03 August 2011

AHMAD ZOON : KEMATIAN ADALAH PASTI, MILIK SEMUA MANUSIA, HARI INI KAU TELAH PERGI, AL-FATIHAH BUATMU

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”Cikgu Ahmad Zoon Bin Ismail, guru yang terbaik pernah saya ditemui dalam kerjayanya kini telah menghembuskan nafas terakhir jam 7.30 pagi (03.08.2011) di rumahnya Simpang Ampat.



Kesempatan bertemu dengannya sewaktu melawat di Hospital Besar Pulau Pinang 26 Julai lalu masih menggamit di ingatan.
Wajahnya tampak bertarung dengan derita kesakitan ketika anggota badannya membengkak kerana disebabkan penyakit (kerosakan hati)  
Mengambil iktibar dari keiklasan kata-katanya yang dalam pasrah kesakitan yang amat. "Ketika sakit kita semua akan lupa tentang malu, kemarahan akan cepat menguasai hanyalah kesabaran mampu mengatasi.
Kata-kata terakhir beliau akan sentiasa terdengar, kerana di hadapan kita ada kematian yang pasti. Milik semua manusia.
Kehilangan beliau pasti dirasakan oleh anak isteri, kaum kerabat dan sahabat terdekat. Sebaiknya mengambil iktibar ketabahan diri Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan kematian orang disayangi. Diriwayatkan daripada Anas bahawa apabila Rasulullah SAW melihat Ibrahim, putera kesayangan baginda menghembuskan nafas yang terakhir, air mata Rasulullah mengalir deras. Lalu Abdurrahman bin Auf pun bertanya: “Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah?”,
Baginda menjawab: “Wahai Ibnu Auf, ia adalah air mata rahmat”. Kemudian Rasulullah SAW menyambung: “Sesungguhnya mata itu dapat menitiskan air, hati dapat bersedih dan kami tidak mengatakan sesuatu kecuali yang diredai oleh Allah. Kami sangat bersedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim (Muttafaq ‘alaih).”

Pemergian Cikgu Ahmad Zoon Bin Ismail yang dilahirkan pada 1970 ke pangkuan Ilahi meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hati rakan sejawat dan para pelajar yang mengenali.
Bakat beliau dalam kejurulatihan bola sepak amat disegani di pelbagai peringkat. Kejayaan beliau membawa pasukan bola sepak SMTSPP menjadi Johan Kejohanan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan pada 2007 akan dikenang semua pelajar dan pihak sekolah.
Pemergian beliau dalam usia 41 tahun cukup dirasakan seperti kehilangan sebuah permata paling berharga.  

Pada jam 2.30 petang semalam, beliau bermukim di alam baru. Al-Fatihah kepada arwah dengan doa semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh.

28 July 2011

Selamat Datang Dan Selamat Bertugas

Panitia Pendidikan Islam mengalu-alukan kedatangan pengetua baru, En. Husain Marican Bin Hassan ke Sek Men Teknik Seberang Perai Pulai Pinang. Tarikh 1 Ogos 2011 adalah hari pertama beliau memasuki bilik pengetua yang telah ditinggalkan oleh En Zainal Abidin Bin Jaffar yang telah berpindah ke SMT Kangar, Perlis dan turut memulakan tugasnya pada tarikh yang sama. Selamat bertugas untuk keduanya.

27 July 2011

Soalan Ramalan SPM 2011 Pendidikan Islam

1. Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh ………………………………............................ .

Jawapan: Abu Abbas Abdullah Al-Saffah

2. Kerajaan Bani Abbasiyah terbina selama ……………………………….. tahun.
Jawapan: 518 tahun.


3. Cara pelantikan khalifah kerajaan Bani Abbasiyah adalah secara ................................ .
Jawapan: warisan


4. Terdapat seramai ........…. orang khalifah telah memerintah kerajaan Bani Abbasiyah.
Jawapan: 37


5. Khalifah Harun al-Rasyid telah membina perpustaakaan terbesar di Baghdad iaitu ……………………………….. .
Jawapan: Baitul Hikmah

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Membina jemaah Islam dalam komuniti ummah

Membina jemaah Islam dalam komuniti ummah.

Sila klik di sini...
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MembinajemaahIslamdalamkomunitiummah/Article/print_html

29 April 2011

Tokoh Islam: Sultan Muhammad al-Fateh

  • Sultan Muhammad al-Fateh ialah khalifah ke-7 Kerajaan Islam Usmaniyyah yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi.
  • Digelar Muhammad al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. 
  • Baginda memerintah selama 30 tahun (1451-1481).
  • Pada 29 Mei 1453 Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam di bawah usaha gerakan tentera pimpinannya. 
  •  




14 April 2011

Hukum solat memakai baju bergambar

Diriwayatkan dari Aisyah katanya:”Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, nabi berkata:”Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku.”



(al-Bukhari)

22 March 2011

Jepun: Bencana Atau Bala Dari Pencipta

Dalam dunia sibuk, Jepun tiba-tiba dilanda musibah besar yang bakal memeranjatkan negara rakan-rakan niaga di seluruh dunia. Umumnya dunia hari ini mengkagumi teknologi Jepun yang cepat dan pantas menerokai kemajuan sebaliknya tanggal 11 Mac 2011 telah merubah segalanya. Tragedi yang cukup besar bersama radiasi nuklear yang terbebas sudah pasti menakutkan rakyat.
Kejayaan Jepun dalam menghasilkan ciptaan membantu manusia hidup lebih mudah dan selesa. Kebebasan berfikir turut mempengaruhi ciptaan-ciptaan lain yang boleh merosakkan pemikiran dan akhlak manusia.
Bala yang cukup besar mesti diinsafi dengan mendalam kerana kebebasan berfikir mereka kadang-kala merosakkan akhlak umat Islam di serata dunia.




Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

08 February 2011

Tazkir : Rezeki Yang Diberikan Allah Kadang-Kadang Kala Merimpah Ruah Untuk Hambanya

Salam sejahtera,
Kerjaya menoreh hari ini boleh meraih pendapatan di antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan meskipun dengan hanya mengambil upah menoreh di kebun orang lain apatah lagi kebun getah milik sendiri.
Kenaikan dari masa ke semasa  harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram
menjadikan kerjaya ini semakin mendapat perhatian.
Rezeki Allah ada di mana-mana, hari ini Allah membuka pintu kepada para penoreh yang masa dahulu dalam kategori miskin beroleh kesenangan lantaran harga getah sekitar RM2.00 sekilogram. 

Mungkin hari kedepan ada rezeki yang lain untuk pekerja di sektor yang lain. Pastinya kita perlu bersabar dan teruskan berusaha dengan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Lihat hadis ini:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

24 January 2011

Kesenangan Di Bumi Kita Yang Wajib Disyukuri

Salam,

Barangkali sewaktu ini - masyarakat kita sibuk membicarakan DUN Tenang, yang sedang panas, atau disibukkan dengan kemenangan kelab-kelab M.U, Real Madread atau Chealsea yang telah berjaya melalaikan umat Islam terhadap rakyat Palestain yang kian galak dibunuh satu persatu oleh kaum Yahudi. Semalaman Akram al-Samamra, 31, dan Hossam al-Gamary ditelah ditembak oleh askar Yahudi di Tebing Barat.

Kesenangan malam dan siang di bumi Malaysia ini bukanlah menjadikan kita terlupa untuk saudara seagama yang lain yang sedang sakit atau merana.

Sekurang-kurangnya luangkan masa untuk merenung umat Islam yang sedang dilanda musibah atau nikmat keamanan yang semakin hilang dan hilang.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar
(Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

19 January 2011

Sedekah Jariah: Membantu Umat Islam Yang Dilanda Musibah

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Untuk mendermakan jariah anda boleh masukan wang anda ke akuan Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah (Bank Islam di nombor 02011010080175).



Baca laporan berita ini untuk mendapatkan penjelasan.
ALOR SETAR 18 Jan. - Warga Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah di Jalan Sungai Korok,
Lebuh Raya Sultan Abdul Halim menerima bantuan sebanyak RM10,000 bagi membaik pulih sebahagian bangunannya yang terbakar pada Ahad lalu.

Bantuan segera itu disumbangkan oleh Badan Perhubungan UMNO Kedah melalui Pengerusinya, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah yang disampaikan kepada Mudir maahad itu, Syeikh Mohamad Rodi Abdul Rahman Al-Hafiz, di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata, sumbangan awal itu bagi meringankan beban pihak terbabit membaiki kelas dan membeli peralatan untuk membolehkan 65 pelajarnya mengikuti pengajian seperti biasa.

"Kita akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membantu maahad ini selain bantuan daripada Jabatan Agama Islam negeri," katanya selepas melawat maahad tersebut di sini, hari ini.
Dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 10.45 pagi Ahad lalu, tiga buah kelas di tingkat atas bangunan maahad itu musnah dijilat api dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Ahmad Bashah berkata, pihaknya akan mengatur lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke maahad tersebut untuk melihat sendiri keadaannya.

Menurutnya, maahad yang beroperasi sejak 1998 itu mempunyai rekod pencapaian cemerlang apabila sebanyak 50 lepasan pusat itu telah berjaya melanjutkan pengajian ke universiti di Timur Tengah termasuk Universiti Al-Azhar di Mesir dalam jurusan Al-Quran Wal Qiraat.

Sementara itu, Mohamad Rodi berkata, sumbangan segera tersebut akan digunakan untuk membaiki kelas dan bangunan yang terbakar bagi memastikan pembelajaran pelajar-pelajarnya berjalan seperti sedia kala.

"Buat masa ini, pelajar sijil tahfiz sebanyak 33 orang terpaksa belajar sementara waktu menumpang di surau berdekatan manakala 32 pelajar diploma tahfiz mengikuti pelajaran di kelas biasa," katanya.

Beliau berkata, nilai kerugian akibat kerosakan bangunan dan kelas dianggarkan sebanyak RM150,000 manakala kerugian kemusnahan buku, meja, bangku dan peralatan kelas dianggarkan bernilai RM20,000.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada UMNO Kedah dan pihak lain serta pelbagai individu yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban membaik pulih bangunan tahfiz tersebut yang mempunyai tujuh orang tenaga pengajar tetap dan empat orang ustaz sambilan.
"Bebanan dan tanggungjawab kami rasa terubat dengan adanya bantuan ini yang memberi semangat kepada kami atas sokongan daripada pelbagai pihak," katanya.
Mohamad Rodi berkata, maahad tersebut mempunyai pelajar dari seluruh negara dan beberapa negara Asia Tenggara berusia antara 13 hingga 19 tahun dengan 11 orang daripadanya pelajar perempuan.
Mengenai pencapaian maahad itu, menurutnya, 30 bekas pelajarnya kini melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam jurusan Al-Quran Wal Qiraat dengan seorang daripadanya pernah diberi penghormatan menjadi imam hafiz 30 juzuk sepanjang Ramadan lalu di sebuah masjid di Mesir.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada mahaad itu boleh menderma melalui akaun Bank Islam di nombor 02011010080175.

Sumber Utusan Malaysia
19.01.2011

02 January 2011

Pendaftaran Kelas Baru

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

30 December 2010

Sambutan Menjelang Tahun Baru: Jangan Sampai Maruah Tergadai

Salam.

Cuti hampir sebulan berlalu dengan pantas, sekarang tibalah detik permulaan hari persekolahan. Ada yang lebih manis ialah permulaan tahun 2011 yang dinanti untuk dikira oleh sebahagian besar penduduk di negara kita dan seluruh dunia. Masing-masing mengharapkan pengisian yang lebih baik berlaku untuk tahun 2011.

Orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar takwa akan menadah tangan berdoa dan bertahajud agar tahun 2011 menjadi medan untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Perubahan besar yang diingini akan menjadi jihad dalam diri untuk memperelokkan diri, iman, kerjaya dan matlamat.

Menjelang tahun baru pasti pelbagai konsert akan diadakan di serata negeri bagi memeriahkan penantian detik 2011, namun apa gunanya kalau sampai maruah diri tergadai.

Menghabiskan wang di tapak pesta kelak, satu persoalan yang ditanya Allah tentang kemanakah nikmatnya yang dikurnia-Nya.

Anak-anak remaja sudah pasti merempit menempah maut di awal 2011...

Jangan kita mati dalam keadaan kehinaan atau di tempat yang hina sementara bala dari Allah sedia menanti.


Salam

(Muhdlive)

01 December 2010

SPM

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

28 November 2010

Menjelang Peperiksaan SPM Pendidikan Islam 2010: Utamakan tajuk Ibnu Khaldun dan HAMKA serta Imam Malik dan Ahmad Hanbal

Bagi tajuk tamadun Islam para pelajar perlu mengutamakan tajuk tokoh berikut:

1. Imam Malik dan Ahmad bin Hanbal
2. Ibnu Khaldun dan HAMKA

Justeru, latar belakang tokoh, gelaran, sumbangan kepada dunia Islam. Paling penting nama kitab yang dihasilkan.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

16 November 2010

Salam Dan Doa Agar Semua Lulus Cemerlang

Salam kepada semua pelajar SPM SMTSPPP yang bakal menduduki peperiksaan beberapa hari lagi.
Gunakan masa yang ada dengan penuh pengisian bermakna dengan mengulangkaji pelajaran Pendidikan Islam dan subjek lain.

Pastinya, janganlah cemas sebaliknya gantikan perasaan cemas dengan berselawat dan bertawakal kepada Allah semoga segala usaha yang dilakukan diberkati dengan kuasa ingatan yang kuat terhadap pelajaran.

Berjihadlah pada saat ini dengan meninggalkan perasaan malas atau bertangguh. Segala masalah peribadi sila buang jauh-jauh dalam saat ini. Jauhi dari menggunakan hanset untuk berhubung.

Insaak Allah, semua pelajar akan memperolehi ketenangan dengan berserah kepada Allah dengan usaha yang anda telah ikhtiarkan.

Semoga berjaya

Pengendali blog
Muhdlive


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan pengertian Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia ?

Soalan:


1. ____________________________ bermaksud undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, penceraian, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya di kalangan orang Islam.

A. Undang-Undang Keluarga di Malaysia

B. Undang-Undang di Malaysia

C. Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia

D. Undang-Undang Islam di Malaysia


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

13 November 2010

Majlis Restu Dan Doa: Senjata Umat Islam Yang Paling Utama

Majlis Restu yang diadakan pada pagi ini sudah menjadi satu kesinambungan kepada upacara rasmi seperti tahun-tahun sebelum ini sebagai usaha terakhir kepada para pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri terhadap persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan nanti.

Manusia mampu merancang, Allah jualah yang akan menentukan. Semoga dengan doa dan solat hajat yang telah kita sama-sama pohon dan telah kita tunaikan kepada Tuhan Yang Esa - Allah Rabul Jalil akan mendapat kerahmatan dan diperkenankan.

Harapan yang besar di dada para ibu bapa – besar lagi harapan kami sebagi guru untuk melihat anak-anak didik kami akan mencapai keputusan yang luar biasa dan cemerlang sebagai mana usaha yang telah lakukan sepanjang mereka berada di sekolah ini.

Doa yang kita rafakkan di sisi Allah SWT sebentar tadi –

1. Moga-moga dapat menghalang para pelajar dan anak-anak didik kita dari segala perkara atau hal boleh menyebabkan mereka terganggu dari menjalani peperiksaan SPM nanti.

2. Moga anak-anak para pelajar diberi kesihatan yang baik sehingga selesai menjalani peperiksaan

3. Moga anak-anak para pelajar diberi ingatan yang kuat serta keluasan akal untuk menjawab peperiksaan di dalam dewan nanti.
4. Moga anak-anak para pelajar dapat menghadiahkan keputusan yang cemerlang kepada para ibu mereka nanti.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

12 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Sebutkan maksud ajaran sesat?

Jawapan: Segala ajaran yang dianggapkan sebagai agama Islam atau sebahagian dari agama Islam sebaliknya bercanggah dengan al-Quran adn hadis.

Soalan 2. Jelaskan ciri-ciri kumpulan ajaran sesat?
  • Memesongkan prinsip akidah dan tauhid kepada Allah SWT.
  • Mentafsirkan ayat suci al-Quran mengikut hawa nafsu
  • Menganggapkan alam ini bersifat baqa (berkekalan)
  • Mengubah bentuk ibadat kepada Allah SWT
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

11 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Jelaskan maksud anak yatim?

Jawapan: Anak yatim ialah anak yang kehilangan ayah ketika belum baligh.

Soalan lain:

1. Nyatakan sebab kita dilarang memakan harta anak yatim?
  • Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
  • Menghindari anak yatim hidup terbiar dan melarat
  • Menghindari permusuhan dan terputus hubungan silatulrahim
2. Harta anak yatim diperolehi melalui pusaka, wasiat ataupun hadiah.

3. Hukum makan harta anak yatim adalah haram dan berdosa besar.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

10 November 2010

Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010 Hari Ini: Peranan Hidayah Dalam Kehidupan Hari Ini?

Soalan 1. Peranan Hidayah Dalam Kehidupan Hari Ini?

Jawapan:

  • Merubah manusia dari melakukan kejahatan kepada sentiasa melakukan kebaikan
  • Menjadikan manusia berakhlak mulia
  • Menjadikan kehidupan tenteram dan tenang
  • Memajukan kerjaya yang lebih cemerlang
  • Mendekatkan diri kepada al-Khaliq

Para pelajar sekalian, cara-cara untuk mendapatkan hidayah dengan melakukan perkara berikut:
  • Mendalami ilmu agama melalui menghadiri ceramah, kuliah dan seminar
  • Membaca bahan-bahan bacaan berunsurkan agama
  • Meningkatkan amalan kebajikan dan ibadat-ibadat sunat (nawafil)
  • Memiliki akhlak yang mulia
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU