16 April 2010

Sehari 1 Hadis: Menjaga Hubungan Silaturahim

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim


Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

23 March 2010

Majlis Walimatul Urus, Cuti Sekolah & Darah Tinggi

Seminggu bercuti di negari kelahiran, tidak cukup bagi mereka yang pernah sebahagian kehidupan masa lalu tertanam di sana.
Seminggu inilah segala pasangan membina rumahtangga dengan keazaman untuk terus bersama,
Seminggu inilah segala penyakit datang mengajak bersama merenung saat kematian
Seminggu ini banyak lembu dikorbankan demi majlis walimatul urus.



Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.
(Muttafaqun alaih)

09 March 2010

Sehari 1Hadis: Jangan Melagakan Binatang

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w melarang perbuatan melagakan binatang.”

(Tirmidzi dan Abu Daud)

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

04 March 2010

Sehari 1 Sahabat: 3 Golongan Ahli Syurga

Hadis:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.

Riwayat Muslim Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

02 March 2010

Sehari 1Hadis: Kelebihan Zikir Memenuhi Ruang Antara Langit & Bumi

Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)

Riwayat Muslim
Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

01 March 2010

Sehari 1 Sahabat: Mengenali Insan Ini Dalam Perjalanannya

Kesempatan ditakdirkan menuntut bersama lelaki ini banyak manfaat terhasil. Kerajinannya dalam menyebarluaskan ilmu agama wajar dicontohi. Sempena namanya dengan nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW barang kali ada hubungkaitnya dengan perjulangan Islam.
Perjalanan beliau dalam musafir ilmu dan pengalaman boleh dihayati dalam laman webnya:
http://www.ustazamin.com/.



Oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Minda Blogger: Manusia Kadang Kala Bersifat Aneh


Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Sehari 1Hadis: Kenapa Mata Terbeliak Ketika Nyawa Dicabut Malaikat

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah
SAW bersabda:”Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka, “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi:”Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.”

(Muslim)







Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

27 February 2010

Sehari 1Buku: Indahnya Hidup Bersyarat

Setelah mendapatkan buku ini di kedai buku Stay Alive, Krico Bukit Minyak, aku melaungkan masa untuk memahami dari bab ke bab.
Keseluruhan kewajipan asas bagi penganut Islam dimasukkan ke dalam buku ini dengan lengkap. Buku Indahnya Hidup Bersyarat susunan Dato Ismail Kamus dan rakannya disertai dengan gambar yang menarik bersama halaman kertas yang berkualiti tinggi amat sesuai untuk kategori remaja dan golongan yang belum melaksanakan perkara asas dalam agama serta bagi mereka yang ingin meletakkan asas agama dalam kehidupan mengakari rutin harian.
Harganya mungkin terlalu tinggi namun kualitinya terjamin. Buku ini berharga RM50.00 sahaja sebagai salah satu tiket untuk ke syurga Allah berbanding sejumlah wang yang dibelanjakan ke jalan yang belum pasti diredhai Allah SWT.
Pengalaman membaca oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

24 February 2010

Sehari 1Hadis: Ajal Tidak Akan Sampai Selagi Rezeki Belum Sampai

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”
(Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)





Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

23 February 2010

Sehari 1Hadis: Rajin Bersedekah


ASMA’ menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma):
“Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah sehingga menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

22 February 2010

Sehari 1Hadis: Muka Yang Manis Apabila Bertemu


Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

(Ahmad)

11 February 2010

Sehari 1Hadis: Keredhaan Suami Menjanjikan Syurga Kepada Isteri


Rasulullah s.a.w bersabda:
maksudnya:
“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”

Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah
Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

09 February 2010

Sehari 1Hadis: 7 Dosa Yang Boleh Membinasakan


Para Pelajar Sekalian,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.


Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?”


Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim
Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

08 February 2010

Tasbih Kifarah: Doa Penutup Majlis


Pada setiap kali majlis diadakan, pengerusi majlis akan menutup majlis dengan mengajak semua hadirin mmbaca tasbih kirafah, ada yang tahu akan membaca ada yang tak tahu akan buat-buat membaca. Jadi hafazlah doa tasbih kifarah ini.
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:‘-Ayat Tasbih Kifarah-‘Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.


AYATNYA:

" Subhanakallah humma wabihamdika Asyadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik" .


MAKSUDNYA:“Maha Suci engkau Ya Allah dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu”


Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

04 February 2010

Sehari 1Hadis: Keutamaan Ibadat Korban

Hadis:
Maksud Hadith;“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. (at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Disusun oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU