06 October 2011

Somalia : Antara Kebuluran Benar-Benar Menghimpit Kanak-Kanak Kecil di Mogadishu

Keluhan Hati Terdera
Oleh: Muhdlive

Salam,
Giliran ini bumi Somalia dilapah kebuluran, kita rakyat Malaysia dilimpahi nikmat yang istimewa. Siapakah yang peduli anak-anak kecil ini kelaparan. Bila asyik dilalaikan Wyne Roney, Ronaldo atau Saffe Sali. Masih kita terus membatukan diri?

Masyarakat di Somalia amat memerlukan perhatian dan rasa simpati dari kita semua sebagai manusia apatah lagi saudara seagama. Bantuan kemanusian tidak berdasarkan agama selagi bernama manusia semuanya memiliki fitrah yang sama, rasa lapar, dahaga, sakit dan memikirkan bantuan dari manusia lain.



Anak Kecil Mogadishu

Kau hirup sengsara
yang tumbuh di serata
dan pelusuk tanah air.
Terdengar suara letih
wajah laih
ketika perut diikat
kelaparan tidak tertanggung,
anak kecil Mogadishu
suara halus tidak terdengar
telinga manusia
dipekakkan limpah ruah
kemewahan.
Setiap rintihmu
menjadi luka amat dalam
hati yang terdera
sayu dilapah takdir


Saat digigit lapar
Mogadishu diselubungi
sarang kekejaman. Wahai ibuku:
carikan daku setitis air
dan sesuap nasi
alangkah bertuah bagi mulut ini
mengecapi kenyang.



Kami warga terpilih 
membawa setiap derita
ke dalam riwayat hidup
yang tiada penghujung.

Petikan sajak penulis Anjan Ahzana bertajuk: Anak Kecil Mogadishu






Hulurkan sumbangan anda melalui akuan yang tertera di atas. Semoga dengan sedekah anda, bala yang sepatutnya milik anda bertukar tangan. Anak kecil Somalia adalah seperti anak-anak kita.

Bagi penggunaan akuan Maybank:
(GLOBAL PEACE MISSION : Akuan Maybank: 564221611602)

 

05 October 2011

Nota Ringkas Penting SPM Pendidikan Islam: Perbezaan Perbuatan Khurafat Dan Sihir

Perbezaan Perbuatan Khurafat Dan Sihir

1. Perbuatan Termasuk Khurafat:
  • memakai tangkai atau azimat 
  • mandi pada 1 safar untuk elak bala 
  • mandi bunga untuk mendapatkan jodoh 
  • membuang ancak
  • percaya burung hantu pentanda ada kematian
 2. Perbuatan Termasuk Sihir:
  • susuk
  • ilmu hitam
  • santau
  • minyak Pengasih
  • minyak Dagu
    (Para pelajar perlu memastikan faham antara perbuatan sihir dan khurafat meskipun kelihatan agak sama)


    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    04 October 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Sebutkan 3 contoh ketegasan Imam Malik?


    Jawapan:
    Contoh ketegasan Imam Malik sebagai ulama berwibawa ialah:

    1. Menentang pendapat Gabenor Madinah yang bertentangan dengan fatwanya
    2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam
    3. Berani menegur khalifah Abu Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah dalam majlis ilmu
    4. Berpegang kepada konsep murid mencari guru dan tidak mengira kedudukan
    5. Menolak untuk menjadikan kitab al-Muwatta sebagai sumber perundangan rasmi negara.

    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    02 October 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Gelaran Khulafa Al-Rasyidin

    Gelaran Khulafa Al-Rasyidin
    1. Abu Bakar Al-Siddiq - mendapat gelaran al-Siddiq kerana membenarkan kata-kata Rasulullah SAW dalam, peristiwa Isra Mikraj.

    2. Umar al-Khattab - digelar al-Faruq kerana boleh membezakan perkara hak dan batil

    3. Uthman bin Affan - digelar Zu Nura'in kerana mengahwini dua puteri Rasulullah SAW

    4. Ali bin Abi Thalib - digelar Karamallahu Wajhah kerana wajahnya dimuliakan oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala.

    (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    30 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Sebutkan 3 polisi pentadbiran Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?

    Soalan: Sebutkan 3 polisi pentadbiran Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?
    Jawapan: 
    • Melantik khalifah secara wasiat selepas kewafatannya. 
    • Memerangi golongan yang enggan bayar zakat dan mengakui nabi palsu 
    • Menggerakkan tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid untuk perangi penduduk Ghasan yang pernah membunuh utusan Rasulullah SAW.

    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    29 September 2011

    Soalan Ramalan SPM 2011: Persoalan Murtad Di Negara Kita

    1. Dua faktor menyebabkan seseorang menjadi murtad ialah:


    - kurang beriman kepada Allah/lemah pegangan agama
    - tidak memiliki ilmu agama yang mendalam/ jahil tentang akidah islam dan hukam hakamnya.
    - terpengaruh dengan tawaran lumayan dari pendakyah agama lain.
    -tiada bimbingan untuk memahami Islam
    - tidak mendapat perhatian dan pembelaan selepas memeluk islam.

    2. Dua kesan murtad terhadap individu
    -merosakkan iman dan membatalkan akidah
    -terpisah dari pasangan yang masih Islam
    -haram dikebumikan di tanah perkuburan Islam
    -tidak boleh menerima pusaka dari waris beragama Islam
    -tidak boleh mewariskan pusaka kepada waris beragama Islam
    -menghuni neraka Allah selamanya.

     
    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    28 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Jelaskan 3 syarat dikemukakan Hassan bin Ali kepada Muawiyah bin Abu Suffian ketika menyerahkan jawatan khalifah?

    Soalan: Jelaskan 3 syarat dikemukakan Hassan bin Ali kepada Muawiyah bin Abu Suffian ketika menyerahkan jawatan khalifah
    Jawapan:
    1. Muawiyah perlu memerintah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
    2. Muawiyah perlu memuliakan keluarga Nabi Muhammad SAW
    3. Pemilihan jawatan khalifah selepasnya dibuat mengikut sistem syura.

    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    27 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Jelaskan perbezaan hutang dengan riba?

    Jelaskan perbezaan hutang dengan riba?

    Jawapan:

    Dalam tajuk ini, para pelajar perlu:

    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    26 September 2011

    Kita Banyak Terpesong Bila Taksub Filem Seram

    Oleh Muhammad Abdullah (Berita Harian 26.09.2011)

    KECENDERUNGAN masyarakat pelbagai usia terhadap cerita hantu dapat digambarkan dengan kehadiran jutaan penonton di pawagam menjadikan angka kutipan tiket sangat tinggi berbanding filem genre lain. Kelahiran filem berasaskan hantu mula menjadi sebutan selepas kejayaan filem seram seperti Jangan Pandang Belakang (JPB).
    Pemikiran generasi muda makin disempitkan dengan kisah hantu dan seram meniti ruang hidup dari kantin sekolah hingga ke dalam pejabat dan dari ruang tamu hingga ke bilik kosong semua dilihat berhantu. Kejayaan luar biasa filem berasaskan hantu menjadikan penerbit di negara saling merebut peluang mengeluarkan filem seram dengan pelbagai tajuk hebat meskipun jalan ceritanya karut marut.
    Maka tidak hairanlah, filem hantu seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Karak, Hantu Kak Limah Balik Kampung dan yang terkini Hantu Bonceng mengisi keluaran filem negara. Malah ada pengarah sanggup mengorek kisah dongeng lama atau mereka cipta jenis hantu lalu memberi nama baru seperti kuntilanak, pocong, sundel bolong, hantu penanggal, hantu susu, hantu gigi dan sebagainya.
    Dalam kerakusan menerbitkan filem, penerbit, pengarah, penulis skrip serta pelakon tidak lagi mempersoalkan kesan negatif kepada masyarakat khususnya masyarakat muda dan kanak-kanak. Babak melapah daging manusia, menghisap darah atau sebagainya dilakonkan dengan cukup berkesan.

    Masih segar babak bagaimana lakonan Ruminah Sidek dalam filem (JPB) sedang makan di ruang dapur dalam keadaan sangat menyeramkan, atau lakonan Putri Mardiana melapah darah di lantai dalam filem Santau. Pelbagai babak ngeri yang berjaya menjelmakan unsur seram yang jelas dan hidup kepada masyarakat.

    Bayangkan anak kecil sudah diserapkan akal dengan kewujudan hantu yang berada di merata tempat.

    Kekuatan kepercayaan kepada hantu tahyul ini sebenarnya mengancam akidah umat Islam. Syaitan boleh bertepuk tangan kerana ramai manusia lemah pegangan agama dan ilmunya dipesongkan kepada ketakutan terhadap hantu menyelimuti dalam rutin kehidupan dari memikirkan kebesaran Allah.
    Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang syirik kepada Allah, maka sesungguhnya mereka sudah melakukan dosa sangat besar. (Surah an-Nisa, ayat 48)

    Remaja akan takut bangun pagi semata-mata takut bertemu pocong di bilik bacaan.
    Anak kecil menahan kencing kerana takut ke tandas dipercayai adanya momok. Begitu juga masyarakat yang ditutup pemikirannya dengan kisah hantu untuk membenarkan kewujudannya meskipun kehadiran makhluk ini bukan bersifat nyata dan benar.

    Kekuatan media sudah pasti mempengaruhi corak kehidupan generasi muda. Lambakan drama di televisyen berkisar cerita hantu disiarkan saban malam. Lebih mendukacitakan sempena Aidilfitri lalu, banyak filem seram ditayangkan.

    Kekuatan kepercayaan kepada hantu boleh menggugat keharmonian negara. Lebih ramai pelajar akan mengalami histeria. Lebih ramai umat Islam terdedah kepada amalan sihir semata-mata untuk menghalau hantu jembalang yang dipercayai mengganggu kehidupan. Akhirnya segala jenis penyakit manusia pun dikatakan gangguan momok.

    Lebih parah, apabila bomoh, dukun atau peramal perubatan tradisional akan lebih berpengaruh dihampiri masyarakat bagi mengubati penyakit yang dikatakan berpunca daripada makhluk halus atau jembalang. Kebanyakan kes rogol, cabul dan gangguan seksual turut dikaitkan dengan kepercayaan menghalau gangguan makhluk halus atau syaitan.

    Kecenderungan bomoh dalam ritual perubatan tradisional yang pelik serta aneh membawa kepada kesongsangan akidah dan diyakini boleh merosakkan iman pesakit yang dirawat. Larangan menjauhi perbuatan syirik sangat dititikberatkan dalam agama.

    Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung (kuhhan) dalam sabda bermaksud: Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam. (Hadis riwayat Tabarani)
     

    Rencana agama tulisan Pengendali Blog e-Pendidikan Islam yang tersiar dalam Berita Harian 26.09.2011 (Ruangan Agama)

    25 September 2011

    Sembang Ahad: Keceluparan Hantu Bonceng Dan Akidah Umat Islam

    Ketelanjuran Zizan menyebut separuh syahadah bersambung syaitan seolah-olah memberi gambaran generasi muda tidak faham maksud syahadah yang sebenar. Sekiranya faham, tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak tuan punya diri sudah pasti menolak untuk mengucapkan syahadah yang songsang itu. Tanpa menyalahkan Zizan kerana mengakui ketidaktahuan serta kegalakkan berlawak tanpa memikirkan batasan agama dan norma masyarakat umat Islam. Pengajaran yang utama, para pelawak atau sesiapa sahaja jangan terlalu celupar bila berdepan dengan soal agama apatah lagi ketuhanan mahupun para nabi atau para sahabat nabi.
    Hari ini mungkin pelawak tersohor, Zizan yang mengakui silap, sesudahnya jangan ada lagi kontroversi menyentuh sentiviti hati umat Islam. Perlu ingat! Jika dulu  kes pelakon wanita yang menghina Siti Khatijah isteri Rasulullah SAW masih belum dimaafkan oleh umat Islam.
    Penulis skrip sewajarnya merujuk kepada orang yang berautoriti dalam soal agama jika timbul kekeliruan dalam penulisan skrip. Malah di pihak Finas pula, mesti ada individu yang mempunyai autoriti dalam bidang agama bagi menapis filem-filem yang dikeluarkan oleh penerbit.
    Industri perfileman perlu diwajahkan semula genre jalan cerita. Tutuplah kisah hantu dan seram. Janganlah merosakkan pemikiran generasi muda dengan filem berorentasikan keuntungan semata-mata. Pengarah dan penerbitkan bikinlah filem yang boleh membangunkan minda dan menyuluh ruang intelektual.  


    Filem Hantu Kak Limah Balik Kampung mungkin lebih baik dari filem hantu yang lain kerana lebih menimbulkan unsur pemikiran dan ada mesej yang jelas ingin disampaikan. Tengok berulang kali pun segar dan menghiburkan.


     Watak Sofin Jikan yang lebih menjelma meskipun slotnya cukup singkat.



    Dilarang menerbitkan semula tanpa kebenaran penulis blog.

    24 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Jelaskan maksud istilah ini?

    Jelaskan maksud istilah ini?
    1. Orang yang melanggar perintah Allah SWT disebut .......................................... .
    2. Orang yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid disebut disebut ....................................... .
    3. Orang yang keluar dai agama Islam disebut .......................................... .
    4.Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan kepada Allah disebut .......................... .
    5. Upacara membelah mulut bayi disebut .......................................... .
    6. Membuat sumpah taat setia dan perjanjian untuk mematuhi segala perjanjian disebut ..............................
    7. Berpegang dan mengikut pendapat terdahulu disebut .......................................... . 
    8. Menjual dan membeli sesuatu dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko yang besar disebut .......................................... .
    9. Dokumen yang mengandungi kontrak insurans disebut .......................................... .
    10. Gelaran orang yang menghafal lebih 700 000 hadis disebut .......................................... .

    Untuk mendapatkan jawapan sila email : Jawapan Istilah (2)  ke muhd.live@yahoo.com
    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    23 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Sebutkan empat kegiatan Zaman Tadwin yang berlaku dengan pesat pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah?

    Sebutkan empat kegiatan Tadwin yang berlaku dengan pesat pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah?
    Jawapan:
    i. Penulisan
    ii. Pembukuan
    iii. Pembinaan perpustakaan

    Para pelajar sekalian,
    mesti mengetahui maksud al-Tadwin iaitu disiplin ilmu.

    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    22 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Nyatakan jenis tawaf?

    Nyatakan jenis tawaf?
    Jawapan:  Tawaf ada 4 iaitu
    i. Tawaf Qudum: Bagi jemaah haji yang baru sampai ke Mekah tanda mengucapkan selamat datang kepada Baitullah
    ii. Tawaf Sunat: Bagi jemaah haji yang ada kelapangan di Mekah boleh tawaf sunat pada bila-bila masa
    iii Tawaf Ifadah: Tawaf yang menjadi rukun perlu dilakukan sebaik wukuf di Padang Arafah 
    iv. Tawaf Widak: Bagi jemaah haji yang selesai melaksanakan ibadat haji dan berniat pulang ke tanah air melakukan tawaf mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah.


    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    20 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Nyatakan hukum bagi situasi ini?

    Soalan 1:  Natasha Sofiana telah mengadu di Mahkamah Syariah tentang kehilangan suami melebihi 6 bulan tanpa khabar berita. Nyatakan jenis penceraian ini serta alasan?

    Jawapan: Jenis penceraian ialah fasakh. Isteri yang ditinggalkan suami tanpa khabar berita melebihi 6 bulan (mengikut pendapat mazhab Hanbali), maka pihak isteri boleh mengemukakan fasakh di Mahkamah Syariah.

    Soalan 2: Amer telah menceraikan isterinya ketika keadaan isterinya berhaid. Nyatakan jenis talak ini serta hukumnya?

    Jawapan: Talak bid'ie. Hukumnya sah tetapi haram

    Soalan 3: Aizat telah menceraikan talak satu buat kali pertama kepada isterinya. Aizat telah rujuk bekas isterinya sehari selepas tamat tempoh iddah. Nyatakan hukum rujuknya dan alasan?

    Jawapan: Rujuk yang dilakukan Aizat tidak sah kerana dia merujuk isterinya selepas tamat tempoh iddah.

    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    Tazkirah: Perempuan - Keinginan Kepada Penghawa Nafsu. Bidadari Untuk Akhirat

    Salam, tazkirah untuk diri dan perkongsian bersama:

    Dunia makin dikejar sehingga lupa kepada bekalan hari akhirat. Rumah yang dibina cantik dan kukuh, isteri yang bakal ditinggalkan tidak pasti tergenggam setianya. Anak-anak yang ingin dilihat selalu sering mengabaikan kehidupan manusia untuk beribadat kepada Allah dan memperingati balasan di hari akhirat. kelak.  Firman Allah SWT:

    Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)(Surah al-Imran: ayat 14)
    Kita semakin lupa dengan peringatan akhir zaman. Tanda menuju kemusnahan dunia ini mendekati. Cuma kita kurang mengambil iktibar dan pengajaran. Anak-anak kecil sudah diajar menyanyi. Gelodak generasi muda dengan gelombang maksiat hanyir membecaki ruang masyarakat. Hari ini berapa orang yang menjaga solatnya, berapa kerat menjadikan masjid rumah keduanya. Ketika kebanyakan remaja dan belia muda menjadikan kelab malam sebagai pengisian tengah malam atau berlambakan anak gadis teruna berpelesiran di Dataran Merdeka, atau mana-mana dataran bercahaya di tengah kota. Waktu penghujung malam menjadi begitu muda kepada anak muda lelaki dan perempuan untuk makan minum di cafeteria atau restoren mamak 24 jam.

    Solat tiang agama, telah ditinggalkan sudah pasti menjadikan seseorang sekadar nama Islam. Golongan inilah yang mudah terdedah kepada murtad atau terlibat dengan keruntuhan akhlak dan moral untuk tidak meninggalkan cebisan kemanusian terhadap bayi yang dibuang atau dicampak di serata tempat.

    Alangkah bertuahnya kalau terpilih sebagai ashabul yamin yakni golongan yang menerima buku amalan dari tuhan dengan tangan kanan.
    Firman Allah SWT:

    Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan, Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam, Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. (Surah Al-Waqiah: ayat 22-27)

    Para pelajar, amalkan membaca surah al-Waqiah yang dipenuhi dengan kisah bidadari Allah kepada golongan yang beriman.






     Disediakan oleh: Muhdlive

    19 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Nyatakan karya HAMKA?

    Nyatakan karya HAMKA?
    Jawapan:

     i. Bidang Sastera
    -Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
    -Menunggu Biduk Berbunyi
    - Mandi Cahaya Di Tanah Suci
    - Laila Majnun
    - Di Bawah Lindungan Kaabah

    ii. Bidang Agama
    - Tafsir al-Azhar
    - Tasawuf Moden
    - Pedoman Mubaligh Islam
    - Arkanul Islam
    - Revolusi Islam
    - Sejarah Umat Islam

    iii. Bidang Falsafah
    - Falsafah Hidup
    - Lembaga Hidup
    - Falsafah Idealogi Islam
    - Pandangan Hidup Muslim

    Gambar Buku HAMKA

    i. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
    (Novel Sastera karya Hamka)










    2. Di Bawah Lindungan Kaabah
    (Novel Sastera karya Hamka)









    3. Falsafah Hidup
    (Karya HAMKA dalam bidang falsafah)









    4. Tafsir al-Azhar
    (Kitab Tafsiran al-Quran oleh Hamka dalam bidang agama)



    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    18 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Isikan gelaran bagi tokoh ini?

    Soalan: Isikan gelaran bagi tokoh ini?

    i. Imam Ghazali - Hujjatul Islam (bijak berhujah menegakkan kebenaran Islam)
    ii. Syeikh Tahir Jalaludin: Al-Falaki (terkenal kepakaran dalam bidang ilmu falak di Tanah Melayu)
    iii. Imam Ahmad bin Hanbal: Al-Hakim (gelaran menghafal 700 000 hadis)
    iv. Imam Syafie: Bapa Ilmu Usul Fiqh (kepakaran dalam menyusun bidang ilmu usul fiqh)

    Para pelajar,

    Kitab-kitab yang dihasilkan oleh para tokoh perlu diketahui:

    1. Kitab al-Musnad - Imam Ahmad bin Hanbal
    (mengandungi 40 000 ribu hadis.









    2. Kitab al-Mukadimah - Ibnu Khaldun
    (Kitab penting dalam bidang sejarah hasil pandangan, analisis dan penulisan sejarah sebagai salah satu cabang ilmu)








    3. Kitab Sahih Bukhari - Imam Bukhari
    (Kitab hadis yang terdapat 600 000 ribu hadis susunan Imam Bukhari)








    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    17 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Nyatakan maksud perkara ghaib?

    Soalan: Nyatakan maksud perkara ghaib?
    Jawapan
    Jawapan: Perkara ghaib ialah perkara yang di luar jangkauan pancaindera manusia seperti perkara yang telah berlaku seperti kisah para nabi, kemusnahan umat terdahulu dan tarikh berlaku kiamat, bentuk kejadian manusia atau sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti jin, syaitan, syurga dan neraka.

    Para pelajar juga perlu mengetahui:
    i. Contoh perkara ghaib: Kejadian syurga dan neraka, dosa dan pahala, as-sirat, al-mizan dan padang mahsyar
    ii. Kelebihan beriman dengan perkara ghaib: Meningkatkan akidah, menghindari perbuatan mungkar, lebih menyukai perkara kebaikan dan menjaga hubungan sesama makhluk Allah SWT

    iii. Sebab Allah merahsiakan perkara ghaib dari pengetahuan manusia:
    - manusia dapat berfikir tentang kebesaran Allah untuk mendekatkan diri kepada-Nya
    - membuktikan kekuasaan Allah kepada makhluk ciptaan-Nya
    - menguji tahap keimanan manusia dalam melaksanakan perintah Allah SWT


    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    16 September 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Nyatakan kesederhanaan sifat Imam Malik?

    Nyatakan kesederhanaan sifat Imam Malik?
    Jawapan:
    i. Tidak berbangga dengan pangkat dan keturunan
    ii. Tidak menghina dan mencela sahabat yang lain
    iii. Suka membantu rakan yang memerlukan


    Para pelajar yang dikasihi,

    Dalam tajuk Imam Malik antara perkara yang perlu diketahui:
    i. Sumbangan Imam Malik kepada tamadun Islam:
    - seperti penyusun kitab al-Muwattok yang lengkap dengan permasalahan agama
    - berjaya melahirkan mazhab Maliki hasil dari pemikiran dan kehebatan dalam ilmu fekah
    - Imam Malik pakar rujuk dalam bidang ilmu fekah dan hadis dan pernah menjadi Mufti Besar Madinah

    ii. Bukti Imam Malik memuliakan Rasulullah SAW:
    - Beliau tidak menunggang kuda di Madinah yang tertanam jasad Nabi Muhammad SAW
    - Jika ditanya persoalan tentang hadis, beliau tidak cepat menjawab melainkan selepas mandi dan memakai bau-bauan.


    iii. Bukti ketegasan Imam Malik
    -Menentang pendapat Gabenor Madinah yang bertentangan dengan pendapatnya
    - Sanggup dipukul kerana mempertahankan agama
    - Berani menegur Khalifah Jaaffar al-Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah dalam majlis ilmu
    - Berprinsid murid mencari guru dan tidak mengira kedudukan
    - Menolak kitab al-muwattok untuk dijadikan sumber rasmi perundangan negara


    Para pelajar, gambar ini merupakan kitab al-Muwattok karangan Imam Malik yang mengandungi permasalahan agama.


    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU