20 July 2010

Soalan Ramalan SPM 2010: Tahnik: Upacara Membelah Mulut Bayi

1. _____________ ialah upacara membelah mulut bayi sewaktu bercukur.

A. Taknik
B. Mulhid
C. Marhaban
D. Zanji
Jawapan: A. Tahnik

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

16 July 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam: Khalifah Umar bin Abdul Aziz

1. Mengapakah Khalifah Umar bin Abdul Aziz dianggap sebagai khalifah al-Rasyidin yang kelima oleh sejarahwan Islam?

Jawapan: Pemerintahan Umar bin Abdul Aziz menyamai dengan corak pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas pemerintah serta berlaku adil dan menekankan keutamaan rakyat melebihi kepentingan peribadi.

* Umar Bin Abdul Aziz adalah salah seorang khalifah Bani Umaiyah. Beliau adalah khalifah yang kelapan dari empat belas orang khalifah Bani Umaiyah.


Kata-kata hikmah Umar bin Abdul Aziz:
Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

15 July 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam: Mengenal Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

Jelaskan peranan Mahkamah Syariah di Malaysia?  

Mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai kuasa dalam perkara mal dan jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri-Negeri.

Info Terbaru:
Pembaharuan Dalam Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Dua Hakim Syariah Wanita yang buat pertama kali dilantik dalam bidang kehakiman syariah di Malaysia.
Gambar menunjukkan Rafidah Abdul Razak (berbaju hitam) dan Surayah Ramlee (berbaju putih) pada sidang akhbar selepas pelantikan mereka diumumkan sebelum ini di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Putrajaya pada 14.07.2010

Disediakan oleh: En. Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

14 July 2010

Alangkah Ngerinya Mati Di Tempat Maksiat: Berdoalah Agar Mati Di Tempat Mulia

Salam,

Kematian adalah satu perkara yang cukup ditakuti. Kedatangannya tidak diketahui -
barangkali esok, lusa atau 20 tahun akan datang. Semua milik Allah Yang Maha Mengetahui. Malaikat Izrail hanyalah yang menjalankan tugas - malahan sampai masa dia terpaksa mencabutnya nyawa sendiri.

Rasulullah SAW di saat kematiannya turut merasai penderitaan.
Dari Aisyah r.a katanya:
"Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)". (Aishah r.a)


Bagaimanakah orang yang mati di tempat maksiat bersama dengan pra GRO dalam keadaan mabuk pastinya mendapat azab yang begitu dahysat.
Ramai pekerja di sektor awam, swasta atau perkilangan di kawasan bandar sanggup meluangkan masa waktu rehat pejabat untuk ke rumah urut, karoeka dan pub untuk mencari ketekanan atau melepaskan stress kerjaya. Adakah ini jalan yang benar?
Sanggupkah mati di tempat begini?

Lihat petikan Utusan Malaysia pada 14.07.2010 - Pusat refleksologi tawar urutan bogel
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 13 Julai - Seorang pelanggan lelaki yang sedang diurut dalam keadaan bogel tergamam setelah diserbu sepasukan polis dalam operasi di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Sungai Besi di sini malam tadi. Malah, ketika diserbu, tukang urut wanita warga asing yang dilanggan lelaki itu juga dalam keadaan tidak berpakaian. Serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam oleh polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

13 July 2010

Cadangan Buku: Permata Generasi Rabbani - Nik Nur Madihah

Para pelajar yang dikasihi Allah:

Memiliki buku Permata Generasi Rabbani - Nik Nur Madihah adalah sesuatu pelaburan yang sangat baik dalam memberikan contoh terbaik menaikkan semangat sebagai seorang pelajar dari aspek kemiskinan tidak menghalang kecemerlangan.

Nik Nur Madihah yang begitu daif kehidupan keluarganya mampu melakukan keputusan luar biasa biarpun dia dari seorang yang amat biasa dan daif seperti  prinsip Raja Shamri atau Abang Raja (seorang pakar motivasi terkenal masa ini).
Raja Shamri sudah dua kali mengunjungi SM Teknik Seberang Perai bagi memberikan ceramah bagi bengkel kecemerlangan akademik.

Jadi, berusahalah membeli buku ini di pasaran. Pahala dari Allah untuk orang yang membelanjakan harta ke jalan yang diredai-Nya daripada membeli majalah hiburan yang melalaikan.
Cetusan pengalaman membaca oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

12 July 2010

Mengenali Syeikh Ahmad Yassin Yang Kurang Dikenali Generasi Umat Islam Berbanding Ronaldo

Diolah dari sessi dialog terbuka dengan salah seorang anak perempuannya, Ummu Hummam www. Islam-online.net.

Kata Ummu Hammam (anak Syeikh Ahmad Yassin):
1. Bapaku merupakan seorang yang mewakafkan hidupnya untuk islam. Baginya seluruh detik dalam kehidupannya adalah untuk Islam dan pembebasan bumi Palestin. Tidak hairanlah jika mereka yang mengenalinya akan mendapati beliau tidak pernah berkurung di rumah walaupun nyawanya sentiasa berada di dalam bahaya. Beliau bersolat di 5 mesjid berlainan di dalam satu hari. Tidak ada satu masjid di Gaza pun kecuali ayahku telah berkunjung ke sana untuk berdakwah dan menyampaikan kuliah ? kuliah pengajian, mengingatkan manusia kepada akhirat dan juga memberikan kesedaran tentang tanggung jawab mereka untuk berjihad membebas kan bumi Palestin.

10 July 2010

Esq: Jalan Alternatif Memberi Kesedaran Keagungan Allah SWT

Sepanjang mengikut penggembaraan bersama modul ESQ 165 yang penuh dengan debaran dan bukti kebenaran Al-Quran yang diperlihatkan dengan penuh makna dan segar.

ESQ 165 bagi sesiapa yang pernah mengikuti akan mengakui betapa besar kesannya kepada kesedaran sebagai hamba Allah yang telah lama jauh dari bukti-bukti kebenaran Al-Quran.

ESQ 165 yang merujuk kepada penemuan Dr Ary Ginanjar dengan syarikatnya cukup berbeza dengan modul ESQ dari syarikat motivasi lain yang turut menghasilkan modul ESQ.

Kelainan inilah yang diperlukan kerana ESQ 165 mampu memulihkan kesedaran generasi muda untuk melihat Islam sebagai gaya hidup yang sebenar.

Kenyataan dari Mufti Wilayah Persekutuan yang mengharamkan ESQ 165 adalah satu pilihan yang sukar memandangkan di negara kita masih kekurangan program yang boleh memulihkan kesedaran untuk mentaati agama dan mengagungkan al-Quran.

Apapun, pandangan Mufti Wilayah Persekutuan perlu diambil kira untuk menjadikan pihak Management ESQ 165 akan berhati-hati dalam menguruskan modul yang sedia ada.


Cetusan pendapat oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Mencari Solat Yang Sempurna

DIRIWAYATKAN pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat.
Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.
                  Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?” Lalu dijawab Hatim: “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: “Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?” Dijawab oleh Hatim: “Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak berharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki.” Seterusnya, Hatim berkata: “Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku.
                   “Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya.
“Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati. Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun,” katanya.

09 July 2010

Piala Dunia @ Solat Tahajjud

Firman Allah Taala dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah (SWT).”
(Surah az-Zariat ayat 15-18 )

Firman ALLAH Ta'ala:
"Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." -
(Al - Isra':79).



Pesta 4 tahun sekali ini melonjakkan semangat manusia di sebelah Asia untuk berjaga malam.
Kehebatan pertandingan bertaraf dunia ini menjadi penantian, debaran dan perhitungan masing-masing.
Apapun jangan lupa untuk bangun beribadat sebelum atau selepas menonton bola kerana di akhirat nanti kita akan menyesal melakukan perbuatan yang sia-sia. Alangkah bahagia ibadat malam bagi mereka yang mengerti akan kelebihannya.
Jadikan kekuatan menonton bola di tengah malam untuk melatih diri bangun untuk bertahajud.





Cetusan ilham oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

08 July 2010

Begini Kerjaya Yang Paling Tak Terfikir


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”

Riwayat Ibn Majah
Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

02 July 2010

AWAS: KERETA YANG BERADA DI TEPI JALAN

Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya.” (Muslim)


Sebagai contoh balasan kepada mereka yang melakukan maksiat di tepi jalan:

Pasangan kekasih maut di bahu jalan

SAO PAULO 2 Julai - Pasangan kekasih yang memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengadakan hubungan seks maut selepas kereta itu dilanggar sebuah trak, kata polis.
Jurucakap polis, Liliane Nascimento berkata, ketika melalui jalan berkenaan, pemandu trak itu tidak dapat melihat kereta pasangan itu di bahu jalan kerana kabus tebal.
Kedua-dua pasangan itu mati serta-merta di tempat kejadian. (02/07/2010)

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

30 June 2010

Mengenali Imam Syafie

Kerajinan Imam Asy Syafie r.a dalam menuntut ilmu

Kerana kemiskinannya, Imam Syafie sentiasa kesusahan untuk membeli alat-alat kelengkapan belajar seperti kertas, dakwat dan sebagainya. Akan tetapi, berkat kerajinannya dan kesungguhannya dalam menuntut ilmu, beliau dapat mencari jalan untuk mencukupkan keperluannya.
Imam syafie seringkali mencari tulang-tulang dan mengumpulkan dari jalan-jalan, digunakan untuk menulis pelajaran yang diperoleh dari gurunya. Beliau juga seringkali datang ke tempat-tempat sampah dan mengunjungi pejabat-pejabat kerajaan untuk mencari kertas yang telah dibuang dalam bakul sampah.
Imam syafie melakukan hal yang sedemikian kerana tidak mahu meminta kepada orang lain dan juga tidak merasa hina atau rendah atau kecil hati. Beliau berpendirian bahawa jalan itulah yang dapat menumbuhkan keinginannya untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau juga berpendapat bahawa kemiskinan dan ketekunan itulah yang menyebabkan kemenangan dalam menuntut ilmu.
Dalam hal ini, Imam Syafie pernah berkata "Tidaklah akan mendapat kemenangan dalam mencari ilmu pengetahuan, melainkan bila orang yang menuntutnya dalam kekurangan."
Banyak tulang dan potongan kertas serta tembikar yang berisi catatan- catatan penting dalam peti dan bilik beliau sehingga biliknya yang digunakan untuk berbaring melepaskan lelahnya menjadi sempit, kerana telah penuh sesak oleh catatan pelajarannya.
Beliau mencuba untuk menghafazkan semua catatan tersebut agar meresap ke dalam hati dan tersimpan di dalam otak, satu demi satu dan sekerat demi sekerat.
Demikianlah dengan tekad yang bulat, As Syafie menahan dirinya dalam bilik tidak keluar pergi ke mana-mana selama beberapa bulan untuk menghafalkan dan melancarkan catatan yang ditulisnya di tulang, tembikar dan potongan kertas tersebut.
Tulang, tembikar dan potongan kertas yang memuatkan catatan yang telah dihafalkan dengan lancar kemudian dibuang. Tanpa mengenal jerih payah serta perasaan jemu, beliau terus menerus menghafalkan catatan-catatan yang memenuhi biliknya hingga dapat menghafalnya. Setelah itu, kosonglah biliknya dari segala catatan pelajarannya.

Dipetik dari i luv Islam

29 June 2010

Jenazah Berbentuk Awam


Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.




Dipetik dari Harian Kosmo

Ganjaran Kepada Lelaki Dan Perempuan Muslim

Allah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya Muslim lelaki dan wanita, mukmin lelaki dan wanita, lelaki yang taat dan wanita yang taat, lelaki yang benar dan perempuan yang benar, lelaki yang sabar dan wanita yang sabar, lelaki yang khusyuk dan wanita yang khusyuk, lelaki yang bersedekah dan wanita yang bersedekah, lelaki yang berpuasa dan wanita yang berpuasa, lelaki yang memelihara kehormatan dan wanita yang menjaga kehormatan diri, lelaki yang berzikir dan perempuan yang berzikir mengingati Allah akan disediakan mereka keampunan dan pahala yang banyak. (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

25 June 2010

Qunut Nazilah

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Pudu: Tazkirah Jenayah Di Ibu Kota

Penjara Pudu terbina selama 118 tahun, sejak disiapkan pada tahun 1982 meninggalkan pelbagai kenangan tersendiri kepada mereka yang pernah menghuni sebagai pesalah atau perkerja atau yang pernah melawati bangunan yang mempunyai nilai sejarah ini.
Selepas tembok, bangunan itu pula secara berperingkat-peringkat akan dirobohkan keseluruhannya.
Tapak Penjara Pudu selepas ini akan bertukar menjadi Pusat Bandar Bukit Bintang mercu kemegahan di tengah kota.

Antara pesalah yang terkenal pada tahun 70 an ialah:
1. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, seorang ketua penjenayah bersenjata yang paling ditakuti. Dia akhirnya digantung sampai mati di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.

24 June 2010

Sehari 1hadis: Menguruskan kehidupan

Rasulullah SAW memberi panduan menguruskan masa dalam sabda yang bermaksud: “Seorang Muslim mestilah membahagikan masanya selama hayatnya untuk empat perkara, iaitu masa bermunajat kepada Allah, masa melakukan muhasabah dirinya sendiri, masa berfikir kejadian Allah, masa untuk tujuan kehidupan seharian seperti makan minum, bekerja mencari rezeki halal,” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

23 June 2010

Tazkirah Agama: Pesanan Imam Ghazali

Imam Al-Ghazali menyenaraikan jenis kejujuran yang perlu diamalkan oleh setiap orang Islam yang benar-benar merindui keredaanNya iaitu:

Jujur lisan atau perkataan sebagai contoh menepati janji dan sumpah, menjauhi sifat bohong dan menipu;
Jujur niat dan kehendak iaitu tercetus keinginan untuk beramal penuh ikhlas semata-mata kerana Allah SWT;
Jujur keazaman dalam melaksanakan sesuatu kerana Allah (yang mana lahirnya semangat untuk melakukan amalan, semangat itu juga lahir kerana Allah);
Jujur dalam melaksanakan apa yang diazamkan (melakukannya dengan istiqamah dan tidak takut sebarang celaan yang datang, kerana dia melakukannya kerana Allah);
Jujur dalam beramal itu sendiri, di mana tidak melakukan amalan zahir yang bercanggah dengan apa yang ada dalam batin (tidak berpura-pura atau hipokrit), dan
Jujur dalam setiap maqam agama seperti khauf, zuhud, reda, tawakal dan lain-lain.


Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

22 June 2010

Sehari 1hadis: Memberi Ketika ada

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan”



Riwayat Muslim

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

04 June 2010

Syurga Adnin: Bagi orang yang bertaqwa kepada Allah Taala

Di dalam Al Quran dicatatkan bakal-bakal manusia yang akan mendiami Syurga ‘Adnin… di antaranya :



1. Orang yang bertaqwa kepada Allah Taala :
Firman Allah yang bermaksud ;
“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah Yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Kebaikan”. Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini akan mendapat balasan yang baik, dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu Syurga ‘Adnin, yang mereka masuk ke dalamnya, yang mengalir padanya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki; Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa”. (An-Nahlu : 30-31)


2. Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh


Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan barang siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan bersungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang telah memperolehi tempat tinggi lagi mulia. Iaitu Syurga ‘Adnin yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan itu adalah balasan bagi orang-orang yang bersih dari kekufuran dan maksiat”. (Thaha : 75-76)


3. Orang yang banyak berbuat kebaikan dan sangat jarang berbuat kesalahan :
Firman Allah Taala yang bermaksud : “… dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya ada pula orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang sangat besar. Bagi mereka adalah Syurga ‘Adnin’, yang mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka dihiasi dengan gelang-gelang emas dan mutiara; dan pakaian mereka adalah sutera” (Al-Fatir : 32-33)


4. Orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Allah, mendirikan solat, menginfakkan harta di jalan Allah dan dapat menolak segala kejahatan dengan kebaikan:
Firman Allah yang bermaksud : “Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan, mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, iaitu Syurga ‘Adnin, mereka masuk bersama-sama orang-orang yang soleh, ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.”  (Ar-Ra’du : 22-23)


Dipetik dari laman web: http://attazkirah.wordpress.com/

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU