14 October 2010

Ramalan SPM Pendidikan Islam 2010

1. Kenapakah Imam Abu Hanifah digelar al-Hakim?

Jawapan:  Kerana beliau telah menghafaz lebih 700 000 ribu hadis.

Sehari Satu Soalan Ramalan SPM 2010 (Pend. Islam): Jelaskan garis panduan dan adab-adab ketika menziarahi jenazah?

3. Antara garis panduan dan adab ketika menziarahi jenazah ialah:
  • Berdoa supaya jenazah diampunkan Allah.
  • Menunaikan solat jenazah
  • Menghulurkan bantuan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian.
  • Melahirkan perasaan simpati dan duka cita terhadap kematian arwah
  • Memberi kata-kata yang boleh meringankan beban keluarga si mati
  • Boleh mengucapkan takziah kepada keluarga si mati tidak melebihi 3 hari.
  • Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

08 October 2010

Sehari Satu Soalan Ramalan SPM 2010 (Pend. Islam): Jelaskan maksud ibadat Nawafil?

1. Jelaskan maksud ibadat Nawafil?
Jawapan: Ibadat-ibadat sunat.

2. Bagaimanakah cara untuk melakukan ibadat nawafil dalam kehidupan seharian?
  • Melakukan solat sunat seperti solat tahajud, witir, hajat, tasbih dan sebagainya
  • Membaca al-Quran
  • Berzikir dan berselawat
  • Berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis
  • Bersedekah kerana Allah

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

01 October 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Kumpalan ajaran sesat yang manakah yang telah mengubah arah kiblat ke Acre, Palestain?

1. Kumpalan ajaran sesat yang manakah yang telah mengubah arah kiblat ke Acre, Palestain?
A. Bahai
B. Taslim
C. Qadyani

Jawapan: A. Bahai

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

30 September 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: 17. Jelaskan gelaran yang mashyur bagi Imam Ghazali kerana kefasihan beliau berhujah dalam mempertahankan Islam??

17. Jelaskan gelaran yang mashyur bagi Imam Ghazali kerana kefasihan beliau berhujah dalam mempertahankan Islam?


A. Bapa Usul Fiqh

B. Bapa Ahli Hadis

C. Hujjatul Islam

D. al-Hakim

Jawapan: C. Hujjatul Islam

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

29 September 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Nyatakan nama lain bagi al-Quran?

1. Nama lain bagi al-Quran ialah al-Kitab, al-Furqan, al-Zikr, dan ________________ .


Jawapan: al-Bayan

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

28 September 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Nyatakan karya peninggalan HAMKA kepada umat Islam di Nusantara Melayu?

1. Hasil karya HAMKA boleh dibahagikan kepada bidang iaitu:


i. Agama: Kitab Tafsir al-Azhar, Tasawuf Moden, Arkanul Al-Islam, Revolusi Agama, Sejarah Umat Islam

ii. Falsafah: Kitab Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Pandangan Hidup Muslim

iii. Sastera: Novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Laila Majnun, Menunggu Biduk Berbunyi, Mandi Cahaya Di Tanah Suci.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

21 September 2010

Suatu Pagi Yang Terbit Bening: Emel Dari Rakan

Salam Syawal,

Dalam membuka lembaran pagi ini, ada kiriman emel dari seorang rakan yang perihatin dengan masa depan umat Islam. Diambil dari emelnya berbunyi:
"Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad

Maeine (Saudi Arabia)"

Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW.

selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi

didatangi Rasulullah SAW lalu kepada hamba dan dikhabarkan,

"dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang

matinya dalam keadaan beriman kerana.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.

(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat

kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu

menyedarkan kepada orang Islam ini supaya

membuat kebajikan, kerana hari

penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana

bintang akan terbit dari langit, sesudah itu

matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita

Muhammad SAW.

(b) bertaubatlah - dengan segera sementara

Pintu Taubat masih terbuka.

(c) Bersembahyanglah

(d) berzakat - jangan ditinggalkan.

(e) Menunaikan fardhu haji - bila

berkemampuan.

(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu

bapa.


Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

20 September 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal jenayah?

1. Antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal jenayah ialah:


  • Mahkamah Syariah diberikan kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun
  • atau denda sehingga RM5000
  • atau sebat enam rotan atau kedua-duanya.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

04 September 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelas hukum bagi perkara-perkara berikut?

1. Jelas hukum bagi perkara-perkara berikut?

Hukum bagi setiap perkara ini ialah:
  • Zihar : Haram
  • Nusyuz: Haram  
  • Lian: Harus
  • Fasakh: Harus
  • Khuluk: Harus
  • Talak: Harus
  • Jual beli: Harus
  • Gadaian: Harus
  • Sewa: Harus
  • Insurans: Harus
  • Saham: Harus
  • Hadiah: Harus
  • Walimatulurus: Sunat Muakkad
  • Korban dan Akikah: Sunat Muakkad
  • Perkawinan: Sunat
  • Sedekah: Harus 
  • Mahar: Wajib
  • Hutang: Wajib dibayar
  • Hutang: Wajib dicatat
  • Hutang: Wajib memberikan hutang kepada orang yang sangat memerlukan
  • Hutang: Sunat (hukum asalnya) 

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

03 September 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan hukuman bagi setiap dosa besar berikut?

1. Jelaskan hukuman ke atas peminum arak?

A. 60 kali sebatan

B. 40 kali sebatan

C. 80 kali sebatan

D. 100 kali sebatan

Jawapan: B

2.Nyatakan hukuman kepada penzina muhsan?


A disebat 100 kali

B disuruh bertaubat

C direjam dengan batu hingga mati

D disebat dan direjam dengan batu hingga mati

Jawapan: C

3. Nyatakan hukuman kepada penzina ghairul muhsan?


A disebat 100 kali

B disuruh bertaubat

C direjam dengan batu hingga mati

D disebat dan direjam dengan batu hingga mati

Jawapan: A

4. Hukuman kepada yang melakukan qazaf?


A disebat 80 kali

B disuruh 100 kali

C direjam dengan batu hingga mati

D disebat dan direjam dengan batu hingga mati

Jawapan: A

5. Hukuman kepada melakukan liwat


A disebat 100 kali

B dikurung sehingan bertaubat atau meninggal dunia

C direjam dengan batu hingga mati

D disebat dan direjam dengan batu hingga mati

Jawapan: B

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi
digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

02 September 2010

Ramalan Soalan SPM Pend. Islam: Jelaskan dua hikmah wanita diwajibkan menutup aurat?

1. Jelaskan dua hikmah wanita diwajibkan menutup aurat?
  • Mengelakkan daripada fitnah
  • Menjaga maruah diri/Islam
  • Mengelakkan berlaku maksiat
  • Menjaga maruah agama
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

01 September 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Nyatakan kesan penerbitan majalah pertama di Tanah Melayu iaitu al-Imam kepada dunia penulisan nusantara?

1. Nyatakan majalah-majalah lain yang terbit  di Nusantara Melayu selepas lahirnya majalah al-Imam di Tanah Melayu?

  • Al-Munir di Indonesia (1908)
  • Neraca di Singgapura (1911)
  • Pengasuh di Malaysia (1918)
Penerangan tentang majalah al-Imam

1. Majalah al-Imam telah berjaya diterbitkan oleh
Syeikh Tahir Jalaluddin dan sahabatnya
Syed Syeikh al-Hadi pada Julai 1906
dan merupakan majalah tertua di Malaysia.


2. Pada tahun 1908, majalah al-Imam terpaksa diberhentikan
akibat tekanan yang diterima melalui penjajah Inggeris dan Belanda.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

31 August 2010

Perkongsian Minda: Sesampai Lailatul Qadar

Semalam terpercik buih-buih api di sekitar permukaan langit menandakan kemerdekaan bagi negara Malaysia yang tercinta selama 53 tahun berlangsung.

Di saat ini jualah 10 terakhir ramadan yang perlu digunakan untuk memohon keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan secara segaja atau tidak, yang lampau dan masa kini.

Pembacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dilipatkalikan dengan seribu pahala pada bulan ramadan ini hanya untuk orang yang melihat akan peluang keemasan ini.

Lafaz-lafaz zikir akan didengari oleh Allah dan diganjaran yang terlalu lumayan
.
Sebelah malam, tidak terhenti setakat ibadat tarawikh, kewujudan solat tahajud yang disebut dalam surah Isra adalah satu perintah yang mesti ditunaikan oleh orang yang memilih takwa sebagai gaya hidup.

Matlamat besar ramadan adalah kedatangan Lailatul Qadar.Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Justeri, tamat bulan ramadan, bersihlah kita dari segala dosa seumpama bayi dilahirkan. Itu yang kita harapkan.

Maksud hadis:
Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan tanggungjawab ibu bapa semasa mengandungkan anak?

1. Antara tanggungjawab ibu bapa semasa mengandungkan anak ialah:
i. Ibu bapa hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara maksiat.

ii. Ibu bapa wajib menunaikan kewajipan agama dan bersabar serta melazimi membaca al-Quran.

iii. Ibu bapa wajib menjaga akhlak dan sentiasa berdoa agar mendapatkan zuriat yang soleh.


Berwirid dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran mampu mempengaruhi jiwa dan naluri anak yang dikandung ke arah
nilai keislaman dan kewarakan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

26 August 2010

Bonus Raya RM500 @ Bonus Ramadan Dari Langit Yang Terbuka

Salam ramadan

Fasa kerahmatan telah berakhir, disusuli fasa kedua iaitu keampunan dari Allah SWT.
Alangkah bertuah orang yang mendapat kerahmatan pada fasa sepuluh hari pertama.
Pertengahan ramadan ini akan berakhir, benarkah kita sudah memohon keampunan dari Allah
atas dosa yang terlanjur dilakukan sebagai hamba yang sentiasa lupa dan alpa.

Alhamdulillah, rezeki ramadan masih ada. Bonus Raya: RM500 Kepada Semua Kakitangan Awam telah diumumkan.
Bagaimana pula bonus dari Allah kepada hamba yang mengambil peluang beribadat?

Antara kehebatan berpuasa ialah:

1. Firman Allah SWT: Maksudnya : Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar
[Al-Ahzab : 35]

2. Firman Allah SWT: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu...
(al-Baqarah 2: 185)

Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan ciri-ciri makanan yang baik?

1. Ciri-ciri makanan yang baik adalah:
  • Tidak memudaratkan kesihatan dan tidak beracun
  • Makanan dari sumber yang halal
  • Makanan yang bersih dan segar
  • Tidak ada dalil yang mengharamkannya
  • Disembelih dengan nama Allah S.W.T.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: يَـأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا. وَقَالَ تَعَالَى: يَـأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَارَزَقْنَاكُمْ. ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلُ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَارَبُّ يَارَبُّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ.   (Riwayat Muslim)

2. Jelaskan potongan hadis ini:

  • لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا : Allah tidak menerima melainkan yang baik
  • وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ: Makanan dan minumannya haram
  • كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ: Makanlah makanan yang baik
  • فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَه: ُBagaimanakah diperkenankan doanya 
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

25 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pend. Islam: Apakah jenis undang –undang Islam yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris

1. Apakah undang –undang Islam yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris.


A. Undang-undang Keluarga Islam

B. Enakmen Hukum Syarak

C. Undang-undang Syariah

D. Hukum Kanun Melaka

Jawapan: D. Hukum Kanun Melaka
(Hukum Kanun Melaka pada mulanya merupakan peraturan yang tidak bertulis. Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan, rakyat, dan negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun ini sudah dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456 M) namun ia baru ditulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489-1511 M). Itulah sebabnya Hukum Kanun ini hanya dianggap ada setelah tahun 1489 M)

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

24 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Apakah yang dimaksudkan dengan Jizyah?

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Jizyah?
Jawapan: Jizyah adalah cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah?


Manakala orang Islam dikenakan zakat. Justeru keadilan terserlah dengan kedua penganut Islam dan bukan Islam tetap dikenakan cukai.
2. Sebutkan sumber kewangan kerajaan Bani Abbasiyah?
Antara sumber kewangan kerajaan Bani Abbasiyah ialah: i.Zakat,
ii. Jizyah,
iii. Ghanimah,
iv. Ushur,
v.Fai',
vi. Kharaj


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

23 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan peranan Mahkamah Syariah?

Antara peranan Mahkamah Syariah ialah:

• Memberikan khidmat nasihat: Mahkamah Syariah menyediakan perkhidmatan runding cara, perdamaian, dan pertemuan antara suami dan isteri yang bertelingkah.

• Menyelesaikan kes: Mahkamah Syariah bertanggungjawab menerima dan menyelesaikan kes-kes yang berada di bawah bidang kuasanya secara adil.

• Memberikan maklumat perundangan kepada orang ramai: Mahkamah Syariah telah berusaha untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat tentang maklumat perundangan.
  • Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya. Hasil daripada sumber atau usaha mereka bersama.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU