari merosakkan hati dengan sikap iri hati dan ketidakpuasan. Suatu hari putaran rezeki anda menjadi milik anda. Hari ini kita disusah-susahkan dengan pelbagai tekanan dan kesabaran adalah sahabat terdekat - yakin suatu hari kita akan disenangkan oleh pencipta. Istilah kesabaran adalah milik semua.
Limpahan rezeki kadang kala mencurah-curah. tidak lama dahulu harga getah melambung naik sehingga ada yang sanggup meninggalkan kerja yang disandang untuk turun memegang pisau toreh. Panorama kereta Waja, Gen2, Persona, Honda diparkir di tepi kebun getah menandakan milik si penoreh.
Kadang kala terbit berita penerokai di mana-mana tanah perancangan dapat durian runtuh kerana pengambilalihan tanah dengan pampasan jutaan ringgit sehingga penjual kereta mewah sanggup meredah belukar untuk mencari pelanggan yang sedang berasmara RM+RM+RM.
1. Kitab Tazkirah - kitab suci ajaran kumpulan sesat Qadyani
2. Kitab al-Bayyan - kitab suci ajaran kumpulan sesat Bahai (para pelajar boleh gunakan formula huruf B iaitu Bayan untuk kumpulan Bahai)
3. Kitab Imam Malik - al-Muwatta (Gunakan formula 3 M iaitu M untuk Malik, dilahirkan di Madinah dan menghasilkan kitab al-Muwatta
4. Kitab Ihya Ulumuddin - kitab karangan Imam Ghazali
5. Kitab al- Musnad - kitab karangan Imam Ahmad bin Hanbal
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Giliran ini bumi Somalia dilapah kebuluran, kita rakyat Malaysia dilimpahi nikmat yang istimewa. Siapakah yang peduli anak-anak kecil ini kelaparan. Bila asyik dilalaikan Wyne Roney, Ronaldo atau Saffe Sali. Masih kita terus membatukan diri?
Masyarakat di Somalia amat memerlukan perhatian dan rasa simpati dari kita semua sebagai manusia apatah lagi saudara seagama. Bantuan kemanusian tidak berdasarkan agama selagi bernama manusia semuanya memiliki fitrah yang sama, rasa lapar, dahaga, sakit dan memikirkan bantuan dari manusia lain.
Anak Kecil Mogadishu
Kau hirup sengsara yang tumbuh di serata dan pelusuk tanah air. Terdengar suara letih wajah laih ketika perut diikat kelaparan tidak tertanggung,
anak kecil Mogadishu suara halus tidak terdengar telinga manusia dipekakkan limpah ruah kemewahan. Setiap rintihmu menjadi luka amat dalam hati yang terdera sayu dilapah takdir
Saat digigit lapar Mogadishu diselubungi
sarang kekejaman. Wahai ibuku: carikan daku setitis air dan sesuap nasi alangkah bertuah bagi mulut ini mengecapi kenyang.
Kami warga terpilih membawa setiap derita ke dalam riwayat hidup yang tiada penghujung.
Petikan sajak penulis Anjan Ahzana bertajuk: Anak Kecil Mogadishu
Hulurkan sumbangan anda melalui akuan yang tertera di atas. Semoga dengan sedekah anda, bala yang sepatutnya milik anda bertukar tangan. Anak kecil Somalia adalah seperti anak-anak kita.
(Para pelajar perlu memastikan faham antara perbuatan sihir dan khurafat meskipun kelihatan agak sama)
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Contoh ketegasan Imam Malik sebagai ulama berwibawa ialah:
1. Menentang pendapat Gabenor Madinah yang bertentangan dengan fatwanya
2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam
3. Berani menegur khalifah Abu Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah dalam majlis ilmu
4. Berpegang kepada konsep murid mencari guru dan tidak mengira kedudukan
5. Menolak untuk menjadikan kitab al-Muwatta sebagai sumber perundangan rasmi negara.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Gelaran Khulafa Al-Rasyidin
1. Abu Bakar Al-Siddiq - mendapat gelaran al-Siddiq kerana membenarkan kata-kata Rasulullah SAW dalam, peristiwa Isra Mikraj.
2. Umar al-Khattab - digelar al-Faruq kerana boleh membezakan perkara hak dan batil
3. Uthman bin Affan - digelar Zu Nura'in kerana mengahwini dua puteri Rasulullah SAW
4. Ali bin Abi Thalib - digelar Karamallahu Wajhah kerana wajahnya dimuliakan oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala.
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Soalan: Sebutkan 3 polisi pentadbiran Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?
Jawapan:
Melantik khalifah secara wasiat selepas kewafatannya.
Memerangi golongan yang enggan bayar zakat dan mengakui nabi palsu
Menggerakkan tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid untuk perangi penduduk Ghasan yang pernah membunuh utusan Rasulullah SAW.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
1. Dua faktor menyebabkan seseorang menjadi murtad ialah:
- kurang beriman kepada Allah/lemah pegangan agama
- tidak memiliki ilmu agama yang mendalam/ jahil tentang akidah islam dan hukam hakamnya.
- terpengaruh dengan tawaran lumayan dari pendakyah agama lain.
-tiada bimbingan untuk memahami Islam
- tidak mendapat perhatian dan pembelaan selepas memeluk islam.
2. Dua kesan murtad terhadap individu
-merosakkan iman dan membatalkan akidah
-terpisah dari pasangan yang masih Islam
-haram dikebumikan di tanah perkuburan Islam
-tidak boleh menerima pusaka dari waris beragama Islam
-tidak boleh mewariskan pusaka kepada waris beragama Islam
-menghuni neraka Allah selamanya.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Soalan: Jelaskan 3 syarat dikemukakan Hassan bin Ali kepada Muawiyah bin Abu Suffian ketika menyerahkan jawatan khalifah
Jawapan:
1. Muawiyah perlu memerintah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
2. Muawiyah perlu memuliakan keluarga Nabi Muhammad SAW
3. Pemilihan jawatan khalifah selepasnya dibuat mengikut sistem syura.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
KECENDERUNGAN masyarakat pelbagai usia terhadap cerita hantu dapat digambarkan dengan kehadiran jutaan penonton di pawagam menjadikan angka kutipan tiket sangat tinggi berbanding filem genre lain. Kelahiran filem berasaskan hantu mula menjadi sebutan selepas kejayaan filem seram seperti Jangan Pandang Belakang (JPB).
Pemikiran generasi muda makin disempitkan dengan kisah hantu dan seram meniti ruang hidup dari kantin sekolah hingga ke dalam pejabat dan dari ruang tamu hingga ke bilik kosong semua dilihat berhantu. Kejayaan luar biasa filem berasaskan hantu menjadikan penerbit di negara saling merebut peluang mengeluarkan filem seram dengan pelbagai tajuk hebat meskipun jalan ceritanya karut marut.
Maka tidak hairanlah, filem hantu seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Karak, Hantu Kak Limah Balik Kampung dan yang terkini Hantu Bonceng mengisi keluaran filem negara. Malah ada pengarah sanggup mengorek kisah dongeng lama atau mereka cipta jenis hantu lalu memberi nama baru seperti kuntilanak, pocong, sundel bolong, hantu penanggal, hantu susu, hantu gigi dan sebagainya.
Dalam kerakusan menerbitkan filem, penerbit, pengarah, penulis skrip serta pelakon tidak lagi mempersoalkan kesan negatif kepada masyarakat khususnya masyarakat muda dan kanak-kanak. Babak melapah daging manusia, menghisap darah atau sebagainya dilakonkan dengan cukup berkesan.
Masih segar babak bagaimana lakonan Ruminah Sidek dalam filem (JPB) sedang makan di ruang dapur dalam keadaan sangat menyeramkan, atau lakonan Putri Mardiana melapah darah di lantai dalam filem Santau. Pelbagai babak ngeri yang berjaya menjelmakan unsur seram yang jelas dan hidup kepada masyarakat.
Bayangkan anak kecil sudah diserapkan akal dengan kewujudan hantu yang berada di merata tempat.
Kekuatan kepercayaan kepada hantu tahyul ini sebenarnya mengancam akidah umat Islam. Syaitan boleh bertepuk tangan kerana ramai manusia lemah pegangan agama dan ilmunya dipesongkan kepada ketakutan terhadap hantu menyelimuti dalam rutin kehidupan dari memikirkan kebesaran Allah.
Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang syirik kepada Allah, maka sesungguhnya mereka sudah melakukan dosa sangat besar. (Surah an-Nisa, ayat 48)
Remaja akan takut bangun pagi semata-mata takut bertemu pocong di bilik bacaan.
Anak kecil menahan kencing kerana takut ke tandas dipercayai adanya momok. Begitu juga masyarakat yang ditutup pemikirannya dengan kisah hantu untuk membenarkan kewujudannya meskipun kehadiran makhluk ini bukan bersifat nyata dan benar.
Kekuatan media sudah pasti mempengaruhi corak kehidupan generasi muda. Lambakan drama di televisyen berkisar cerita hantu disiarkan saban malam. Lebih mendukacitakan sempena Aidilfitri lalu, banyak filem seram ditayangkan.
Kekuatan kepercayaan kepada hantu boleh menggugat keharmonian negara. Lebih ramai pelajar akan mengalami histeria. Lebih ramai umat Islam terdedah kepada amalan sihir semata-mata untuk menghalau hantu jembalang yang dipercayai mengganggu kehidupan. Akhirnya segala jenis penyakit manusia pun dikatakan gangguan momok.
Lebih parah, apabila bomoh, dukun atau peramal perubatan tradisional akan lebih berpengaruh dihampiri masyarakat bagi mengubati penyakit yang dikatakan berpunca daripada makhluk halus atau jembalang. Kebanyakan kes rogol, cabul dan gangguan seksual turut dikaitkan dengan kepercayaan menghalau gangguan makhluk halus atau syaitan.
Kecenderungan bomoh dalam ritual perubatan tradisional yang pelik serta aneh membawa kepada kesongsangan akidah dan diyakini boleh merosakkan iman pesakit yang dirawat. Larangan menjauhi perbuatan syirik sangat dititikberatkan dalam agama.
Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung (kuhhan) dalam sabda bermaksud: Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam. (Hadis riwayat Tabarani)
Rencana agama tulisan Pengendali Blog e-Pendidikan Islam yang tersiar dalam Berita Harian 26.09.2011 (Ruangan Agama)
1. Orang yang melanggar perintah Allah SWT disebut .......................................... .
2. Orang yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid disebut disebut ....................................... .
3. Orang yang keluar dai agama Islam disebut .......................................... .
4.Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan kepada Allah disebut .......................... .
5. Upacara membelah mulut bayi disebut .......................................... .
6. Membuat sumpah taat setia dan perjanjian untuk mematuhi segala perjanjian disebut ..............................
7. Berpegang dan mengikut pendapat terdahulu disebut .......................................... .
8. Menjual dan membeli sesuatu dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko yang besar disebut .......................................... .
9. Dokumen yang mengandungi kontrak insurans disebut .......................................... .
10. Gelaran orang yang menghafal lebih 700 000 hadis disebut .......................................... .
Untuk mendapatkan jawapan sila email : Jawapan Istilah(2) ke muhd.live@yahoo.com
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
Para pelajar sekalian,
mesti mengetahui maksud al-Tadwin iaitu disiplin ilmu.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).
i. Tawaf Qudum: Bagi jemaah haji yang baru sampai ke Mekah tanda mengucapkan selamat datang kepada Baitullah
ii. Tawaf Sunat: Bagi jemaah haji yang ada kelapangan di Mekah boleh tawaf sunat pada bila-bila masa
iii Tawaf Ifadah: Tawaf yang menjadi rukun perlu dilakukan sebaik wukuf di Padang Arafah
iv. Tawaf Widak: Bagi jemaah haji yang selesai melaksanakan ibadat haji dan berniat pulang ke tanah air melakukan tawaf mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).