27 October 2011

Kuasa Pengguna Boleh Turunkan Harga Kalau Bersatu

Salam,

Petikan akhbar semalam sepatutnya diberikan perhatian oleh semua rakyat Malaysia. Kebanyakan dari kita lebih suka hanya berkata tentang kenaikan harga tetapi sekadar cakap-cakap di pejabat, warung makan atau di taman permainan.

 Cuepacs minta boikot kenaikan harga barang melampau

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu semua pengguna bersama-sama memboikot barangan yang harganya naik melampau sebagai tanda bantahan terhadap peniaga.

Presidennya Omar Osman berkata, badan itu bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berkumpul di Plaza Tol Sungai Besi pada petang Ahad bagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga begitu drastik.

“Cuepacs juga akan mengedarkan 30,000 risalah berkenaan kenaikan harga barang terutamanya 17 barang kawalan, dan risalah itu akan menyenaraikan jenis barang yang mengalami kenaikan harga melampau dan perlu diboikot,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Pengguna di Wisma Cuepacs di sini hari ini.

Omar berkata pengguna mempunyai kuasa amat besar dalam dunia perniagaan, sekiranya semua pengguna bersatu hati dan bersama-sama memboikot kenaikan harga barang ini akan memberikan kesan kepada peniaga.

“Bila kita bersatu hati boikot kenaikan harga ini, peniaga akan rasa tergugat dan mereka akan sedar kuasa pengguna, perkara ini pernah dilakukan dulu dan ada kesannya,” katanya.

Omar berkata usaha memboikot kenaikan harga barang ini akan berterusan sehingga berakhirnya musim perayaan dan bukan sahaja terhad untuk pengguna di kawasan Lembah Kelang tetapi turut meliputi seluruh pengguna di negara ini.

Beliau turut menggesa supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meningkatkan lagi aktiviti pemantauan supaya lebih agresif bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

“Daripada aduan yang diterima terdapat juga barang kawalan dinaikkan harga, jadi pemantauan perlu lebih kerap dijalankan,” katanya.
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

Nota Ringkas Penting SPM Pendidikan Islam 2011: Perbezaan Sedekah Dengan Hadiah

Perbezaan Sedekah Dan Hadiah (Adab Bersedekah)

Sedekah
  • Dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
Hadiah
  • Dilakukan untuk menghargai seseorang kerana jasa, sumbangan dan sebagainya.

Kelebihan sedekah:
  • Dibalas ganjaran besar oleh Allah Taala
  • Disukai manusia 
  • Dimurahkan rezeki bagi orang yang bersedekah


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan
 komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

24 October 2011

Soalan Penting Pendidikan Islam Tajuk Tingkatan 4 SPM 2011: Kerajaan Bani Umaiyah

  1. ……………………………….…………….. adalah khalifah yang mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.
  2. Nama kerajan Bani Umaiyah diambil sempena nama ……….................………………. Muawiyah bin Abu Suffian
  3. Bilangan khalifah kerajaan Bani Umaiyah ialah ................................... orang.
  4. Tempoh pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah ialah  ....................... tahun.
  5. Kerajaan Bani Umaiyah bermula selepas kewafatan khalifah ......................................... yang merupakan salah satu Khulafa al-Rasyidin.
  6. Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah terletak di .........................................
  7. ..................................................... adalah khalifah terakhir kerajaan Bani Umaiyah.
  8. ........................................ adalah majlis rundingan antara Khalifah Ali bin Abi Thalib dan Muawiyah bin Abi Suffian bagi menyelesaikan perang saudara antara kedua belah pihak mereka.
  9. .......................................................... adalah wakil kepada Muawiyah bin Abi Suffian dalam perundingan Majlis Tahkim
  10. Kerajaan Bani Umaiyah telah menjadikan sistem ....................................... dalam urusan pelantikan khalifah.
  11. Pada pemerintahan khalifah .............................................................. telah berlaku zaman kemajuan kerajaan Bani Umaiyah
  12. Kerajaan Islam sebelum kerajaan Bani Umaiyah ialah kerajaan .................................................
  13. Tahun terakhir pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada ......................... Hijrah.
  14. Umar bin Abdul Aziz merupakah khalifah ke .................. kerajaan Bani Umaiyah.
  15. Umar al-Khattab merupakah salah seorang khalifah pada zaman kerajaan Islam yang berpusat di ................................................. .
  16. Perang saudara yang berlaku di antara Saidina Ali bin Abu Thalib dan Muawiyah bin Abi Suffian ialah perang Jamal dan perang ..........................................
  17. Pada tahun ......................... Hijrah bermula kerajaan Bani Umaiyah.
  18. Khalifah Umar bin Abdul Aziz digelar Khulafa al-Rasyidin yang ke ........... oleh sejarahwan Islam kerana corak kepimpinannya menyamai cara Khulafa al-Rasyidin.
  19. Kota ................................... adalah pusat pengetahuan di Eropah pada zaman kerajaan Bani Umaiyah
  20. Terdapat ....................... buah perpustakaan di Andalusia, Sepanyol yang dibina oleh kerajaan Islam.
  21. Saidina Hassan bin Ali sanggup menyerahkan kuasa kepada Muawiyah bin Abi Suffian dengan syarat memerintah kerajaan Islam dengan berpandukan al-Quran dan .......................... .
  22. Sistem pelantikan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin berdasarkan .............................................. berbeza pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
  23. Golongan ...................................................... muncul kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Majlis Tahkim oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
  24. Khalil bin Ahmad dan Sibawaih adalah tokoh ilmu ........................................... pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
  25. Tokoh ilmu tafsir al-Quran pada zaman kerajaan Bani Umaiyah ialah .............................................. yang telah menghasil kitab tafsir al-Tabari.
  26. Kerajaan Bani Umaiyah mengalami kejatuhan akibat dari kelalaian ............................... dalam urusan pentadbiran berlandaskan agama.
  27. Angkatan tentera pada zaman kerajaan Bani Umaiyah terdiri dari angkatan tentera berkuda, angkatan tentera berkenderaan dan angkatan tentera ....................................................... 
  28. Corak ketenteraan zaman kerajaan Bani Umaiyah ditiru dari negara .......................
  29. .................................................... berperanan menguruskan semua pendapatan dan perbelanjaan negara pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
  30. Hassan Basri dan Wasil bin Atta’ adalah tokoh ilmu ...................................... pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
  31. Kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat Gardova, Andalusia (Sepanyol) telah diasaskan oleh ...................................................................... pada tahun 137 Hijrah.
  32.  Pasukan yang diletakkan di bahagian kiri dalam strategi peperangan angkatan tentera kerajaan Bani Umaiyah dinamakan sebagai ................................
  33. Pada kerajaan Bani Umaiyah bilangan kapal perang sebanyak ...................... buah.
  34. Pengkalan tentera kerajaan Bani Umaiyah berpusat di  ................................
  35. ............................................ berperanan mentadbir dan menguruskan hal ehwal ketenteraan.
  36. Penglima perang pada zaman kerajaan Bani Umaiyah iaitu Musa bin Nasir telah berjaya membuka .................................
  37. ......................................................................... telah berjaya membuka Andalusia.
  38. Cara pemilihan tentera kerajaan Bani Umaiyah berbentuk sukarela dan ...................................... .
  39. Tentera dilatih pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada musim panas dan musim ............................... .
  40. ................................................................ telah berjaya mencipta sistem baris dalam bacaan al-Quran.
  41. Al-Tadwin bermaksud  ............................................ wujud pada zaman kerajaan Umaiyah kerana kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan.
  42. Kharaj, Zakat, Jizyah, Ushur, Fa’i dan ......................................... merupakan sumber kewangan kerajaan Bani Umaiyah.
  43. .......................................... kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan syarat tertentu. 
  44. Orang kafir ............................. ialah orang kafir yang menetap di negara Islam tetapi tidak mengikut perjanjian dengan kerajaan Islam.
  45. Contoh ilmu akli yang berkembang pada zaman kerajaan Bani Umaiyah seperti ................................... .
  46. Al-Muqaddimah ialah pasukan dalam angkatan tentera yang diletakkan di bahagian ...............................
  47. Penduduk di .......................... dan golongan Syiah melantik Hasan bin Ali sebagai khalifah selepas pembunuhan Khalifah Ali bin Abi Thalib.
  48. Pusat penyebaran ilmu pada zaman kerajaan Bani Umaiyah berlaku di Kota .................................
  49. Imam Abu Hanifah dan Imam ............................... merupakan tokoh ilmu fekah dan hadis pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
  50. Al-Farazdak, Jarir Amru bin Abi Rabiah dan Jamil al-Azri antara  ........................ di istana khalifah.
  51. Ilmu berasaskan kepada wahyu Allah disebut sebagai ilmu ....................................
Bagi mendapatkan jawapan: Sila hantar emel Skema Jawapan Kerajaan Bani Umaiyah (24.10.2011) ke muhd.live@yahoo.com. 
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

22 October 2011

Nota Ringkas SPM Pendidikan Islam 2011

Perkembangan sektor ekonomi pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah

1. Saftajah ialah cek kembara yang digunakan oleh pedagang bila berurus niaga di pelabuhan kerajaan Bani Abbasiyah.
2. Laluan Sutera ialah jalan darat yang digunakan para pedagang Arab dari Semenanjung Arab ke negara China bagi mendapatkan keluaran negara China seperti sutera.


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

21 October 2011

Nota Ringkas Penting SPM Pendidikan Islam 2011: Nama Khalifah Bani Abbasiyah dan Sumbangan

Jawapan:
  1. Abu Abbas Abdullah al-Saffah: Mengasaskan kerajaan Bani Abbasiyah/hapuskan pemberontakan
  2. Abu Jaaffar al-Mansir             : Menjadikan Baghdad sebagai ibu kota kerajaan B. Abbasiyah
  3. Harun al-Raysid                     : Mengarahkan pembinaan Baitul Hikmah
  4. Al-Makmun                           : Memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang


Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

18 October 2011

Nota Ringkas Penting SPM Pendidikan Islam 2011: Balasan Azab Kepada Manusia Dari Allah

Balasan Azab Kepada  Manusia Dari Allah
  • Orang yang mempermainkan agama : Dimasukkan ke neraka dan diberi minum air panas yang menggelegak serta diazab dalam api.
  • Contoh perbuatan mempersendakan agama:
  • i. menyanjung perbuatan maksiat
  • ii. mengatakan solat dan ibadat kepada Allah adalah amalan yang sia-sia
  • iii. mempertikaikan hukum-hukum Allah yang telah dijelaskan dalam al-quran
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

16 October 2011

Sembang Ahad: Peningkatan Mendadak Bintang-Bintang Hiburan Membahayakan Generasi Umat Islam

Oleh: Muhdlive
Kecenderungan bakat-bakat kecil dalam bidang nyayian dan lakonan pada hari ini di negara kita amatlah menakutkan. Terdapat anak-anak sejak kecil diajar ibu bapa agar terlibat dalam nyayian. Dihantar ke kelas tarian, muzik dan nyayian dengan harapan anaknya menjadi bintang hiburan terkenal. Ibu bapa jenis apakah ini?
-----------------------------------------------------------
- Banyak petanda telah dipamerkan artis yang sejak kecil terlibat dengan nyayian akhirnya tersungkur dalam dunia populariti. Ramai pula terlibat dengan dadah dan pil khayal, syabu dan ais. Ramai pula artis terdedah aurat, atau berpakaian telanjang adalah pengunjung kelab malam dan pesta diharamkan dalam agama.
-----------------------------------------------------------
Dunia artis adalah terlalu gelap dan hanyir – mengapa perlu mengharapkan anak kita membesar dan mencari rezeki di lapangan glamour.
- Banyak juga ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak yang berfesyenkan artis meskipun ibu bertudung berjalan ke pasar dengan anak gadis tanpa tudung berimejkan gaya rambut ala Elyana atau Nora Danish.
- Banyak bapa berbangga dengan kecantikkan anak gadis yang berpakaian ketat dan tampak seksi tanpa menghiraukan beban yang bakal ditanggungnya di hadapan Allah. Kewajipannya mendidik dan menegur akhlak dan aurat anak isteri adalah satu kewajipan yang mutlak.
Apabila diturunkan surah al-Nur, ayat 31, yang bermaksud:
"Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah suami mereka, atau putera mereka, atau putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera saudara lelaki mereka, atau putera saudara perempuan mereka atau wanita Islam, atau budak yang mereka miliki, atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti mengenai aurat wanita, dan janganlah mereka memukulkan kakinya supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung."
PETIKAN HADIS

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya."
      (Hadis riwayat Bukhari)

14 October 2011

Nota Ringkas Penting SPM 2011: Adab Berhias Diri

Soalan:

1. Lelaki diharamkan memakai emas dan ______________ .
2. ______________ ukiran berbentuk kekal di mana-mana anggota badan.
3. Pembedahan plastik bagi tujuan perubatan dan mengembalikan fungsi asal adalah _____________ .
4. Hukum mencukur atau mencabut bulu kening adalah ________________ .
5. Antara amalan berhias diri dalam Islam ialah:
  • _____________________
  • _____________________
  • _____________________
6. Hikmah berhias diri secara Islam ialah
  • _____________________
  • _____________________
  • _____________________
7. Memakai pakaian melambangkan budaya bukan Islam adalah _____________ manakala memakai pakaian keagamaan selain Islam adalah ________________ .

Jawapan: Akan disiarkan ...

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

13 October 2011

Nota Ringkas Penting SPM Pendidikan Islam 2011: Tempat Niat Ibadat Haji

 Tempat Niat Ibadat Haji:

JEMAAH HAJI DARI MALAYSIA SAHAJA
  • Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Jeddah akan berniat di Qarnul Manazil.
  •  Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Madinah akan berniat di Zulhulaifah.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

11 October 2011

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Nyatakan situasi yang berlaku dalam permasalah ini?


Soalan:


  1. Mohd Hatta telah merujuk isterinya dalam tempoh iddah setelah bercerai melalui fasakh. Nyatakan hukum serta alasan?
  1. Nur Hidayah telah diceraikan talak 3 sekaligus. Nyatakan jenis talak ini dan apakah hukum sekiranya bekas suami merujuk kembali isterinya?
  1. Aina Mardiah kematian suaminya. Jelas tempoh iddah baginya serta nyatakan dua perkara yang dilarang semasa dalam iddah.
  1. Izzuddin telah merujuk isterinya Sarah tanpa persetujuan dari bekas isterinya dalam tempoh iddah talak rajie. Nyatakan hukum dan alasan?
  1. Cik Izati telah diziharkan oleh suaminya dengan niat. Sebutkan hukum dan kesannya?
  1. Halimah telah sanggup menyerah RM 10 ribu dan sebuah kereta Honda kepada suaminya untuk mndapatkan penceraian. Nyatakan jenis penceraian ini dan hukumnya?
  1. Idgham telah melafazkan cerai kepada isterinya tanpa niat. Nyatakan hukum dan alasan?
  1. Wan Ziadani Wan Razak sering melakukan kezaliman terhadap isterinya Fatihah. Nyatakan hak bagi Fatihah sebagai isteri dalam situasi ini?
  1. Fakrul merupakan seorang yang tiada pendapatan tetapi ada keinginan hendak berkahwin. Nyatakan hukum berkahwin baginya serta alasan?
  1. Dayangku Farizah telah diceraikan suami dengan talak satu sewaktu dalam haid. Nyatakan jenis penceraian ini dan hukumnya?
  1. Nor Ayu Utami telah kematian suami sebelum disetubuhi. Nyatakan tempoh iddah dan alasan?
  1. Pak Cik Haniff telah melakukan lian terhadap isterinya. Sekiranya isterinya menolak dari melakukan sumpah lian, apakah hukuman bagi isterinya?
 Sekiranya perlukan jawapan sila emel Jawapan Masalah Fekah (1) ke muhd.live@yahoo.com
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

10 October 2011

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Siapakah khalifah kerajaan Bani Umaiyah digelar Khulafa al-Rasyidin yang ke5?

Siapakah khalifah kerajaan Bani Umaiyah digelar Khulafa al-Rasyidin yang ke5?
Jawapan: Umar bin Abdul Aziz

Sedikit penerangan tentang Khalifah Umar Bin Abdul Aziz:
  • Khalifah ke-8 kerajaan Bani Abbasiyah
  • Antara khalifah yang warak dan alim memerintah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
  • Zaman pemerintah beliau kewangan negara melebihi keperluan negara kerana kecekapan dan kesederhanan sikap beliau.
  • Beliau segera memecat pegawai kerajaan yang kurang cekap
  • Menghapuskan cukai jizyah kepada golongan mawali 
  • Mengarah agar menghentikan cacian terhadap Saidina Ali bin Abi Thalib dalam khutbah jumaat
Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

09 October 2011

Sembang Ahad: Rezeki Dan Persediaan Masa Hadapan

Oleh: Muhdlive

Jumaat (07.10.2011) lepas, terjawab segala teka teki bujet 2011. Putaran rezeki membezakan nasib beberapa golongan. Setiap kali bujet dibacakan saban tahun, ada yang menarik nafas lega dan ada yang mengerut dahi kerana memikirkan rutin kehidupan yang mendepani dengan kos kenaikan barang pasti berlaku dan sentiasa naik. Zaman harga gula RM1.40 sekilo sudah lama berlalu. Kini harga gula di paras RM2.30 sekilo menyamai sekilo beras yang paling murah.
Wang kertas sepuluh ringgit di dalam poket untuk (akhbar + makan pagi (roti canai/teh tarik) + makan tengah (nasi lauk ayam/sayur/teh o ais)  = (RM1.50 + RM 2.00 + RM 5.50 = RM 9.00). Lebihan RM1 mungkin untuk membeli gula-gula kunyah sementara menanti bas atau putra LRT dan untuk menu malam lebih baik tidur awal atau memasak MAGGI.
Pasca Bujet 2011 menyaksikan ada golongan merasa lega untuk pekerja sebagai kaki tangan awam dengan kenaikan agak baik Pasti juga akan berlaku polemik ketidakpuasan hati di kalangan penjawat awam. Mungkin akan memenuhi surat pembaca akhbar utama atau ruang sms.

Giliran rezeki sentiasa berubah. Kali ini membuahkan rezeki kepada sesetengah golongan.
Apapun rezeki itu telah ditakdirkan oleh Allah maka meredai setiap pemberian sedikit atau banyak adalah lebih baik dari merosakkan hati dengan sikap iri hati dan ketidakpuasan. Suatu hari putaran rezeki anda menjadi milik anda. Hari ini kita disusah-susahkan dengan pelbagai tekanan dan kesabaran adalah sahabat terdekat - yakin suatu hari kita akan disenangkan oleh pencipta. Istilah kesabaran adalah milik semua.
Limpahan rezeki kadang kala mencurah-curah. tidak lama dahulu harga getah melambung naik sehingga ada yang sanggup meninggalkan kerja yang disandang untuk turun memegang pisau toreh. Panorama kereta Waja, Gen2, Persona, Honda diparkir di tepi kebun getah menandakan milik si penoreh.
Kadang kala terbit berita penerokai di mana-mana tanah perancangan dapat durian runtuh kerana pengambilalihan tanah dengan pampasan jutaan ringgit sehingga penjual kereta mewah sanggup meredah belukar untuk mencari pelanggan yang sedang berasmara RM+RM+RM.

07 October 2011

Nota Ringkas Penting SPM Pendidikan Islam 2011: Fakta Dan Istilah

Fakta Dan Istilah

1. Kitab Tazkirah - kitab suci ajaran kumpulan sesat Qadyani
2. Kitab al-Bayyan - kitab suci ajaran kumpulan sesat Bahai (para pelajar boleh gunakan formula huruf B iaitu Bayan untuk kumpulan Bahai)
3. Kitab Imam Malik - al-Muwatta (Gunakan formula 3 M iaitu M untuk Malik, dilahirkan di Madinah dan menghasilkan kitab al-Muwatta
4. Kitab Ihya Ulumuddin - kitab karangan Imam Ghazali
5. Kitab al- Musnad - kitab karangan Imam Ahmad bin Hanbal

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

06 October 2011

Somalia : Antara Kebuluran Benar-Benar Menghimpit Kanak-Kanak Kecil di Mogadishu

Keluhan Hati Terdera
Oleh: Muhdlive

Salam,
Giliran ini bumi Somalia dilapah kebuluran, kita rakyat Malaysia dilimpahi nikmat yang istimewa. Siapakah yang peduli anak-anak kecil ini kelaparan. Bila asyik dilalaikan Wyne Roney, Ronaldo atau Saffe Sali. Masih kita terus membatukan diri?

Masyarakat di Somalia amat memerlukan perhatian dan rasa simpati dari kita semua sebagai manusia apatah lagi saudara seagama. Bantuan kemanusian tidak berdasarkan agama selagi bernama manusia semuanya memiliki fitrah yang sama, rasa lapar, dahaga, sakit dan memikirkan bantuan dari manusia lain.



Anak Kecil Mogadishu

Kau hirup sengsara
yang tumbuh di serata
dan pelusuk tanah air.
Terdengar suara letih
wajah laih
ketika perut diikat
kelaparan tidak tertanggung,
anak kecil Mogadishu
suara halus tidak terdengar
telinga manusia
dipekakkan limpah ruah
kemewahan.
Setiap rintihmu
menjadi luka amat dalam
hati yang terdera
sayu dilapah takdir


Saat digigit lapar
Mogadishu diselubungi
sarang kekejaman. Wahai ibuku:
carikan daku setitis air
dan sesuap nasi
alangkah bertuah bagi mulut ini
mengecapi kenyang.



Kami warga terpilih 
membawa setiap derita
ke dalam riwayat hidup
yang tiada penghujung.

Petikan sajak penulis Anjan Ahzana bertajuk: Anak Kecil Mogadishu






Hulurkan sumbangan anda melalui akuan yang tertera di atas. Semoga dengan sedekah anda, bala yang sepatutnya milik anda bertukar tangan. Anak kecil Somalia adalah seperti anak-anak kita.

Bagi penggunaan akuan Maybank:
(GLOBAL PEACE MISSION : Akuan Maybank: 564221611602)

 

05 October 2011

Nota Ringkas Penting SPM Pendidikan Islam: Perbezaan Perbuatan Khurafat Dan Sihir

Perbezaan Perbuatan Khurafat Dan Sihir

1. Perbuatan Termasuk Khurafat:
  • memakai tangkai atau azimat 
  • mandi pada 1 safar untuk elak bala 
  • mandi bunga untuk mendapatkan jodoh 
  • membuang ancak
  • percaya burung hantu pentanda ada kematian
 2. Perbuatan Termasuk Sihir:
  • susuk
  • ilmu hitam
  • santau
  • minyak Pengasih
  • minyak Dagu
    (Para pelajar perlu memastikan faham antara perbuatan sihir dan khurafat meskipun kelihatan agak sama)


    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    04 October 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Sebutkan 3 contoh ketegasan Imam Malik?


    Jawapan:
    Contoh ketegasan Imam Malik sebagai ulama berwibawa ialah:

    1. Menentang pendapat Gabenor Madinah yang bertentangan dengan fatwanya
    2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam
    3. Berani menegur khalifah Abu Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah dalam majlis ilmu
    4. Berpegang kepada konsep murid mencari guru dan tidak mengira kedudukan
    5. Menolak untuk menjadikan kitab al-Muwatta sebagai sumber perundangan rasmi negara.

    Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    02 October 2011

    Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2011: Gelaran Khulafa Al-Rasyidin

    Gelaran Khulafa Al-Rasyidin
    1. Abu Bakar Al-Siddiq - mendapat gelaran al-Siddiq kerana membenarkan kata-kata Rasulullah SAW dalam, peristiwa Isra Mikraj.

    2. Umar al-Khattab - digelar al-Faruq kerana boleh membezakan perkara hak dan batil

    3. Uthman bin Affan - digelar Zu Nura'in kerana mengahwini dua puteri Rasulullah SAW

    4. Ali bin Abi Thalib - digelar Karamallahu Wajhah kerana wajahnya dimuliakan oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala.

    (Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial peribadi tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar).

    SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI TULISAN BLOG INI YANG BERLALU