12 August 2010

Kasih Bapa: Mencari Kebahagiaan Untuk Anak

Firman Allah:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu keduanya perkataan ‘Ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasuh aku sewaktu kecil.”
(Al-Isra’: 23-24)

Para pelajar yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi mendapatkan kejayaan hidup di dunia dan akhirat, ada tiga perkara utama yang perlu dijaga iaitu:

i. Hubungan kita dengan Allah
ii. Hubungan kita dengan ibu bapa
ii. Hubungan kita sesama manusia

Bagi hubungan Allah (Hablul Minal Allah) kewajipan menunaikan amalan fardu seperti solat, puasa di bulan ramadan, menutupi aurat dan menjaga batas-batas pergaulan.

Bagi hubungan dengan ibu bapa, anak-anak wajib mentaati keduanya serta jangan menyebabkan keduanya mengalirkan air mata ketidakredaan. Perlu diingat! Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa.

Bagi yang ketiga adalah (Hablul Minal Nas) iaitu hubungan kita sesama manusia dengan mempamerkan tata cara hidup yang sopan dan tidak mencabuli hak-hak orang lain.

 
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan adab menziarahi jenazah mengikut Islam?

Antara garis panduan dan adab ketika menziarahi jenazah ialah:

  • Berdoa supaya jenazah diampunkan Allah.
  • Menunaikan solat jenazah
  • Menghulurkan bantuan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian.
  • Melahirkan perasaan simpati dan duka cita terhadap kematian arwah
  • Memberi kata-kata yang boleh meringankan beban keluarga si mati
  • Boleh mengucapkan takziah kepada keluarga si mati tidak melebihi 3 hari.
  • Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-quran dan
  • Berdoa sebelum jenazah dikebumikan.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

11 August 2010

Ramadan Yang Bermula Manis

Salam,

Maghrib pertama di bulan ramadan mengajak ke ruang keinsafan dan peluang beribadat kepada Allah sudah bermula.

Suasana petang yang terpancar dari tempat akan terbenam matahari mengharap hati-hati manusia menyedari akan pintu keampunan Allah akan terbuka luas sepanjang ramadan.

Sekitar SMT Seberang Perai dipenuhi bunga-bunga penantian pintu ramadan al-mubarak ini dengan  manis.
Nurkilan rasa:: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Amalan Duha: Latihan Di Bulan Ramadan Untuk Bulan Seterusnya

Maksudnya:
"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu.”
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Waktu Duha
Duha yang bermaksud pagi dan bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh lebih kurang segalah. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan kepentingan pembelajaran para pelajar)

10 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan hukum talak?

Hukum talak berlaku mengikut situasi seperti berikut:
i. Wajib: Apabila suami tidak dapat melaksanakan kewajipan seperti memberi nafkah atau suami melakukan kezaliman.

ii. Sunat: Apabila isteri mempunyai akhlak yang buruk dan tiada cara dapat memperbaikinya.

iii. Haram: Apabila dilafazkan pada waktu yang diharamkan seperti waktu isteri sedang haid, hamil, dan nifas atau bertujuan menganiayanya

iv. Makruh: Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang soleh.


Mahkamah Syariah Sebelum Penjajahan


Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan British lagi. Ini dapat dilihat melalui:
i. Undang-Undang Kanun Melaka dan
ii. Undang-Undang Laut Melaka.

Undang-Undang Melaka telah menjadi asas kepada undang-undang negeri Melayu yang lain seperti Pahang, Kedah dan Perak.
Selain itu, Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 telah mencatatkan bahawa hukuman zina adalah berdasarkan undang-undang Islam.
(Sumber rujukan: http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/)


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

09 August 2010

Perkongsian Pengalaman: Hati-hati Dengan Kad Pelancongan

Salam,

Sedikit perkongsian pengalaman - pada awal tahun 2007, saya telah tertarik untuk menyertai Kad Pelancongan dari sebuah syarikat pengeluar kad yang mempromosikan diskaun penginapan hotel terpilih di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.
Setelah membayar deposit dan bakinya boleh dijelaskan dalam beberapa bulan kemudian.
Setelah beberapa minggu saya membuat keputusan untuk tidak menyertainya serta tidak menjelaskan bakinya kerana mengambil manfaat dan menumpukan perbelanjaan kepada urusan lain. Dalam tempoh itu saya tidak menerima apa-apa kad dan surat dari Syarikat Pelancongan itu. 

Pada tahun 2009 bulan Julai, saya telah dihubungi oleh agen syarikat pelancongan itu melalui telefon supaya menjelaskan baki yuran penyertaan pada hari dihubungi tersebut. Menurut ejen syarikat itu tidakan saman akan dikenakan ke atas saya sekiranya saya gagal menjelaskan baki yuran tersebut. Saya merasakan tindakan mereka keterlaluan kerana adalah menjadi hak pengguna untuk memilih menyertai atau tidak. Antara ugutan mereka ialah:
i) Borang keahlian yang saya tandatangani akan menyebabkan saya akur dengan polisi syarikat mereka.
ii) Mereka kaitkan mereka adalah syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia yang boleh menyenaraihitamkan nama saya dari mendapat kemudahan pinjaman bank dan kerajaan.


Pada hari jumaat 06 Ogos 2010 yang lalu saya mendapat panggilan dari (private nombor) yang mengaku kakitangan Mahkamah Putrajaya sedang menyemak kes pembicaraan melibat nama saya dengan syarikat pelancongan tersebut.

Menurut kakitangan tersebut saman itu akan ditarik balik sekiranya saya menjelaskan baki yuran penyertaan sebanyak lebih kurang RM800 (selepas dinaikkan kerana melebihi tempoh promosi iaitu RM399) perlu dibayar pada hari tersebut.

Saya mula mensyaki sesuatu yang tidak kena kerana sekiranya panggilan itu dari Mahkamah Putrajaya pastinya nombor panggilan akan tertera.
Menurutnya saman akan sampai pada hari isnin 9 Ogos 2010. Dan saya dimaklumkan kos saman itu hampir RM8000 perlu ditanggung oleh saya.

Saya mula menyemak di internet dan mendapati syarikat ini telah banyak membuat tuntutan mengugut seperti ini.

Sila klik Notis Peringatan dari Kementerian Pelancongan Malaysia yang diambil dari laman http://www.nccc.org.my/

Notis Peringatan

Sekiranya mangsa penipuan ini terkena pada golongan yang kurang ilmu kepenggunaan necaya syarikat ini akan mendapat keuntungan hasil ugutan dan penipuan.
Peringatan: Hati-hati untuk menurunkan tandatangan yang dipujuk oleh promoter yang sentiasa mencari peluang keuntungan kepada syarikat melalui polisi dan termanya

Perkongsian Pengalaman: Muhammad Bin Abdullah @ Ab Shatar 

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan sumbangan Ibnu Sina Kepada Tamadun Islam?

Jawapan:
Sumbangan terpenting Ibnu Sina ialah:

i. Penemuan penyakit baru dan puncanya. Contohnya Rubella, allergy, TB, smallpox dan penyakit jiwa.
ii. Penemuan dalam ilmu farmasi. Contohnya preskripsi untuk pelbagai penyakit kronik dan penciptaan ubat bius.
iii. Mencipta picagari dan benang khusus menjahit luka pembedahan.
iv. Karya beliau yang terpenting seperti al-Qanun Fit Tibb, al-Naja, as-Syifa’u fil Hikmah dan as-Sifa telah menjadi rujukan para sarjana perubatan hingga ke hari ini.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

Pohon Zaqqum: Seksaan Kepada Orang Zalim








Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

06 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan ciri-ciri orang beriman dalam petikan ayat ini?

Jelaskan ciri-ciri orang yang beriman dalam petikan ayat di atas?

    i. Orang yang menunaikan solat dengan khusuk
    ii. Orang yang menjauhi perkara lagha (sia-sia)
    iii. Orang yang menjaga kemaluannya kemungkaran dan zina
    iv. Orang yang mengeluarkan zakat

 
 
 
 
 
 
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

05 August 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan maksud golongan Syiah?

1.Syiah ialah kumpulan yang berhasrat menjadikan Saidina Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW.  Kumpulan ini berpendapat hanya Saidina Ali yang berhak menggantikan Rasulullah SAW.

Golongan Syiah terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu:


i. Syiah Imamiyah: Digelar Imamiyah kerana pegangan mereka yang menyatakan jawatan Imam hanyalah untuk Ahlul Bait

ii. Syiah Zaidiah: Diambil nama pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin

iii. Syiah Batiniah: Antara kumpulan Syiah yang paling radikal dan beranggapan al-Quran mempunyai makna zahir dan batin


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

Info Hukum: Membayar Fidyah Bagi Puasa Yang Tertinggal

Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada’ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengqada’nya lagi dan masuk bulan bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta qada’nya sekali. Seperti contoh :
Seorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengqada’ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :

1. Tinggal 5 hari - Qada’ 5 hari ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun kedua - dan Beras 5 cupak
(1 cupak sehari)
2. Tinggal 5 hari - Qada’ 5 hari ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga - dan  Beras 10 cupak
(2 cupak sehari)
3. Tinggal 5 hari - Qada’ 5 hari ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat - dan Beras 15 cupak
(3 cupak sehari)
Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada’ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.
Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudari itu.
Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada’ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada’ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T.

(Sumber rujukan: Jabatan Mufti Selangor)


04 August 2010

Sehari 1hadis: Jangan Membuka Keaiban Orang Lain & Sahabat

Disediakan oleh: muhdlive

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Berikan maksud hidayah?


1. ________  bermaksud cahaya/petunjuk daripada Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki yang membawa ke jalan kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat dalam rahmat-Nya.

A. Takwa
B. Hidayah
C. Iman
D. Islam


2. Nyatakan hukum tajwid pada kalimah yang bergaris?
Jawapan: Mad Silah Qasirah dan bacaan dipanjangkan 2 harakat.

Penjelasan: Mad Silah Qasirah berlaku apabila huruf (Ha Dhamir) bertemu dengan semua huruf selain (hamzah). 





Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

03 August 2010

Siri Kebenaran al-Quran: Tiada Pencampuran Air Laut dan Sungai

Firman Allah SWT:
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. (Surah al-Rahman: ayat 19-20)




Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Siapakah golongan yang dimaksudkan dengan al-Salaful al-Soleh?

1. Siapakah yang dimaksudkan dengan ulama al-Salaful al-Soleh?


A. Para ulama solehin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu para sahabat, tabi’in, dan atba tabi’in.

B. Para ulama solehin yang berjuang menegakkan agama Allah Taala

C. Para ulama solehin bijak dalam menentukan hukum dan memberikan fatwa tentang sesuatu hukum

D. Para ulama solehin menjadi penasihat kepada kerajaan Islam.



Jawapan: A.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan kepentingan pembelajaran para pelajar)

02 August 2010

Siri Kebenaran al-Quran: Penciptaan Langit, Bumi dan Antara Keduanya Dalam Enam Masa

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan maksud golongan ahli Sunnah Wal Jama'ah?

Jawapan: Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah atau perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bida’ah.


- Nama Akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul selepas berlaku perpecahan di kalangan umat Islam yang dikenali sebagai Fitnah al-Kubra.

-Nama Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah secara rasminya dimahsyurkan oleh Abu Hassan al-Asyaari dan Abu Mansur al-Maturidi.

- Maksud al-Jamaah bersatu untuk berjihad, melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar serta menghidupkan sunnah dan menentang bida’ah.

- Nama-nama lain bagi Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah:

- Ahli Sunnah

- Ahlul Hadis

- Al-Jamaah

- Al-Salaful Soleh

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar)

01 August 2010

Sehari 1hadis: Tanah Perkuburan - Jalan Untuk Akhirat

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli syurga maka syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli neraka maka nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat."

(Ibn Umar r.a)

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Renungan: Ayah Berkerja Keras Mencari Pendapatan Untuk Menangung Anak-Anak

Salam para pelajar yang dikasihi Allah,


Setiap kali ke sekolah engkau dibekalkan dengan wang,
di sebalik harapan ibu dan ayah
memendam hasrat
semoga engkau berjaya
dalam pelajaran.



Si ayah sanggup menadah teriknya matahari
menyemai kesabaran bersama
titik peluh memercik
melihat kepingan wang
sebagai pemimpin dan pengurus kehidupan
pengorbanan tetap dipikul
hanya Tuhan yang mengetahui
setiap kesusahan yang tertanggung
Nah! Beginilah anak-anak zaman ini.
Sudah pandai merokok

Nah! Inilah balasan anak-anak kepada ibu bapa? Semoga Allah menjauhkan amalan ini dari umat Islam
seluruhnya.
Hasil Nurkilan: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

31 July 2010

Info Hukum: Merokok - Amalan Yang Membazirkan?

Salam, para pelajar sekalian,

Merokok adalah tabiat yang perlu dihindari. Seseorang pelajar di alam persekolahan mendapat dosa yang berlipat kali ganda kerana merokok disebabkan:

1. Melanggar peraturan sekolah
2. Menyalahgunakan duit dari ibu bapa anda yang mengharapkan dibelanjakan bagi tujuan pembelajaran
3. Mendedahkan diri kepada gejala negatif dan bakal mendapat kawan-kawan perokok dan penagih
4. Melanggar fatwa ulama yang mengharamkan rokok

Lihat petikan ini:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaaan Kali Ke-37 pada 23 Mac 1995 membuat keputusan seperti berikut :
"Merokok adalah haram daripada pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan". .

Serta berita ini:

Iran dakwa rokok seludup ada darah babi

TEHERAN - Seorang pegawai Iran menyatakan rokok yang diseludup ke Iran telah dicemari dengan darah babi dan bahan nuklear sebagai sebahagian daripada satu konspirasi negara-negara Barat.
Agensi berita separa rasmi Iran, Mehr memetik jurucakap Persatuan Memerangi Perokok, Mohammad Reza Madani sebagai berkata, rokok seludup jenama Marlboro telah dicemari dengan hemoglobin babi dan bahan nuklear yang tidak dikenal pasti.
Dia mendakwa syarikat Philip Morris International yang menjual rokok jenama Marlboro di luar Amerika Syarikat (AS) diketuai rejim Zionis dan ia dengan sengaja mengeksport rokok yang telah dicemari.
Namun, dia tidak menyediakan bukti atau maklumat mengenai rokok yang tercemar itu. Laporan semalam turut tidak menjelaskan maklumat lengkap mengenai bagaimana rokok darah babi itu ditemui.
Pemerintah Iran yang kerap mendakwa negara-negara Barat melakukan beberapa konspirasi menyatakan, sebanyak 20 bilion rokok diseludup masuk ke Iran setiap tahun. - (Harian Kosmo 31.07.2010)


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU