06 July 2012

Layakkah Buatku Memohon Syurga Allah!


Salam buat pembaca sekalian,

Semalam hari nisfu sya'aban dan pun telah berlalu, ada yang berpuasa dan pada sebelah malamnya pula telah bangkit berdoa agar seluruh dosa yang pernah dilakukan terampun. Hari ini dan jaraknya  dengan kedatangan ramadan sebuah bulan penuh limpah keberkatan semakin hampir. Kerinduan untuk menikmati rahmah dan peluang pengampunan kian terbuka luas. Bulan promosi untuk meningkatkan pahala dari Allah agar akuan simpanan kekal ke akhirat kian bertambah. Sekurang-kurangnya dengan jumlah tersebut kita boleh memohon satu tiket ke syurga Allah SWT.

Seandainya malam ini malaikat Izrail datang menjemput, layakkan kita ke syurganya paling tidak terselamat dari azab api neraka yang dijanjikan...

Coretan Ilham: Muhd Shatar

01 July 2012

Terimakah Akan Tuhan, Solat Yang Kupersembahkan?

Salam para pelajar yang dirahmati Allah SWT,


Dalam kehidupan seharian, solat adalah perkara utama yang mesti ditegakkan. Berdepan dengan hasutan liar dari segerombolan syaitan yang menjanjikan manusia supaya menangguhkan solat dengan pelbagai cara dan teknik sebagaimana biasa digunakan dalam iklan terpapar di papan iklan atau kain rentang tentang promosi harga runtuh atau ada diskaun besar-besaran yang kononnya menguntungkan pembeli.
Para pelajar sekalian, tanggungjawab terhadap solat amat besar dan menjadi ringan untuk diutamakan apabila memperingati balasan azab kepada golongan yang ingkar bersolat sedangkan nikmat pemberian Allah tidak terkira. Amat penting ialah jangan gemar menangguhkan ibadat solat kerana diyakini membawa kepada pengabaian.

Kelebihan solat kepada perwatakan seseorang jelas berbeza dengan orang yang tidak solat baik dari segi raut wajah, tutur kata dan pilihan tindakan. Jadi, janganlah kita termasuk dalam golongan yang tidak ingkar menunaikan solat kepada Allah SWT kerana balasan azabnya tak tertanggung di akhirat.

Perkara yang perlu difikirkan, adakah solat yang ditunaikan akan diterima Allah kerana sempurna dan khusuknya pabila berhadapan dengan Tuhan dalam lima kali pertemuan wajib dan pertemuan sunat yang lain.

Coretan: Muhd Shatar

25 June 2012

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak yang Ditunggu Hari Lahirnya

Salam buat pembaca budiman,


Sebagai ibu bapa, menantikan anak yang dikandung sangat dinanti dan dirindui. Apatah lagi anak pertama dari rumahtangga yang terbina. Kelahiran anak kelak akan mengikat keutuhan hidup berpasangan.

Justeru, sebagai ibu bapa tugas mendoakan agar memperolehi anak yang soleh perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.

Sebagai perkongsian ilmu baca dan amalkan doa yang dipetik dari ayat suci al-Quran ini yang amat mendalam maknanya terhadap kelahiran keturunan yang mulia:

1. Surah Ibrahim : ayat 40
(Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.)

2. Surah Ali Imran : ayat 38
(Di sanalah Zakaria mendoakan kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya engkau maha mendengar doa.)

3. Surah al-Furqan : ayat 74
(Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.)

Selain, memperbanyakkan bacaan al-Quran ketika masa terluang atau kerap berzikir kepada Allah SWT. Antara surah yang sering diamalkan bagi mengharapkan zuriat yang mulia, elok, murah rezekinya dan baik rupa paras ialah surah al-Mulk, Mariam, Yusuf, Muhammad, al-Rahman dan lain lagi.

Coretan perkongsian ilmu: Muhd Shatar

22 June 2012

Di sebalik Amalan 5s Di Semua Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Negara

Salam pembaca budiman, ada hikmah di sebalik arahan agar semua sekolah beraliran teknik dan vokasional di bawah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM, agar mengamalkan amalan 5 S.
Lebih 3 bulan para guru dan pelajar bertungkus lumus dalam usaha mendapatkan pengiktirafan 5S dari MPC, sebuah badan yang berautoriti memberikan sijil pengiktirafan 5S dalam pelaksanaan organisasi. Sebagai warden, tugas menerapkan amalan 5 S lebih mencabar kerana perlu melengkapkan semua bilik yang ada di bawah kawalannya.
Beginilah pemandangan salah sebuah bilik sakit di asrama SMT Seberang Perai hasil dari penerapan amalan 5 S yang menitikberatkan kekemasan, pengaturan dan sistem penggunaan yang berhemah sesuai dengan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Sebagai penganut Islam kita telah dituntut dalam agama agar mengutamakan kebersihan dan kekemasan. Melaksanakan amalan 5 S adalah perlu biarpun di awalnya cukup menyeksa dan menimbulkan kesangsian.


















Semua kakitangan dan pelajar SMT Seberang Perai memberikan sokongan dan kerjasama dalam mengamalkan 5S di peringkat sekolah bagi mendapatkan manfaat dari kemantapan amalan yang terkandung di dalamnya.

20 June 2012

Jangan Tangguhkan Solat Bila Sampai Waktunya Sebelum Berakhir Tempohnya

Salam pembaca budiman,

Dalam bab menunaikan solat, umat Islam di Malaysia lebih terhad dengan pemikiran menunaikan solat di masjid atau surau berdekatan apa bila masuk waktu solat.

Dalam perjalanan di sekitar negara kita, jarang sekali terdapat pemandangan barisan manusia solat di tepi jalan. Mengikut dan ulasan dari seorang ustaz yang pernah mengikut pengajian agama di Timur Tengah seperti Mesir, Syria dan lain-lain lagi katanya untuk melihat orang Arab solat di atas tanah tidak begitu sukar. Petani di ladang kurma apabila masuk waktu zuhur atau asar akan terus menunaikan solat di atas tanah dengan meletakkan pelepah kurma sebagai tempat sujud. Orang yang berilmu dan menghayati sirah Rasulullah SAW tidak akan memberatkan dalam penunaian solat di mana-mana sahaja. Lihat bagaimana Nabi sering berada di padang pasir dalam beberapa siri perang jihad seperti Badar, Khandak dan sebagainya tidak perlu kepada masjid untuk menunaikan solat.
Justeru, teladan kepada kita agar tidak melengahkan solat atau meninggalkan solat semata kerana tiada masjid atau surau sama ada dalam perjalanan atau di dalam apa jua situasi.

Permukaan tanah bukannya termasuk dalam najis atau perkara menjejaskan hukum solat, bahkan debu tanah boleh digunakan sebagai alat bertayamun sekiranya tiada air.  Lihat betapa mudahnya Islam dan janganlah memberatkan dengan akal yang terhad.
 
Coretan Ilham: Muhd Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

19 June 2012

Mengenangkan Dosa Yang Dirakamkan Malaikat

Salam buat pembaca budiman,


Setiap saat yang dirakam malaikat tanpa sedari menaikkan catatan pahala atau menambahkan bilangan dosa. 

Lazimkan beristighfar dengan kalimat memperingati Allah pada masa terluang.
Allah melimpahkan rezeki untuk golongan yang bertakwa, maka cepatkan bersyukur ke hadrat-Nya setelah mendapat nikmat.

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,

Pagi ini aku masih disedarkan untuk bersolat subuh dan mengecapi wajah pagi yang damai!


Coretan: Muhd Shatar

Kelebihan Beramal Pada Bulan Syaaban


Salam pembaca budiman,

Banyak hadis Rasulullah SAW menerangkan tentang kelebihan bulan Syabaan sebagaimana hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari r.a melalui Aisyah r.a :
Bermaksud: Maka tidaklah aku melihat baginda SAW berpuasa selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan, dan tidaklah aku melihat baginda SAW memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. ” (Riwayat al –Bukhari)
Kelebihan bulan Syaban berada pada kemuncaknya sewaktu di pertengahannya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah r.a yang bermaksud:
Allah SWT melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam nisfu syaaban lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.”(Riwayat Ibnu Majah)

Justeru peluang  memohon keampunan melalui ibadat dan doa perlu dipertingkatkan sebagai mana hadis Rasulullah SAW bermaksud:
Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana adakah di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah)

Coretan: Muhd Shatar

30 May 2012

Sejauh mana keutamaan dan kebanggaan kita kepada Bahasa Melayu?

Salam buat pembaca budiman,

Hari ini sudah memperlihatkan bagaimana anak bangsa sendiri meminggirkan keutamaan penggunaan bahasa Melayu dalam setiap pilihan tindakan atau sikap.
Bila diarahkan memilih sesebuah tajuk untuk menamakan kepada kumpulan, syarikat atau apa sahaja berkaitan dengan penjenamaan, sudah pasti ramai memilih untuk istilah dari bahasa asing bagi menampakkan kecanggihan dan keilmuan. Maka lahirlah istilah asing menguasai nama-nama bangunan, jalan, tempat menarik dan sebagainya.

Di Putrajaya sendiri, pengambilan istilah asing seperti parcel, boulevard, presint dan sebagainya juga menyumbangkan kepada penghakisan bahasa tempatan. Apakah tampak intelektual dengan pemakaian istilah asing sebagai peminjaman tempelan budaya asing ke negara kita.
Sebagai anak bangsa kepada tanah air yang dimahkotakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, maka kita semua berkewajipan mendaulatkan kedudukan ini bermula dari sekarang dan diamalkan di mana sahaja.

Coretan hati: Muhd Shatar

26 May 2012

Balik Kampung Mana?

Salam pembaca budiman,
Semalam 25.05.2012, semua pelajar akan bercuti termasuk gurunya. Ada guru yang masih bertugas. Bagi guru di sekolah teknik dan vokasional sekarang tengah berlangsung VOKTEK 2012 di Sek Men Teknik Tungku Abdul Rahman bermula pada 23 - 27 Mei 2012.Kali ini sekolah-sekolah teknik di Pulau Pinang dipertanggungjawab mengelola kejohanan . (Dulunya dikenali Kejohanan Antara Teknik KAT) sekarang (VOKTEK). Bermakna guru di sekolah teknik sekitar Pulau Pinang akan mula bercuti pada hari Ahad ini.

Teringatku pada kampung halaman nun jauh. Buat ibu yang tercinta hampir lama ditinggalkan kerana kerjaya dan kerana kerjayalah membawaku mengenali negeri Pulau Pinang.

Setiap bernama perantau akan sentiasa terbuai ingatan di kampung tercinta. Di situ darah ditumpahkan dan sebahagian usia didewasakan dengan lopak air, baruh, tali air, atau sungai Kelantan yang tidak jauh dari rumah. Kelihatan pokok kelapa dan hutan belukar membesarkan pandangan sejak kecil lagi.

Aku akan pulang ke desa kelahiran. Buat ibu dan ayah tercinta yang sedang menunggu, akan ku pulang bersama kasih tak terpadam!

Coretan: Muhd Shatar

24 May 2012

Gadis Dilarikan Ke Lombok, Amalan Masyarakat Lombok Yang Di Luar Kemuliaan

Mohd Zahuri Idris, 47, berkata walaupun reda dengan Pemergian anaknya di Rumah Sakit Bhayan Kara Bolda, Lombok pada 6 Mei lalu, beliau mahu kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia membawa Mohamad Yani, 30, yang didakwa melarikan anaknya pada 18 April lalu.

Beberapa persoalan timbul di mindaku.

1. Sememangnya di Indonesia rakyatnya mahir dalam ilmu perbomohan. Ilmu pukau memukau yang
didakwa begitu menjadi dalam urusan menangkap hati perempuan. Apatah lagi hati budak remaja 16 tahun senang dipermainkan.

2. Merampas hak ibu bapa terhadap anaknya adalah dosa besar dan bentuk kezaliman yang sangat kejam. Melarikan anak gadis orang lain adalah termasuk dalam sifat paling keji dan hina.

3. Di sana, adakah anak gadis yang dilarikan akan dilayan dengan baik atau diperhambakan setelah diingin yang dihajati.

Suasana dan trend di Indonesia kalaulah ada kesalahan dari rakyat Malaysia - seluruh rakyat akan berdemostrasi dan memprovokasi dengan cara membakar, memijak dan menukilkan di spanduk kata-kata yang menghina orang Malaysia.
Namun, di Malaysia biarpun orang Lombok kerap kali melarikan gadis Malaysia, tiada pula usaha membakar bendera Indonesia.

Coretan: Muhd Shatar

18 May 2012

Selamat Hari Guru

Salam muhibah,

Selamat hari guru untuk diraikan buat semua para pendidik, bekas pendidik dan yang terlibat dengan kaki tangan persekolahan.

Murabbi amat besar tugasnya. Justeru penghayati maksudnya tidak lain dari memahami pengorbanan. Hari ini kalau kita meraikan bekas guru-guru kita nescaya kita jua akan diraikan oleh anak-anak murid kita. Salam bertugas.

Kepada barisan guru yang pernah mengajar sehingga kekal terpahat nama sampai ke saat ini:

1.Cikgu Mokhtar, Cikgu Zaradi dan lain-lain di SK Bukit Panau (1986-1992)
2.Cikgu Mat Zain, Cikgu Che Hashim, Cikgu Harun, Ustaz Umar, Cikgu Sofi, dan lain-lain di SMU (Arab) Rahmaniah Paloh, Tanah Merah, Kelantan (1992-1994)   

17 May 2012

Salam buat pembaca,

Antara bukti kekuasaan dijelaskan dalam firman al-Quran. Buat pembaca al-Quran menghayati masudnya antara cara menambahkan keimanan terhadap bukti kebenaran al-Quran. Kejadian pokok yang menyerupai nama Allah merupakan tanda kekuasaannya. Manusia perlu berfikir menggunakan akal yang waras.

16 May 2012

Hati-Hati Dengan Rompakan, Penculikan dan Serangan Hendap

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.


Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

13 May 2012

Bola Sepak Akhirnya Berjaya Menambahkan Kerosakkan Muda Mudi

Salam budiman kepada semua pembaca rakyat Malaysia.

                           
Melihat kepada perkembangan semasa, pasukan bola sepak Kelantan antara terkuat dalam tempoh 3-5 tahun ini. Sayangnya para peminat yang ratusan ribu datang dalam keadaan tidak senonoh berpakaian serta dahsyat pergaulan. Biar hanya sebilangan kecil bukan semua. (Maaf! Saya memilih untuk menyuarakan kebenaran yang perlu ditegakkan atas dasar agama.)
Hukum menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium perlu dikaji oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Bahkan untuk solat musafir dengan menjamak atau memendikkan buat penyokong yang menaiki bas dari Kelantan ke Kuala Lumpur pun meragukan. Pemain bola sepak dengan jelas tidak menutup aurat, bagaimanakah menghalalkan tujuan yang baik bagi seseorang bermusafir.
Ya! bola sepak adalah hiburan nombor satu di Kelantan. Jadi untuk merosakkan bumi Kelantan bersama jiwa muda rakyatnya dengan pembawaan maksiat dalam stadium. Terlalu menjolok mata dan amat tidak sedap dilihat. Bukankah perempuan mendedahkan aurat akan membantu merosakkan sahsiah manusia akhir zaman. Melihat perkembangan ini, untuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak sudah menjadi subhah, melalaikan, bercampur aduk serta ada pergaulan bebas antara dua kaum (lelaki dan perempuan). Bukankah lebih baik menyentuh khindir dari bersentuhnya lelaki dan perempuan bukan mahram (Baca: Hadis)

Berdasarkan pemerhatian penulis, maka penulis tidak akan ke stadium kerana disebabkan beberapa keadaan yang dilihat tidak memuaskan hati. Menonton bola sepak adalah harus, untuk ke stadium beberapa persoalan perlu dimuhasabahkan.
1. Para penyokong bersiap siaga dengan kemampuan membeli tiket serta belanja dari Kelantan ke Kuala Lumpur semata menyaksikan perlawanan bola sepak sudah pasti dipersoalkan Allah di akhirat. Bagaimana pula tugas kepada agama Allah. Bandingkan berapa jumlah wang dilaburkan ke jalan hiburan atau ke jalan diredai Allah. 

2. Berapa ramai anak muda kerja di kilang-kilang di Shah Alam, Klang, Lembah Pantai atau pelajar di kampus akan berbondong-bondong k stadium secara berpasangan dengan motosikal atau tren.

3. Minah rempat dan Mat rempat berpesta sebaik sahaja perlawanan yang dimenangi dengan bermabukkan atau sebagainya.


Coretan peribadi: Muhd Shatar 
(Maaf! Kepada penyokong pasukan Kelantan. Anda yang terbaik ke stadium dengan adab dan cara berpakaian sopan menutup aurat maka anda tidak terjerumus dalam golongan yang dimaksudkan. Tahniah semangat cinta pada tanah air.)


30 April 2012

SENARAI RUMAH ANAK YATIM & RUMAH KEBAJIKAN


SENARAI RUMAH ANAK YATIM & RUMAH KEBAJIKAN

Senarai Rumah Anak Yatim di Pulau Pinang

1. Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau PinangWisma Yatim (laki-laki)173, Jalan Air Itam, 11400 Pulau PinangTel: 04-8288897Fax: 04-8273171Email:wismapg@pd.jaring.my
Person in Charge: Tn Hj Shaik Mohamad PMAhttp://wismayatim.blogspot.com/
2. Pers. KebajikanAnak-anak Yatim IslamPulau PinangWisma Yatim (Perempuan)No. 79 Jalan Scotland, 11400 Pulau PinangTel: 04 - 2297355Fax: 04 - 2296400
Person in Charge: Tn Hj Shaik Mohamad PMA
3. Pertubuhan Perlindungan Kanak-Kanak Pulau PinangNo. 118A, Jalan Scotland, 10450 Pulau PinangTel/Fax: 04 - 8294046Person in Charge: Pn. Nawiza bt. Nasir Arif
4. Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti13200 Kepala Batas, Pulau PinangTel/Fax: 04 - 5751214
Person in Charge: Puan Faridah Bt Ahmadhttp://tamanbakti.blogspot.com/


Senarai Rumah Anak Yatim di Kedah


Senarai Rumah Anak Yatim di Kedah

1. Pertubuhan BELA DIdik Anak Yatim Islam (BEDAYA)Daerah Kulim Dan Bandar BaruNo. 2 Jalan Bukit, 09000 Kulim, KedahTel: 04 - 4902816Fax:04 - 4957157
Person in Charge: En Zakaria
2. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)Rumah Kanak-Kanak Darul AitamNo. 1475 Lorong Seri Jalan Langgar, 05300 Alor SetarKedahTel: 04 - 7335124Fax: 04 - 7332349
Person in Charge: Tuan Hj Salim Bin Abdul Hamid

http://rumahanakyatimdarulaitam.blogspot.com/
3. PertUBUHAN AmanahMasyarakat danMendidikanAnak-anak YatimDaerah Baling Kedah (Aman)d/a Pejabat Daerah Baling, 09100 Baling, KedahTel: 04 - 4701963Fax: 04 - 4701172
Person in Charge: En Amri Bin Salleh
4. Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim Bekas Perajurit MalaysiaDaerah KulimNo 235, Jalan Lunas, Kilang Lama, 09000 Kulim, KedahTel : 04 - 4914424fax: 604-4951557Fax : 04 - 4951557Person in Charge: Kapt. (B) Mohd. Ibrahim Md Ghani PJM, PPS
5. BADAN USAHA DIDIKAN ANAK YATIM NEGERI KEDAH(BUDI)Rumah Budi, Jalan Pegawai, 06900 Yan, KedahTel : 04 - 4655208Fax : 04 - 4655208
Person in Charge: Puan Arpah
http://rumahbudi.blogspot.com/
Senarai Rumah Anak Yatim di Kelantan

Senarai Rumah Anak Yatim di Kelantan
1. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan (PEKA YATIM)Lot 523, Jln Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian16150 Kota Bahru, KelantanTel : 09 - 7654286Fax: 09 - 7653543
Person in Charge: Tuan Haji Nik Abdul Rahman
2. Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih16150 Kota Bahru KelantanTel : 09 - 7482124Fax: 09 - 7482124
Person in Charge: Roshayati Bt. Omar
3. Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan(Rumah Putera Harapan Umi Halimah)167C, Dalam Rhu, 16200 Tumpat, KelantanTel : 09 - 7253298
4. YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM (YAATIM) KELANTAN(RUMAH PUTERi HARAPAN)No. 1, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 KotaBharu, KelantanTel : 09 - 7735494Fax: 09 - 7745498
5. Asrama Bakti MachangJAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA PELAJAR YATIMd/a Ketua Jajahan Machang, Pejabat Tanah dan Jajahan, 10500Machang, Kelantan.
6. Rumah Anak-Anak Yatim Darul AitamJalan Yaacobiah Lundang, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 15000 Kota Bharu, Kelantan.Tel : 09 - 7446505
7. Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan(Rumah Puteri Harapan)No. 1, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, KelantanTel : 09 - 7735494Fax: 09 - 7745498
8. Jawatankuasa Pengurusan Asrama Pelajar Yatim
d/a Ketua Jajahan Machang, Pejabat Tanah dan Jajahan, 10500 Machang, Kelantan.

22 April 2012

Semakan penyata gaji penjawat awam, selepas kenaikan 13 peratus.

14 April 2012

Jangan Jadi Manusia Yang Dilalaikan Dengan Kebendaan

Salam para pembaca budiman,

Memetik firman Allah SWT yang bermaksud: “Diciptakan keindahan pada pandangan manusia terhadap apa diimpikan daripada pasangan, kedudukan, harta, anak pinak, kenderaan mewah dan aset yang banyak. Itu hanyalah kesenangan kehidupan dunia dan kepada Allah juga tempat kembali.”
                                                                                                     (Surah Al-Imran, ayat 60)

Adakah kita sering tertanya, sudah cukupkan dengan bekalan amalan yang dilakukan sepanjang hayat berlangsung?

Berapa masa digunakan untuk menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir, bertahajud dan melazimi kesungguhan menuntut ilmu agama. Cuba bandingkan dengan masa yang dihabiskan untuk menonton televisyen, tidur yang berlebihan, berada di pusat membeli belah atau terlampau dalam mengejar minat.
Lambakan golongan muda memenuhkan restoren mamak bagi menyaksikan perlawanan bola sepak sehingga ke hujung pagi adalah petanda malang buat mereka kerana inilah golongan yang akan merasa kerugian pada hari akhirat... Tanyalah pada diri anda.

Catatan dari ... Muhdlive

09 April 2012

Tuhan! Aku Mahu Lari Daripada Manusia

Salam semua pembaca dihormati.


Ketika membelak majalah Dewan Agama dan Falsafah (Keluaran April, 2003) sebuah puisi tetang tabiat mengumpat.

06 April 2012

Tahniah Peserta Syarahan Spontan dari SMT Seberang Perai

Pada 05.04.2012 telah berlangsung pertandingan MTQ peringkat daerah Seberang Perai Tengah. Peserta lelaki dari SMT Seberang Perai telah memenangi Acara Syarahan Spontan Lelaki bagi melayakkannya melangkah ke MTQ 2012 di peringkat negeri yang akan berlangsung pada 18.04.2012 di SMK Teluk Bahang.

Gambar menunjukkan Mohd Farhan bin Roslan, wakil dari SMT Seberang Perai sedang mengutarakan hujah syarahannya.

Perkongsian Pengalaman: Penipuan Kontemporari

Salam kepada semua pembaca,
Di sini saya serta kiriman kenalan saya.
 
"Salam rakan ikhwan semua, Saya forwardkan pesanan dari rakan sekerja saya untuk makluman kita bersama: Saya baru sahaja terima panggilan telefon yang bernama THEMAS dari nombor 03- 2167 7722. Beliau mengaku bahawa beliau adalah daripada Jabatan Kad Kredit MBF. Beliau mengatakan bahawa saya telah memohon kad kredit mastergold di Sibu Sarawak dan saya dikatakan telah membelanjakan RM9000 di Jakarta pada February yang lalu. Kemudian dia telah memberi nombor telefon Bank Negara Malaysia iaitu bhgn pemalsuan kad kredit dgn nombor 03-2788 4722 untuk melaporkan penipuan ini.. Kemudian dia berkata 'BNM' akan merekodkan aduan ini bla..bla..bla.. dan kemudian melanjutkan aduan kepada 'MBF' untuk tujuan siasatan. Apapun, ini adalah satu bentuk penipuan (social engineering) yang bertujuan untuk menakut-nakutkan mangsa, kemudian akan meminta mangsa untuk memindahkan wang dalam akaun bank kepada satu akaun 'BNM' untuk tempoh sementara waktu. Maka, sila simpan nombor ini dalam handphone anda. Jika anda menerima panggilan daripada nombor ini, JANGAN JAWAB. Atau pun jangan telefon nombor yang konon-kononnya nombor BNM (03-2788 4722) itu tadi. Ini adalah jenayah terancang oleh sindiket yang di anggotai oleh penjenayah professional. Sila telefon CyberSecurity Malaysia Cyber999 at 1-300-88-2999 atau emailkan ke cyber999@cybersecurity.my untuk melaporkan penipuan ini. -- Nazri Ahmad Zamani, Juruanalisa Kanan Forensik Digital, CyberSecurity Malaysia.".

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU