08 September 2011

Soalan Ramalan SPM 2011 Pendidikan Islam: Berikan maksud Syiah?

1. Berikan maksud Syiah?

Jawapan: Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah sebaik kewafatan Rasulullah SAW.

Syiah terbahagi kepada tiga golongan utama:

i. Syiah Imamiyah (Syiah Imam Dua Belas)
- Berpendapat jawatan pemimpin umat Islam (Imam) hanya layak disandang oleh Ahli Bait. (Keturunan Rasulullah SAW)

ii. Syiah Zaidiah:
- Diasaskan oleh Zaid bin Ali Zainal Abidin (cicit kepada Saidina Ali)

iii. Syiah Batiniah:
-Pandangan mereka yang menganggap al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin hanya difahami oleh Imam mereka sahaja. Kumpulan ini paling radikal dan sesat kerana berpegang bahawa Saidina Ali dan Imam mereka yang lain sebagai tuhan.
- Menghalalkan kemungkaran seperti boleh minum arak














Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

06 September 2011

Soalan Ramalan SPM 2011 Pendidikan Islam: Berikan maksud syirik dan contohnya?

1. Berikan maksud syirik dan contohnya?
Jawapan: Syirik ialah perbuatan menyekutukan Allah pada sifat-Nya, perbuatan-Nya dan zatnya.
Antara contoh amalan syirik ialah menyembah bulan, minta hajat di kubur keramat.

Antara faktor penyebab berlakunya amalan syirik ialah:
- lemah pegangan agama
- terpengaruh dengan kemewahan hidup
- tidak mempercayai balasan buruk di hari akhirat
- bergaul dengan golongan yang mengamalkan syirik

Para pelajar yang dihormati,

Khurafat dan syirik berbeza.
Khurafat lebih kepada kepercayaan karut yang dianggap ada hubungan dengan agama Islam sebaliknya bercanggah dengan al-Quran dan hadis. Contohnya ialah:

1. Membuang ancak
2. Mandi 1 Safar untuk tolak bala
3. Percaya burung hantu boleh bawa kematian
4. Tilik nasib

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

05 September 2011

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: 1. Apakah syarat bagi orang lelaki yang berhak dalam penjagaan kanak-kanak perempuan?

Soalan: 
1. Apakah syarat bagi orang lelaki yang berhak dalam penjagaan kanak-kanak perempuan?
A. Mestilah ajnabi kepada kanak-kanak tersebut
B. Mestilah jiran terdekat kepada kanak-kanak tersebut
C. Mestilah mahram kepada kanak-kanak tersebut
D. Mestilah bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut

Jawapan: C. Mestilah mahram kepada kanak-kanak tersebut

(Para pelajar, kalau kita panjangkan akal kita, masih ada kanak-kanak hidup terbiar melarat tanpa kasih ibu dan bapa. Sekiranya kita ditakdirkan lahir sebagai anak dari keluarga miskin, serba kekurangan namun nasib kita masih baik berbanding kanak-kanak dalam gambar ini.) 
Nota Ringkas:
1.    Hadanah ialah hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
2.    Hadanah merangkumi penjagaan jasmani, rohani, dan akal mereka agar mereka mampu menghadapi hidup setelah dewasa.
3.    Hukum hadanah bagi anak yang belum mampu berdikari adalah wajib.
4.    Hak hadanah wajib dilaksanakan walaupun berlaku penceraian antara suami dan isteri.
5.    Dalam Islam, ibu paling berhak memelihara anaknya.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

04 September 2011

Kemalangan Maut: Takdir Yang Tiba-Tiba Memanggil


Aidilfitri telah berlalu, kematian demi kematian berlangsung di atas jalan raya. Hari ini bukan kita namun kita pasti melaluinya dari hari ke hari.
Bermohonlah kepada Allah agar kematian kita bukanlah dengan cara ngeri atau menyeksakan. Masakan doa kita tidak diperkenankan sekiranya setiap hari kita memohon dicabut nyawa kita dalam keadaan mulia dengan cara mulia.


Firman Allah SWT dalam surah al- Nahl ayat 70:

Maksudnya: Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian Ia mewafatkan kamu; dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadilah ia lupa akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. 

Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: 
Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?� Baginda menjawab' Seberapa yang banyak kamu kehendaki�. Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, bagaimana jika separuh?� beliau menjawab, Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu�. Aku bertanya lagi, bagaimana jika 2/3?� Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu�. Aku bertanya lagi, bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?� Baginda menjawab, oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu�. (Riwayat Hassan)

Huraian Hadith: 
1. Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian adalah seumpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam berbagai bentuk termasuk dengan berlakunya sesuatu bencana.
2. Mala petaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.
3. Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.
4. Orang yang banyak berselawat adalah orang yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.
5. Sesungguhnya arahan Rasulullah saw. supaya umatnya memperbanyakkan selawat adalah juga disertai dengan suruhan agar kita tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangannya.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

25 August 2011

Pasar Malam Dan Waktu Maghrib Ada Syaitan Berpesta



Sebagai wasiat yang penting daripada Nabi SAW seperti yang diriwayatkan al-Imam al-Bukhari dan Muslim.
Baginda bersabda:
"Apabila kegelapan malam tiba, iaitu waktu petang, tahan anakmu, sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mereka, tetapi tutup pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT, sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya."
INFO: Elak gangguan syaitan
* Membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
* Membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan di atas sebanyak tiga kali atau lebih.
* Zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan.
* Larang anak keluar ketika Maghrib dan tutup pintu rumah kerana syaitan bertebaran pada waktu itu.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

23 August 2011

AIDIL FITRI YANG MULIA DALAM AKHLAK TERPELIHARA

Para pelajar yang dihormati sekalian, bulan ramadan menghampiri penghujung. Promosi pahala masih terbuka untuk kita semua mencari peluang menebus dosa dan meraih keampunan menghampiri saat-saat akhir.
Tentunya 1 Syawal akan menjelma yang amat dinantikan kerana inilah hari yang paling bahagia perlu disambut dan kita telah lalui sejak kecil lagi.
Panorama kasut, seluar baju, dan semuanya baru menanti di pintu pagi aidilfitri. Dalam kemeriahan sambutan di pagi raya janganlah lupa mencium tangan kedua ibu bapa kita yang amat menantikan sentuhan cium hormat seorang anak yang amat dikasihi.

Jangan sesekali, cemari kesucian aidilfitri dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Apatah lagi memakai pakaian yang tidak sopan, terbuka aurat ataupun terpampang susuk badan (bagi perempuan). Tudung di kepala untuk sebuah diri yang bermaruah.
Dalam keindahan 1 Syawal ada kubur ayah bonda, datuk dan nenek atau suadara mara yang telah meninggal dunia perlu dikunjungi dengan doa dan surah al-Quran. Perlu ingat, doa dari anak yang soleh boleh membahagiakan roh ayah bonda yang telah meninggal dunia.
Berhati-hati di jalan raya biarpun seronok di dada melimpah ruah hingga ke sana sini. Ziarah-menziarahi dilimpahi pahala berlipat kali ganda sekiranya disertai adab kesopanan seorang Islam atau diberi dosa jika berkelakuan sebaliknya. Salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin dari warga penerbitan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

17 August 2011

Mentega Haram: Maklumat Halal Dan Haram Mesti Disebarkan

Mentega Golden Churn Butter telah disahkan haram kerana mengandungi DNA Babi. Umat Islam mestilah perhatian dan peka. Semalam JAKIM telah mengesahkan ketidakhalalan mentega ini.

Para pengguna umat Islam. Di sini saya serta kod dalam ramuan sesuatu produk yang tertera di kandungan bahan. Kod mengandungi DNA babi ialah:

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT




1) E100 16) E 280 31) E434 46) E482

2) E110 17) E 300 32) E435 47) E483

3) E120 18) E301 33) E436 48) E491

4) E140 19) E325 34) E440 49) E492

5) E141 20) E326 35) E441 50) E493

6) E153 21) E327 36) E470 51) E494

7) E160 22) E334 37) E471 52) E495

8) E161 23) E335 38) E472 53) E542

9) E210 24) E336 39) E473 54) E570

10) E213 25) E337 40) E474 55) E572

11) E214 26) E422 41) E475 56) E631

12) E216 27) E430 42) E476 57) E635

13) E234 28) E431 43) E477 58) E904

14) E252 29) E432 44) E478 59) E920

15) E270 30) E433 45) E481

...............................................................

03 August 2011

AHMAD ZOON : KEMATIAN ADALAH PASTI, MILIK SEMUA MANUSIA, HARI INI KAU TELAH PERGI, AL-FATIHAH BUATMU

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”Cikgu Ahmad Zoon Bin Ismail, guru yang terbaik pernah saya ditemui dalam kerjayanya kini telah menghembuskan nafas terakhir jam 7.30 pagi (03.08.2011) di rumahnya Simpang Ampat.



Kesempatan bertemu dengannya sewaktu melawat di Hospital Besar Pulau Pinang 26 Julai lalu masih menggamit di ingatan.
Wajahnya tampak bertarung dengan derita kesakitan ketika anggota badannya membengkak kerana disebabkan penyakit (kerosakan hati)  
Mengambil iktibar dari keiklasan kata-katanya yang dalam pasrah kesakitan yang amat. "Ketika sakit kita semua akan lupa tentang malu, kemarahan akan cepat menguasai hanyalah kesabaran mampu mengatasi.
Kata-kata terakhir beliau akan sentiasa terdengar, kerana di hadapan kita ada kematian yang pasti. Milik semua manusia.
Kehilangan beliau pasti dirasakan oleh anak isteri, kaum kerabat dan sahabat terdekat. Sebaiknya mengambil iktibar ketabahan diri Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan kematian orang disayangi. Diriwayatkan daripada Anas bahawa apabila Rasulullah SAW melihat Ibrahim, putera kesayangan baginda menghembuskan nafas yang terakhir, air mata Rasulullah mengalir deras. Lalu Abdurrahman bin Auf pun bertanya: “Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah?”,
Baginda menjawab: “Wahai Ibnu Auf, ia adalah air mata rahmat”. Kemudian Rasulullah SAW menyambung: “Sesungguhnya mata itu dapat menitiskan air, hati dapat bersedih dan kami tidak mengatakan sesuatu kecuali yang diredai oleh Allah. Kami sangat bersedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim (Muttafaq ‘alaih).”

Pemergian Cikgu Ahmad Zoon Bin Ismail yang dilahirkan pada 1970 ke pangkuan Ilahi meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hati rakan sejawat dan para pelajar yang mengenali.
Bakat beliau dalam kejurulatihan bola sepak amat disegani di pelbagai peringkat. Kejayaan beliau membawa pasukan bola sepak SMTSPP menjadi Johan Kejohanan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan pada 2007 akan dikenang semua pelajar dan pihak sekolah.
Pemergian beliau dalam usia 41 tahun cukup dirasakan seperti kehilangan sebuah permata paling berharga.  

Pada jam 2.30 petang semalam, beliau bermukim di alam baru. Al-Fatihah kepada arwah dengan doa semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh.

28 July 2011

Selamat Datang Dan Selamat Bertugas

Panitia Pendidikan Islam mengalu-alukan kedatangan pengetua baru, En. Husain Marican Bin Hassan ke Sek Men Teknik Seberang Perai Pulai Pinang. Tarikh 1 Ogos 2011 adalah hari pertama beliau memasuki bilik pengetua yang telah ditinggalkan oleh En Zainal Abidin Bin Jaffar yang telah berpindah ke SMT Kangar, Perlis dan turut memulakan tugasnya pada tarikh yang sama. Selamat bertugas untuk keduanya.

27 July 2011

Soalan Ramalan SPM 2011 Pendidikan Islam

1. Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh ………………………………............................ .

Jawapan: Abu Abbas Abdullah Al-Saffah

2. Kerajaan Bani Abbasiyah terbina selama ……………………………….. tahun.
Jawapan: 518 tahun.


3. Cara pelantikan khalifah kerajaan Bani Abbasiyah adalah secara ................................ .
Jawapan: warisan


4. Terdapat seramai ........…. orang khalifah telah memerintah kerajaan Bani Abbasiyah.
Jawapan: 37


5. Khalifah Harun al-Rasyid telah membina perpustaakaan terbesar di Baghdad iaitu ……………………………….. .
Jawapan: Baitul Hikmah

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Membina jemaah Islam dalam komuniti ummah

Membina jemaah Islam dalam komuniti ummah.

Sila klik di sini...
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MembinajemaahIslamdalamkomunitiummah/Article/print_html

29 April 2011

Tokoh Islam: Sultan Muhammad al-Fateh

  • Sultan Muhammad al-Fateh ialah khalifah ke-7 Kerajaan Islam Usmaniyyah yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi.
  • Digelar Muhammad al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. 
  • Baginda memerintah selama 30 tahun (1451-1481).
  • Pada 29 Mei 1453 Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam di bawah usaha gerakan tentera pimpinannya. 
  •  




14 April 2011

Hukum solat memakai baju bergambar

Diriwayatkan dari Aisyah katanya:”Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, nabi berkata:”Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku.”



(al-Bukhari)

22 March 2011

Jepun: Bencana Atau Bala Dari Pencipta

Dalam dunia sibuk, Jepun tiba-tiba dilanda musibah besar yang bakal memeranjatkan negara rakan-rakan niaga di seluruh dunia. Umumnya dunia hari ini mengkagumi teknologi Jepun yang cepat dan pantas menerokai kemajuan sebaliknya tanggal 11 Mac 2011 telah merubah segalanya. Tragedi yang cukup besar bersama radiasi nuklear yang terbebas sudah pasti menakutkan rakyat.
Kejayaan Jepun dalam menghasilkan ciptaan membantu manusia hidup lebih mudah dan selesa. Kebebasan berfikir turut mempengaruhi ciptaan-ciptaan lain yang boleh merosakkan pemikiran dan akhlak manusia.
Bala yang cukup besar mesti diinsafi dengan mendalam kerana kebebasan berfikir mereka kadang-kala merosakkan akhlak umat Islam di serata dunia.




Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

08 February 2011

Tazkir : Rezeki Yang Diberikan Allah Kadang-Kadang Kala Merimpah Ruah Untuk Hambanya

Salam sejahtera,
Kerjaya menoreh hari ini boleh meraih pendapatan di antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan meskipun dengan hanya mengambil upah menoreh di kebun orang lain apatah lagi kebun getah milik sendiri.
Kenaikan dari masa ke semasa  harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram
menjadikan kerjaya ini semakin mendapat perhatian.
Rezeki Allah ada di mana-mana, hari ini Allah membuka pintu kepada para penoreh yang masa dahulu dalam kategori miskin beroleh kesenangan lantaran harga getah sekitar RM2.00 sekilogram. 

Mungkin hari kedepan ada rezeki yang lain untuk pekerja di sektor yang lain. Pastinya kita perlu bersabar dan teruskan berusaha dengan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Lihat hadis ini:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

24 January 2011

Kesenangan Di Bumi Kita Yang Wajib Disyukuri

Salam,

Barangkali sewaktu ini - masyarakat kita sibuk membicarakan DUN Tenang, yang sedang panas, atau disibukkan dengan kemenangan kelab-kelab M.U, Real Madread atau Chealsea yang telah berjaya melalaikan umat Islam terhadap rakyat Palestain yang kian galak dibunuh satu persatu oleh kaum Yahudi. Semalaman Akram al-Samamra, 31, dan Hossam al-Gamary ditelah ditembak oleh askar Yahudi di Tebing Barat.

Kesenangan malam dan siang di bumi Malaysia ini bukanlah menjadikan kita terlupa untuk saudara seagama yang lain yang sedang sakit atau merana.

Sekurang-kurangnya luangkan masa untuk merenung umat Islam yang sedang dilanda musibah atau nikmat keamanan yang semakin hilang dan hilang.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

19 January 2011

Sedekah Jariah: Membantu Umat Islam Yang Dilanda Musibah

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Untuk mendermakan jariah anda boleh masukan wang anda ke akuan Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah (Bank Islam di nombor 02011010080175).



Baca laporan berita ini untuk mendapatkan penjelasan.
ALOR SETAR 18 Jan. - Warga Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah di Jalan Sungai Korok,
Lebuh Raya Sultan Abdul Halim menerima bantuan sebanyak RM10,000 bagi membaik pulih sebahagian bangunannya yang terbakar pada Ahad lalu.

Bantuan segera itu disumbangkan oleh Badan Perhubungan UMNO Kedah melalui Pengerusinya, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah yang disampaikan kepada Mudir maahad itu, Syeikh Mohamad Rodi Abdul Rahman Al-Hafiz, di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata, sumbangan awal itu bagi meringankan beban pihak terbabit membaiki kelas dan membeli peralatan untuk membolehkan 65 pelajarnya mengikuti pengajian seperti biasa.

"Kita akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membantu maahad ini selain bantuan daripada Jabatan Agama Islam negeri," katanya selepas melawat maahad tersebut di sini, hari ini.
Dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 10.45 pagi Ahad lalu, tiga buah kelas di tingkat atas bangunan maahad itu musnah dijilat api dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Ahmad Bashah berkata, pihaknya akan mengatur lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke maahad tersebut untuk melihat sendiri keadaannya.

Menurutnya, maahad yang beroperasi sejak 1998 itu mempunyai rekod pencapaian cemerlang apabila sebanyak 50 lepasan pusat itu telah berjaya melanjutkan pengajian ke universiti di Timur Tengah termasuk Universiti Al-Azhar di Mesir dalam jurusan Al-Quran Wal Qiraat.

Sementara itu, Mohamad Rodi berkata, sumbangan segera tersebut akan digunakan untuk membaiki kelas dan bangunan yang terbakar bagi memastikan pembelajaran pelajar-pelajarnya berjalan seperti sedia kala.

"Buat masa ini, pelajar sijil tahfiz sebanyak 33 orang terpaksa belajar sementara waktu menumpang di surau berdekatan manakala 32 pelajar diploma tahfiz mengikuti pelajaran di kelas biasa," katanya.

Beliau berkata, nilai kerugian akibat kerosakan bangunan dan kelas dianggarkan sebanyak RM150,000 manakala kerugian kemusnahan buku, meja, bangku dan peralatan kelas dianggarkan bernilai RM20,000.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada UMNO Kedah dan pihak lain serta pelbagai individu yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban membaik pulih bangunan tahfiz tersebut yang mempunyai tujuh orang tenaga pengajar tetap dan empat orang ustaz sambilan.
"Bebanan dan tanggungjawab kami rasa terubat dengan adanya bantuan ini yang memberi semangat kepada kami atas sokongan daripada pelbagai pihak," katanya.
Mohamad Rodi berkata, maahad tersebut mempunyai pelajar dari seluruh negara dan beberapa negara Asia Tenggara berusia antara 13 hingga 19 tahun dengan 11 orang daripadanya pelajar perempuan.
Mengenai pencapaian maahad itu, menurutnya, 30 bekas pelajarnya kini melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam jurusan Al-Quran Wal Qiraat dengan seorang daripadanya pernah diberi penghormatan menjadi imam hafiz 30 juzuk sepanjang Ramadan lalu di sebuah masjid di Mesir.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada mahaad itu boleh menderma melalui akaun Bank Islam di nombor 02011010080175.

Sumber Utusan Malaysia
19.01.2011

02 January 2011

Pendaftaran Kelas Baru

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

30 December 2010

Sambutan Menjelang Tahun Baru: Jangan Sampai Maruah Tergadai

Salam.

Cuti hampir sebulan berlalu dengan pantas, sekarang tibalah detik permulaan hari persekolahan. Ada yang lebih manis ialah permulaan tahun 2011 yang dinanti untuk dikira oleh sebahagian besar penduduk di negara kita dan seluruh dunia. Masing-masing mengharapkan pengisian yang lebih baik berlaku untuk tahun 2011.

Orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar takwa akan menadah tangan berdoa dan bertahajud agar tahun 2011 menjadi medan untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Perubahan besar yang diingini akan menjadi jihad dalam diri untuk memperelokkan diri, iman, kerjaya dan matlamat.

Menjelang tahun baru pasti pelbagai konsert akan diadakan di serata negeri bagi memeriahkan penantian detik 2011, namun apa gunanya kalau sampai maruah diri tergadai.

Menghabiskan wang di tapak pesta kelak, satu persoalan yang ditanya Allah tentang kemanakah nikmatnya yang dikurnia-Nya.

Anak-anak remaja sudah pasti merempit menempah maut di awal 2011...

Jangan kita mati dalam keadaan kehinaan atau di tempat yang hina sementara bala dari Allah sedia menanti.


Salam

(Muhdlive)

01 December 2010

SPM

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU